29 November 2008

Perkhabaran Gembira

Surprise! Surprise! Surprise!

Ahahaha petang smalam dia call cakap jadi balik n surprise juga dia balik hari ni…weeehuuu sangat hepi todayyyy…now, dia still kat airport tawau. Flight delay katanya. Patutnya 240pm td dah gerak.

Lalalalalalaa... saya gembira..

Psst, sebenarnya saya mimpi dia balik malam kelmarin. Ek eh mimpi gua btol beb!! series btol, x tipu..alhamdulillah, blk jugak dia..

kad jemputan dah diedar semalam..kawan2 aku esok luse la aku jemput, maleh nak jemput awal2 nih. Jemput je la kan, nak datang ke x tu lain cite..lagipun bila dah lama x jumpa skali skala jumpa sangat la meriah. Boleh huru hara majlis. Ahahaa… last kitorang jumpa masa Marz kawin bln 8 hari tu. gurls je ramai tyme ni. X kesah la kan, yang penting bila dh jumpa 2 sangat happening la keadaannya.

Hurm, along dah smpai petang smalam. Ade kecik ckit aku tengok pipi dia x dela bulat cam epal since dia amik shake nih. Hr ni pagi td aku settlekan souvenir 4 guest. Ok, dh settle satu part. 4 VIP blom settle lagi.

Debaran semakin terasa. Cheewaahhh…geli syiall! Hahahaha 6 days more..^_^

Godek2 aku punya laptop terjumpa lak satu info yang boleh di share..here goes..

Tips mengenali wanita

1. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan

2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

3. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan

4. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.


5. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!

6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

10. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. itu kerana mereka SAYANGkan kamu!


causinci..

27 November 2008

CORAT CORET HARI INI...

Ahaaa… aku blom p check bekalan cupcake or muffin lagi. sangat malas nak kua. skali lagi k.ngah ganggu tido aku hari ni!! arrgghhh… slalu je call pagi2 tyme aku tido, ish geram btol!! Tapi sbenarnya xdela pagi sangat..dlm kul 9 lebih..hik3

Hari ni tak de buat pape..tengok tv, on9, makan, tido…dah x tau nak buat ape. Nak lap mengelap buang habuk next week la…lap awal2 karang brabuk smule..(pdhal nak suh k.ana buat dulu, nnt aku boleh relax je.hak3) jahat sungguh suara halus ni.keh3

Tadi tetibe je Nget mesej gtau dia dah berminat n excited nak amik shake Herbalife pas dia tengok fs orang2 yang amik shake. Ahaaaa.. gud news nih..semoga hajat dia nak slim molim tu tercapai sumday…chot chot ape tunggu lagi..? haha adoyai..kalo nget btol2 jadi nak amik shake tu nanti hilang la kawan kelaparan aku sorang..kalo chot2 amik lagi la pulak..tyme rest next sem xde dah teman kelaparan gue. Uhuk uhuk. cakap pasal herbalife ni kan, along aku dah turun 58kg daripada 64kg b4 amik herbalife ni. Walhal dia amik shake waktu pagi je tiap hari (e2 pon tibai bende lain skali). Malam melantak nasi gak. Kuat makan along aku tuh. Nak amik shake twice/day tak mampu katanye. (elley, beli bende lain blh plak kan..?) alasan semata…haha lantak ko la long yang penting impian ko nak kurus tu dah nak tercapai cuma take tyme ckit la coz kedokut ko punye pasal.hahaha mak aku? Huh, dah jual shake dia kat along. Rugi btol ar..aku nak suh mak nampak slim n utk kesihatan dia jugak kan, tapi dah busy memanjang katanya mcm x sempat nak amik tiap2 hari. So, mak aku juz amik tea mix je skarang nih. Terpulang la… yg pasti bila aku dh berisi dlm erti kata lain dh nampak gemok, aku akan amik shake jugak. Nak suh k.ngah amik tp dia kata nak tengok along slim dulu.ceh, kalo dah amik skali sari je pastu tibai macam2 3-4thn lagi la agaknya baru slim. Haha korang akan terkejut kalo tengok k.ngah aku mengadap makanan sbb dia sangat pelahap dan aku sangat gerun tengok bile dia makan. Series tak tipu syiall. Sangat suke food. Wut kind of food la dia boleh telan. (sama cam chot chot) *series sama dowh.

Hurm, aku tinggal sorang ni..mak,k.na n anis p nite market beli makanan. Mak kata aku x boleh ikut. nape lak x blh ikot..?? anis kata nnti hilang seri.hak3 goli den cam nak kawin la pulak rasanye. pheeewww..8 hari lagi wa cakap lu…hehe

B4 aku blah, hurm..secebis hati berkata :

Adakala kita perlu menangis supaya kita sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa. Adakala kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya setitis air mata..dan adakala kita perlu menghargai apa yang kita ada.. kerana selepas kehilangannya baru kita menyedari bahawa berharganya dia untuk kita…

xoxo

26 November 2008

Saje-saje nak update...

saye blom tido sbb blom ngantuk..

tadi saye tengok cite MERTUA VS MENANTU..suke giler tengok cite ni wa cakap lu.

skarang saye tengah chatg ngan aisyah kawan saye kat mesir merangkap jiran saye juga...

tinggal lagi 9 hari je lagi saye nak jadi tunang orang..

skarang ujan kat umah saye...

hopefully on my ceremenony cuaca will be ok...

dah x tau nak tulis ape...saje2 je nak hapdate ini blog..

countdown!!! countdown!!! lebih kurang seminggu je lagi nih. ahaks



xoxo

25 November 2008

AKU TERIMA NIKAHNYA...

Hallooooo….

Bangun awal hari ni sakit perut ah..

Mak, ayah, anis n wal blk kampung pagi ni jemput relatives sempena majlis pertunangan aku nnti. Xtau nak buat ape, aku p geledah beg abg aku.kikiki terjumpa satu buku yg penah aku tengok sebelum ni..

AKU TERIMA NIKAHNYA hasil karya Hasrizal Abdul Jamil (Abu Saif). Tengok pada tajuknya dh seakan attract aku utk membacanya. AKU TERIMA NIKAHNYA adalah rakaman pengalaman penulis dalam membina damai pada sebuah kehidupan berumahtangga. Segalanya bermula dengan menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

Diolah dengan gaya santai dan pendekatan bercerita, dan dialog-dialog biasa yang merencahi kehidupan dunia rumah tangga, buku ini menjanjikan pengalaman membaca yang mengasyikkan. Suami mahupun isteri dibawa menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, lalu belajar untuk saling memahami…demi menyempurnakan perjalanan sebuah rumah tangga berbekalkan syariat Allah dan sunnatullah…

Wawawaaaa baru nak bertunang dah gatal masuk hal rumah tangga. Bukan apa, benda2 realiti camni memang kita perlu tahu. Normal la tu kan. Satu hari nanti kita akan berdepan dengan semua tu. so, lebih baik persiapkan diri yang dungu mendapatkan serba sedikit input utk masa akan datang. Hurm, sedang aku type entry ni sambil2 tu aku baca buku ni… tersentak jap aku bila baca satu part dalam buku ni..s.t: Rahsia Pertunangan. Ahaaaa…mungkin menarik utk dibaca sbb aku bakal bertunang..itu yang dtg gedix+excited nak baca.hehe Apa yang aku baca tentang tajuk ni mengatakan bahawa pertunangan tu tidak perlu dihebahkan. “Rahsiakan pertunagan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.” (Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair Radiyallahhu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil. Pertunangan ialah satu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama menjelaskan bahawa antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-‘Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Ni la apa yang aku baca pd satu part dalam buku ni..memang ada kebenarannya tapi masyarakat sekarang xde yang diamkan pertunangan paling sengkek pun ahli keluarga terdekat yang tahu. Sebab apa aku cakap camtu?? Sebab bila ikatan tu dah ada dan tiba2 ada yang bertanya dah berpunya ke belum kita akan jawab “ya” dan lama2 tersebar la jugak kan…so, aku rasa agak sukar bagi umat zaman sekarang nak merahsiakan pertunangan even kita tahu baik buruk hebahan tu. hoho ala ala ilmiah gitu entry aku kali ni..hehe ni jus pendapat aku la kan. Nak hebah pada semua orang or orang tertentu saja tu terpulang la..lu pk la sendiri..hahaha

Mau makan, laparrrr…..

22 November 2008

Oh HePi HePi Day...

Lalalalalalalalalalala

Ya ya ya ya ya saya sangat hepi hari ni dan semalam..

Kerana…….dress, make up dan mini pelamin saya sudah ditempah. Dress saya kaler *****.hehe Saya sangat soka.. haha mak saya sangat excited sampaikan dia suruh k.gie (mak andam) pasang mini pelamin 1hb sedangkan majlis saya 6hb! huahuahua aku x kesah sbb mak memang jenis camtu suke tengok benda siap awal, x suke keje last minute. Kanopi pun have been booked oredi..

x sabar nak tengok semuanye setel. Sbb saye nak amik gambar n of course la nk begambar sakan kan.kikikiki

pagi2 bute tadi k.ngah mesej tanya cenderahati 4 VIP bagi ape sbb die plan nak bagi sumthing..aku tengah tido tyme 2,arrghhh geramnye k.ngah ni kaco tido aku!!! Last2 aku kata nnti aku tanye mak. Hahaha padahal aku tau tp malas nak balas mesej dia.phewww..

Hurm..pagi tadi aku decorate sofa2 yang ade kat umah ni. Angkat sana sini. Sangat penat. Jap lagi nak angkat almari lak sbb ruang tamu utama kat depan tu perlu dilapangkan. Haha especially tempat mini pelamin saya…taraaa..hahaha Biase ar, kenduri mana ade orang duk bersenang lenang atas kerusi kan. Ok la, itu saje kesah preparation saya hari ni..

xoxo

20 November 2008

My Engagement Preparation

kelmarin sampai umah lebih kurang jam 3.00 pm. Rindu giler ngan bantal busuk!!! Anis blanje aku beli bantal busuk baru kelmarin. hip hip hooray!! Ade bantal busuk baru!! ngee…wargghh, sangat best tengok hantaran yang mak dh buat..hantaran aku, cenderahati 4 guest n persiapan bilik dah 70% siap..nenongnenong..kreeekkk 4 hari yang lepas aku berada di umah long sbb mak nak cari barang hantaran yg blom d beli..hari ahad sangat memenatkan kerana saye shopping barang2 hantaran dgn mak. Kitorang ke nilai 3..Mak aku sangat cerewet dan teliti orangnya dalam membeli. Aku hampir2 nak pitam ikot mak beli barang.tp xpe, untuk majlis aku jugak kan..hehe certain barang mak aku dh beli kat SSF Home & Deco kat Kuantan hari tu..waaa aku sangat suke pegi SSF!!! suke nak mati ok!! sesape yg xpenah pegi better korang pegi sbb kat c2 banyak bende yang boleh dibeli utk hiasan rumah,hiasan hantaran etc. sangat xclusive gitu. ahaaa...ERIC yang dlm rancangan Deko bersama Eric 2 la SSF punye duta.

Ni antara barang yg mak beli kat N3:
1. kaki bunga telor
2. bunga telor
3. bunga sireh junjung
4. daun n bunga2 hiasan hantaran dan yg sewaktu dengannya lahhh…

Penat penat dan sangat penat ok. Dari pagi sampai tengahari ade kat area tu. grrrrr…
Isnin, aku ngan mak meneruskan misi mencari beberapa lagi barang yang blom dibeli. Destinasi hari ini ialah Alamanda Putrajaya. Zuupp, gi parkson cari perfume. Aku blur tengok perfume banyak sangat pilihan. Mak pon fenin tp dia dh berkenan kat DRAKKAR NOIR. Aku test, best gak bau dia. agak keras, seswai ar ngan lelaki (mmg 4 men pon). Boleh dikatakan seme perfume dalam parkson 2 aku test bau dia.haha nk amik mn satu nih..??blur tahap cipan tyme tu syiall..try CK tp xde dlm packing la pulak..yang ade pon x best..hurm, nampak PACCO ROBANNE cam best jek..try lagi..manis ckit bau dia..tp ok jugak la..seller tu kata skrang ni orang lelaki ramai cari PACCO ROBANNE. Betul ke wahai kaum lelaki sekalian?? Ok tak pe aku survey dulu. DKNY, TOMMY, seme aku test.. sampaikan aku rasa cam sume perfume tu sama je baunya. Mak pun dh chow just tinggalkan aku duet utk bayar 4 da perfume. (aku mana la ada duet nk bayar sndiri kan..) last2 aku pilih DRAKKAR NOIR 4 MEN by Guy Laroche jugak. Sangat best bau dia n mak aku pon suke yang ni, so amik je la..tp mahal jugak 2 ratus lebih cam haram jek..perfume ngan deodorant je pon. disebabkan itu bukan duet aku, aku bayar je la..hurm, nak kata ape.. then, kitorg pegi makan roti ape tah yg pintal2 kat depan KFC dlm alamanda tuh..sedap nak mati ok. Pastu continue shopping.

Selasa pagi2 lagi dh bersiap2 nk blk umah. Excited dowh sbb cuTi hari tu x blk umah pun. Sebelum bertolak blk gi bangi jap amik ubat anis kat pusat rawatan islam az Zahra. Teringat plak kat katak. Aku pon mesej la dia konon2 cakap nak braye umah dia la kan (pdhal bt2 xtau raye dh lama abes). Dia kata bleh je tp dia kat ofis. So, aku cakap nak dtg braye kat ofis je la..haha dia kata ok jek. Dia gitau ofis dia kat depan puspakom. Disebabkan aku x brape arif dengan area bangi, dengan slumber aku pon tanye la akak kat kaunter farmasi 2 puspakom kat mana sbb dia kata ofis dia depan tu kn..akak tu kata kat area kilang kot..pada hal aku bukan nak gi jumpe dia pon. Hahaha saje jek nk mengganggu ketentraman katak sedang bekeja.haha then dia kata dia dah kua ofis sbb nak gi jumpe customer kat seksyen 7, pick me up then blanje aku makan. Wahh!!! Makan?? Aku sangat soka. Tp aku cakap kat dia aku ade emergency case kena blk cepat.tipu je ni..hik3 sbb tujuan aku dtg bangi bukan nak gi jumpa dia pon.saje je msg kaco dia. ngeee..

Smalam berlaku kerahan tenaga kat umah aku. Perghh..penat syiall. mak aku bg arahan itu ini memang sesape pon jgn bantah tp keje musti jalan. Haha pdhal bukan keje berat pun. Tugas aku sapu syiling jek..e2 pun syiling bukan ade habuk sangat. Weeehuuu pastu tolong mak gubah coklat untuk hantaran. sangat leceh buat keje ni. Naek krem tangan2 aku memintal bende2 camtu. urghh..
Hurm, jap lagi aku akan meneruskan tugas mengelap sliding door n tingkap plak.


Causinci..ewwweeehuuuu

10 November 2008

nyawa di hujung tanduk..!!

dear diary...

title ni xde kene mengena pon dgn cite aku kali ni. kalo korang rase kena mungkin la kot. aku pon x sure.haha tggl lagi satu paper lagi rabu ni..whoahaaa x sbrnye nak abes exam n x sbr nk blk umah tengok hntaran yg da siap digubah oleh bondaku..!!! yeay! sabtu ni blk kg. rindu gilerz ngan bantal busuk aku coz cuT hari tu x dpt jumpe pon..ngeee hu yeh (**), kalo xde aral mlintang my engangement ceremony akan diadakan pd 6hb disember 2008...mak n kak ana sedang sibuk membuat hantaran ketika ini..hehe tp ade banyak lagi yg blom dibeli.xpe xpe ade ms lagi nih..=) huhu hantaran akan disediakan sebanyak 13 dulang daripada aku dan berbalas 11 drpd die..cam nk kawin jek aku rase.keh3 nk kate ape, aku ikot jer bonda ku punya planning. weeehuuuuu hurm, baru dpt tau td slh sorang drpd senior aku akan bernikah bln 12 ni. x sangke die orangnye. senyap2 je tup2 dh nk kawin. wut3va la yang penting dorg bahgia kan. lgpon stahun je lagi die nk abes blaja. aku ni ye la, duet pon x brape nk ade..blaja pon lame lagi, masak pon kurang pandai lagi.pendek kate x memenuhi kriteria seorang isteri lagi lah.kahkahkah geli syiall!!
hurmm tringin nk upload pic kat blog ni tp apakan daya kebengongan laptop ku ini yg dihinggapi virus yg x diundang menghalang niat murniku itu.bak kata bro sepi itu indah "macam syiall dowh". x leh nk upload langsung. kene anta p 4mat dulu nih bru leh upload da pichas dgn jayanya.
paaaannnnngggg!!!! btol ke aku nk bertunang nih ha?? mc lyn kata, bile dh bertunang aku dh x blh buat x tentu pasal lagi.n aku mmg dh akan jadi milik die.ibarat cam dh kawin la die kate.x blh pndg org lain lagi.cam x pecaye beb!cam x layak jer nk jd tunang orang di saat jiwaku masih mgedix x tentu arah tatkala ini.hahaha psstt, jgn marah erk.
tp aku sgt sudey sbb die x blk masa majlis tu nanti.hurm...xleh nk ckp ar..


cHow!

Template by:

Free Blog Templates