30 November 2009

Hari-hari bosan bila internet connection macam tuuttt..

Dear diary....,
Dah dekat 2 minggu x update. Bukan stakat blog je, FB, FS, YM, chat dengan Gigi Besi kat gmail pun x. Internet connection cam haram~!! Ini pun guna dial-up. Tapi… x pelah, bersyukur apa yang ada.
Minggu lepas usai sudah majlis perkahwinan abg aku. Certain tempat di Pantai Timur area Klate n Ganu ada yg banjir masa tu. Mujurla Pahang yang makmur ni x banjir. Waktu majlis berlangsung cuaca agak mendung, tp cuma ujan renyai2 itu pun kejap je.. Nak tengok gambar kawen ke? Hikhik Nantilah… tunggu pic drpd photographer siap. Gambar pada aku ni bnyak ya amat tp biarlah dlu… xde mood mau update dgn connection yg sengal camni. (*_*) Hmm, tengoklah gmbar poyo yoppo ni dlu. hikhik

muka sengal x mandi, bt kacau di bilik pengantin. =p


** Aku rasa mcm nk tukar URL blog ni la.. x pun aku nk privatekn pd readers je..

20 November 2009

Menanti Hari Esok

Dear diary...,
Aku smpai Kuantan lebih kurang pukul 5.00 petang td. Malam kelmarin tido lewat. Sibuk mengemas. Maklumlah nk tinggalkan umah agak lama. Makanya, tido x hengat spanjang dlm perjalanan tadi. Mengantuk ya amat. Adakalanya sengaja aku biarkan panggilan telefon. Sentap gile kalo nk kena jwb call bila tngah tido. Gila keji punya malas~!!

Saat ini, sedang menanti hari esok. Abg aku akan menjadi milik org. Macam tak percaya, tp itulah hakikatnya. Ni pun baru lepas inaikan jari dia. Haihhh.. lepas sorang, sorang yg pergi. Tak mengapalah, itukan lumrah..

Ohh ya, td aku sempat chat with Shah Redza Minhat..~!! huhu Tapi x sempat nk sembang kencang pasal connection terputus tetibe. grrrrrrrrr... tp apa pun, aku suka gila sm dia. Dan sememangnya ramai yg tegilakan dia. Madu-maduku, sila baca ini. AKU CHAT with SHAH REDZA MINHAT. I repeat. Aku chat ngan SHAH REDZA MINHAT.~!! hahahaha Malamku igau, gilakan kau~

Ok la, nak tido dah. Kalau tido lewat2 sgt karang x beseri plak muka pengapit ni esok. Hauhauhau~!! (^_*)

Selamat Tinggal Ipoh...~!!

Dear diary.....,

Home sweet home...
Tak sabar nk blk~!! Agak terkilan sbb x dapat nk tolong mak buat persiapan sempena wedding abg aku Sabtu ni. Ohh ya, aku adalah pengapit beliau nanti. =) Hari Ahad pulak adalah majlis sambut menantu di rumah aku. Sangat x sabar mahu pulang melihat segala persiapan. Esok aku akan tinggalkan Ipoh untuk 2 bulan. Makanya, lepas ni x boleh nk online sekerap ini disebabkan connection di rumah sangatlah hampeh tahap vavooonn. Tak blh nak main game di FB, x boleh nk berYM, x boleh nk skodeng blog korang, x boleh nk klik2 mcm slalu, x blh nk update blog sekerap yg mgkin, x boleh nk bc blog Redza Minhat, ops~! Smuanya x blh. Hey celcom! Aku bayar bulan2 ni tahu~!! Tapi ada ketikanya aku akan online jugak. ~hikhik Sekian...
** Orang kata kalau jadi pengapit, nnti hilang seri bila kawin. Betul ke? Aku dh penah jadi pengapit kezen aku dulu, adakah muka aku xkan beseri dua kali ganda bila aku kawin nanti...??

18 November 2009

Perodua MPV.. Perodua ALZA..~


Ni ha, Perodua MPV yang rakyat jelata nantikan sangat sesudah Proton Exora MPV. Based on Toyota Passo Sette. Sama sebijik design dia. Macam Nautica n Toyota Rush jugak lah sama sebijiknya. Tengok skali imbas mmg x nampak beza pn. Pada sape2 yg dh beli Exora MPV tu.. (termasuk ayah aku), orang kata Perdoua lagi bagus daripada Proton, jimat minyak, TAK MENYESAL KE beli EXORA...?? hikhikhik =)

16 November 2009

Nuffnang Naik Lagi...~!! Yahooo!!


Aku suka hari Isnin. Kenapa..?? Sebab setiap hari Isnin, earnings Nuffnang aku akan bertambah walaupun tidaklah beribu sbb blog aku bukanlah se'HOT' Hanis Zalikha dan lain2. Cuma nak kata, nuffnang aku memang bertambah~!! ahahaha Thanx 2 all my nuffnangers dan diri aku sendiri kerana pertambahan ini. Walaupun aku tahu yang mengklik itu bukanlah ramai pun. Ape pun, hari Isnin mesti senyum sampai telinga (*_*)

14 November 2009

Kisah Aku di Tanah Suci... Allah Maha Besar...

Dua minggu lagi kita akan sambut Aidiladha... Hari di mana umat Islam berkumpul di Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam Kelima bagi yang berkemampuan. Kali ni aku nak cite kisah aku ketika berada di Tanah Suci. Dengan izin Allah, aku telah menjejaki Tanah Suci pada usia 19 tahun pd tahun 2005 untuk menunaikan umrah. Dah empat tahun berlalu. Muke pon sengal lagi waktu tu. (*_*) Tapi x kesah lah, ini kenangan yg sangat berharga untuk dikenang. Entry ini agak panjang, kalau nk baca, bacalah. Kalau x, klik saje sign (x) di atas tu.
Aku ke sana ketika cuti semester sewaktu aku masih lagi menuntut di Uitm Sri Iskandar. Dugaan yg pertama berlaku sebelum aku berangkat ke sana. Aku perlu hadiri interview perguruan pada hari aku sepatutnya berlepas ke Tanah Suci. Ayah aku cakap, x perlulah ke sana... peluang perguruan ni bukan senang nak dapat. Kalau nak ke Mekah bila-bila pn boleh pegi. Tapi, dlm hati aku... 'bukan mudah nak ke sana kalau bukan dengan seruan dan pilihan Allah'.. Aku iyakan saja apa yang orang lain cakap. Tapi dlm hati, aku selalu berdoa agar ada keajaiban yang berlaku supaya aku boleh ke sana bersama mak, ayah, anis dan kak ana. Allah Maha Besar... beberapa hari sebelum tarikh interview, mak dapat panggilan daripada pihak pengurusan umrah yang tarikh sepatutnya kami berlepas telah ditunda satu hari selepas tarikh asal. Ini bermakna, aku dpt hadiri interview dan aku jugak dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Siapa sangka, takdir Tuhan... hanya kerana doa~!! Sehari selepas hadiri interview, aku terus berangkat ke Tanah Suci..... Mungkin berkat doa ketika di sana juga aku dapat memasuki bidang perguruan ini..
Sebenarnya, keputusan untuk ke sana agak mengejut. Aku seakan belum bersedia dari segi mental dan fizikal. Namun begitu, aku masih sempat membuat apa yang diminta oleh seorang ustaz sebelum berlepas ke sana. Sucikan hati. Selama dua minggu aku berada di Kota Suci itu. Perjalanan selama 8 jam cukup membuatkan badan aku lenguh segala. Terpisah dengan family ketika di dalam flight cukup menguji kesabaran. Mujur jugak seat aku dekat dengan ayah. Ada sorang makcik yg ddk sebelah aku sepanjang perjalanan tu cite pd aku yg dia dah bnyak kali ke Tanah Suci.. Dia selalu berdoa supaya Allah terus memilih dia untuk menjadi hamba yg terpilih setelah kali pertama dia menjejaki Tanah Suci. Allah Maha Kuasa... Nyata doanya sering dimakbulkan Allah... Bertuah bukan makcik tu..?
Setibanya Saudi Arabia Airlines yang aku naiki mendarat di Jeddah, eh Jeddah ke Madinah ek.. lupe plak.~heee.. mana2 je la.. setibanya di sana, secara automatik perkataan 'Subhanallah' yang mula-mula terpacul daripada mulut. Air mata pn menitik. Ada satu perasaan yang aku sendiri x dpat nk jelaskn di sini. Kalau kau alami, kau akan tahu.
Setelah selesai segala urusan, aku berada di Madinah dahulu beberapa hari untuk melengkapkan umrah dan ziarah ini. Cuaca sangat panas di sana. Tak pernah aku alami cuaca sepanas itu. Panas dan kering. Sesekali berangin. Muka pun putih je. Suci gitu. Aku x alami sebarang masalah sewaktu di Madinah. Kesihatan juga baik. Aku berpeluang beribadat di Raudhah, sebuah tempat yang mulia di Masjid Nabawi. Bukan mudah untuk masuk ke Taman Syurga tersebut. Raudhah ini akan dipindahkan oleh Allah ke surga setelah kiamat kelak, sehingga menjadi sebuah taman surga yang hakiki. Taman Surga yang terbatas itu tak mampu untuk menampung ribuan jemaah yang ingin bersujud dan memanjatkan doa serta salam pada Baginda yang Mulia. Perjuangan menuju Raudhah cukup berat. Berbekalkan doa yang arwah mak ngah bagi sebelum berlepas ke sana, aku baca doa tersebut setiap kali berdepan dengan kesukaran untuk beribadat. Kau bayangkanlah, terlalu ramai manusia dalam tu. Meraung-raung. Meratapi dosa-dosa silam mungkin. Ada juga yang meratapi pemergian baginda. Seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasul, Raudhah letaknya antara rumah dan mimbar makam Rasul SAW. Waktu itu, aku lihat ada kepala manusia yg sedang bersujud dipijak, dilangkah begitu saja tanpa ada rasa bersalah. Mungkin mereka tak perasan. Allah Maha Besar... mungkin berkat doa yg arwah mak ngah bagi tu aku diberi ruang untuk beribadat di situ. Ada seorang hamba Allah yang memberikan aku dan anis ruang untuk menunaikan solat di situ. Yaasin juga dpt dihabiskan. Siapa sangka, dalam keadaan yang sukar macam tu masih ada yang nk membantu. Hebatkan Allah... Kalaulah manusia tahu hadis ini, 'telah berkata Jibril: wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu. Maka Allah menjawab: biarkan hambaKu itu, kerana Aku mencintai suaranya'." subhanallah..
Dipendekkan cerita, kami berangkat pula ke Mekah setelah beberapa hari berada di Madinah. Sekali lagi, 'Subhanallah' terpacul dari mulut bila kali pertama melihat Kaabah sebenar di depan mata. Air mata juga mengalir tanpa diminta. Kau akan mengerti rasa itu bila kau ditempat aku di saat itu. Tidak seperti di Madinah, aku kurang sihat ketika di Mekah. Demam. Makan x lalu. Ibadat pn x dapat dibuat dengan sempurna. Orang lain solat di masjid, aku hanya solat di bilik hotel. Tak larat sangat2. Ada ketikanya aku gagahkan jugak diri ni berjalan kaki ke Masjidilharam untuk beribadat. Kak Ana yg kurang sihat selama ni pn gagah ketika di Mekah. Tapi aku tidak. Kalah dengan cuaca panas terik di sana. Sehinggakan aku terpaksa ditahan di wad sebuah hospital swasta. Buat pertama kalinya aku masuk wad. Kat Malaysia x pernah pulak masuk wad. Demand sungguh. ~ngee..
Banyak dugaan yg aku alami sepanjang di Tanah Suci. Kerana demam, aku x boleh nak telan makanan. Bau masakan kat luar bilik hotel pn xboleh. Rasa nak terjeluak masa tu jugak. Aku cuma bole makan roti je sepanjang demam tu. Bila kat Mekah seolah-olah terasa diri ini sangat kerdil. Mak, ayah, terasa jauh... masing2 berlumba dengan amalan sendiri. Anis la yg sentiasa bersama aku sepanjang tawaf dan sai'e. Masa tawaf, mak, ayah dan kak ana bawak diri masing2 dalam keramaian manusia. Aku dapat rasakan, begitulah kita bila di hari akhirat kelak. Kau kau dan aku aku. Padang Mahsyar penentuan segala. Masing-masing akan bawa diri sendiri dgn amalan masing-masing. Waktu sai'e pn sama. Kalau x larat, aku berhenti kejap smbil minum air zamzam kat tepi-tepi tu. Pastu sambung balik berjalan dari Safa dan Marwah smpailah selesai rukun umrah tersebut.
Ada satu ketika, sewaktu selesai solat di hadapan Kaabah ada seorang perempuan tua merenung aku. Dia duduk betul2 depan aku dengan seorang perempuan yang lain. Aku tengok dan senyum je la pd dia. Nak bekenalan, cakap Arab pn raksun, ainun, junjumatun, je yang aku tau. Maklumlah, dh bertahun tinggalkan Bahasa Arab sejak tamat belajar di sekolah agama. Makanya, senyum saje lah... Aku nmpak dia bercakap-cakap dengan perempuan tu sambil tengok aku. Lepas tu ntah macam mn tiba2 dia datang dekat aku n cium dahi aku. Aku mcm tersentak kejap, tp buat2 cool. (*_*) Lepas tu, perempuan tua td terus berlalu macam tu je. Bila aku toleh, tengok2 dia dh x de. Mungkin hilang dalam keramaian manusia ketika itu. Termenung kejap dengan kejadian tu.
Hmm.. dugaan seterusya adalah period. Agak terbuka di sini kerana ini adalah normal dan aku hanya ingin berkongsi. Sebelum ke sana, aku dah makan pil untuk tahan period atas arahan doktor. Tapi bila kat sana, ntah mcm mana tinggal lagi beberapa hari je nak blk Malaysia, period pulak dtg. Mujurlah aku dah buat smua rukun umrah. Cuma tawaf wida' je la x dapat buat. Pesanan aku, kalau korang nak ke sana jangan lupa makan pil tahan period tu. Kalau x, rugi je pegi tp x dpt beribadat kat sana.
Hadoiiiii... penat menaip. haha Banyak lagi nak cite, tp cukuplah... x larat dah nak menaip ni. ~hikhik Jom tengok gambar pulak. Tapi gambar x berapa cantik sbb guna kamera kuno lagi tyme tuu... =)
kalau nk begambar dgn unta ni kena bayar,
tp aku suruh Anis snap pic aku cepat2 dekat unta berhias tu..
jd, x perlu la bayar...amik gmbar sndiri je..~hee
Ni kat Jabal Rahmah kalau x silap..

Pasar Kurma...

Tak ingat ni kat mn.


Di hotel Madinah...

Laut Merah...


Masjid Nabawi..

Aku snap dr bilik hotel. Tinggal sensorang jek ms ni.
Orang lain smua pegi buat tawaf wida'... Sedih plak dh nk blk.
** Moga aku diberi ruang dan kesempatan untuk ke sana lagi.... Aku nak berubah dan aku akan berubah... Itu yang aku pohon padaNya setiap hari... Tapi aku hanya manusia biasa yang sering alpa dengan keindahan dunia.. Moga Allah ampunkan segala kekhilafan sebelum tertutup pintu taubat...

13 November 2009

Entah laa...

Banyaklah orang menanam pulut
Saya seorang menanam padi
Banyaklah orang karam di laut
Saya seorang karam di hati

12 November 2009

Terima Kasih Penggubal Soalan...~

Usai sudah satu paper hari ni. Entry ditujukan khas buat penggubal soalan yg berjaya menghasilkan soalan yg cukup mengelirukan kepala otak. Tahniah~!! Merapu bagai nak rak la aku tadi. Melepek atas meja exam mcm kartun kat atas tu. Tulis essay smpai nk reput rasa jari ni. Hebat. Malangnya, belum tentu menepati kehendak apa yg aku tulis tu. haihhh... ~Biarla.. doakan saje yg terbaik. Tinggal lagi 2 paper, harapnya dapat jawab dengan sempurna. Sekian..~

11 November 2009

Itu bukan aku ~


Sekarang adalah exam mode. Esok 1st paper untuk Semantik. Arrrghhhhh~!! Apa yg aku blaja sem ni langsung x lekat kat kepala. Nak study pn malassss. Bila pegang buku je teros kepala rase pening. Keluar bintang-bintang. Mata lebam x pasal2 tanda x ckup tdo. Tangan merayap2 kat laptop suruh on9. Mulot rase nk mengunyah. Mmg spoil lahhh. Tengok kawan2 buat exam note aku jadi takot. Tetap endah x endah. Tak kesah. Aku bukan jenis yg suka ade note. Itu bukan aku. Aku x pandai buat note. Aku x pandai nk faham note. Sanggup aku bc Tatabahasa Dewan yg beratus muka surat 2 drpd buat nota ringkas dlm kertas yg berlipat dengan tulisan kecik-kecik warna-warni. Nak hafal2 bagai ni pn aku x boleh. Tak reti. Aku hanya baca dan faham. Itu pn x brape nk fhm. ~haha. Kadang2 aku buat2 faham je sbb ini memudahkan aku untuk merapu dlm exam. Teringat masa aku sekolah menengah dulu, cikgu marah sbb aku x buat nota sejarah. Aku malas. Buat nota hanya buang masa aku je. Takde effect ape pon. Itulah aku. Ape pn, doakan pointer aku sem ni melebihi 3.71. Itu pointer sem lepas. Bimbang kalau-kalau CGPA aku jatuh merudum. Doakan juga moga aku blh jwb exam dgn tenang walaupn aku sekadar hebat merapu waktu itu.

09 November 2009

Eskrim seposen~

Korang suka x eskrim ni? Eskrim pop kot org panggil. Alah, yg seposen sebatang tu... skrg ni dh jarang sangat2 org jual. Kak ana mesti buat eskrim ni kalau aku blk umah. =) 2 minggu lagi nk blk. Peti ais mesti penuh dgn eskrim asam masin ni..~!! Tengoklah, dh nak abes pn eskrim 2 sbb aku yg tibai makan pagi petang siang malam. Gambar ni aku snap ms aku cuti sem bln 6 dlu. Aku suka perisa asam masin je, perisa lain x brape nk terima dek tekak. Zaman sekolah rendah dlu pas abes class sllu jek pg umah polis kat tepi skolah sbb ade sorang bini polis 2 jual eskrim ni kat umah dia. Masa drjah 4,5,6 plak sllu beli eskrim ni kat umah cikgu. Bini dia yg buat. Kalau eskrim asam masin abes jual, terus aku rase mcm kecewa gila ms tu. hikhik perisa milo mmg x blh blah..~ Eskrim asam masin is da best~!! ngeee.. *_*

08 November 2009

Ohh My Coach~!!

Tajuk entry x menahan~!! Itu skrip dlm Pisau Cukur. Mlm tadi tetibe histeria suh Nget book tiket nk tengok Pisau Cukur pasal ramai yg kata best dgn cite ni. Maka dengan itu, buat pertama kalinya layan midnite movie. Support local industry~!! yeahhh!!
Quite gud la cite ni pasal jln cite yg x berat, rilex je. Genre komedi romantik, xde konflik yg melampau. ~Olle!! Cha cha cha!! hikhik Lakonan gedik Fazura n Maya Karin mmg menjadi lah! Setuju dengan teori Bella (Maya Karin) "nk kawen lelaki kaya sbb untuk masa depan anak2"... Kontroversi. Lelaki d luar sn, tergugatkah anda dengan teori ini..? ~Panas~!! =)
Ha, mamat kat bwh ni sedang menjadi kegilaan gurls umah 16. Shah Redza Minhat sebagai Faqir si lelaki bergigi besi dlm Pisau Cukur ni sangat lah kacak orangnye. Layannn..~!!


*Alahaii... sapelah yg bertuah dapat lelaki bergigi besi ni.. (*_*)

05 November 2009

Aku tunangan orang..~!!


N3 ni aku tujukan buat Lea, Naz, Yazid dan sape2 je lah yg bru tahu dan baru mengikuti blog ni. (*_*) Ya~! Aku tunangan orang. Aku bertunang pd 6 Disember 2008 yg lalu. Sudah hampir setahun pun. Ramai yg tak perasaan sbb aku x penah mention nm tunang aku dlm blog ni. Tapi kalau korang perasan, bnyak n3 yang aku post adalah tentang dia. Dia, kau, kamu itu smua adakalanya aku merujuk pada tunang aku. Malah sekeping gambar dia pn aku x penah upload di sini. Bukan ape, aku rasa bukan satu kepentingan pun aku nk publish gmbar dia kat cni. Ckuplah aku saje yg famous.~hahaha Sampai ms, andai panjang umur, aku publish jugak di cni. Apa yg lebih utama sekarang aku harap hubungan ini kekal smpai akhir hayat. ~Bila nk kawen..?? Hmm, kami ikat smpai aku abes study maknanye ade setahun lagi. Tapi kami hnya merancang, sedangkan Allah dh tentukan smuanya. Apa pun yg berlaku pd ms akan datang xde sape yg tahu dan aku hanya perlu berdoa, berserah dan redha atas segala ketentuanNya..Inilah yg kita katakan sebagai takdir...
Contoh yg terdekat seperti pertunangan ini. Aku dan dia mmg x pernah merancang untuk bertunang seawal ini. Secara tiba-tiba bila parents aku suarakan tntang ini makanya kami ikut sajalah.~Oleh sbb itu 1 sen pn bukanlah dtg drpd duit aku untuk majlis pertunangn ni. Aku kan belajar lagi, mn ada duit nk tampung perbelanjaan pertunangan ni smua. hihi untung jugak kan, jimat duet aku... kalau dh keja mesti kena guna duet sndiri. ~ngeee...
Contoh yg kedua, aku knal dia sejak kecik sbb parents kami dh kenal lama. Tapi aku x penah pulak main pondok2 ngan dia. Tunang aku jgk adalah senior aku ms sekolah menengah yg menjadi kegilaan kwn baik aku sndiri. Masa di sekolah dlu pun sepatah haram mmg aku x pernah bercakap dgn dia. Pandang2 jeling2 saje. Maklumlah dia kan senior yg bajet nsem waktu 2. Dengan rambut belah tngah die tu. hadoiiii x leh blah kalo tengok rambut 2 zaman kini. ~wakaka Aku xde lah nk melebey plak kan dgn senior yg poyo cmtu kn. ~hikhik So, biarkn sajalah kwn aku 2 tergilakan dia. haha Tapi mmg x sangka dia boleh jd tunang aku skarang hnya kerana berkongsi masalah melalui mesej. Inilah takdir Allah yg kedua untuk aku. Tak ada siapa pun yang jangka bukan?
Untuk yang seterusnya aku harap takdir juga menyebelahi kami untuk bersatu. Andaikata takdir itu bukan untuk kami, redha sajalah sbb Dia tahu apa yg terbaik untuk kita. Kematian, dan sebagainya mungkin akan menjadi penghalang tapi inilah rancangan Dia yang mungkin tak pernah terlintas dalam fikiran kita. Semua telah tertulis di Luh Mahfuz. Doakan saje yang terbaek. ~
Oklah, ini kali kedua rasanya aku post tntang majlis pertunangan yg dah basi ni. hikhik Sebab nk tunaikan janji pd Cinta Lea Ixora, jom layankan saje....~!!

Ini masih di bilik. Berdebar gilakkkk kau~!!

Future MIL tngah sarung cincin. Dia pun cikgu jugak. Cikgu Maths. Future FIL plak Guru Besar. Ai plak cikgu kecik. hikhik Masa ni dh x berdebar dh sebab prasan artis kan. Dengan flash camera sana sini. Fofular kejap.~
Ala-ala zmn Saloma gitu. ~



Wif Syasya. Ini budak agak tomboy dan ganas. Dia moody time ni sbb dtg bulan. Hikhik tipu je.. sbb dia x nak pakai baju kurung tu sbnarnye..

Ini proses membuat hantaran. Smua mak aku yg buat.
Idea mak sndiri dan duit mak jugak...hikhik



Alahaiii.... pura-pura sungguh~!

Aku dan hantaran untuk dia..

Ini pon sama... =)

Tetamu menjamu selera aku cbuk bergmbar.

Along, aku, anis dan kak ngah... kami adik beradik smpai mati.
*mmglah, mn ade adik bradik sparuh hayat. sengal.
Ini smua kwn2 sejak skolah rendah. Kat cni ade kwn aku yg gilakan tunang aku 2 dlu. Teka la yg mn satu. hahaha

Dengan family Along..~

Perbincangan sedang dijalankan...


Isu tergempar...~!!

Sehari sebelum majlis...

Ini untuk tetamu. Gift untuk VIP x sempat nk amik ganbar.

Antara kawan lelaki zmn skolah rendah yg datang... Fairuz n Nazir.

Dia satu-satunya abg yg saya ada.


Dengan Anis n Dania yg becok.




* Lea, sy dh tunaikn janji sy. =) tp x smua la. Kalo upload smua takot readers jemu lak nk nnti.

iNi Surprise dari Dia...

Dear diary....,
Aku dpt fon baru smlm. Dia yg bagi. Surprise yg menjadi buat kali pertamanya. Ya~! Ini kali pertama. Katanya hanya simkad. Patut pun aku mcm kepelikkan ckit bile dia kata letak dlm kotak. *pelik la sbb simkad kan kecik je, y not gune envelope je kan..? ~ tp lantakkan saje lahh.. sbb hari tu dia pos sepit kuku gergasi tu pon dlm kotak. hadoiiii... unexpected plak dpt L7 sbijik. ~nway, thanx 4 dat.. *_*
L7 memang ketinggalan zaman pon, dh la spesis Motoghola, kau tau jelah kan bnyak problem smpaikan payah dh nk jumpe jenama ni sekarang. Tp ntah knp aku beriye sngt nk kan kau. Mujurlah kat GM dh xde stock fon kuno ni. Kalo x mmg aku rembat dh sebijik sblum angkat SE hr tu. Aku bukanlah pengguna fon mcm kamu-kamu smua yg cecah ribu-raban. Fon aku setakat ni ade 7 bijik termasuk ini tp 2 dah kiokk makanya tggal lah 5 bijik. Tapi smua stok murah thp purse coach yg ori pun x lepas. Cukup setakat boleh call, sms, n sebijik saje yg boleh 3G.

Macam ni la fon yang aku dpt drpd dia. Aku malas nk amik gambar. So, credit to google. Congrats! Atas surprise kamu yg menjadi tu. Saya suke! Sampaikan Nget bentikan kete tepi jalan sbb nk tengok parcel ape yg kamu bagi. Dan Mclyn yg tolong koyakkan wrapper yg bedouble2 sbb sy sedang teruja di waktu itu. ^_*
*Korang yg pernah atau sdg bercinta mesti sllu dpt surprise kan..? Aku ini yg pertama. Yg dulu lain cerita... hikhik

04 November 2009

Bengang jek..~!!

Nape la ngan nuffnang aku ni...
Uish, geram btol.
dah elok2 naek tetibe jd camni plak..
grrrrrrrrrrrrrrrrrr...........

02 November 2009

GiLa FB.. kiNi TidaK Lagi..

Saya tau apa yg saya nk cite kali ini agak kuno tp ade aku kesah..?? *_* Ya! Aku kuno sbb kbnyakan drpd kamu dh lama aktif benda2 ni. Aku bru nk berjinak-jinak bagai mengexplore FB. Dulu-dulu mmg mnyampah dgn FB sbb x reti nk guna n mls nk explore. Bile bukak FB rasa mcm 'ish la.. xde privacy langsung. serabut oke.' Makanya, beterusan la aku dgn Frenster yg ntah ape2 kini. ~ahahaha..
Sejak hati terpaut, kegilaan dgn FB menjadi-jadi. Tapi x lah pulak hadap game yg bermacam tu. Cuma 2-3 game saje. Smua gara-gara housemates yg mempengaruhi aku. Merayu-rayu ajak maen. kahkah *xde la smpai merayu bagai sbnrnye. ~ngeee.. Kalo x, xkan aku layannye benda2 x berfaedah gini. hikhik
Tapi sekarang bile dh kaye raye hasil titik peluh bermain game rasa mcm mls la pulak. Bertani di farm pon untuk 2 hr..esok lusa mungkin 4 hari...tulat mungkin untuk sebulan..~eeee ade ke tanaman utk sebulan kat FB 2? ~level pon naek 2 hr skali ade ati nk tanam utk sebulan. Chaittt! Tapi siyes skrg dh mls dowh! Rase mcm buang ms pon ade. Next week dah exam. Ape yg aku blaja sem ni langsung x lekat kat otak sbb pg class dgn niat nk blk cepat nk melantak nasi kat restoran bonda n mkn jambu Yang! Teruk betol. Patot lah ilmu susah nk lekat. Niat terpesong rupanye. Moga-moga boleh merapu ms exam nnti. hihi

Ni ms aku mule2 jadi petani. Kawan2 sume gelak mcm syaitonn bile tgok farm aku. Bagi aku cantik ape sbb mna ade org create design farm mcm ni. Aku sorang je yg punya farm rompong mcm gigi rongak gini. hahaha


Akibat dikutok behari-hari, bile dh kaye.. aku create yg ini pulak. Mule lah ade yg jeles tgok aku dh kaye kan.. erk, ade ke? heee.. Rompong2 pon boleh kaye tahu! haha

Dan ini bru je tukar design. Terpahat nm si pemilik ladang di situ. =)



Ladang makin maju... duet makin bnyak... tapi dh mls nk bertani lagi.. upah mat indon je lah usahakn ladang ni. hikhik

Ini pulak game yg hampir2 aku lupakan. Pet society. Macam budak2 kan maen game gini. Tapi jgn kate aku sorang, membe2 yg lelaki pon ramai maen benda ni tau. Nama pet aku Gegurl. Dia agak tomboy mcm tuan dia sbb aku bukan pompuan yg lemah lembut ayu sopan ckp smpai lelaki boleh cair mcm hape aku pon xtau lah. Tapi itu bukan aku. Kalo ade yg cair tu aku pon xtahu knp. Erk, ape kau melalut ni. Jom2 tengok aksi Gegurl di rumah.

Ni pic latest Gegurl. Comel kan saye..? hikhik


Ni org gile mn ntah tetibe je masok umah aku. Mamposs gelak guling2 ms org gile ni dtg. haha anak sape sesat ni weiii....

Sekarang, dh agak kurang layan benda-benda ni smua.. aku cepat bosan dgn sesuatu. Hari ni xde class. Kerap je xde class sem ni. Tapi aku sgt suke n x bosan pon kalo xde class. ~ahahaha...

Template by:

Free Blog Templates