29 March 2010

Saya Tahu... Tapi Awak...??

Saya tahu saya tak famous.
Saya tahu tak ramai yang nak komen entry merepek saya.
Saya tahu tak ramai yang sudi nak datang jenguk blog saya.
Saya tahu ramai yang datang dan berlalu begitu saja.
Saya tahu saya tak punya ramai kawan rapat di dunia blog.
Saya tahu saya tak secantik gadis blogger yang lain .
Saya tahu pakaian saya tak sekacak blogger yang macho.
Saya tahu saya tak punya DSLR camera untuk letak gambar cantik-cantik dalam blog.
Saya tahu awak bukan suka sangat baca entry-entry saya.
Saya tahu awak ingat saya tak baca entry-entry awak. Padahal bila kelapangan saya mesti baca.
Saya tahu walaupun dah bertahun saya blogging saya masih tidak hebat.
Saya bukan mahu hebat-hebat di sini.
Saya hanya mahu berkongsi rasa.
Awak tahu tak, bila saya menulis di sini akan ada satu kepuasan yang saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana.
Awak tahu tak, walaupun saya selalu sibuk dengan tugas tapi saya tetap mahu update di sini.
Awak tahu tak, kebiasaannya saya hanya mengambil masa tak sampai 10 minit pun bila menaip entry-entry baru.
Sebab tu kadang-kadang ayat saya berterabur.
Saya tak macam awak, simpan baik-baik dalam draft, baca 10 kali kemudian baru publish.
Saya buat semua ini spontan.
Saya taip apa yang saya nak taip.
Saya taip ikut apa kata hati.
Mungkin sebab penulisan saya tidak berapa bagus kerana banyak cincainya, maka awak tak berminat untuk ke sini lagi.
Tapi, saya tak kisah. Yang penting saya perlu menulis. Menulis di sini adalah terapi bagi saya.
Lagi saya tak kisah sebab earnings saya selalu naik mendadak tanpa di sangka seperti hari ini.
Walaupun awak tak datang.
Walaupun awak tak klik.
Saya cuma nak awak tahu saya bahagia bila hari Isnin. hikhik (^_^)


Sekian... !

27 March 2010

Tak Leh Blah Dengan Geng Bulu...!! eeeeuwwww =p

Pagi tadi ada pertandingan Tilawah Al-Quran kat sekolah. Aku jadi penjaga masa untuk tilawah murid perempuan. Ramailah murid-murid, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dari sekolah lain yang datang. Cuma aku je bukan golongan ustazah.. Tak layak kot. hihi

Kau tahu tak aku ni penggeli kucing? Aku ni geli kucing memang tahap gaban la senang cakap. Ada ke patut masa peserta kedua terakhir tengah baca, tiba-tiba ada sekor anak kucing kaler hitam mencicit-cicit lari menuju ke kaki aku. eeeeuwwww.. terangkat-angkat kaki aku. Dah la aku duduk setentang dengan hakim-hakim merangkap ustaz-ustaz yang semuanya lelaki. Malu i tau. Kalau ada ustaz yang handsome lagi la i malu. (^_*) Tapi mujur anak kucing tu melencong ke lain. Kalau tak, mesti semua mata tertumpu pada aku. hiksss =)

Kau tahu, kalau aku pergi kedai makan yang ada kucing, sure kaki aku bawak naik atas kerusi. Bersila. Aku kira apa orang cakap aku macam budak-budak ke, sewel ke, yang penting kaki aku selamat tak terkena anggota badan kucing. Paling aku risau kalau ada kucing yang suka lompat-lompat kat peha kita bila tengah makan. eeeee.. tak leh blah. Tapi mujur aku tak pernah kena dengan kucing yang peel udoh macam tu. Mengganggu ketenteraman awam sungguh kan? Kadang-kadang bila aku geram sangat kan, aku cakap je pada owner kedai makan tu suruh dia alihkan kucing tu jauh-jauh.

Aku tahula kucing tu binatang kesayangan Nabi. Comel pulak tu. Tapi dah memang aku geli dengan haiwan yang berbulu, nak buat macam mana kan. Ha, kalau ular, cacing, pacat dan yang seumpama dengannya, aku tak geli. Siap boleh belai-belai lagi. haksss. =) Kalau kucing, arnab, dan geng-geng bulu yang lain. Memang ceq tak leh blah baq hang! eeeeeuwwww. =p


p/s: Tadi kan aku buat sesuatu yang tak berapa bagus. Tak boleh ceritalah kat sini. hahaha Jahat gila aku. Tapi terpaksa la. Assignment banyak. =) Nanti kena mintak maaf dengan orang tu. Ampun. ampun. hihi


24 March 2010

Top Ke Aku...?? hahahaha (",)


Dapat award ni daripada Meniti Senja, Sis Iza dan Cik Ejaa kelmarin. Thanks. Tak sangka, top jugak aku ni rupanya. hahaha Kalau real award kan lagi bagus. (^_^)

Kena jawab soalan la pulak....

1. Thank & link the person that gave you the award

2. Pass this award onto 20 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award

1. Zahiril Adzim
2. Hanis Zalikha
3. The Pink Stilettos
4. The Tale of Rinanda
5. Aznil Hj Nawawi
6. Gampangsolo
7. Azwan Ali
8. Fauziah Ahmad Daud
9. Vie Shanti
10. Eizlan Yusof
11. Amyza Aznan
12. Zed Zaidi
13. Adoiiii... ramainya.. aku busy ni... kalau kau rasa kau top blogger amik lah ye. =)

And, aku tak letak pun link diorang ni sbb kau boleh google je nm mereka.



Sekian.

Jangan Pasang Impian Nak Jadi Cikgu Kalau Kau Tak Mampu.


Assalamualaikum.

Melalui minggu yang sangat sibuk. Tanpa rehat yang cukup. Tanpa tidur yang cukup. Letih. Tak ada masa nak layan blog buat masa ni. Minggu depan baru tenang kembali. Lambatnya masa berlalu. Rasa macam nak je beritahu budak-budak lepasan SPM "kalau korang tak kuat mental dan fizikal jangan sesekali apply nak masuk maktab perguruan". hahahaha Gila jahat aku. Tak patut betul membantutkan niat murni budak-budak ni. Tapi serious aku cakap. Kalau kau rasa diri kau tak mampu nak jadi pendidik, jangan masuk maktab. Cabaran guru sekarang sangat hebat. Yang tak tercapai dek akal. Tak percaya, trylah. Korang jangan fikir masuk maktab ni mudah. Aku pernah belajar di IPTA. Di IPTS pun pernah. Aku tahu bezanya. Ada beberapa orang junior aku dulu sampai berhenti belajar sebab tak serasi dengan dunia pendidikan. Baguslah dia buat keputusan awal-awal. Taklah mendatangkan masalah pada sekolah kemudian hari. =) Tiba-tiba ter'emo' ni ape kes. (^_^)

Aku sibuk sangat minggu ni sebab ada empat assignment perlu di'submit'. Oberservation oleh lecturer dan guru pembimbing. So, mesti buat yang terbaik untuk dapat markah yang baik. Tapi masa observe tadi memang aku down. Budak-budak spoil. Aku pun macam tak beri yang terbaik masa mengajar. Kepala blur sebab penat even dah telan macam-macam pil malam tadi. Dah cuba tidur seawal mungkin walaupun hakikatnya lewat juga. Ah, dah tak de mood nak menulis.





Sekian.


21 March 2010

Bajet Kau ArTis ke..??

Ni USB baru beli siang tadi. Hsmate yang belikan pasal Vaio aku ada dua lubang USB je. Tak cukup nak sumbat segala jenis penyambung USB pada Vaio. Gila smart USB ni. Bentuk manusia. Bagi aku lah kan. Bagi kau aku tak tahulah pulak. =p

Esok sepatutnya lecturer nak datang observe. Beriya bangun pagi-pagi hadap buku-buku, hadap portfolio, print out segala bagai kerja yang tertangguh sampai aku pun tak tahu nak cakap macam mana keadaan aku pagi tadi dengan atas tilam penuh segala macam harta berbentuk kertas sama ada helaian kertas dan kertas-kertas yang dibukukan dengan alat tulis sepah-sepah sebab satu apa pun tak ready sepanjang minggu ni untuk observe esok. Hah! Tiada koma dan noktah tak semput ke kau baca? hahaha

Tiba-tiba partner tergerak hati menghubungi lecturer. Lecturer kata "Saya memang nak datang observe esok tapi saya ada Moderasi. Setengah jam pun tak free." Weeeeehuuuu... melompat-lompat gembira wa cakap lu! Terus ajak Mclynn pergi Jusco sebab serabut otak segala semalaman tido tak lena, mandi basah, makan kenyang. heh! Banyak benda yang aku fikir. Kenapalah manusia macam aku ni kuat berfikir? Penat tahu tak! Kau pun macam aku jugak ke hah?

Dah. Malas nak cakap banyak. Lepak-lepak tengok pic je lah. Aku pun tak nak memberatkan kepala otak korang untuk membaca entry aku yang merepek ni.






Bajet kau artislah amik gambar-gambar macam ni...?? Chaiiittttt pooorrraaahhh. hahaha =p



Sekian. Assalamualaikum.



20 March 2010

Di DaLam Sepi iTu...


Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu

Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri

Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan

Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu

Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku



::: Beliau berkata pada saya "Sunyinya rasa hati kosong..."

Apa saya nak jawab..? Tiada jawapan di situ kerana hati itu perlu di jaga.


18 March 2010

Si Pentiru Itu Pasti akan MENIRU.

Entry kali ni agak tak matured. Sebab aku tengah menyampah.
Sekarang ni kan, aku suka pakai baju kurung kain cotton. Cotton ni banyak jenis tahu. Tapi yang aku biasa pakai Viscose Cotton n English Cotton. Kalau cotton macam yang aku jumpa kat Nagoya GM tu tak berapa nak hot sebab kain nipis. Tak serap peluh. Sebab tu harganya murah bangat. RM7 semeter. Kalau sepasang baru RM28. Memang murah tapi sure tak sedap pakai. Kualiti itu penting ya korang-korang semua. Kau pun mesti boleh menilai kain yang berkualiti atau tidak, bukan?
Ala, memang kain cotton ni dah lama ada di pasaran. Tapi tiba-tiba rasa teringin nak pakai kain ni semula. Tak heranlah kan.
Apa yang aku nak cerita ni bukanlah pasal kegilaan aku pada kain cotton sekarang ni. Tapi pasal Si Pentiru. Aku tak suka betul kalau ada orang nak meniru style kita. Kau faham tak maksud aku? Kenapa ya kadang-kadang ada orang yang tak boleh nak create identiti sendiri? Aku pun tak faham kenapa kau mesti nak tiru style orang. heh!
Dulu, aku pakai kain chiffon. Dia pun beriye jugak nak ada kain chiffon.
Dulu, aku selalu pakai kurung moden. Dia pun beriye jugak duk buat kurung moden je.
Sekarang ni aku sedang mengumpul koleksi baju kurung kain cotton. See! Dia pun sibuk nak buat baju kurung cotton.
Heh! Kau tak boleh ke kalau tak jadi Si Pentiru hah? Tak payah nak cakap kau dah lama nak buat, dah lama teringin nak ada baju macam tu, dah lama nak ada baju macam ni, dah dua tahun kau mengidam nak buat baju ni, lima tahun sudah kau mimpi pakai baju macam tu. Blah.
Sebelum aku tak pakai baju-baju macam tu tak ada pulak dia beriye nak buat. Hoh! Tak de identiti langsung orang macam ni. Menyampah. Sikit-sikit nak tiru. Uweeeekkkkkk. =p

=p =p =p =p =p =p =p =p =p =p =p =p =p . Menyampah.


17 March 2010

Nak Tahu Tak Apa Berlaku Hari tu...?

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. hihi =)

Pic intro cerita hari ni.
Sebenarnya kan, aku tak pergi pun tengok Alice in Wonderland hari tu. Semua Mclynn punya pasal. Tak tepati masa. Movie mula 4.15pm. Aku dh pesan banyak kali make sure 3.00pm dah ada kat umah. Tapi dia sampai umah 3.30pm. Dengan nak tunggu dia bersiap bagai. Nak pergi angkut Si Fendi dengan Azam lagi. Hangin. Hangin. Sampai Jusco dah pukul 4.00pm. Tengok2 tiket dah full. Cis! Memanglah kena sumpah seranah bak hang!
Fikir punya fikir, decide mahu tengok V3 Samseng Jalanan. Dah aku malas nak buat review pasal cerita ni. Sama je jalan cerita dengan cerita-cerita rempit yang lain. Ada lumba-lumba, ada tumbuk-tumbuk, ada berdarah-darah, ada guling-guling atas jalan, ada pompuan seksi nak mamposss, ada part dah nak mati pon boleh rempit lagi, ada main kejar-kejar dengan polis. Itu biasa lah kan kalau adegan cerita rempit macam ni. Maka, aku rasa kau pun tak rugi kalau tak tengok cerita ni. (*_*)
p/s: Nak photoshoot cover album atas bumbung Jusco tapi bateri camera pulak kong. Ni buat aku tambah kemaruk nak DSLR Nikon ni. =P

16 March 2010

RUGI kalau KAMU tak tengok ni. (",)

Terima kasih pada kamu yang mendoakan kesejahteraan aku tempoh hari. Tiga hari tak blogging rasa macam tiga tahun. hahahaha Gila poyo pompuan ni. hikhikhik =) Eh, korang perasan tak wishlist aku yang dah berkurun kat side bar tu? Sebelum ni ada kat bawah, tapi aku dah bawak naik atas semula. hoho Excited sebab dua benda di wishlist tu dah tercapai. =) Mari-mari buka mata besar-besar.


Ini paper bag. Scroll ke bawah lagi... =)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ada kotak hitam dalam paper bag tu. =)
Jalan lagi yuk. ahahahaha
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tadaaaa!!! Ada netbook impian dalam kotak
hitam tu rupanya. =) Kaler pink gitu. hoho.
Jalan-jalan lagi lah. =)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Secara eksklusifnya mempersembahkan Si Pinky Sony Vaio kepunyaan aku.

Owner: Lemonade

Sponsored by: Kak Ngah

Kak Ngah! Hari-hari aku doakan ko makin kaya sebab kalau ko kaya aku tak payah bayar balik netbook ni. hahahaa bukan aku yang kata, ko yang kata. (",)

Mari lihat wishlist kedua pula.

Ni pun paper bag. Kalau korang pernah masuk butik yang ada
barangan brand Paris Hilton ni akan dapatla paper bag macam ni.
Jalan-jalan ke bawah lagi ye. =)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Eh, ada kotak kaler merah la. Apakah..?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
OmiGod! ELLE wallet. hahaha buat-buat terkejut.
Padahal dah pernah skodeng wallet ni kat butik tu.
Meh kasi zoom lagi.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ni ha! ELLE wallet. Sebenarnya tak nak kaler ni.
Tapi out of stock la kaler purple tu. Dan sebenarnya
bukan nak design yang macam ni. Nak design yang lain.
Banyak cekadak plak kau ni. Orang dah bagi tu, bersyukurlah kan.
Demand sungguh! erkk. *_*
Owner: Lemonade
Sponsored by: ANIS
Hahaha sekian saja entry wishlist aku yang dah tercapai. A million thanx to both of you.


12 March 2010

Pesanan dari AKU buat KAU.

Tak sempat dah nk blogging panjang lebar ni.
Nak balik kampung. School holiday.
Tapi otak aku tak cuti pun.
Banyak benda nak fikir.
Jari-jari ni pun tak boleh nak rehat sangat.
Banyak benda nak kena taip.


p/s: Aku sampai rumah dalam pukul 4 pagi karang. Doakan aku baik-baik saja. =)

11 March 2010

Jom ramai-ramai tengok aku berlakon. (",)


Hari ni nak pergi tengok movie Alice in Wonderland. Cis! Mentang-mentang sebutan nama sama, terus nak pergi tengok cerita orang putih. Sebenarnya nak tengok Niyang Rapik. Tapi ada sorang budak tu mengada-ngada gila nak tengok aku berlakon. Aku layan je lah.. =p Karang dah tengok baru boleh review pasal cerita ni. Causinci. =)

10 March 2010

Mari LiHat TerJaHaN Si Peng'google'..


Kau nampak tak apa yang mereka google sampai boleh terjah ke blog aku. Tak nampak eh. Meh aku nak bagi tau. Kalau yang aku letak anak panah kat bawah tu means agak unik keywords yang diguna oleh peng'google' selain sweetstoberi yang paling kerap. Keywords 'wanita bermisai' kerap juga di'google'. Ha, yang ni pasal aku pernah buat entry pasal produk Hair Lightening Cream Body Natur yang boleh hilangkan misai untuk orang perempuan. Tak sia-sia aku sebarkan ilmu yang bermanfaat kat sini. Hoho! =) Kalau nak baca entry tu boleh klik sini.

Oh, minggu ni first time aku tengok ada yang google 'blog elis afia'. Siapakah gerangan yang meng'google' ini agaknya ya..? hahaha Mesti orang yang dikenali ni. Kalau tak, takkan boleh terjah dengan meng'google' nama penuh aku kan?

Dan satu lagi, agak unik keywords yang diguna minggu ni iaitu 'facebook gila bangang'. Hadoiii... ganas betul keywords si peng'google' ini ya. hahaha

Tapi takpe, aku tak ambil kisah pun apa yang korang nak google. Kalau ada yang bermanfaat tu, bacalah, jadikan sebagai panduan. Aku hanya ingin berkongsi tentang kehidupan di sini.



Sekian. Salam satu Malaysia. (",)


09 March 2010

Orang Perempuan MESTi perlu ada simpanan sendiri.


Sekarang ni semua orang berlumba-lumba cari duit. Berebut-rebut nak cepat kaya. Join macam-macam skim. Paling jelas aku nampak sekarang MLM. Memang orang akan cepat terpengaruh. Aku juga pernah terpengaruh dengan MLM ni. Siap pergi dengar seminar bagai. Rasa nak gelak pun ada. Tapi hampeh... Sape tak nak banyak duit kan? Tapi kalau kau malas dan tak tahu nak berurusan macam aku, aku rasa kau memang tak dialu-alukan join benda-benda macam ni. Buang masa, buang duit. Penat je yang dapat.

Apa yang aku nak ceritakan kali ni bukan tentang MLM. Tapi tentang simpanan kita untuk masa depan. Especially kaum perempuan. Seriously masa aku di zaman sekolah dulu-dulu memang aku tak ambil kisah pasal simpanan. Seingat aku, dulu aku menabung masa aku prasekolah je. Itu pun cikgu yang suruh.

Bila dah masuk IPGM, baru aku sedar yang aku perlu ada simpanan sendiri. Sejak 4 tahun lalu, aku dah mula belajar menyimpan. Even tak banyak tapi adalah jugak walaupun sikit. Aku melabur dalam Public Mutual. ASB tu tak yah cakaplah. Memang simpanan wajib. Kadang-kadang aku hadkan perbelanjaan aku supaya aku mesti ada simpanan. MESTI. Sebab aku fikir, kalau aku tak mulakan sekarang, susah nanti. Hidup kita tak selalu indah macam yang kau sangka. Adakalanya kita di atas, adakalanya kita di bawah. Sampai sekarang, lepas balik sekolah, mesti aku sumbat segala coin yang ada dlm tabung. Nampak macam budak-budak kan? Tapi kau tak tahu, aku seorang pemikir masa depan yang aktif. =) Serious, aku selalu fikir pasal masa depan.

Secara logiknya aku fikir, andaikata tiba-tiba parents aku pergi, siapa nak tanggung hidup aku..? Perkara macam ni bukan kita minta. Tapi secara fitrahnya begitu. Kita tak tahu apa perancangan Tuhan. Maka, kau kena bersedia.

Dan andaikata, aku berkahwin. Tiba-tiba suami aku pergi dulu. Tak pun, laki aku cari betina lain. Ha, menjanda la jawabnya. Tak jadi janda pun, siksa jiwa raga ohh. Kalau kau banyak duit, kau blah je. Tak payah nak buat kesian. Kalau pompuan macam aku ni memang tak layak nak dapat payung emas kot. Sebab tu kau sebagai perempuan jangan banyak mengharap pada lelaki. Kalau selama ni kau hanya bergantung hidup pada laki kau je. Bila dah kena tinggal takkan kau nak bergantung hidup pada orang lain pulak..? Nak minta belas ihsan orang lain? Oh, kalau akulah tidak sama sekali. I will survive. Kita hidup ni jangan suka meminta-minta. Tapi kalau terpaksa, kau tak punya kudrat itu lainlah.

Orang selalu kata perempuan ni kaum yang lemah. Kau tengoklah masyarakat sekarang. Tapi bukan semua ya! Bila suami dah tak de, anak-anak hidup melarat. Beri anak pada orang lain sebab tak mampu nak tanggung darah daging sendiri. Sedih betul. Kalau ada simpanan kan tak jadi masalah. Cammon la. Kau perempuan mesti kena ada kekuatan dalam diri. Mungkin kau kata "kau tak kena, boleh la cakap macam tu". Pada aku, kau kena positive. Kalau kau lemah, memang kau tak boleh survive.




p/s: Aku nak hidup senang. Demand. Suka pada benda-benda branded. Buat masa ni banyak benda yang aku nak tapi tak dapat. Sebab tu aku menyimpan. hoho!

08 March 2010

Aku TERINGIN nak guna MelaCep Whitening System Mary Kay .

Kosmetik..? Memang sinonim dengan kaum wanita, perempuan dan gadis macam aku. Kau perempuan kan? Mustahil kau tak nak cantik kot. Mana-mana perempuan yang tak nak cantik, tak perlu baca entry aku ni. hoh! ganas perempuan ni. hahaha.. Mana-mana lelaki yang ada teman istimewa macam Meniti Senja patut baca ni. Famous kau disebut-sebut kat blog aku. hoho! Tapi tak pe, kau ada girlfriend kan? Takkan kau tak nak girlfriend kau nampak cantik kot. Hahahaha... Mari teruskan bacaan anda..

Actually, aku selalu google pasal produk kecantikan yang bagus untuk kulit gadis macam kita-kita ni which means kulit orang Asia. Aku terjumpa set MelaCep Whitening Mary Kay. Ramai orang kata bagus. Aku pun nak try jugak. Walaupun kita semua pasti menempuh hari tua tapi AKU TAK NAK TUA awal dari waktunya!! Buat masa ni, aku sekadar mampu pasang niat dan impian. Next year kalau masih bernyawa dan ada rezeki, aku MESTI beli set ni. Aku tak kire! Kalau aku cakap aku nak sesuatu, aku mesti dapatkan jugak one day. Dan salah satu wishlist aku di sidebar itu telah tercapai. A million thanx to my Kak Ngah kerana Si Pinky Sony Vaio itu. Kalau nak baca entry impian aku pasal Sony Vaio boleh klik sini. Dan di saat ini ,Si Pinky Sony Vaio itu telah menjadi milik aku. Nak tengok? Next week ok. Pasal aku pun belum tengok lagi harta kesayangan aku tu. Juz dpt tengok thru fon je.

Ok, berbalik kepada kosmetik di atas. Memang aku tak nafikan produk ni bagus sebab tak mengandungi hidrokuinon seperti kebanyakan local product yang boleh menyebabkan pelbagai implikasi pada kulit. MelaCep Whitening System menggunakan bahan alam semulajadi yang terbaik untuk kulit. Kalau nak info lebih lanjut boleh google sendiri atau klik sini.

Mari lihat apa yang ada dalam Set MelaCep Whitening System ni beserta harganya:
  • FOAMING CLEANSER RM120 (100g) - Formula berkrim ini bercampur dengan air untuk menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan secara lembut
  • FRESHENER/PELEMBAB RM120(100ml)- Melengkapkan proses membersih, menjadikan kulit berasa segar dan lembut
  • ESSENCE RM230(30ml) - Serum yg cepat menyerap ini membantu mengembalikan kejernihan kulit. Pembungkusan inovatif memastikan formula yg mengandungi askorbil glukosida berada dlm keadaan sifar udara bagi mengekalkan keberkesanannya.
  • DAY MOISTURIZER WITH SPF 15 RM170(30ml) - Melindungi kulit yg terdedah kepada UV pd siang hari dgn formula pelembapan. Potensi formula yg mengandungi askorbil glukosida utk faedah pemutihan dikekalkan dlm pam sifar udara
  • NIGHT CREAM RM170(30g) -Manjakan kulit anda dgn krim mewah ini ketika tidur. Formula yg mengandungi askorbil glukosida ini membekalkan ramuan pencerahan semasa kulit anda memerlukannya utk memulih dan membaharui diri
  • DARK SPOT SERUM RM170(10ml) - Pembungkusan dgn bebuli penggelek memudahkan pemakaian serum jernih secara langsung pd bintik hitam akan oudar jika di pakai berterusan. Formula yg amat berkesan ini mengandungi askorbil glukosida
  • MASK RM160(85g) - Masker kaya lembapan ini menjadikan kulit lebih cerah dan berasa lebih lembut dan licin
Total for one set = RM1140. Kau mampu? Aku belum keje lagi, tak mampulah. Memang produk ni mahal tapi kulit kita perlukan KUALITI. Tapi aku pernah terbaca, katanya cleanser produk ni boleh tahan sampai 6-7 bulan. Lama jugak. berbaloilah kalau harga macam tu tp depends on berapa kerap dan berapa banyak kau gunalah. Kalau setiap jam kerja kau asyik nak cuci muka dengan cleanser je, alamatnya sehari je boleh habis. =)


Mari-mari lihat pula apa faedahnya:
  • Untuk menampilkan kulit yang lebih cerah
  • Mengurangkan tompok hitam dan membalikkan penyahwarnaan kulit
  • Mengandungi penghalang matahari, antioksida , ramuan pemutihan, dan penganjalkan kulit.
  • Amat sesuai untuk mereka yang menginginkan kulit yang cantik, cerah dan berseri.

Sekian saje kisah impian aku kali ini. Berjumpa lagi di impian yang lain di hari dan waktu yang lain. Salam satu Malaysia. (~_*)



I'm Speechless...!!


It's Monday today.

Thank you nuffnang~!!
Im speechless.




07 March 2010

Perodua MyVi 1.5 2011...!!! SE wajah baru Jun 2010..?? Aku Mahu!!


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Perodua bakal memperkenalkan model terbaru dari varian MyVi dengan enjin berkapasiti 1.5 liter menjelang suku pertama tahun depan.
Model itu mengambil model asas atau kerangka MyVi sedia ada dengan mengekalkan 'DNA' modelnya yang paling laris itu sambil membuat sedikit perubahan ke atas 'jelmaan baru' tersebut.

Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan tentang pelancaran model itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang spesifikasi serta maklumat terperinci.
"Memang benar Perodua akan melancarkan varian MyVi 1.5 tetapi ia akan dilakukan pada tahun 2011, kemungkinan bulan April dan untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun nanti," kata beliau.
Aminar yang tidak mahu mengulas lanjut tentang model itu, percaya MyVi terbaru itu akan menjadi taruhan Perodua untuk kekal sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

Dalam pada itu, Aminar Rashid juga berkata, Perodua tidak bercadang untuk memperkenalkan model kereta hibrid ke pasaran tempatan.
Ini kerana katanya, pelaburan untuk model seumpama itu amat tinggi, lagipun model-model Perodua ketika ini telah terbukti mampu menawarkan penjimatan penggunaan bahan api.

"Kebanyakan pengeluar kereta memperkenalkan hibrid untuk menjimatkan penggunaan bahan api supaya lebih efisien dan mesra alam tetapi apa yang kami keluarkan telah memenuhi kehendak pasaran selain enjin kami tidak berkapasiti besar," katanya.
Beliau berkata, model-model Perodua sememangnya cukup efisien dari segi penggunaan bahan api serta mesra alam dan pengenalan model hibrid tidak akan dilakukan pada masa depan.
Bagaimanapun, Aminar Rashid tidak menolak sebarang kemungkinan yang wujud pada masa depan kerana perkara sedemikian adalah di luar kawalannya selain berdasarkan permintaan pasaran atau faktor-faktor lain.


p/s: Tak dapat Lancer buat masa ni, dapat Myvi SE pun ok. MyVi 1.5 laju tu beb drpd MyVi 1.3! (",)

06 March 2010

Lain kali tak usahlah berjanji.

Pernah tak korang terkena dengan orang yang manis mulut berjanji pada kau tapi hapah pun tarak. Janji sekadar mahu menyedapkan hati. Tak kiralah janji apa-apa pun. Aku selalu terkena dengan orang yang macam ni.

Kadang-kadang aku pun tak faham kenapa manusia mudah sangat berjanji. Bagi aku, kalau kau dah berjanji dengan seseorang tu kau kenalah tunaikan. Yang kau pandai-pandai berjanji itu ini tapi tak mampu nak laksanakan atau sengaja kau buat-buat lupa atau anggap orang yang kau berjanji tu tak kesah, aku rasa kau silap. Kau silap besar. Memang sentap.

Aku ni manusia yang sangat alert pada janji. Even kau cakap nak belanja aku makan pun aku akan ingat sampai bila-bila (ini contoh). Itulah janji namanya. Contoh lain, kita boleh tengok pada manusia yg bercinta. Biasanya akan berjanji takkan curang dengan pasangan. uweeekkkk =p Loya pulak rasa tekak aku ni ha. Tapi sebenarnya ramai je yang pasang 2,3 di belakang. Tak kiralah lelaki ke perempuan. Kau pernah ke? Seingat akulah kan, aku tak pernah pun berjanji untuk kekal dengan seseorang tu. Kau tau sebab apa? Sebab aku takut aku mungkiri janji tu. Dan aku tak suka bagi harapan pada orang. Sebab tu aku tak suka berjanji. =p

Tapi, kalau dah berjanji mestilah kena tepati, bukan? Kau kena faham macam mana orang yang kau berjanji tu rasa bila kau tak tepati janji kau pada dia. Mungkin kau akan cakap "alah, benda kecik pun nak kecoh". Kau jangan anggap semua orang macam kau sebab kita punya personaliti dan pendirian berbeza. Jadi, kau kena belajar memahami perasaan orang lain. Ingat tu!

Kita manusia biasa. Kadang-kadang terlanjur berjanji. Bila tak boleh tunaikan apa salahnya 'Say Sorry' pada orang yang kau dh mungkiri janji tu. Ini tak, main buat ngok ngek kau je memanglah orang bengang. Tak kena bayar pun kalau ucap perkataan tu. At least tinggal parut luka je pada hati orang yang kau dh mungkiri janji tu tadi. Taklah luka parah tu merah menyala tak reti nak sembuh-sembuh. Tahu..??


Kau kena ingat, bila kau dah berjanji dengan seseorang tu means kau dah bagi harapan pada dia. Kalau kau sengaja mungkiri janji kau, memang kau kejam amat.


Sekian. Renung-renungkan.


05 March 2010

Farah a.k.a Ms. Independant...!! Saya dah buat ni.

Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang! - Done

Cerita pasal gambar -Done

Ms. Independant minta saya buat tag ni. Saya sedang free, maka boleh la buat. =)
Sebenarnya dah lama saya pakai wallpaper ni. Sebab ape?? Sebab saya suka Mitsubishi Lancer. Saya banyak koleksi wallpapar Lancer tapi saya prefer guna yang ni sebab simple, tak crowded. Simple macam jiwa saya. Kalau saya punya duit yang banyak, saya mahu kereta ni. Perempuan kalau bawak kereta ni nampak stylo dan HoT. Kawan-kawan kata saya ganas bawak kembara, orang kecik tapi bawak kereta besar, laju pulak tu. Tak padan. Kalau saya bawak lancer satu hari nanti padan kot. =)



Pilih 7 orang untuk di tag:

meniti senja
budak pensel
deqyalalink
sis fathiyah
en. alierostam
Cik Ejaa
Oreo


Ok. selesai sudah.

03 March 2010

Contest by Mrs. Weiyda a.k.a HoneyBee..


Syarat-syarat untuk peserta yang mahu join contest Mrs. Weiyda ni seperti berikut:

1. Letak banner contest di sidebar... - Done!

2. Jadi follower blog Mrs. Weida... - Done!

3. Sertakan gambar original... -Done! (Tu.... kat atas tuuu...)
.... lemonade is beside gurl in black.. (",)

4. Entry mengenai contest... - Done!

.... Ini baru kali ke-3 saya join contest. Saya join contest ini kerana menghargai jemputan daripada Mrs. Weiyda... Lagipun, contest ni menarik dan mudah. Lain daripada yang lain. Menang atau kalah itu adat pertandingan. Saya hanya sekadar mahu memeriahkan contest ini dan mengeratkan tali persahabatan bersama teman-teman blogger.

5. Entry menyambung ayat ini... "Saya nak masuk contest ini kerana...... dan warna yang saya suka ialah ......... -Done!

....Saya nak masuk contest ini kerana tertarik dengan konsep contest yang mahu mengetengahkan sifat kemelayuan individu berdasarkan pemakaian mengikut kebudayaan Melayu itu sendiri. Bak kata pepatah "Takkan Melayu Hilang di Dunia..." Warna yang saya suka ialah Putih, Biru, Pink dan Hitam.

6. Daripada mana dapat tau contest ni...

....Saya dapat tahu contest ni atas jemputan penganjur contest sendiri iaitu
Mrs. Weiyda a.k.a Honeybee... =)

7. Tinggalkan komen dan link di kotak komen Mrs. Weiyda... - Done!



~Sekian....

Ini penting tahu..??

Ini berita untuk guru-guru yang bakal posting tahun depan macam aku. Rasa macam nak kawenlah cuti sekolah bulan 3 ni. huahuahua sape nak masuk meminang, silekan. kahkahkah =p Tapi kan, posting form dah hantar.. kawen awal pun x guna, dh terlambat. *sigh*

KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan akan menimbangkan untuk mewajibkan semua guru bertugas di kawasan pedalaman antara tiga dengan lima tahun daripada tempoh perkhidmatan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan sasaran untuk menyahut cabaran itu ialah guru-guru yang masih belum berkeluarga.

Katanya, langkah itu akan menjadi satu bentuk dorongan dan cabaran baru kepada warga pendidik untuk bertugas di kawasan pedalaman di atas dasar khidmat sosial kepada negara.

Beliau berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah penempatan guru di kawasan pedalaman yang menjadi salah satu cabaran besar yang dihadapi Kementerian Pelajaran pada masa ini.

“Dalam tempoh 30 tahun guru berkhidmat, mungkin boleh antara tiga ke lima tahun dari tempoh itu mereka memberi perkhidmatan di kawasan pedalaman.

“(Ini) sebagai satu kewajipan, bukan sebagai satu pilihan dan ini memang perlu kita lihat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian sewaktu ditemu bual dalam rancangan Agenda Awani yang disiarkan oleh stesen televisyen Astro, di sini malam ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sebenarnya telah menyediakan beberapa bentuk galakan untuk guru bertugas di kawasan pedalaman seperti elaun sara hidup maksimum RM1,500 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, yang lebih penting ialah kesungguhan dan kesediaan warga perguruan untuk berkorban demi anak bangsa.

“Kalau semua nak pergi ke kawasan bandar, tidak ada pihak yang bersedia untuk berkorban mendidik anak- anak di pedalaman. Ini adalah satu kepincangan dalam sistem (pendidikan) kita,” katanya.


01 March 2010

Ini personaliti aku, BUKAN personaliti kau. (*_*)

Ni bukan aku yang kata tapi Cik Muka Buku yang kata.
Banyak betulnya dan sedikit silapnya. hihihi

Personaliti Berasaskan Tarikh Lahir / Ketahui Pasangan Anda

Result: no.1

Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah profesional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia.


Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Cepat try kuiz ni kat Muka Buku, sape2 jejaka yg no. 4, 6, 8 boleh isi borang jadi pasangan aku untuk sehati berdansa. muahahahaha (~_*)



Kalau nak sangat pergi jahanamlah...!!

Aku memandu sendirian.
Di tengah kegelapan malam.
Cahaya samar-samar...
Mahu melihat semuanya kembali normal.
Sangkaan meleset.

Katanya,

" Hard disc ada problem, bila-bila masa boleh rosak "

Arrrrggghhhhhh~!!!

Tension lagi.
What to do.
Berdoa sajelah.

Tapi,
kepala otak tetap ligat berfikir.

Apa jadi kalau,
..... tengah lecturer datang observe kau mampos tibe2.
..... sedang aku mahu melengkapkan proposal kau buat hal lagi.
..... bila aku dh siapkan assignment kau jahanam sekelip mata.

Warggghhhhhhhhhhhhhh~!!!!!!!!!!!!!

Jangan cari pasal dengan aku.
Aku x boleh berfikiran waras bila begini.


Template by:

Free Blog Templates