28 April 2010

Payment Advice dah dapat. Tak lama lagi CEK Nuffnang dalam tangan!! Yeay!!

Hyeee... Assalamualaikum.. Salam satu Malaysia...

Hari ni nak cerita kisah Nuffnang. Korang nak tahu tak, aku mula blogging since tahun 2008. 7 Julai 2008. Tapi aku mula berjinak-jinak dengan Nuffnang sejak hujung tahun lepas. Sebelum ni memang tak tahu apa-apa tentang Nuffnang. Rugi betul. Kalau aku tahu kebaikan Nuffnang awal-awal lagi aku dah join. Ni dah setahun lebih blogging baru nak ambil tahu.

Tapi takpe, aku bukanlah serakus mana. Blog aku pun bukanlah se'best' mana pun. Awal-awal dulu aku cuma fikir blog adalah tempat untuk aku melakar rasa, bercerita tentang kehidupan. Berkongsi apa-apa. Tapi sekarang blog aku dah bertambah fungsinya. Blog dah menjadi satu medium untuk aku menjana pendapatan. Walaupun setakat ini belum mencecah 4 angka.

Tapi aku patut bersyukur dengan rezeki yang tak disangka-sangka macam ni. Tu la pentingnya amalkan ayat 1000 dinar bagi orang Islam. Jangan kita baca untuk dapat balasan tapi baca dengan ikhlas untuk mengagungkanNya. Bila niat kita betul semuanya akan dipermudahkan. Kalau setakat tepek ayat 1000 dinar di dinding restoran tapi tak beramal tak guna jugak. Maksudnya, semua ni perlu seiring dan sejalan. Wuwuwuwu!! Dah melalut dari Nuffnang ke Ayat 1000 dinar la pulak. Tak pe, sambil-sambil tu boleh berkongsi ilmu ukhrawi bukan?


Hmmm semalam aku dah dapat Payment Advice dari HSBC untuk cash out Nuffnang. Sukeeeee!!! Monkey claps!! hahaha Ini first time aku cashout tahu? Tak lama lagi sampai la cek tu. =) Tak nak cash out lagi buat masa ni untuk kali ke-2. Nak tunggu ribu raban dulu. hahaha


Terima kasih Encik Nuffnang!

26 April 2010

Cotton Inner Syria RM10 only!!


COTTON INNER SYRIA RM10 ONLY....!!!!

Inner ni memang best. Terletak je bila pakai dengan shawl. Limited stock. Korang boleh request nak kaler apa kalau stock still available. I upload sikit je dulu, kalau ada sambutan boleh upload color lain pulak. Yang tak diupload ada BLACK color, WHITE, DARK BLUE, CHOC, DARK CHOC, CREAM dan macam-macam lagi.. Untuk tempahan dan pertanyaan boleh email miss lemonade: sweetstoberi@gmail.com Email akan dibalas dalam masa 24 hours. Serious buyer only ok.

Condition : NEW
Material : 100% COTTON ( Soft & Smooth )


Dark purple

SOLD OUT!!

Shocking pink

SOLD OUT!!


Maroon

SOLD OUT!!


Contoh inner yang ditetas supaya pemakaian lebih cun!

Kalau korang nak tahu, untuk nampakkan inner ni muncung sikit dibahagian atas tudung korang kena tetas sikit jahitan dia macam ni. So, tak de la inner tu melekap bulat je kat muka. Sila la try kalau nak tengok hasilnya.


Sebarang pertanyaan boleh email saya ok.



Kepuasan Melampau


Fuhhhhhhh!!!! Legaaaaaa..... Tak terkata..

24 April 2010

Bagus sangat ke camera blogger-blogger ni...??


Ni camera aku. Olympus FE-360 warna pink. Gagah beli dengan duit elaun sendiri. Gedebuk!! Memang suku daripada elaun aku bayar untuk dapatkan camera ni. Tapi sayang, tak sampai pun 5 tahun aku guna dh ada problem. Memang aku jaga elok camera ni. Tapi pernah terlucut jatuh sekali atas jalan tar. Tapi still ok masa tu.

Lately ni dah lain macam. Apa hal ntah. Dah la nak pergi luar negara tak lama lagi. Macam mana nak bergambar sakan ni.. hikhik (~_*) Nak rosak pun tak agak-agak kau ni. Tunggulah tahun depan. haihhh....

Hmmm, Olympus tak lah bagus sangat bagi aku. Kualiti gambar tak berapa ok sebenarnya. Member aku pun ada guna brand ni tapi model yang lama sikit daripada yang ni. Pun sama jugak. Tapi at least ada camera pun dah kira ok kan. Orang lain tu ramai lagi yang tak mampu nak beli camera. Jadi, apa pun kena belajar bersyukur. Walaupun dah menuju kejahanaman, aku tetap bersyukur sebab camera ni dh banyak berjasa. =)

Eh, baru-baru ni aku ada tengok satu digital camera brand Nikon yang cun, smart, kacak, meletop! Memang smart lah. Kaler pink jugak. Tapi tak ingatlah model apa. Kata si penjual camera tu model baru. Korang guna camera apa? Bagus ke camera korang tu? Yang guna DSLR aku tahu kualiti gambar memang tak menghampakan. Buat masa ni mampu pasang impian je, tahun-tahun depan nak angkat DSLR jugak sebijik.


p/s: Share la camera apa yang korang guna. Bagus ke tak?


20 April 2010

Bila Waktu Telah Berakhir... ='(


Nyanyian: Opick
Tajuk: Bila Waktu Telah Berakhir

"Lirik lagu yang sedang anda dengari tatkala berkunjung ke blog ini"

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yg sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yg ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi


Sejak akhir-akhir ini aku semakin kerap memikirkan perihal KEMATIAN... rasa terpanggil untuk memuhasabah diri dengan pemergian Achik Spin di usia yang masih muda. Nobody knows... lambaian beliau pada sahabatnya adalah lambaian terakhir..

Bila orang yang telah pergi sudah tidak dapat dilihat kelibatnya lagi baru kita sedar segala perlakuan, kata-kata, harapan, permintaan semasa penghujung hayatnya adalah yang terakhir untuk kita kenang...

19 April 2010

Aksi 3 sekawan bermain go-kart yang K.A.C.A.K. Ohhh HEBAT..!!


Last week kan tak jadi main go-kart. Weekend ni plan kitorang menjadi juga akhirnya. Tapi sayang, kami pergi cuma bertiga bukan berlima. Tak mengapalah, masing-masing punya urusan sendiri. Lain kali boleh pergi lagi andai diizinkan. Nak dijadikan cerita, tiga sekawan ini sangatlah happening tak terkata bila dapat main go-kart. Rasa macam litar tu kami yang punya. Lagipun tak ada sesiapa lagi yang datang seawal itu kecuali kami. Jadi tak ada masalah untuk kami mengHISTERIAkan diri sewaktu aksi-aksi drift yang kami lakukan itu berlangsung. haha! Enjoy. Memang enjoy. Hilang segala beban di benak fikiran buat seketika.

Walaupun seronok beraksi di litar, tapi disebabkan masalah tekanan darah rendah yang aku alami membuatkan aku pening on the spot bila masuk second round. Tapi tetap berlagak nak berlumba. hah! Pening ohhh. Dah la litar kat situ tak rata. Ada lubang-lubang. Bergegar tak pasal-pasal pankreas aku. Tapi tak apa, wa redah jugak demi RM20 yang wa dah laburkan. Tapi memang besttttt. Der! Kalau lu yang tak pernah main go-kart pergilah try. (tiba-tiba jadi ganas). Kalau tak percaya tengoklah gambar-gambar tiga sekawan yang poyo yoppo ni.



Dalam hati kami ada T.A.M.A.N (~_*)




Kau tengok siapa kat depan sekali? haha

Eh, dia pulak kat depan.

Pompuan helmet hitam tu sangat skema ohh. haha

Tengok. Beriya dia tutup muka bagai macam nak merempit haram.

Geng dugongss jugak yang selamber...


Tak lama pun kami main. Tak sampai setengah jam untuk 6 laps. Then kami ke Jusco. Jalan-jalan cari jantan. Eh, bukan! Bukan! Jalan-jalan untuk hilangkan bosanlah. Tujuan utama mahu menonton Semerah Cinta Stiletto. Itu sahaja. Tidak ada melencong niat untuk bershopping seperti kebiasaan dulu. Ohh. Dalam kepala aku hanya ada Bandung. Bandung. Bandung. Mahu shopping di sana dua bulan lagi. Itu kan lebih enak. =) Hmmm, baiklah berbalik pada Semerah Cinta Stiletto. Cerita ni biasa je kot. Ada lawak-lawak sengal. Ada konflik keluarga. Ada kisah cinta. Ada part cinta terhalang. Ada part korang tengok sendirilah. hehehe Malas aku nak cerita lebih-lebih. Then, kami melakarkan kenangan di atas bumbung Jusco sebagai kenang-kenangan kami di tahun-tahun akan datang. Hanya ada masa lebih kurang 6 bulan sahaja lagi untuk bersama... =(












Sekian saja dari saya 'lemonade' melaporkan kisah gadis litar di Extreme Park Ipoh.

18 April 2010

Kalau kamu blogger yang bagus sila jawab pertanyaan ini.


Apa perkara yang paling menakutkan dalam hidup kalian...?? Readers, silent readers, n sesiapa yang terbaca entry ini tolong jawab pertanyaan ni boleh tak..? Saya sekadar mahu anda berkongsi rasa. Tq =)

17 April 2010

Achik Spin Meninggal Dunia...

17 April 2010 – Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin meninggal dunia petang tadi selepas kereta Toyota Estima yang dinaiki bersama-sama kawannya terbabas di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas). Arwah tersepit di dalam kereta sebelum kereta itu terbakar. Arwah meninggal di tempat kejadian. Kawan arwah bagaimanapun sempat keluar daripada kereta itu untuk menyelamatkan diri.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Achik Spin. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Source*


** Saya suka lagu-lagu jiwang yang pernah dinyanyikan oleh arwah suatu ketika dulu hingga kini.... (~_*) Sesungguhnya darinya kita datang, kepadaNya kita kembali..

16 April 2010

Pertama kali upload gambar sebanyak ini. Akulah buruh HOT itu.

hormat ke hadapannnnnn hormat..!!!

wa talak jual sayo maa...

kemut sungguh!








1 Malaysia kan kami..??

kahkahkah gedik giler.




ish, tak leh blah.

auwwww!! macam kemut sekor-sekor. hakss!














nak balik dah...


Sekian saja kisah gadis buruh hari ini.... (~_*)

Template by:

Free Blog Templates