28 June 2010

Bukan lagi retak menanti belah tapi sudah lama terbelah-belah.

Aku rasa kita akan dihargai orang bila kelibat kita sudah tidak ada di muka bumi. Biasanya begitulah kan. Bila kita masih ada, kebaikan yang kita buat kadang-kadang sebelah mata pun tidak dipandang orang. Bila dah tiada barulah akan dikenang-kenang.

Aku makin tak faham dengan dunia sekarang. Susah nak terangkan macam mana. Terlalu complicated. Aku fikir dunia internet sekarang boleh memporak-perandakan perhubungan sesama manusia. Facebook. Yahoo Messenger. Senang cakap social networklah yang banyak merosakkan. Meretakkan. Memecah-belahkan. Memutuskan. Mencerai-beraikan. Bila aku dan rakan-rakan serumah berbicara hal begini ada yang kata mahu cari suami yang tak tahu apa-apa tentang social network especially Facebook. Aku setuju. Tapi unfair kalau lelaki tu beriya-iya mahu terlibat dengan social network untuk menjaga silaturrahim dengan sahabat handai bukan? Tapi aku kira, biarlah berpada.

Masa aku di sekolah hari tu pun ada cikgu yang cakap dengan aku macam tu. Facebook kalau tidak bijak dimanfaatkan boleh mendatangkan macam-macam masalah rumahtangga. Sebab beliau sendiri pernah alami masalah rumahtangga semuanya kerana FACEBOOK. Dahsyat kan facebook ni. Memang itu pun tujuan Yahudi buat Facebook kan. Semua berlaku tanpa kita sedar.

Sewaktu aku mula terlibat dengan social network yang satu ni memang aku agak layan membalas comment-comment yang ada. Tapi manusia macam aku yang mudah JEMU ni susah nak kekal lama dengan sesuatu. Even hari-hari aku on FB pun tapi sudah tiada hati mahu membalas komen-komen yang agak nonsense barangkali. Pendek kata dah tak serancak dulu. Jemu. Bosan. Rasa buang masa pun ada. Korang ada tak rasa macam apa yang aku rasa?

Apa yang aku nak beritahu kat sini sebenarnya aku simpati dengan seorang sahabat aku yang terpaksa putuskan hubungan hanya kerana Yahoo Messenger. Jahat betul dunia internet ni. Memang jahat!! Tapi ada hikmahnya jugak. Kalau tak, sampai bila-bila pun sahabat saya tu tak tahu yang si lelaki tu banyak dikaitkan dengan perempuan lain. Lelaki pun agak-agaklah. Kalau dah tahu hubungan dah tegang macam tu sengaja disimbah minyak lagi pada api buat apa. Jangan mudah anggap remeh dengan semua perkara. Bagi kau mungkin tak ada apa-apa. Tapi bagi perempuan itu memang bullshit kot. Dan satu lagi aku rasa kita kena belajar untuk minta maaf kalau dah tahu kita yang salah dan dah melukakan orang lain. Bukan sedaya upaya menegakkan benang yang basah. Nak juga rasa diri tu betul. Memang tak patut.

Aku tak faham perkaitan dalam setiap perenggan entry aku kali ni. Tapi kau baca jelah. Aku tulis apa yang ada dalam kepala otak aku. Ikut suka jari akulah.


Sekian saja entry emo kali ini.

27 June 2010

Hari iTu Hari MaLang Aku.

21 Jun 2010
Ini tarikh malang aku. Sampai bila-bila pun aku akan ingat. Kepada teman-teman blogger especially Ceroi, sorry sebab tak dapat tunaikan janji aku pada kau yang aku dah janji nak belikan kau birthday present dari sana.. Budak Pensel, sorry untuk keychain yang kamu mintak tu, Syukri yang dah siap-siap bagi adress sebab nak souvenir... dan sorry untuk classmates yang 4 orang tu sbb aku memang dah niat nak bagi kat korang souvenir even korang tak tahu pun niat aku ni tapi malangnya penantian selama 6 bulan tu sia-sia belaka... Aku nak cerita rentetan kisah yang berlaku. Aku kecewa dengan agensi dan pensyarah berkenaan. Seriously, aku nak hak aku semula. Aku bayar seribu lebih hanya untuk trip ni tapi jadi macam ni akhirnya. Aku bukan nak menyalahkan takdir, tapi aku kecewa dengan sikap manusia seperti itu. Jangan kata nak minta maaf, nak tenangkan aku pun tidak. Pensyarah lain pulak yang bersusah payah. Benda dah berlaku, tapi aku akan ingat sentiasa. Duit aku tu, jangan buat tak endah pulak. Kalau rasa nak rugi banyak, buatlah tak tahu.

1.00am
Pukul 1.45am nak bertolak dari rumah tapi pukul 1.00am baru aku tergopoh-gapah nak mandi, solat isyak bagai.

2.20am
Bertolak dari IPG, masa dalam bas lecturer tu beri taklimat. Katanya flight bertukar dari AirAsia (LCCT) ke Garuda (KLIA) sebab nak jalan-jalan dulu sepanjang perjalanan dari Jakarta-Bandung. Actually, trip asal memang tidak menyentuh langsung tentang Jakarta. Memang takkan ke Jakarta. Waktu bertolak tu dapat tau macam ni. Tak kisahlah kan. Yang penting selamat dan enjoy.

5.40am
Tiba di KLIA lepas tu terus Solat Subuh.

6.30
Dapat tau visa ada problem, kerajaan Indonesia tak terima visa kumpulan. Setiap individu mesti kena ada passport antarabangsa. That time students dan beberapa orang lecturer terus bergegas ke Kedutaan Indonesia nak dapatkan kelulusan. Flight memang dah delay ke 1230pm masa ni. Letih kot dalam bas lama-lama dengan jalan jam lagi. Perot dah menyanyi-nyanyi sambil bergendang bagai. Masa dalam bas tu, lec cakap kalau tak lulus jugak nampaknya kena buat passport individu. OhhMyGod!!! Passport aku kat rumah dowh!! Kat Pahang sana nu. Masa ni rilex lagi tapi dalam hati dah rasa lain macam sebenarnya.

9.00am
Lepas selesai urusan di Kedutaan Indonesia, lec yang uruskan kitorang cakap aku kena tinggal sebab passport tak ada. Lec tu dah nanges-nanges masa dalam bas. Masa ni dah dapat rasa yang mesti aku tak dapat pergi. Call mak, along berjuta-juta kali. Mak dah bengang time ni. Aku lagilah bengang tahap cipan. Then, terus bertolak ke imigresen sebab nak buat passport kawan-kawan.

1.30
Ada di KLIA semula untuk ambil luggage. Kawan-kawan delay ke sana keesokan harinya. So, empat hari je mereka di sana. Rugi satu hari.

3.30
Sampai rumah along di Putrajaya. Selesai semuanya.

Bila aku fikir-fikir balik, mungkin ini tanda-tanda yang berlaku yang menyebabkan aku takkan ke sana agaknya.

Voir
Masa kat Megamall hari tu aku sempat la shopping kejap. Konon-konon shopping untuk ke Bandunglah. Aku nak satu wedges kat Voir tu! 2-3 kali aku duk ulang alik ke Voir tu sebab nak tengok wedges tu. At last bila aku nak beli je rupa-rupanya dah tak ada size. Kecewa ok! Aku jenis manusia yang sangat amat mudah kecewa kalau benda yang aku nak tapi tak dapat. eee! Ada lagi satu, white shirt tu aku nak sangat-sangat! Konon nak pakai waktu first day bertolak ke Bandung tapi tak ada saiz jugak. WTH!!

Duit hilang
Ha, yang ni memang aku confius sampai sekarang. Aku ada tukar duit sebelum berangkat tapi malangnya duit aku hilang 50,000. Walhal aku baru je kira duit tu. Banyak kali kot aku kira tiba-tiba je hilang terus tak jumpa-jumpa sampai sekarang. pelik.

Baju
Bila aku nak berjalan kan mesti aku kena basuh segala baju-baju yang aku nak packing. Tapi, sebelum pergi tu aku ada beli baju baru tau dan aku memang tak basuh baju baru tu sebab memang tak ingat langsung. ish! Dan banyak halangan waktu aku nak ambil pakaian dari sorang teman, sejak dari pagi sudahnya sampai ke malam sebelum bertolak baru aku pergi ambil baju-baju tu.

Solat
Mak aku ada pesan suruh buat Solat Sunat Musafir bila ke sana tapi aku tak sempat nak baca tentang Solat Sunat Musafir tu. Aku ingat tapi kejap-kejap lupa. Sudahnya, aku tak baca pun tentang tu. Dan lagi satu, aku ingatkan nak buat solat hajat sebelum berangkat tapi tak sempat sebab aku bersiap lambat.

Tak ada perasaan. Tak ready!
Sebenarnya aku kejap-kejap rasa excited nak pergi. Kejap-kejap tak rasa apa-apa langsung. Dengan kuku aku tak sempat potong. haha! Aku bila nak berjalan kuku mesti kena potong kasi kemas tahu. Dan lagi satu perkara yang menunjukkan aku ni tak ready sangat nak pergi bila akulah last person yang packing barang malam tu.

Passport aku!
Pernah terdetik sekali je masa cuti nak bawak passport aku yang lemau tu balik Ipoh lepas tu memang tak ingat-ingat dah sampai la kejadian tu berlaku. haish.


:: Itulah kisah malang aku. Bila kawan-kawan dah balik dari sana, macam-macam hal yang tak elok aku dengar berlaku di sana rupanya. Aku ingat kata driver bas maktab aku masa kejadian tu, "Apa la punya malang korang ni ek..?" Tapi, kawan-kawan aku tak semalang aku kot.

20 June 2010

Pesanan Buat Penulis Blog dan Pembaca Blog Lemonade

Siapa antara kamu yang sering mengikuti blog saya?
Siapa antara kamu yang rasa saya adalah kawan kamu di dunia blog?
Saya tahu ada silent reader di blog saya yang tak best ni. Kepada silent reader, sila email saya nama kamu di sweetstoberi@gmail.com ok.

Kalau ada antara kamu tergolong dalam mereka-mereka di atas, sila beri link blog kamu atau email anda di comment entry ini. Tak kiralah sama ada saya memang dah kenal rapat dengan kamu atau tidak. Letak saja link kamu di comment kalau mahu. Sekadar mahu keep in touch. Thank you.

I'm away for a few days. Bukan tidak mahu blogging tapi saya tidak lagi di Malaysia pada esok hari. Gudbye Malaysian bloggers. Doakan saya selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air..(>.<)

11 June 2010

Selekeh di Hari Pernikahan.

Aku kat Kuala Lipis sekarang. My cousin, Sarah kawen esok. Sebelum bertolak ke sini tadi aku pergi tengok Kak Anne nikah kat masjid. Buat pertama kalinya aku masuk masjid tu sejak diubahsuai. Dan buat pertama kalinya aku pergi majlis orang nikah pakai jeans, t-shirt buruk dan berselipar jepun. Kepala tengah tak berapa waras. Sebab tu agak selekeh. Tak boleh nak berfikir logik. Sekian.

04 June 2010

Persoalan dan Jawapan.

1. Apa yang akan anda buat bila dapat tahu member anda tikam belakang anda?
Amik pisau, aku tikam dia balik. hahaha Itu jawapan tak ada kaitan. Kalau dah ada memang yang biadap macam ni memanglah angin monsun timur laut keluar tiba-tiba kan. Tapi tak pe, sepandai-pandai katak melompat sekali aku pijak terus mampossss pecah perot. haha

2. 6 orang di hati anda.
Bagila banyak-banyak sikit. Ramai sangat orang dalam hati aku ni haaa... 6 je mana cukup. Tapi antara yang enam tu, of course la ahli keluarga aku, orang tu, kau, kau, kau, kau, dan kaulah.. (^_^)

3. Anda rasa anda comel?
Ntahla.. kadang-kadang kot. Kadang-kadang tak pun. haha!

4. Single or taken?
Kau rasa? Kau rasa apa?

5. Blog yang anda suka….
Blogspot. hahaha

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Kemas. kemassssss. Kadang-kadang tak jugak sebab selalu terkejar-kejar nak ke kuliah. Habis semua melayang. Balik kuliah, kemas la semula. =)

7. Lagu terakhir yang anda dengar?
Kebahagiaan dalam Perpisahan (Shahir AF8). Kalau dah berpisah, bahagia ke..??

8. Last text message..
Mr. Lemonade. *wink*

9. Last phone call..
Mr. Lemonade jugak. Tapi tak sempat nak jawablah. kahkah

10. Hari terakhir anda menangis
Hari-hari menangis. Sebab aku nampak macam ganas tapi hati tisu. wakakaka Kau pulak..? (>.<)

11. Five-5- favourite colour
Banyak la color yang aku suka. Tapi kau nak lima je kan? Hmm, aku suka color biru, pink, hitam, purple, merah kot.

12. Orang terakhir YM?
Budak Pensel.

13. Game paling anda suka?
Game over! hahaha Aku suka softball, badminton, bowling, petanque n futsal.

14. Apa perasaan anda menjawab tag ini?
Agak seronok. Sebab aku tak tahu nak update tentang apa maka dengan menjawab tag dari Sis Zura ini maka berupdatelah blog aku ni haaa... Errr, sebenarnya aku ada banyak lagi hutang tag ni. hihihi Sabau. Sabau. Nanti den buek.

15. Anda rasa tag ini best?
Best. Hingga menggigit keyboard. wawawawa boleh tahan la.. Apa yang aku jawab ni pun semuanya betul belaka. Jadi sila la percaya dengan jawapan-jawapan yang aku bagi ni.

16. Tag lagi 10 orang.
Uyoooo.... ramainya. Ceroi, Budak Pensel, My Twin Lemon, Sarah, Lea, Sis Fathiyah, Sis Iza dan bla bla bla... nak jawab tag ni tak? Kalau nak, silakan ya. Saya tak paksa. Cuma kalau kamu buat tag ni nanti saya bacalah. Sis Iza dikecualikanlah sebab dia busy dengan persiapan kawen tu. hehe =)

01 June 2010

Perpisahan dalam Percintaan Tu SAKiT kot. (>_<)

Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti


Ouch! Tiba-tiba terdengar lagu ni kat radio masa driving. Balik rumah terus online n download. Lagu Shahir AF8 rupanya. Maklumlah, AF kali ni aku just tengok masa first concert je, yang ade perempuan guling-guling atas stage tu. hahaha gila kental! Lepas tu tak dapat tengok dah sampai la disaat aku menaip entry ni. Shahir ni pun aku tak kenal. Mamat mana ntah. hoho! Lepas ni kenal dah la sebab aku suka lagu dia ni. Disebabkan aku tengah suka lagu ni jugalah aku tepek coding lagu ni kat blog aku ni ha... (>_<) Silalah dengar kalau tak malu. =p



Template by:

Free Blog Templates