31 August 2010

Kepada tunang saya. ewahhhh...


Assalamualaikum.

Jumaat dan Sabtu lepas Mr. Lemonade datang Ipoh. Nak beli baju raya katanya. Bukan setakat baju raya, baldi, bakul, botol air, berus semua dia beli kat Ipoh. Kat Penang tade ke benda-benda ni yek? ngahaha

Entry ni untuk Mr. Lemonade! heee

Thanks sebab banyak berhabis untuk saya. Hari tu lupa nak ucap terima kasih. Awak baca kat sini lah ye. Eh, saya pun banyak berhabis untuk awak apa. Tapi saya banyak berhabis masa je. hahaha Dua hari saya buang masa sebab teman awak shopping. haish. Sampai tesis saya pun tak siap-siap lagi ni haa. Tapi takpe, bukan selalu pun awak datang tempat saya. Belanja saya macam-macam pulak tu. Lain kali belanja lah lagi. hehe

First sekali awak support tinted mYvi Pink saya. Nasib baik tak buat kat Cooltintz. Kalau tak gores dan menang lagi la awak.. (>.<) Tocey. Tocey.


Makin smart dah harta pink saya yang satu ni. Lepas ni apa pulak ye? Awak jangan lupa support rim pulak ye nanti. ngahahaha Saya nak rim baghu tak nak rim kereta awak. Demand ohh! haha

Saya tahu awak bersungguh nak beli baju raya kat saya. Takpelah, dah tak jumpa yang berkenan nak buat macam mana. Saya pakai je la baju mana yang ada nanti. Saya dah besar..tak kisah sangat dah pasal baju raya ni haa. Ok, statement tawadduk ni saya tipu je. hee Sebenarnya saya tak kisah sebab mak dah beli baju untuk saya. Kalau tak ada langsung mestilah saya kisah. *peace* Tak dapat baju raya, tapi awak belikan Valentino Rudy shoes ni pun saya dah happy gila. hehe Jimat duit saya, tak payah beli kasut untuk dinner nanti. Thanksss!!

Thanks jugak untuk barang-barang lain especially for Canmake blusher yang ada glitter-glitter tu. Wohaaaa suka gilaaaaAAAA. Gila pun tak suka macam saya. Baru la semangat nak makeup pergi kuliah. Kalau tak, macam perempuan mati laki je muka saya. hekhek tipu lagi. Tak makeup pun saya maintain cool je. :D

Pesanan terakhir untuk awak, jangan lupa melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Thanks for everything. weeeehuuuuUUUUUUUU...

Eh ada satu lagi pesanan! Nak DSLR Nikon D90 n MelaCEP Whitening Mary Kay boleh? ngahahahahaha kejam gila aku.




Sekian entry membodek kali ini. Hehe


29 August 2010

Sesak Nafas Aku Macam Ni.

Ah.
Minggu-minggu akhir yang sesak.
Klik new post hari-hari kot.
Bila nak menaip terus teringat Action Research.
Bila nak menaip terus teringat assignment Education.
Bila nak menaip terus teringat bahan rujukan belum google.
Bila nak menaip terus teringat pantomin belum practise.
Bila nak menaip terus teringat Ho liao Mee.
Hahahaha memang betul-betul ho liao lah.
Semua nak kena submit dalam minggu ni.
Mujurlah dua orang lecturer tuh consider sumbit after raya.
Terima kasih encik-encik sekalian.
Bermakna mungkinkah cuti raya aku juga busy dengan tugasan?
Ohoho mungkin tidak.
Cuti tu adalah masa yang sangat berkualiti untuk tidur.
Tak mungkin disia-siakan macam tu saja. haha




* Banyak benda nak cerita pasal wedding tapi later lah. Tak sempat ni.

19 August 2010

Beringatlah KAU dan AKU Juga. ღ(。◕‿◕。)ღ

"Jangan bangga dengan pakaian berkualiti kerana pakaian terakhir kita adalah kain kafan.. Jangan bangga dengan Kenderaan Mewah kerana Kenderaan kita yang terakhir adalah Keranda.. Jangan bangga dengan rumah & istanamu kerana tempat peristirehatanmu yang terakhir adalah Kubur.. Jangan bangga dengan kecantikan & ketampananmu kerana akhirnya hanya menjadi santapan cacing...."


Aku cilok di status salah seorang teman di FB. Renung-renungkan. ღ(。◕‿◕。)ღ

16 August 2010

Masa Depan Ohh Masa Depan!!

Haih. A very crowded place!


Full stop




10 August 2010

Jawapan entry "Unexpected"


Kenapa unexpected..?? Sebab dalam entry Pink Wedding Diary n Me aku ada tulis kat bawah tu yang kembara buat hal kan masa aku pergi service. So, keesokannya terus ayah aku datang dari Pahang sebab nak hantar kembara rotate tayar n buang paku. Sumpah! Aku tak reti nak check tayar kereta sebelum ni. Apa yang cina kat Perodua Service tu cakap aku iyakan jela. Aku rasa Kembara takkan jejak Ipoh dah lepas ni. Ni gambar saat-saat akhir kembara kat depan rumah. Gagah aku bangun pagi-pagi sebab nak ambil gambar beliau buat kenan-kenangan. Hahahaha macamlah tak boleh jumpa kat kampung kan. pooraahh!!

Gudbye CBJ (Cikgu Budak Jahat)

Oleh kerana Kembara dah balik kampung. Ayah aku gantikan dengan yang ini.

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥


Inilah harta dunia milik aku pemberian mak yang aku cakap dalam entry yang lepas. Myvi Limited Edition Dazzling Red. Senang cakap, Pink lah kan. Ni la juga hal yang unexpected tu. Aku fikir dapat jumpa Si Pinky masa cuti raya nanti. Rupa-rupanya sebulan sebelum cuti raya aku dah jumpa beliau. Maka, ada tiga wishlist kat tepi side bar dah tercapai. Tapi LE lah bukan SE. hihi


* Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam...*

Unexpected


Tiba-tiba je..
Aku tak jangka pun macam tu.

07 August 2010

PINK Wedding Diary n ME!

My wedding diary.. =)

Assalamualaikum n hye all.

Hari ni aku nak cerita pasal sebuah diary. Diary pink yang korang tengok ni adalah pemberian seorang sahabat sewaktu hari lahir aku yang ke 22 tahun. Dia tahu aku suka Pink, sebab tu dia kasi diary kaler pink. hihi Sekarang dah dua tahun berlalu, tapi diary ni masih elok dalam jagaan. Kalau dapat kat anak buah aku ni haruslah suka sangat diorang! Menconteng tak hengat kot. Kalau dapat kat Yaya pulak mesti penuh dengan karangan. haih. Boleh jadi penulislah kakak nanti. Baru year 2 dah pandai mengarang macam-macam.

Setelah difikir-fikir selama dua tahun lamanya cara untuk memanfaatkan diary ni, maka aku mendapat satu idea untuk menggunakan diary ni sebagai wedding diary aku. Aku akan mula mencatat segala yang berkaitan wedding preparation, bajet dan lain-lain dalam diary pink ni bermula pada 1 Ramadhan 1431H. Bila mencatat dalam personal diary mungkin lebih detail berbanding menulis di blog yang satu dunia pun boleh baca apa yang aku tulis.


Kenapa 1 Ramadhan? Jawapannya.. saja-saja je..haha Mungkin ini Ramadhan yang terakhir sebelum aku menjadi milik orang. Cewwaahhhh!! hahaha sila sedia baldi untuk muntah.



* aku kat perodua service masa menaip entry ni. haish. macam-macam hal kembara ni.


04 August 2010

Inilah HARTA DUNIA paling berharga pemberian MAK.


I'm happy to the MAX~!!! Nak tahu sebab apa? Sebabnya semalam 3 Ogos 2010 bersamaan 22 Syaaban, ada satu lagi harta dunia bewarna Pink yang aku terima. Jeng jeng jenggggggggg....~!!!


♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥


sengaja di'BLUR'kan pic ni.

Ha! Ni la harta aku yang paling berharga pemberian mak setakat ini. A million thanx to mak tercinta. Keluaran pertama di Mersing ni katanya. Haih. Suka! Makin bertambah la koleksi harta Pink aku nampaknya. Tak sabar nak balik jumpa harta dunia yang satu ni. Tak sabar nak tunggu cuti raya! Lebih kurang sebulan lagi baru boleh jumpa harta pink ni. Kalau nak baca rentetan macam mana mak aku boleh bagi harta pink ni, boleh klik sini.

Sengaja aku 'blur' kan gambar tu sebab aku pun belum dapat tengok yang betul-betul punya kat rumah tu. Nanti dah tengok depan mata, boleh la tunjuk pada korang. Dah ada plan untuk make over harta ni sebenarnya. Tapi tunggu la dulu, sikit-sikit boleh la. Banyak lagi perkara masa depan yang lebih penting. Jangan tamak ok. Nanti satu apa pun tak dapat. Step by step lah kan. Lebih selamat.




* boleh say gudbye to Perodua Kembara sebulan lagi. hikhik



02 August 2010

Kalau Kau jadi ARTIS mesti aku sanggup datang konsert kau walau berhujan berpanas!


Hye and assalamualaikum..


Sabtu lepas aku n Ayu pergi Hot FM Mini Jam di Padang Ipoh.Hah! Sia-sia duduk Ipoh lima tahun lebih, padang Ipoh pun aku tak tahu kat mana. Tahulah padang tu, tapi tak tahu pulak namanya Padang Ipoh. Mati-mati ingatkan kat Dataran depan Ipoh Parade tu. Sampai-sampai je mmg la ada kanopi, ada crew tengah setting stage tapi yang peliknya orang tak ramai langsung. Tanda-tanda yang menggambarkan tu adalah Hot FM Mini Jam pun tak ada. Maka, teruslah pergi ke padang satu lagi. Yess!! Memang itulah tempatnya. Mujur tak ke Padang Polo Ipoh je masa tu. haish!


Ayu n me!

Kak Fafau yang sporting~!!

mencapub sat sebelum balik.

Deejay Hot FM menyanyi pada pembukaan konsert.

Gagah aku dengan Ayu pergi tengok konsert ni ha. Berdiri depan sekali betul-betul depan speaker pulak tu. Rasa nak gugur jantung. Siap berlari-lari meredah hujan. Basah! haha! Mujur muka tak comot sebab dah tepek kryolan foundation stick tebal-tebal kan Nget kan? haha!

Owh satu lagi nak bagitahu. Gambar dengan FBI n Bro AG pun aku ada amik jugak. Ada kat Fb aku. Malas nak upload kat sini.
hihi tahu, tak ada kepentingan pun tapi saja nak bagitahu. haha


Nak pergi class dah. Babai.

Template by:

Free Blog Templates