31 October 2010

Bermula dan terakhir..


Bermulanya esok.
Berakhirnya kali ini.
Ini yang terakhir.
Tidak hanya berserah.
Yakin dengan janji Allah.
Kerana hanya Dia yang tahu,
sekelumit rasa yang ada 
dalam setiap kepingan hati..
Kejayaan yang dimiliki bukan untuk dikufuri,
Tapi untuk disyukuri,
U deserve it!

Dedicate yourself to the good you deserve and desire for yourself. Give yourself peace of mind. You deserve to be happy. You deserve delight. -Hannah Arendt

29 October 2010

Officially, Aku dah link KAU orang.

Link korang di tepi sini, BFF. Double click kalau rabun teruk!

Rabu. 29 Oktober 2010

Entry ditujukan buat rakan-rakan sekelas yang termasam dan terhanget!
Sejak 2 tahun lebih aku blogging.. buat kali pertamanya aku link korang kat blog aku. Semua ini dilakukan setelah aku mendapat hidayah sesudah solat Subuh pagi tadi. hauhauhau! Maka, dengan pantasnya tangan menambah gadget di side bar yang ber'title' BFF. Joe and Seni, sejak dah aktif blogging ni makin kerap menjengah ke sini even sekadar datang dan pergi. I tahu tau uolssss... haha! Finally, Joe dengan tulang-belulangnya yang rapuh datang menconteng arang di shoutbox aku hari ni. Mungkin setelah membaca status aku di FB semalam agaknya. haha!

Guys, 
Makin ramai classmates kita yang ada blog. Thru blog aku harap kita boleh keep in touch lepas ni. Lagi tiga minggu je lagi kita boleh jumpa macam biasa. Lepas ni keadaan akan berubah. Fasa baru yang akan bermula dalam hidup kita dah TAK SAMA lagi. Aku akan terus mengikuti kehidupan korang di dunia maya ini. Sambil-sambil korang datang jenguk aku di sini jangan lupa klik nuffnang aku tu ye. Kalau ada ads la. Nanti aku kawen aku belanja korang makan aiskrim corong. Itupun kalau korang datang. hikhik


With luv,
Elis a.k.a Lemonade =)

28 October 2010

Photoshoot di Gunung Lang

Ahad lepas aku dan empat orang rakan blogger ada photoshoot suka-suki di Gunung Lang, Ipoh bersama Mr. Photographer. Mr.Photographer merupakan teman yang aku kenal melalui dunia maya. Sebelum ni dah pernah jumpa beliau. Tak perlu banyak hasil tulisan. Jom lihat-layan-komen kalau kau mahu!

Bagi makan kura-kura yang sangat besarrrrrr!
Mr.Photographer yang suruh buat macam ni. errkkk
Gambar ramai-ramai memang selalu gedik.
Suka!! Bila dua orang Mr. Photographer puji hasil editing aku yang ni. Tapi ada komen membina la sikit kan. Aku kan main edit ikut hati je. hihi
Yang ni pun dipuji oleh Mr. Photographer. eeee suka!! Ni buat aku tambah semangat nak edit-edit gambar + excited nak ada DSLR a.s.a.p hihi
Dara.com haha!
Lima sekawan! Semua dah besar panjang.
Ok, yang ni macam control cun ckit walaupun x berapa nak cun. Motif?? 
Ok, credit to budakpensel untuk semua gambar-gambar yang diambil. Beliau tak kedekut ilmu pasal photography. Suka dapat kenal dengan beliau! Beliau hebat.


Sekian. 

25 October 2010

KESAYANGAN SAYA!!

Hye korang!! 
Sihat tak semua? Excited ni tau update blog sesudah subuh. Nak sambung tido tapi takut tak murah rezeki. hee.. Ok, akibat kerinduan pada 5 orang kesayangan yang noty, maka terupload wajah-wajah mereka di sini. Ish, rindu gila kot kat diorang. Ni semua anak buah aku. Tahun depan start kerja dah kena prepare duit raya untuk 5 orang bak hang! Tapi takpe, rezeki budak-budak jangan disekat.  
Fresh from HEAVEN.. Muhammad Siraj Ar-Rayyan.. baru sekali je dapat pegang dia.. Tak sabar nak balik, nak lambung-lambung sampai atas bumbung. Nak ajar Rayyan main FUTSAL dengan hebatnya. weee

Dania Adrianna yang dulunya gebu, montok segala. Peluk ketat-ketat macam teddy bear pun sedap. Sekarang dah Year 2, kurus kerempeng nampak tulang segala. Tapi mata dia tetap cantik macam mata burung hantu, bulat. haha!

Ni masa birthday parti Danisya Humaira yang ke 5 tahun masa Eid Mubarak yang lepas. Muka macam anak jepun. Ganas kesayangan aku yang sorang ni. Macam tomboy. Tak suka pakai baju kurung tapi harta benda semua nak kaler pink. Sama macam teh dia. Penyakit keturunan gamaknya. haha
Dalam bilik air pun nak posing. Muhammad Danial Hakimi yang makin kurus kering sama macam Dania. Mereka sebaya tapi bukan kembar. Kuat main, tak kuat makan. Suka coklat. Kuat menangis sampai nak terkeluar anak tekak kalau dia melalak. Tapi sekarang dah besar, dah handsome, so tak menangis lagi. Kalau tak, awek pun lari kann.. kannn.. huhu
Ni kesayangan yang dulunya baik sangat-sangat macam alim ulamak tapi sekarang nakal tak hengat akibat pengaruh media elektronik agaknya. Darwisy Altaf. Suka menyanyi macam Dania. Terlampau obses dengan Ultraman dan KFC..

Aku sayang mereka semua ni. Sayang sangat. Nakal macam mana pun, biasalah tu. Kecik lagi. Tak boleh berfikir logik lagi. Cuma aku sedikit risau dengan pembesaran mereka di zaman ni. Risau dengan keadaan sekarang. Aku dah berpengalaman ke sekolah sebelum ni, jadi aku tahu persekitaran sekolah budak zaman sekarang dengan zaman aku dulu yang jauh bezanya. Menakutkan adakalanya. Attitude budak yang pelik-pelik. Aku rasa bila aku dah start mengajar nanti, aku nak anak buah aku semua ni biar sekolah dengan aku. Boleh aku tengok makan ke tak diorang ni kat sekolah, kena buli ke tidak, belajar ke tak diorang ni, ada cikgu pukul ke tak. Tapi mustahil lah semua tu sebab diorang ada parents sendiri. haha!


Tak lama lagi boleh jumpa kesayangan aku semuanya. Boleh menggila dengan mereka. Bak kata Dania "Teh ni macam kanak-kanak lah".

22 October 2010

MISTERI PLANET NIBIRU & RAMADHAN 2012 - Kenyataan atau Khayalan

Aku nak share info yang aku dapat daripada teman di FB. Sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Tapi kita sebagai umat akhir zaman harus sentiasa beringat akan kemusnahan yang pasti akan berlaku dengan kekuasaanNya. Wallahualam..

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012...1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20July hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet NIBIRU akan menghentam bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui..
Cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dankenyataan pasal Kalendar Islam 2012
 
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal..." Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

21 October 2010

Kan best kalau hari-hari dapat hadiah macam ni.


Ini rentetan daripada entry AKU yang BERTUAH. Hari ni aku terima parcel daripada Sis Ayu. Ok, ni second time aku terima hadiah daripada teman blogger. First time daripada Budak Pensel. Sis Ayu bagi ni haaa yang kat atas ni. Beg kecil from Cole Haan brand tapi tak kecil sangat muat kalau nak letak 3-4 bijik handphone. Selain tu ada jugak Victoria's Secret Beauty Rush Lip Gloss yang sangat-sangat best rasa nak makan (memang dah termakan pun tapi sedap) hahaha!

Thanx sis for these present. Ada siapa-siapa lagi nak bagi aku hadiah tak? hee
 

20 October 2010

ADAM dan MAYA. Semuanya berakhir di situ.

Sis Hernyzar, thanx untuk award ni. Tapi saya tak beautiful pun. Saya biasa-biasa je. Beliau juga adalah B2B like me! heh!





Hari ni adalah kisah ADAM dan MAYA. Korang ingat tak yang aku mention pasal Adam aku tu? Sekarang game Adam Maya tu dah berakhir ketika di Pangkor. Selama 4 hari aku berutus surat dengan 'ADAM. 'ADAM' pulak tidak mengenali aku si pengutus surat setiap hari untuknya. Ha... ni la 'ADAM' yang terima 5 pucuk surat daripada aku termasuk surat terkahir yang di 'reveal' siapa diri aku sebenarnya pada malam PEMBUKA RAHSIA.

Mohd Danial Omar. Beliau 'ADAM' aku tapi aku bukan 'MAYA' beliau. 

Mohd Azam Aziz yang aku sangkakan 'ADAM' aku yang sebenar hanyalah sandiwara belaka. Hampeh betul Azam. Mati-mati aku fikir dia 'ADAM' yang utus surat untuk aku hari-hari. Ternyata telahan aku silap kali ni. Pandai ye kamu menyimpan rahsia.
Dan sebenarnya... inilah 'ADAM' aku si pengutus surat itu. Nama glamour beliau EG. Aku adalah 'MAYA' kepada beliau selama 4 hari.

Surat pertama dari ADAM... katanya sepanjang 5 tahun setengah dia mengenali aku, aku seorang yang happy dan cepat lapar. haha Memang betul pun, aku boleh dikira penyelamat untuk rakan-rakan sekelas selama ni. Bila aku lapar, selamber je aku bagitahu lecturer yang aku lapar, nak rehat, nak makan. So, kawan-kawan lain semua dapat rehat, dapat makan. Kalau tak, lecture punya la meleret-leret sampai kadang-kadang muka aku berubah muncung macam cencorot sebab tahan lapar. Sampaikan ada lecturer yang  dah tahu aku ni cepat lapar. haha! Bila tengok muka aku lain je, maka cepat-cepat la bagi keluar rehat dan makan. Bagus kan aku? hikhik

Dalam surat ketiga ADAM, katanya aku juga mempunyai sifat buruk. ADAM kata aku kuat ketawa sampai bergegar kelas. haha! Memang aku suka ketawa pun. Tapi kadangkala ketawa tu menyembunyikan sesuatu yang tak terlahir untuk dipamerkan.


** 30 hari lagi..... dan semuanya akan berakhir..

18 October 2010

AKU yang BERTUAH. hehe


Hye korang!!
Nampak tak apa yang tertera kat atas ni? Kalau tak nampak boleh double click pada image pink tu ok. Speechless!! Tak sangka aku yang dapat present daripada  Sis AYU sebab jadi follower blog beliau yang ke 100. hee (=_=) Ni first time aku jenguk blog beliau lepas beliau datang terjah n follow blog hitam aku. Sis Ayu ni ada blogshop tau. Korang boleh tengok link kat blog beliau ok. Boleh shopping kat situ. :'D Bestnya kalau banyak duit. Boleh shopping macam-macam kat blogshop. Dua bulan lagi nak kerja, pastu boleh beli apa yang aku nak. huhu Sekarang ni dalam kepala nak NOKIA C3 kaler P!NK. *wink. Apa agaknya yang present yang Sis Ayu bagi ye? Tak sabar nih. haha


**Baru lepas bergembira di Pangkor, hari ni ada berita gembira lagi. Bertuah jadi aku walau adakalanya aku tak sebertuah kau.


 

14 October 2010

Hitam Putih Kehidupan

With Mclynn. Vokalis Buntang band yang gedik amat. See! Mata buntang, badan lentik. haha
Rendah. Tinggi. Tinggiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sekali..
Lynn n me!
Haniza n me!
Tak ayu begini. haha!

10 finalis gadis Melayu. yawww!
Sebilik. Segatal. Segedik. i loike!

Aku pun geli tengok gambar ni. haha!
Tikah n me. We're da first! hehe
Ayu n me! Make up dia much better than me. Make up i burokkk!!


With Kak Syid. Sebaya tapi dia macam hakak-hakak sebab dia mature a lot.

Credit to BudakPensel untuk semua gambar-gambar ni. hihi Nice shoot. Muka i je yang tak nice. Dah serupa drakula je aku tengok. Menyesal tak sudah pergi make up kat butik pengantin tuh. wuwuwuwuuu  Jenuh nak meng'upload' gambar besau-besau begini. Ini je yang mampu di'upload'. Yang lebih hot n spicy ada di FB. wikiwiki yawww! haksss! Gambar-gambar ni semua waktu dinner class aku 6hb yang lepas. Tema hitam putih kehidupan. Kononnya lah. Sebab tulah macam taik cicak je semuanya. hekhek

Esok 15 Oktober 2010. Aku ada a short vacation di Pulau Pangkor. Tiga hari baru balik. Baru dapat online. Baru dapat jumpa teman-teman alam maya. Sebenarnya, aku tak suka pergi Pulau. Aku tak suka laut. Aku tak suka pantai. Aku takut. Ombak tu ganas. Bila-bila je boleh mengganas. Sebab tu mak ayah aku tak ajar aku dan adik-beradik pergi tempat-tempat macam ni. Mak aku cuma ajar pergi shopping. Shopping tu terapi. Walaupun dalam keadaan kurang duit. Rembat baju sehelai pun cukup buat aku rasa tenang.


11 October 2010

Adam Pacar Saya. Saya Maya Adam. heh!

Lirik Lagu Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan & Ana Raffali

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihku disambar buaya

(Altimet)
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga ha ha ha
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
bertambah sayang (nanti konfirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)


** Hari-hari dengar lagu ni main kat radio. Lama-lama rasa best la pulak. Dengar dan hayati. Korang kalau ada masa, pegi youtube, dengar la lagu ni. (=_=)" Tajuk tak ada kaitan dengan entry tapi ada kaitan dengan permulaan hidup aku yang baru. Tapi buat sementara saja. Hanya untuk beberapa hari sebelum terungkai semuanya malam Sabtu ni.

08 October 2010

BudakPensel & LAGEJ


K
epada 'ADAM' aku, moga sihat-sihat selalu hendaknya. hihi
Aku 'MAYA' kepada siapa sebenarnya?
Persoalan akan terjawab dalam masa 7 hari lagi... tetttttt....

Tukar topik! Tukar topik!

Kelmarin, pertama kali aku bertemu teman alam maya, BudakPensel.
Thanx sudi jadi Mr. Photographer yang sporting untuk dinner saya dan kawan-kawan.
Thanx untuk LAGEJ juga.
Tak sempat nak cakap banyak pun dengan beliau.
Dia pun busy nak shoot sana-sini masa tu.
Boleh bilang berapa patah perkataan je kitorang bercakap. haha
Aku pulak, susah sikit nak bercakap kalau orang tak mulakan dulu.
Sejak sekolah lagi first impression orang yang tak kenal akan cakap aku sombong.
Dah lali kot dengan semua tu. hihi

Tapi aku,
akan berkawan dengan mereka yang boleh dibuat kawan.
Rosak kepercayaan aku jika kawan cuba-cuba menjadi lawan.
Jadi, hargailah kawan-kawan korang kalau korang rasa nak dihargai.
Kaitan? Macam ayat keling je aku tulis. haha!



** semakin jauh... :"(

03 October 2010

Penat Tapi Seronok

Hye korang!!
Rabu lepas kan aku n housemates buat open house. Meriah abes oke. First time ni buat open house dengan kawan-kawan. Raya tahun lepas kekurangan bajet nak buat. hee Menu malam tu, mee kari, bihun tomyam, agar-agar, triffle tak menjadi, samosa dan kuih raya pelbagai jenis. :'D

Sajelah nak menjamu kawan-kawan, jiran rapat, n tutor kan. Tak lama lagi dah nak tinggalkan semuanya. Lagipun at least ada la experience buat open house dengan edisi bajet ciput. hihihi Even bajet ciput pun, Tapi semua orang kenyang makan bertambah-tambah lagi tu. :))


Waahhhh!!

Sesi lepas gian main bunga api.

Kami lah tuan rumah itu. hee

Tuan rumah lagi.


Gurls yang gedik amat.

Boys yang sengal.
Malam esoknya pergi open house rumah classmates lelaki pulak. Gila meriah rumah diorang siap dengan belon-belon bagai. Ada jagung bakar, sosej bakar, ayam bakar. Mostly stok bakar-bakar lah kat rumah diorang. haha! Siap bakar mercun lagi. Nak tercabot jantung aku. Gilo!

*46 hari je lagi dapat belajar sama-sama, gila-gila sama-sama, meroyan bersama. Lepas ni ntah dapat jumpa lagi ke tidak. 5 tahun setengah akan berakhir tak lama lagi... :'(


Template by:

Free Blog Templates