29 November 2010

Doa Kesedihan + Maaf dan Terima Kasih

Assalamualaikum.

Aku nak share sesuatu dengan kalian. Moga ini bermanfaat buat semua. Doa ketika dukacita dan sedih.

Maksudnya :
"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku".

Bagi aku dalam hidup ni kita perlu belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain. Walaupun orang buat kita rasa sedih ke apa ke kita kena cuba untuk memaafkan. Supaya hati kita tenang walaupun orang tu tak tahu yang kita telah memaafkan dia. Lagi satu, kita kena belajar untuk meminta maaf dengan orang lain. Kalau rasa kita dah buat orang terasa hati atau orang dah tersalah sangka dengan kita, minta maaf je dengan mereka. Itu lebih bagus.
Lagi satu perkara yang aku nak kongsikan, kita perlu belajar untuk mengucapkan terima kasih. Yang ni lari topik sikit, tapi takpe. Kalau dikaitkan dengan banyak perkara dari perspektif yang lain akan nampak yang ucapan terima kasih ini juga berkait dengan apa yang aku nak sampaikan kali ini.    
Apabila engkau ditimpa musibah maka janganlah engkau larut dalam kesedihan kerana kesedihan atau rasa sakit yang menimpamu, tak akan akan berlalu tanpa erti. Dengannya Allah akan memberi pahala dan menghapuskan dosamu. . .
Sekian.


28 November 2010

Sedap Gila Kangkung Tuuu..

Assalamualaikum... Hye B2B! Hye semua!

Ni nak habaq mai kat angpa semua. Cek ni lagi 65 hari dengan izin Allah akan jadi bini orang. Mahupun begitu, cek idok la pandai memasak macam angpa-angpa semua. Cek baghu nak blajaq masak ni haaa.. Potong bawang pun terkial-kial lagi. Aku tahu la umur macam ni seharusnya la dah expert masak macam-macam kan. Tapi den nak buek camno. Den poie menuntut ilmu limo tahun sotongah di perantauan. Kawan-kawan pun sama macam den, pemaleh nau nak ke dapur. Korang bayangkan, aku duduk umah sewa almost two years bersama lima orang gadis kurang siuman tapi gas kat dapur tu tak pernah habis hinggalah hari terakhir aku melangkah keluar dari rumah tu. 

Bayangkan! Tak ada siapa pun boleh menjimatkan gas selama dua tahun macam kitorang. Bila rasa lapar start enjin kereta, cari kedai makan, makan dengan lahap dan bayau. Balik umah online, tido, buat assignments. Itulah rutin seharian den kek sano dolu-dolu. Ceh! Bajet macam dah lama nau tinggalkan Ipoh. Dialek pelbagai negeri kali ini  disebabkan kita kan 1 Malaysia. kehkehkeh!

Akibat terlalu lama meniti kedewasaan tanpa ilmu memasak, hari ni disuruh oleh emak menggoreng kangkung. "Alah! Sonang je.." hati pink berkata. Tung tang tung tang tung tangggg!! Nah! Dah siapppppppppp....!!!


Mak suruh goreng sayur kangkung je. Tapi aku goreng KANGKUNG Masak BELACAN. Hebatkan aku? First time ni goreng kangkung tahu. Sedap pulak tu. Haruslah bangga macam nak bagitahu sekampung. haha!

Sekian.

26 November 2010

Wedding Theme Color


Assalamualaikum. 

Sekian lama tak mencatat apa-apa di sini. Streamyx baru masuk, so tak de masalah nk update blog hari-hari. hihi Itu pun, kalau ada idea untuk menulis. Ok, hari ni nak beritahu korang tarikh wedding yang InsyaAllah dengan izin akan berlangsung pada: 

2 Februari 2011(solemnization)
3 Februari 2011 (Reception)
4 Februari 2011 (Bertandang)

Save the date guys!! hihi

 
Theme for Solemnization : Turquoise (2 February 2011)


Reception : Pink + Cream (3 Februari 2011)




Majlis Bertandang (4 Februari 2011)



Sekian saja untuk hari ni. Hari ni dah start dengan D.I.Y project yang pertama. Busy. Busy. hoho!

19 November 2010

BILA LELAKI PUN MENITISKAN AIR MATA...

Assalamualaikum..

Hari ini, 19 November 2011 telah berakhirnya kehidupan LIMA SETENGAH TAHUN aku di Ipoh.  Kehidupan sebagai seorang pelajar tamat di sini. Seolah tak dapat nak terima kenyataan tapi inilah hakikat sebuah kehidupan. 

Keakraban kami 20 orang classmates sukar untuk aku tafsirkan. Hanya kami yang dapat menilai keakraban persahabatan yang telah lama dicipta. Kalau zaman persekolahan belajar dari form 1- form 5 pun takkan serapat ini kerana pasti akan ada pertukaran kelas, pertukaran aliran dan sebagainya. Tapi kami tidak.  

Lima tahun setengah hari-hari hadap muka yang sama. Buat kerja sama-sama. Kena marah sama-sama. Kena buli pun sama-sama jugak. Boleh dikatakan semua yang kami lakukan adalah bersama-sama. 

Tapi hari ini, semuanya dah berakhir. Kita takkan bersama macam hari-hari semalam lagi. Keadaan dah berubah. Kadang-kadang aku lupa yang kita dah dewasa. Kita meniti zaman remaja dan dewasa bersama-sama. 

Malam tadi buat kali terakhir, hang out bersama walaupun tak semua yang ada. Akrabnya kami hinggakan insan bernama LELAKI pun boleh menitiskan air mata dengan perpisahan ni. Seriously, korang takkan faham. Lima tahun setengah kita terdidik untuk bekerjasama, tolong-menolong, memahami antara satu sama lain. Inilah KITA. KITA yang orang lain pun takkan mengerti apa erti persahabatan kita. Bukan si lelaki sengaja buat-buat untuk menangis. Kau fikir senang ke lelaki nak menangis? Bukan sebab mereka kememe, lembik atau apa sahaja andaian yang terlintas di benak kau. Tapi hakikatnya adalah disebabkan KEAKRABAN SEBUAH PERSAHABATAN. Memang susah untuk aku jelaskan. 

Gambar-gambar ni sedikit sebanyak dapat menjelaskan apa yang tersirat.

Bila lagi nak makan ramai-ramai begini?
Lepas ni aku dah tak ada kawan yang HEBAT macam korang..
Housemates. AKU, KAU dan KENANGANKU...
Girls. Walaupun kita tak serumah tapi di kelas kita tetap SATU.
Boys. Korang sangat pentingkan budak-budak class kita selama ni.

Semua kerja kita akan buat sorang-sorang lepas ni. 
Pergi mengajar sorang-sorang.
Makan sorang-sorang.
Prepare untuk interview sorang-sorang.
Buat kerja kat sekolah sorang-sorang
Gedik sorang-sorang.
Huwaaaaaa! Aku dah tak ada kawan macam korang! T_T

Dikesempatan ini aku mohon maaf pada kalian andai ada terkasar bahasa, terlanjur kata, segala khilaf yang aku buat secara sengaja mahupun tidak.. aku mintak maaf.. Halalkan segala ilmu yang kita kongsi, makan minum, harta benda korang untuk aku. Terima kasih untuk persahabatan yang sangat berharga ni. Terima kasih untuk segala-galanya.

Moga ketemu lagi walaupun dalam keadaan yang berbeza tapi kita tetap punya identiti E1 yang SATU.. sama macam lima tahun setengah yang telah kita lalui.


Sekian untuk kali ni. :"(

16 November 2010

MENGHITUNG HARI...

Assalamualaikum dan Salam Aidiladha semua!

Kali ini beraya di perantauan lagi. wuwuwuuuu... Raya terakhir sebagai SINGLE tapi tak dapat beraya dengan family adalah satu perkara yang amat merugikan. Tapi nak buat macam mana kalau dah itu takdirnya. Boleh kata ia sebagai satu pengorbanan jugak la kan sempena Hari Raya Qurban ni. Maka, Aidiladha kali ini hanya disambut dengan kawan-kawan, tanpa nasi dagang, tanpa satay.. Mungkin hanya ke restoran makanan segera. Syukurlah ada jugak makanan yang boleh dimakan.

Sebenarnya, tak sampai lima hari pun lagi aku berada di Ipoh ni. Semuanya akan berakhir beberapa hari lagi. Aku ni nampak je macam lasak, ganas-ganas sikit tapi lembik jugak sebenarnya. Hati aku ni kau takkan boleh baca. Takkan beb. Mudah tersentuh hati. Menurun mak aku agaknya. Siang tadi bila duduk berkumpul dengan classmates ntah macam mana boleh touching. Hah! Aku mengaku aku hati tisu. Aku hati kaca. Memang aku macam tu. Tak kira walau di mana, secara tiba-tiba bila membayangi sesuatu, bila terkenangkan apa yang dikatakan sebagai kenangan, apa yang bakal berlaku, kekecewaan, maka kesedihan tu boleh datang secara tiba-tiba.Tak kisah perihal apa pun. Kadang-kadang aku pun tak faham dengan diri aku. Kau lagilah tak boleh nak faham aku. haish.

Bila dah nak tinggalkan Ipoh ni, baru aku tersedar betapa bertuahnya aku berada di sini. Banyak kemudahan ada kat sini. Segala-galanya dekat (dengan transport) dari rumah sewa dan tempat pengajian aku. Baru nak timbul rasa bertuah bila ada di sini. Lepas ni mungkin tak sebertuah ini lagi.

Lost World of Tambun cuma sekangkang kera dari rumah aku.
Lebih kurang 10 minit je dari rumah
Yang ni pun sama
GIANT Tambun ni sangat banyak berjasa pada aku.

Banyak lagi tempat-tempat lain yang aku nak tunjukkan. Tapi cukuplah ni saja. Aku pasti akan rindukan tempat ni. Lima tahun setengah aku di sini. Mana mungkin aku lupa semua kenangan yang tercipta..


Sekian. 

14 November 2010

10 AMANAT SEBELUM BERKAHWIN


Assalamualaikum semua!

Aku juz nak share dengan korang 10 pesanan daripada adik aku sebelum aku berkahwin. Actually pesanan + luahan rasa dia sebenarnya. Bukanlah pesanan sepenuhnya. Aku copy paste daripada blog dia. Sorry! Aku tak letak link blog dia di sini. Dia low profile sama macam aku. Bukan menulis blog untuk mencari populariti tapi untuk berkongsi tentang kehidupan. Ni lah, apa yang aku copy paste daripada blog dia. Sikit pun aku tak edit termasuk font color yang dia guna. Tersentuh jugak hati bila membacanya. Nanti bila-bila free aku reply balik ok. Teruskan bacaan...

Tiba-tiba jek teringin nak tulis entry ni untuk Kau sebelum Kau masuk ke alam yang lebih mencabar nanti. Aku tahu berlangsungnya lambat lagi, tapi takpelah at least Kau tahu aku sayang KAU! =)


Aku tahu sekarang Kau sedang sibuk menguruskan perihal masa depan Kau bersama incik Tunang..ehem2..=p Dah tak lama dah kan, Kau tinggal dengan kami dan seterusnya Kau akan menjadi milik beliau sepenuhnya. Tinggallah den sowang2 ni haa...

**********************************************************************************

1. Nanti kau dah kahwin, dah takde lah partner tido sebilik ngan aku.. Ha naseb baek kak na ade! hihi

2. Nanti kau dah kahwin, dah takde orang dah aku nk teman pegi toilet malam2,gosok gigi sesame..kau kat bilik air aku kat toilet..err...haha..sebab nanti kalau aku gosok gigi kat bilik air jugak mesti kau marah aku sbb air merecik kat kaki kau..hahaha...gile cerewet lah kau nih..

3. Nanti kau dah kahwin, jangan lah tak bawak aku ngan kak na pegi Lu Miao, Tunas Manje, kedai gunting rambut dan juga ni paling penting ok! umah Kak Nah! hehe nanti aku takde baju baru nak pakai pegi kelas.. Tak semangatlah aku nk belajar nanti.. =) (ini penyakit keturunan, kau pon same kan? kan?)

4. Nanti kau dah kahwin, gosip tetap bergosip ok!hehe org kate jangan simpan dalam hati kan..so baik kau cerita kat aku.. =)

5. Nanti kau dah kahwin, dah takde lah partner shopping aku bila YES ada!huh yg nih aku bosan! sebab kalau shopping aku serasi bersama kau jek.. (ahahaha yang ni ayat nk ambik ati jerr!)

6. Okeh! ni part sedey sket..sila pastikan ada tisu di tangan..
Nanti kau dah kahwin, kalau aku masuk wad agak-agak kau teman aku lagi tak? hehe temanlah! temanlah! pape pon aku nk bertime kaseh kat kau sebab teman aku sepanjang aku berada di wad dulu! kau mmg nurse terbaek penah aku jumpa walaupun kau ni penggeli tahap babun! *wink2

7. Erm... Nanti kau dah kahwin, agak-agak tabiat berphotoshoot tu boleh lg tak ek..bakal abang ipar,boleh la ek? hihi sebab nanti aku taknak lah posing sorang-sorang, glamor sorang-sorang..kau pon mesti nak kan? hahahah

8. Ha yg nih arahan..hihi
Nanti kau dah kahwin, dah ada duet sendiri, rajin-rajinlah sedekah kat aku ni plak..asyik aku jek belanja kau..huhu Tapi kalau kau tak sedekah kat aku pon takpe yg penting kau sedekah kat orang yg lg penting pd aku..kat mak ayah (ini wajib,berdosa tak bg!), kat kakna (pon wajib), kat adik beradik (kalau rase nk bg) =p,.. kalau ada rezeki lebih bagilah kat umah anak-anak yatim yg ada kat Tanjung Gemok tu....(insya-ALLAH berkat hidup kau nanti).

9. Ok! Bila kau dah kahwin, belajar2 lah masak ye,aku yg merangkap assistant kau nih dah takde nak menolong kau kalau kau duduk umah mak mertua kau nanti..hihi aku tahu lama-lama nanti mesti kau pandai jugak! (macam aku jgk lah kan? hik3) eh jangan masak udang goreng tepung jek hari2 ek.. =p

10. Bila kau dah kahwin nanti yang penting jangan lupa Allah, jangan lupa kami semua mak, ayah, kakna, along, a.man, kakak, awisy, kakngah, a.zahar, kimi, syasya, wal, kak izah, rayyan, dan paling penting jangan lupa aku..(haha bajet mcm penting sgt jek kan!) ingat sampai mati okeh beb!


Itu sahaja! Bukannye apa,nanti tinggallah aku sorang2..huhuk Nak cakap aku sayang kau sebagai kakak aku! hihi (nk ckp depan2 malu) hehe Bukanlah aku tak sayang kakak-kakak yang lain tuh.. Tapi dengan kau lah aku paling rapat kan? Dah macam kembar orang cakap (aku tak ckp).. OK! jaga diri kau selepas bertukar status nanti ye.. LEBIU SIS~ELIS AFIA BINTI OSMAN! ='(
Sekian. (=_=)"

12 November 2010

The Real Pre Wedding Photoshoot

Assalamualaikum bloggers, readers, silent readers, peminat, kau, kau dan kau jugak. ngeeee

Mula-mula sekali nak mintak maaf sebab lambat upload gambar pre wedding photoshoot ni. SORRY! SORRY! Sebab dah buat kalian ternanti-nanti. ewahhh. hihihi Pre wedding photoshoot ni biasa-biasa je sebenarnya. Tak ada yang menarik sangat pun. Cuaca pun tak berapa ok masa tu. Awan biru tak muncul langsung. errkkk Gambar sangat banyak. Tapi aku upload sikit je la. Tak larat. hee.. FYI, semua gambar yang di 'upload' di sini edited by me.

TEMPAT: Station Keretapi Majestic Hotel Ipoh & Taman Botani Ipoh
TEMA: Orang kampung zaman dulu-dulu & moden
MOTTO: Duduk renggang-renggang, Jangan peygang peygang.



Dah puas tengok? Haa.. kan aku dah cakap biasa-biasa je. Korang excited sangat nak tengok. haha! Errr korang-korang semua, aku ada entry baru yang bakal menyusul pasal makeup. weeee (=_=)"

Sekian. 

09 November 2010

Taraaaaa!!! Gambar Pre Wedding Photoshoot

Gambar pre wedding baru dapat malam ni. Nak upload ke tak ye? Hmm, kalau ramai yang request nak tengok i upload esok. Kalau tak, aku upload muka aku jela yek. Bajet kau artissss lah kan. haha! Tak kisah pun. Aku sebenarnya bukan apa. Aku tak minat nak tayang tunangan kat blog hitam aku ni. Bukan sebab dia hensem ke apa. Oh no! Dia biasa-biasa aja. Macam kita-kita jugak. Kalau korang perasan memang tak de pun gambar dia kat blog aku. Sampaikan ramai blogger yang tak tahu aku dah bertunang. Low profile bukankah lbh bagus? *wink

08 November 2010

Intro Gambar Pre Wedding Photoshoot

Assalamualaikum dan selamat hari Isnin!
Ini sekadar intro pre wedding photoshoot semalam. Selebihnya tunggu Mr. Photographer bagi baru aku upload ok. Itu pun kalau aku rasa nak upload lah. hee




Sekian.


07 November 2010

Pre Wedding Photoshoot Part 1

Hye korang! Hye b2b!

Siang tadi i ada pre wedding photoshoot dengan Mr. Photographer. Photoshoot berlangsung di Station Keretapi Majestic Hotel Ipoh dan di Taman Botani yang juga terletak di Ipoh. Bertemakan orang Melayu zaman dulu-dulu dan zaman moden. Modenlah sangat kannn! Tema je zaman moden tapi aku tetap gadis kampung yang ayu dan sopan  makan ulam-ulaman, budu, belacan, cencaluk, cekodok, cencorot bagai. Erkkkk cencorot dengan ulam-ulaman  tu aku tipu! hikhikhik

Soooooo, sangatlah teruja dan excited nak tengok gambar-gambar pre wedding siang tadi. Thanx to Mr. Photographer dan rakan-rakan beliau yang menceriakan suasana sepanjang sesi photoshoot berlangsung. Part paling aku takleh blah bila kena panjat gerabak keretapi. Nak tercabot jantung aku rasa! Tapi pura-pura cool dengan berkain batik berbaju kurung cotton memanjat gerabak dengan tenang. fuhhhhh!! fuhhhhhh!! (mujur pakai legging sebelah dalam) Siapa bilang gadis melayu tak melasak! hahaha!

Tapi kan, cuaca tak mengizinkan untuk ber'photoshoot' banyak-banyak di Taman Botani yang bertemakan gaya moden. :( 

*** Encik Tunang! Kamu tak belanja saya benda tu!! Tutti Frutti, Ice cream McD dengan Kinder Bueno sepuluh paket!! Kalau saya tak dapat jawab exam last paper Selasa ni semua sebab awak tak belanja saya tiga benda tu! grrrrrrrrrrrrrrrrrrr (=_=)"

06 November 2010

FOKAI BINTI KEMPIS Nak Cash Out NUFFNANG lagi.


Nama baru aku, Fokai binti Kempis. :p
Tu payment advice untuk cek pertama daripada Nuffnang yang aku dapat bulan  April yang lalu. Berapa earnings yang aku dapat rasanya tak perlu untuk aku jaja di sini. Dah licin pun aku guna.

Motif? 
Rasa nak cash out kali kedua lahhh. Tengah fokai sangat-sangat sekarang. Makan hati berulam jantung je hari-hari. Errrrr pepatah macam berkait kot. haha! Kali ni earnings nuffnang aku memang agak mantap berbanding dulu. Terima kasih pada korang-korang dan Encik Nuffnang yang baik hati. Kalau campur dengan dana Encik Tunang dah boleh beli Melacep Whitening Mary Kay tau! hehe Tapi aku tak mampu bertahan untuk mencapai tahap 4 angka sepertimana yang aku target dulu. Chaitt! Dulu konon nak tunggu ribu raban baru nak cash out. Dasar mata duitan! (tak pasal-pasal menyalahkan diri sendiri). ehehee

Tapi kan kalau cash out sekarang pun, Encik Nuffnang mesti hantar cek 3 bulan lagi. sobsob :( Encik Nuffnang hantar la cek tu awal-awal sikit. Saya tengah fokai, no fulus anymore. Tak lama lagi YES. Bagilah saya shopping time YES nanti dengan duit Nuffnang ni. (dengan harapan orang-orang Nuffnang baca entry ni) hihi


Aku dan maggie mee tak dapat dipisahkan pada saat-saat seperti ini. Chow!

04 November 2010

ORANG ISLAM SILA AMBIL MASA BACA NI KEJAP. DAJJAL, SEGITIGA BERMUDA, YAKJUJ DAN MAKJUJ

 Segitiga  Bermuda yang penuh MISTERI hingga kini.
 
     Double click kalau nak baca ni.

Zaman umat Muhammad ada lima fasa. Kita sekarang di fasa ke-4. Kerana Fasa 1 adalah pemerintahan Nabi Muhammad, Fasa ke-2 adalah pemerintahan khulafa arasyidin, Fasa ke-3 adalah pemerintahan khalifah yang mengamalkan monarki. Fasa ke-4 adalah pemerintahan yang kejam dan sombong (sekarang). Fasa ke-5 adalah pemerintahan yang berunsurkan kenabian. Selepas itu, sejarah manusia sudah tamat.

Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?

Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.

Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.

Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar  al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

“Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

“Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”


KEISTIMEWAAN DAJAL
Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.
  
Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

BILA DAJAL DILAHIRKAN
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?
Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

“Menerusi penyelidikan yang dilakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)


** Semoga kalian juga sedar dan muhasabah diri yang kita kini telah berada di dunia akhir zaman fasa ke 4. 

03 November 2010

Aku dan Blog


Motif gambar??
Aku seorang yang penyayang pada binatang. Kau tengok! Kaki yang busuk ni pun rama-rama boleh hinggap. Betapa rama-rama tu rasa selamat bila ada dengan aku. haha!

Aku sebenarnya dalam proses nak tukar layout blog hitam aku ni. Korang yang mengikuti blog aku sejak dua tahun lalu mesti sedar yang aku tak pernah tukar layout blog ni. Aku bukan tak berkeinginan nak ada layout yang kebabooomm lah sangat macam korang tapi sebenarnya aku takut nak buat. Aku  takut tempat ads nuffnang aku yang tiga ketul ni hilang dan takut kalau-kalau link korang-korang ghaib tanpa dapat dikesan. Ingatan aku bukan power sangat sampai boleh ingat korang punya URL. Lemah daya ingatan jugak aku ni rupanya. hihi 

Aku pernah try tukar layout blog ni dua kali kalau tak silap. Lepas tu, bila view je habis semua nuffnang tak ada function. Jadi pelik. Keluar coding-coding hape ntah. Tu yang aku tak nak pisang berbuah dua kali tu. Serik weh! Tapi teringin tu tetap ada. hee

Apa pun aku cuba jugak bermain dengan layout-layout baru kat blog aku yang dua ketul lagi.  Tak ada siapa pun tahu itu adalah blog aku. haha! Chow!


Template by:

Free Blog Templates