Assalamualaikum..
Hari ni nak reveal pelamin wedding i nanti. hihi Semalam menghabiskan masa berjam-jam lamanya berbincang dengan wedding planner. ewahhhh
Pelamin aku nanti simple je kot. Aku tak suka pelamin yang terlalu banyak hiasan yang mengarut. Cukup ada bunga-bunga yang disusun kemas. Zaman sekarang gubahan bunga pada pelamin kebanyakannya berbentuk bulat-bulat. Aku suka begitu berbanding bunga yang digubah berbentuk tiga segi. Bulat-bulat yang aku maksudkan bukan pomander flower ball, tapi yang dalam pasu bunga tepi or depan pelamin tu.
Pelamin aku nanti lebih kurang macam ni. 3 boxes. Tapi dua cerut yang kiri dan kanan belakang tu diganti dengan kerawang putih. Yang tengah-tengah cerut biasa macam di atas. Dan bunga of course la mengikut tema pink kan.
Ni contoh pelamin 3 boxes macam yang aku nak. Lebih simple dan kemas tanpa kehadiran bunga-bunga telur di sekeliling pelamin berbanding gambar di atas.
Yang ni pun simple kan. Tapi tak suka kerusi dia. I suka kerusi Mawi yang tinggi tu. Tapi tak suka yang terlalu besar sangat. Suka yang sedang-sedang saja. hihi Latern tu cantik. Kalau sempat ke ECM hari tu memang dah rembat lantern banyak-banyak kat sana.
Ok, ini pulak i reveal pelamin nikah. Lebih kurang macam ni la nanti. Tapi bukan warna pink or merah. Warna putih dan turquoise kalau tak silap aku. Yang ni pun aku nak yang simple je tapi cantik bagi aku. hihihi
Lebih kurang macam ni la pelamin nikah aku nanti. Ada kain di belakang, ada pomander flower ball beberapa biji dan gubahan bunga bulat di tepi. Tak suka bunga tiga segi begini. kikiki
Dan emak nak ada bantal golek yang dua biji begini selain daripada tempat alas duduk petak tu. Ok, tak kisah.. duit emak kan. Aku ikut je..
Dan rasanya perlu ada penambahan hiasan bunga panjang di atas kain seperti ini. Nanti kena discuss dengan wedding planner kali kedua.
Simple kan pelamin nikah dan pelamin sanding aku? Ok la tu, daripada tak de pelamin kan. Sebarang perubahan tertakluk kepada aku sendiri. hihi Oh ya, pelamin bertandang pun simple tapi aku suka sebab tak serabut. Harap-harap hasil kedua-dua pelamin nanti memuaskan hati aku yang cerewet ni. Sampai emak pun pening kepala dengan aku. hihi
Sekian.