24 December 2010

OTAK TAK BERFUNGSI DENGAN BAIK


Kusut
Serabut
Banyak hal yang mengganggu
Manusia
Kehidupan
Masa depan.

Aku boleh menilai setiap perilaku dan patah kata manusia. Dan kau takkan mengerti akannya.

21 December 2010

BB Cream Elianto

Assalamualaikum.
Aku dah settle kursus kahwin Sabtu dan Ahad lepas. Semalam dah settle HIV test. Borang nikah je belum settle. 

Ok, itu intro wed preps. Kali ni nak cerita tentang BB Cream. Sekarang ni kan dah macam-macam jenis BB Cream ada dalam pasaran. Ada yang murah. Ada yang mahal. Aku guna BB Cream Elianto yang dua jenis ni. Best gila. Korang  guna BB Cream apa?
Sebenarnya teringin nak pakai BB Cream Dr.G or Oslee. Next year la baru try yang tu. BB Cream Elianto ni pun terbeli secara tak sengaja bila dipengaruhi oleh kawan. Sempena Christmas katanya. One set ada BB Balm n BB Cream RM69.90 kalau tak silap. Berbaloi-baloi walaupun aku sengkek amat time tu.  Tapi ni boleh guna lama weh. Bukan sehari dua je. Almost 3 months kot aku dah pakai BB Cream Elianto ni. Tu pun banyakkkkkk lagi. :)


16 December 2010

Rumah Misteri 130

Hye!
Rumah Misteri 130 yang aku maksudkan ialah rumah aku di BLOGLARIAN. hihi Aku dah dapat rumah dah kelmarin. Ni kawan-kawan serumah ada lima orang. Hye housemates 130!! :)


Korang dah join belum? Cepat korang join, cepat la korang dapat rumah. Boleh main lompat-lompat kat sini. hihi

15 December 2010

Simple D.I.Y Project

Hye semua!

Last week pergi Nilai dan kemudian ke Kuantan membeli keperluan yang tak reti nak cukup-cukup. Alhamdulillah. Mostly banyak yang dah settle setakat ni. Bekas hantaran pun dah siap gubah semalam. Barang-barang hantaran pun tinggal 2 barang je yang belum beli. :)

Hari ni aku nk tunjuk bahan-bahan untuk 3rd DIY project. Aku tak sure benda ni orang panggil apa. Aku sekadar buat ikut imaginasi sendiri je ni. Kegunaannya untuk diletak atas meja makan waktu resepsi nanti. Bukan semua meja yang ada ni nanti. Meja-meja khas sahaja.
Bahan-bahannya:

1. Beberapa tangkai bunga kaler pink. Ada 6 tangkai bunga. Yang ni i beli kat SSF Home Deco Kuantan RM10.90. SSF ni tempat wajib pergi bila nak kahwin or bertunang sebab banyak choice untuk korang kalau nk beli hiasan hantaran ke,  bunga-bunga ke. Harga pun boleh tahan sebab barang-barang kat sini sangat berkualiti. 

2. Balang actually ada 5 tapi i tepek kat sini 2 balang je. Ni pun i beli kat SSF. Murah je, sebab balang plastik. RM1.60 sebalang. 

3. Ribbon double colour pink purple pun i beli kat SSF RM13.00 segulung. Ribbon ni lebihan buat tapak hantaran sebenarnya. So, tak nak membazir i guna untuk DIY project ni. 

4.Seterusnya beberapa batang lidi satay. Yang ni i tak beli. i ambil pada bunga-bunga telur yang lama. 

5. Batu-batu aquarium yang colorful tu sepaket RM3.50 beli kat kedai aquarium. 

6. Dan akhir sekali pelilit. Yang ni beli kat kedai biasa je. Ohh ya, gam jangan lupa. Kang camne nak lekatkan ribbon tu pada balang kalau takde gam. Dan lagi satu, kad.


And finally....
Dah siapppppppppppp! Hahaha Gila buruk tulisan aku. Kad tu i nak tukar yang lain. Yang ni sample untuk uollss tengok je. Aku rasa macam ada cacat sikit benda ni. Nanti nak kena edit lagi nampaknya. Kad tu nak taiplah biar cantik sikit tulisan. hihi Selamat mencuba uollss!


Sekian.

14 December 2010

BLOGLARIAN

Sana-sini orang bercakap pasal BLOGLARIAN. Aku pun di'tag' oleh Fara. Siapa-siapa yang rajin sangat blogwalking sebelum ni meh join BLOGLARIAN pulak.  


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
1) Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/  
2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)  
3) Follow Bloglarian 
4) Tag 3 orang atau lebih rakan 
5) Sila beritahu rakan yang anda Tag memalui comment 
6) Tinggalkan link post anda dan Nama Blog Anda di SINI 
7) Peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian mengikut turutan..  
8) Tiada tarikh tutup buat masa ini  Mudah je kan! ^___^

SLOGAN:
Saya suka berblogwalking kerana saya dapat banyak info daripada pelbagai genre blog.

Aku nak tag :
Ceroi
Koyien
Lemon

10 December 2010

Impian Tak Kesampaian

Korang ada DSLR tak? Aku kan dah bertahun-tahun teringin nak ada gadget yang satu ni. Tapi still tak kesampaian lagi. Kalau korang perasan sebelum ni wishlist aku yang first kat tepi tu  kan DSLR Nikon D90.  Tapi setelah mengadakan sesi soal jawab dengan teman blogger, aku secara rasminya telah menukar wishlist yang dah berkarat tu dengan DSLR Canon EOS 60D. EOS 60D ni latest dari Canon. Ni la dia DSLR pengganti D90 yang bakal aku rembat bila dah berduit tahun depan.

Punya la bertahun aku mengidamkan Nikon D90 tu. Sampaikan sekarang ni dah tak de stock pun dalam pasaran. Sebab Nikon D90 sudah di'upgrade' kepada Nikon D7000 yang latest.    Function Canon lebih mudah daripada Nikon bagi orang yang tak berapa mahir macam aku ni. Kalau hantaran nanti dapat DSLR Canon EOS 60D ni kan best. (beranganlah kau)



** Entry D.I.Y second project bakal menyusul tak lama lagi.. hihi

06 December 2010

Ulangtahun Kedua Pertunangan

Assalamualaikum.

Selamat menyambut Awal Muharam buat yang beragama Islam. Jangan lupa baca doa akhir tahun dan doa awal tahun hari ni. Moga hidup kita sentiasa dalam keberkatan dan dilimpahi oleh rahmatNya.

Hari ni 6 Disember 2010. Genap dua tahu pertunangan aku. Hihi lama tuuu boleh bertahan. Gaduh-gaduh tu biasalah kan. Aku tiap-tiap bulan kerja nak cari gaduh je.

Agak-agak kalau korang jadi aku boleh tak pertunangan korang bertahan selama ni? Orang kata macam-macam, tapi aku rilex je. Bagi aku hidup ni simple. What you give, you get back. Korang faham-faham sendiri la ye. Aku tak cakap aku baik. Tapi aku sangat pentingkan doa dalam hidup. Banyak-banyak la berdoa supaya hubungan korang bukan hanya sekerat jalan. Allah tak pernah menghampakan doa hambanya. Macam ustazah pulak aku rasa hari ni. hikhik



Sekian.

03 December 2010

Reveal Pelamin Nikah & Sanding...

Assalamualaikum..

Hari ni nak reveal pelamin wedding i nanti. hihi Semalam menghabiskan masa berjam-jam lamanya berbincang dengan wedding planner. ewahhhh 

Pelamin aku nanti simple je kot. Aku tak suka pelamin yang terlalu banyak hiasan yang mengarut. Cukup ada bunga-bunga yang disusun kemas. Zaman sekarang gubahan bunga pada pelamin kebanyakannya berbentuk bulat-bulat. Aku suka begitu berbanding bunga yang digubah berbentuk tiga segi. Bulat-bulat yang aku maksudkan bukan pomander flower ball, tapi yang dalam pasu bunga tepi or depan pelamin tu.

Pelamin aku nanti lebih kurang macam ni. 3 boxes. Tapi dua cerut yang kiri dan kanan belakang tu diganti dengan kerawang putih. Yang tengah-tengah cerut biasa macam di atas. Dan bunga of course la mengikut tema pink kan.

Ni contoh pelamin 3 boxes macam yang aku nak. Lebih simple dan kemas tanpa kehadiran bunga-bunga telur di sekeliling pelamin berbanding gambar di atas.

Yang ni pun simple kan. Tapi tak suka kerusi dia. I suka kerusi Mawi yang tinggi tu. Tapi tak suka yang terlalu besar sangat. Suka yang sedang-sedang saja. hihi Latern tu cantik. Kalau sempat ke ECM hari tu memang dah rembat lantern banyak-banyak kat sana.

Ok, ini pulak i reveal pelamin nikah. Lebih kurang macam ni la nanti. Tapi bukan warna pink or merah. Warna putih dan turquoise kalau tak silap aku. Yang ni pun aku nak yang simple je tapi cantik bagi aku. hihihi

Lebih kurang macam ni la pelamin nikah aku nanti. Ada kain di belakang, ada pomander flower ball beberapa biji dan gubahan bunga bulat di tepi. Tak suka bunga tiga segi begini. kikiki

Dan emak nak ada bantal golek yang dua biji begini selain daripada tempat alas duduk petak tu. Ok, tak kisah.. duit emak kan. Aku ikut je..

Dan rasanya perlu ada penambahan hiasan bunga panjang di atas kain seperti ini. Nanti kena discuss dengan wedding planner kali kedua. 

Simple kan pelamin nikah dan pelamin sanding aku? Ok la tu, daripada tak de pelamin kan. Sebarang perubahan tertakluk kepada aku sendiri. hihi Oh ya, pelamin bertandang pun simple tapi aku suka sebab tak serabut. Harap-harap hasil kedua-dua pelamin nanti memuaskan hati aku yang cerewet ni. Sampai emak pun pening kepala dengan aku. hihi

Sekian.

02 December 2010

DALIL CINTA...

Assalamualaikum... Hye korang!

Busy sangat lately ke sana sini mencari kelengkapan yang belum settle. hish. Jangan ingat kerja kahwin tu senang ye korang. Walaupun aku TAK MENGELUARKAN walau satu sen pun. I repeat. TAK MENGELUARKAN SATU SEN pun untuk belanja nikah kahwin ni tapi aku pun pening sebab terlalu banyak choice la. Tak kisah la tentang apa pun,  dress ke,  photographer ke, pelamin ke,  apa ke semuanya memerlukan kita membuat pilihan yang tepat. Tak gitu b2b?

Sebenarnya aku nak tanya korang, korang ada tengok tak cerekarama DALIL CINTA Ahad lepas kalau tak silap. Aku risau kot  nanti aku jadi macam Amani je. Tapi aku taklah sebodoh tu. Dan paling penting aku tak la pemalas macam dia. Cuma tang tak reti masak tu je yang sama sikit. hihi Pastu bila emak suruh memasak menggelupur la kat dapur tu jawabnya. Kalau mak mertua suruh masak nanti aku nak buat-buat meroyanlah! hahaha

Ohh ya, aku dah pandai masak maggie yang ditumis dan dicampur dengan bahan-bahan lain macam sayur dan telur. Hah! Sila la gelak! Aku mengaku seumur hidup aku tak pernah  masak maggie yang ada tambah bahan-bahan lain. Lepas ni aku dah reti la beb.. senang je rupanya. Hari ni pulak aku belajar masak asam pedas nenas dengan goreng ikan. kehkeh. Tak ada gambar sebab tadi aku goreng ikan n masak asam pedas sekerat jalan je sebab malas. haha!

Template by:

Free Blog Templates