17 December 2011

HANGER KLIP TUDUNG AWNING FOR SALE

Assalamualaikum.

Saya ada menjual HANGER KLIP TUDUNG kaler pink. Especially untuk Tudung Fareeda or tudung awning ya. Promo price RM13 for 10 pcs. Contact saya untuk tempahan 0194194194. Kalau nak ambil secara by hand boleh, by pos pun boleh. By hand hanya di sekitar Klang Valley, Bangi dan Putrajaya. 


Dan ini contoh bagaimana tudung-tudung awning especially Tudung Fareeda yang hot itu akan terjaga dengan baik dengan penggunaan hanger klip. 


Kemas, rapi dan selamat bukan? Hubungi segera untuk tempahan. Boleh request nak hanger kaler pink, putih, hitam atau hijau ya.

Contact me: 0194194194 @ sweetstoberi@gmail.com


21 November 2011

Vitamin E Softgel Collagen


Assalamualaikum.

Korang pernah tahu tak or pernah dengar tak pasal supplement Vitamin E Softgel Collagen? Aku baru first time tahu pasal supplement yang satu ni melalui Kak Lynna, pengedar utama. Aku rasa macam nak try jugak bila tengok banyak consumer dapat positive feedback setelah menggunakan supplement ni. Kalau bab-bab kecantikan dan kesihatan ni aku memang suka sangat-sangatlah kan. Ada di antara readers blog i ni yang dah try guna Vitamin E Softgel ni tak? Cite la sikit apa perubahan yang korang alami. Aku nak jugak tahu sebelum aku sendiri yang try supplement ni pulak. hihi Babai. 

Latest: Now, i dah jadi dealer Vitamin E Softgel Collagen. Hubungi saya untuk sebarang tempahan dan sekiranya anda berminat menjadi agent. Belian secara borong digalakkan. By pos boleh, by hand pun boleh. 0194194194

18 November 2011

Hanger Klip Tudung Fareeda

Hi all. Hari ni last day kerja sebab esok dah start school holiday. Yipppiiiiii. Next week nak ke Indonesia. Holiday!! Holiday!! Yevaaa yevaaaaa. haha!

Ok, update before holiday pasal hanger klip tudung awning or Tudung Fareeda. Yes, aku rasa perlu ada hanger ni sebab bagi menjamin kualiti semua koleksi tudung Fareeda aku supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Skema ok ayat! 




Aku beli hanger ni thru online dekat FB. Beli dua set ada 20 hanger RM30. So, terjaga la tudung-tudung kesayangan aku ni kan. 



Ni antara koleksi Tudung Fareeda yang aku paling suka. :))

Jumpa lagi, babai.


16 November 2011

Blackberry Torch 9810, Canon EOS 600D Kit II

Yeaaahhhhhhh!! Lagi tiga hari je nak kerja, hadap beban tugas, hadap perangai murid-murid lepas ni boleh rilex tenang-tenangkan fikiran di kampung halaman. Dalam masa yang sama, masih ada banyak benda yang aku fikirkan. Kita tak boleh lari dari berfikir. Tak tahulah korang macam mana kan. Tapi bagi aku, setiap hari aku akan berfikir, berfikir dan terus berfikir. Macam-macam yang aku fikirkan. Soal hidup, soal masa depan, soal kehendak. Kali ni aku nak cerita tentang kehendak aku yang tengah membuak-buak sekarang ni.

Inilah dia kehendak yang pertama. Blackberry Torch 9810. Aku teringin nak ada smartphone macam orang lain. Boleh online tiap masa. Tak perlu la nak bawak broadband dengan netbook yang gedabak ni ke hulu-hilir kan. Handphone aku yang paling mahal setakat ni bernilai RM500 lebih. Tu pun beli sebab mak bagi duit separuh. Kalau tak jangan harap aku nak beli. Masa tu kat maktab, tahun 2006 tak silap. Bagi aku, cukup la ada handphone yang boleh call in, call out, sms. Itu dah kira cukup complete bagi aku. Tapi itu dulu, sekarang ni bila rasa semuanya di hujung jari, aku rasa perlu ada handphone yang canggih sikit. Bukan apa, untuk memudahkan urusan seharian je. Bukan sebab nak menunjuk yang kau ada banyak duit dan boleh pakai handphone mahal-mahal. Sekarang ni aku pakai cokia dengan motoghola je. Dua-dua ni  handphone free. kihkih

p/s: Sebenarnya aku confius nak beli Blackberry Torch ni ataupun Galaxy Tab.

Kehendak kedua yang dah berzaman ni adalah DSLR. Dekat wishlist tepi sidebar tu belum tulis DONE means belum memiliki lah. Dulu gilakan Nikon D90, lepas tu Canon EOS 60D, sekarang gilakan Canon EOS 600D Kit II pulak. Dapat Canon EOS 600D Kit II pun dah kira ok even tak dapat Canon EOS 60D kan. For new DSLR users eloklah amik EOS 600D ni dulu. Canon EOS 60D tu untuk semi-professional DSLR users. Aku bukan nak jadi pro macam photog yang ada sekarang ni. Tapi mungkin satu hari nanti, akan jadi. Who knows? 


p/s: Kadang-kadang kita berusaha mencari salah sendiri, di mana silapnya kita. Tapi terus-terusan dipersalahkan bukan atas kesalahan sendiri. Fikirlah, di mana silapnya anda.
  

14 November 2011

Let go Tudung Mawar Fareeda


Assalamualaikum.

Mungkin ramai dah tahu yang aku sekarang fanatic dengan Tudung Fareeda. Tak tau nak cakap macam mana, tapi memang kalau korang pakai je tudung ni keyakinan diri korang akan bertambah dan rasa macam tak selekeh. Kihkih Senang cakap Tudung Fareeda memang selesa dipakai lah. 

Koleksi Tudung Fareeda aku makin hari makin bertambah. Sampai husband aku pun dah pening tengok tudung banyak sangat. Dah la kena teman aku kat butik berjam-jam sebab nak pilih tudung kan. hikhik Nasib la kannn..

Ok, berbalik kepada tajuk, aku sebenarnya nak let go sehelai Tudung Mawar Fareeda yang macam Kak Azalia, Model Fareeda ni pakai. Warna dan design yang sama. Aku pernah pakai SEKALI je ok tudung ni. 

Sebab apa nak let go..?? Sebab aku rasa warna dia tak berapa sesuai dengan jiwa aku. Jiwa aku jiwa Pink, Purple, Hitam. Bukan jiwa Hijau. hehe Kenapa beli..?? Aku terbeli sebab kalau boleh aku nak ada semua warna koleksi Tudung Fareeda. Tetiba aku rasa macam 'kalau tak nak guna, buat apa simpan'. Sooooo, sebab tu la aku nak let go. 

Siapa nak text me k 0194194194. Jangan risau. Aku bagi harga murah je daripada harga asal yang aku beli masa promo raya hari tu. 


05 November 2011

KEPUTUSAN PHOTOSHOOT SESI PERTAMA PERTANDINGAN MODEL FAREEDA 2012

Alhamdulillah. Hari ni ada satu berita gembira buat semua calon-calon Model Fareeda 2012 sesi pertama yang dah join photoshoot di Bangi. Semua calon melepasi tahap pertama dan layak ke peringkat yang seterusnya iaitu melalui undian Facebook dan sebahagiannya dipilih sendiri oleh pihak Fareeda. Aku siap online dalam kereta sepanjang perjalanan balik kampung hari ni semata-mata nak tengok info dari Fareeda. Hadiah sempena Aidiladha tahun ni kot. Tak sia-sia promote tudung kat FB, keluarga, kawan-kawan dan pada orang yang dikenali. Thanx pada team Fareeda.  Disebabkan ni jugak aku dapat ramai kawan-kawan baru yang mempunyai minat yang sama terhadap tudung Fareeda. Dorang pun mostly adalah calon-calon Model Fareeda 2012 same like me. :)) Even tak pernah bersua muka tapi rasa macam dah lama kenal je. 

Do support me guys untuk melayakkan diri ke semi final..! ehehee


p/s: Selama 3 hari i ada kat Endau-Rompin, Pahang sampai Isnin 7 November. Anyone yang nak COD Vco Catalyst boleh contact i ok 0194194194.  

24 October 2011

Test Shoot Pencarian Model Fareeda N Sale Aidiladha

Assalamualaikum. 

Baru berkesempatan nak update sbb hari ni sekolah i cuti. Yahooooooo.com! :'D
Semalam i pergi test shoot Pra Kelayakan Pencarian Model Fareeda 2012 di Butik Fareeda Bandar Baru Bangi. Biasanya pergi butik beli tudung je, kali ni pergi dengan siap ber'makeup' bagai n test shoot. 

Bukan la excited sangat sebenarnya tapi saja suka-suka. Nama pun fanatic dengan Tudung Fareeda kan. I tahu ramai sangat yang join test shoot ni. Cun-cun nyata jelita pulak tu kan. Gud luck pada calon-calon yang berjaya melepasi test shoot ni ok. Kalau i tak dapat pun it's ok la. Bukan rezeki lah tu kan.


Bermula pada 1 November hingga 5 November 2011 Fareeda akan mengadakan sale sempena Aidiladha. 7 hari je lagi. Jom serbuuuuu weh!! I jamin sekali pakai tudung ni korang confirm nak pakai sentiasa n tambahkan koleksi korang. I dah aim tudung Fareeda untuk dipakai masa Raya Haji nanti. Jeng jeng jenggggg... 


11 October 2011

Photoshoot Pra-Kelayakan Pencarian Model FAREEDA 2012

Hye korang!


Pernah dengar dengar tudung Fareeda tak? Aku ada berita baik untuk disampaikan kepada peminat-peminat Tudung Fareeda. Fareeda akan mengadakan satu sesi photoshoot pra-kelayakan pencarian model Fareeda 2012. Ha! Of course la ramai yang teruja kalau nak jadi model muslimah ni kan especially yang minat sangat dengan tudung fareeda ni. 

So, kalau korang rasa berminat nak join boleh cepat-cepat call Butik Fareeda ok. Sila Hubungi Ibu Pejabat 03-89257164 untuk membuat pendaftaran segera. Esok dah last day untuk siapa-siapa yang nak register untuk photoshoot ni.

Siapa tahu kot korang bakal jadi Model Fareeda 2012 selepas Kak Azalia Firdina(2010) n Kak Suhaili Mohamad (2011) kan.


p/s: I dah register. Saje suka-suka. hihi


07 October 2011

Putihkan Gigi dengan Pola Night

Hye korang!

Kali ni aku nak share something yang sangat berguna untuk korang especially buat  BBF dan bakal-bakal pengantin. Aku tahu, korang mesti nak nampak cantik dengan gigi yang putih bersih dan senyuman yang berseri pada majlis perkahwinan korang kan? Mungkin ada di antara korang yang memiliki gigi yang tak berapa nak puteh sejak sekian lama. Soooo, aku akan bagi penyelesaian untuk masalah korang tu.

Nak cerita sikit. Sebelum aku kawen, aku dah plan nak putihkan gigi aku. PUTIH dengan CUCI lain ye. Jangan salah faham. Putihkan gigi ialah satu proses memutihkan gigi manakala cuci gigi pulak lebih kurang macam bersihkan gigi daripada kekotoran yang korang sendiri cipta. Hihi 

Survey punya survey akhirnya aku jumpa satu klinik gigi masa aku study kat Ipoh dulu. Klinik Pergigian Siti dekat Tambun. Kos putihkan gigi kat klinik ni RM500 menggunakan Pola Night. Setahun dua before kawen aku dah survey harga untuk putihkan gigi sebabnya apa yang aku tahu kos untuk putihkan gigi memang mahal ok. Tahap riban cipan. Sebab tu aku survey awal-awal, senang nak bajet uwangnya. Aku dah la tak beruwang sebab tengah study lagi time tu, sanggup kumpul duit elaun semata-mata nak putihkan gigi. 

Ni la dia Pola Night yang aku guna untuk putihkan gigi.

Kalau tak silap aku, ada banyak cara untuk putihkan gigi ni. Tapi yang aku guna ni DIY tapi sebelum tu korang kena pergi klinik gigi dulu, dentist akan buat ukuran gigi guna benda macam plastesin sebab nanti korang akan pakai benda tu semasa sesi rawatan pemutihan. Cewah! Gel Pola Night ni ada 10 tiub. Ape tah nak cakap, aku tak tahu benda panjang-panjang macam jarum tu orang panggil apa. Aku maksudkan tiub je, korang faham kot. Tengok gambar k.

Satu tiub ni boleh guna sampai dua minggu kalau tak silap aku. Depend pada kekerapan penggunaan dan kuantiti yang korang nak letak pada acuan gigi tu.


Ha, benda ni la yang korang kena buat untuk dapatkan ukuran gigi tu. Seminggu selepas korang buat ukuran gigi, baru benda ni siap. Kira macam acuan bentuk gigi atas n bawah korang la. 

Nantikan korang akan sapukan gel pola night tu pada sekeliling benda ni then korang pakai kat gigi selama 45minit before tido. Kira benda ni akan menyarung gigi korang. Gel tu tak boleh letak banyak-banyak, letak sikit je pada acuan ni. Kang tertelan gel tu naya weh! Aku pernah tertido masa pakai benda ni. kihkih

Satu lagi, jangan pulak korang sapu gel tu sampai ke acuan gigi belakang, agak-agak la sampai gigi tepi je paras senyuman korang. Gigi belakang takde sape nak tengok, membazir je nanti.  Since korang dalam proses pemutihan gigi ni kan, korang tak boleh minum tea, coffee dan segala macam makanan or minuman bewarna bagi mengelakkan korang tak dapat lihat hasilnya. Tapi aku tibai je kadang-kadang, hasilnya tetap nampak. Dalam seminggu korang dah boleh nampak perubahan pada gigi korang. Kalau tak percaya, try la.

Hasil di hari yang bersejarah..... Jeng jeng jengggggggg.... 




Alamak gambar tak clear pulak. Actually nak tunjuk gambar gigi je. kahkah

p/s: Aku rasa aku belum pernah buat review pasal wedding sehingga ke hari ni even aku pernah tulis banyak kali yang aku akan buat review. Perlu ke?? 


05 October 2011

Lelaki Perlu Tahu. Never Make Women Cry.

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.


“WANITA itu ISTIMEWA”


01 October 2011

Pramugari Koma di Tanah Suci. MESTI BACA!!


Untuk renungan bersama...

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."
Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau
wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."
"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh...memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal...." itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
"SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

29 September 2011

Pesanan Untuk Suami Saya


Harga rokok ( purata ) : RM10 (sekotak) x sehari
Jumlah tahunan : RM 3650
Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250

Maka......

Orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI kerana terdapat lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar...




Credit: Ustaz Zamri

28 September 2011

Promo Vco Catalyst RM38 N Collagen RM58 Only!

Hye all. Assalamualaikum. 


Malam ni i ada di Putrajaya. Anyone yang nak amik Vco and Collagen Catalyst by hand dengan harga promosi boleh inform me as usual k 0194194194. Vco Catalyst RM38/box n Collagen Catalyst RM58/box.


** Alhamdulillah, along saya dah selamat melahirkan zuriat yang ke-3 baru sebentar tadi. Malam ni nak pergi tengok baby after school. :'D  

27 September 2011

Jamuan Aidilfitri Fareeda Nyata Jelita

Assalamualaikum..

Korang, Sabtu ni 1hb Oct Fareeda ada buat Jamuan Aidilfitri start daripada pukul 2.00-6.00 pm kat HQ Bandar Baru Bangi. Ada Hadiah Misteri, Lucky Draw and Door Gift untuk yang hadir. I nak pergi tapi takde kawan. Anyone yang sudi teman bagitau k. Kalau tak, i pergi dengan husband je la nampaknya. 

Tudung Fareeda memang best. Since dua bulan lepas i dah start jatuh hati dengan tudung Fareeda ni. Rasa macam hari-hari nak pakai tudung Fareeda je. Nasib baik rumah dekat dengan Bangi. So, anytime boleh pergi Butik Fareeda. 





Ni antara pic yang i pakai tudung Fareeda. hihi 



Tq Fareeda Nyata Jelita..


26 September 2011

Pelamin Simple dan Cantik, Tapi...

Every weekend i busy ke sana sini. Tak boleh nak duduk rumah diam-diam, ada je plan nak merayap. Semalam i pergi wedding anak ex-GB kat Klang, pelamin dia simple but nice. I nak amik gambar pelamin tu tunjuk kat korang tapi gambar ini je yang my hubster snap. Gambar pelamin terlindung dek ktorang. Kihkih


Yang baju hitam tu Ereen. BBF mesti kenal. Pengantin baru. Yang tudung merah tu Nadiah kawan ktorang. Dan yang belakang ktorang tu pelamin unik. Tak nampak ek? hihi sorry...


09 September 2011

Streamyx vs Maxis Broadband

Im back! Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk korang yang membaca blog aku. Dah lama aku tak mengikuti perkembangan korang dalam dunia blog. Bukan salah aku, tapi salah TM. Sampaikan aku hilang sabar dengan orang-orang TM ni gara-gara streamyx. Padan muka kena marah dengan aku. Siapa suruh buat kerja main-main. Dah sebulan kot aku register n every week aku call tanya bila dorang nak datang pasang streamyx tapi semua jawapan mengecewakan. Memanglah aku hangin weh! Unifi pulak still belum ada coverage kat area rumah aku ni. At last aku cancel order then siang tadi pergi beli maxis broadband n terus dapat online, dapat update blog. Suka!

p/s: Aku dah pandai masak weh! Macam tak percaya campak-campak pun menjadi. 

23 August 2011

Moga Kau tenang di Alam Barzakh

Andai dapat diputarkan waktu, 
aku pasti minta dia ceritakan masalah dia.
Walaupun tak ada siapa pun yang tahu apa sebenar yang berlaku.
Mungkin dia nak cerita sesuatu seperti biasa tapi aku buat tak endah.
Aku mintak maaf.
Dah terlambat,
Dia dah pergi buat selama-lamanya.


Innalillah... :(

31 July 2011

A new life, a new beginning..

31 Julai 2011
Hari ni, hari terakhir aku berada di rumah pertama sejak berkhidmat di Kuala Lumpur. Semalam dah start masuk rumah baru. Basuh rumah, sental sana-sini buang habuk, angkut barang. Penat ok! So, hari ni akan pindah secara rasminya. Lagipun penyewa baru dah nak masuk bilik aku hari ni. Hosmet dua-dua pulak takde. Tak dapat nak bersalaman dengan dorang. :(

Esok 1 Ogos bersamaan 1 Ramadhan, aku akan mulakan hidup baru. Seperti yang aku pernah cakap dalam entry yang lepas, rumah baru, persekitaran baru, cara hidup baru dan 'hosmet' yang baru. Lepas ni aku tak dapat nak online seperti biasa. Tak tahu sampai bila sebab aku belum lagi register untuk Streamyx or Unifi untuk rumah baru nanti. 

So, kalau korang nak buat order Vco Catalyst ke Collagen ke Mary Kay ke contact me as usual ok 0194194194 sebab i tak dapat nk tengok shoutbox kat blog, tak dapat nak check email, tak dapat nak tengok FB dan segala yang berkaitan dengan dunia internet adalah terputus hubungan buat sementara waktu. 

Kepada Bloggers Bride Forever, jangan lupa inform me if korang nak buat gathering nanti ok. I tak dapat nak tengok apa yang korang discuss kat group BBF. Anything juz text me 0194194194. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk anda yang membaca blog aku. Semoga Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan terakhir untuk kita semua. Selalunya itulah yang aku harapkan bila menjelangnya 1 Ramadhan. Moga amalan kita diterima, urusan dipermudahkan, rezeki diperluaskan dan hidup dalam keredhaan. 

Sekian, jangan rindu-rindu. hihi perasan!

28 July 2011

Botanical Set Mary Kay RM50 only!!

Quick update.

Anyone yang nak cuba skincare Botanical Set F2 Mary Kat, i ada trial pack untuk anda. RM50 only!! Ada cleanser, freshener, mask, moisturizer n foundation. Do contact me as usual  0194194194. Limited stock. Siapa cepat dia dapat! I akan guide macam mana nak apply skin care menggunakan teknik yang betul.


26 July 2011

Kehidupan Selepas Berkahwin

Assalamualaikum.. hye korang!

Macam biasalah lambat sikit nak update. Ada saja kekangan. Now, aku dah join BBF kat FB. Best dapat jumpa bloggers bride yang pernah aku kenal sebelum my wedding dulu. 

Kepada yang mengenali dan tak tahu dan kepada yang ingin tahu, sebenarnya since aku kawen on February aku tak tinggal sebumbung dengan hubster sebab dia kerja kat Penang dan aku pulak kat KL. Aku tinggal kat KL ni dengan housemates yang bujang. So, aku pun turut sama merasakan diri ni macam single. hehe 

Aku dan hubster bukan selalu jumpa pun. Dalam sebulan tu ada la sekali dua je jumpa. Pernah sekali tu 3minggu tak jumpa. Dah la family jauh. Tercampak pulak hidup kat KL ni yang tak pernah terlintas langsung akan berkhidmat di sini. Hari-hari aku rasa sedih. Nak mengadu kat sape? Pada BFF dan Tuhan jela. 

But makin lama aku jadi makin kuat bila banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Tak perlulah aku ceritakan semua kot. 

Last two weeks, dapat tau yang hubster dapat transfer ke Bangi. Alhamdulillah. Lepas ni tak boleh meronggeng dengan BFF macam biasa lagi. Dan aku pulak akan tinggal dengan hubster di rumah sewa sendiri.

Seminggu aku mencari rumah sewa yang sesuai. Contact sana-sini. Merayau sana-sini. Sampaikan rumah staf UM pun aku redah. Alhamdulillah jumpa jugak. Allah ketemukan aku dengan pakcik yang budiman. Pakcik tulah yang bagi info ada rumah untuk disewa. 

Dan aku akan mulakan hidup baru sempena Ramadhan ni. Weekend ni insyaAllah akan mula masuk rumah baru. Persekitaran yang baru. Cara hidup yang baru. Dan aku agak happy sebab ada BFF aku yang menetap kat situ sekarang ni. 5 tahun setengah kami belajar sama-sama. Kelas yang sama. Pergi kuliah sama-sama. Housemate dan roomate masa di Ipoh dulu. Suka!   


p/s: Jemputla datang rumah saya nanti. hihi Dah ada rumah sendiri ni i akan concentrate dengan Mary Kay as a beauty consultant! huyeahhhhhh


14 July 2011

New LiFe.. :'D

Aku ada banyaaaaaakkkkk sangat benda nak cerita n share dengan korang tapi tak tahulah nak start dari mana. Dulu pernah cakap nak story pasal wedding lah apa lahhh. Tapi hampeh je kan aku ni. Now, dah semangat semula nak update blog laju-laju. Even taklah laju mana pun sebenarnya. kihkih



p/s: Aku baru tahu apa maksud 'xoxo'. haha

08 July 2011

i- City with Hubster

Weekend yang lepas tak plan pun nak pergi I-City. Bila dah sampai i-city tepat jam 12am alarm handphone berbunyi. Rupa-rupanya alarm tu berbunyi sebab nak bagitahu our 4th anniversary. tehee bukan wedding anniversary ya. Wedding tak sampai pun setahun lagi. Patut pun pelik, rasanya tak pernah pun set alarm pukul 12am.  

 Hubster yang suka makan!


Hubster said saya gedik. Tak kesah pon. :p

Hari ni nak balik Putrajaya after school till Sunday (10 Julai). Anyone yang nak amik Vco Catalyst, Collagen Catalyst and Mary Kay product by hand boleh contact saya macam biasa ok. Available di area Putrajaya dan Bandar Baru Bangi as usual. Lemonade: 0194194194

27 June 2011

Interview SPP


Doakan saya untuk hari esok! 


24 June 2011

Kian Hambar dan Kosong


Apa rasa anda jika 'hari-hari' yang anda lalui terasa semakin hambar dan kosong?




p/s: Sedih baca kisah hidup Jimmy Shanley. Ada isteri tapi macam tak ada. Lebih baik tak ada daripada ada. Susah nak cari lelaki atau suami setabah Jimmy Shanley.    

21 June 2011

Muslimah Couture Online Boutique!


Assalamualaikum.

Hari ni emosi dah stabil sikit. 


Ok kita teruskan dengan entry fashion pada kali ini even aku bukanlah fashionista! Pernah dengar tak Muslimah Couture Online Boutique. Kalau tak tahu, boleh klik SINI. Kat sini banyak fashion baju muslimah yang korang boleh intai-intai untuk pergi function ke dinner ke apa ke. Dan, kalau berkenan, boleh la beli. :'D

Meh aku nak sajikan sikit baju-baju yang ada di Muslimah Couture Online Boutique ni. 





Fatin Suhana pun pernah pakai baju dari butik Muslimah Couture. Jeng jeng jengggggg.. Ni sewaktu Majlis Persona Gadis Muslimah.  



Sekian, selamat malam dunia!


20 June 2011

B.U.N.T.U

Ke kiri ku buntu
Ke hutan ku hilang
Ke timur ku kosong
Aku terus bosan dan tertekan
Seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku
dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai

17 June 2011

Promo Botanical Set Mary Kay!

Assalamualaikum.

Hye korang! Bulan lepas kan aku dh terima Beauty Consultant Card Mary Kay since aku sign up as a Beauty Consultant bulan March hari tu. Dan aku pun dah beberapa kali mengadakan Skin Care Class PERCUMA for those yang interested ingin mencuba Mary Kay product. Aku mahu semua wanita kelihatan cantik dengan memiliki kulit yang sihat. Just for sharing. 



Aku juga telah menyertai kursus ESRS (Essential Step to Reach Success) selama dua hari di Mary Kay Office di Petaling Jaya. Banyak ilmu yang aku dapat selama dua hari menyertai ESRS ni. Lepas menyertai ESRS, rasa makin bersemangat nak berjaya dalam MARY KAY. 

Kepada anda yang inginkan facial percuma beserta make over jangan segan-segan untuk hubungi saya. Info tentang Botanical Set boleh klik sini

Good news untuk semua pengguna atau bakal pengguna skin care product Mary Kay! Bermula pada 15 June hingga 16 Julai Mary Kay mengadakan promo untuk setiap pembelian Botanical Set F1, F2 atau F3 akan mendapat Free Miniature Set F2. Kalau nak travel ke mana-mana korang tak perlu la bawak botanical set yang besar-besar tu kan. Bawak mini set je. :'D 


For those yang interested ingin membeli Skin Care product Mary Kay seperti Botanical Set, Timewise or Melacep, anda perlu memberitahu saya info tentang:

1. Umur anda

2. Jenis kulit (dry skin, normal skin, oily skin)

3. Produk skin care yang digunakan sebelum ini

Saya akan guide anda sebaik mungkin tentang cara penggunaan, teknik dan sebagainya kerana saya adalah Beauty Consultant Mary Kay. Lagi mudah kalau dapat berjumpa anda secara face to face. 

* Untuk barangan Make Up dan lain-lain hanya maklumkan nama produk sahaja ok. Do contact me anytime. Lemonade 0194194194

17 June - 19 June saya berada di Putrajaya. Kalau korang nak jumpa ke, nak buat facial percuma beserta make up atau nak beli secara by hand product Mary Kay n Catalyst boleh contact saya seperti biasa.


15 June 2011

Ada Dalam Tiada

Ya Allah lama betul tak update blog. 
Will update soon. :'D


03 June 2011

TIPS PERKAHWINAN ♥♥


WAHAI LELAKI, HORMATILAH ISTERI AWAK!


Assalamualaikum. 
Kali ni saya nak share lagi dengan korang even saya copy and paste je pun. Takpe la kan asalkan saya dapat sebarkan sedikit ilmu untuk korang. Jom baca!
Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.
Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat. Kenapa?
Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.
Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.
Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.
Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.
Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.
Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.
01.
Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.
Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.

Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
03.
Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.
Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.
Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam    maharaja.

06.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.

Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
07.
Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.

Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
09.
Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.
Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.
Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.
Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.
Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.
Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.

Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21.
Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22.
Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.Jangan buat apa yang isteri tak suka.

Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23.
Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.
Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.
Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.
Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.
Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.
Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.

Template by:

Free Blog Templates