26 April 2011

Sebuah Coretan

Malam ini aku mencoret lagi,
Dalam sebuah diari, 
tentang isi hati. 


21 April 2011

Thinking of You Parfum - Mary Kay


Saya update kat Lemonade Catayst tentang promo wangian Thinking of You MARY KAY. Murah dan mampu milik. RM150 je.

Ni la promo daripada MARY KAY on 16April-15May 2011 tu. Dapat free lipstick.



Tips Hari Ini:


Selepas memakai wangian, cuba elakkan untuk menggosok pergelangan tangan anda kerana geseran kadang-kadang boleh mengubah bau wangian. Sebaliknya semburkan sedikit dan biarkan ia kering sendiri.

p/s: Kepada customer yang dah order Vco Catalyst, saya dah post order anda semalam dan kelmarin. Dan kepada agent dan bakal-bakal agent saya, sila attach pada saya salinan ic anda untuk registration sebagai AGENT CATALYST.

Nak tanya apa-apa pasal Catalyst or Mary Kay boleh contact saya terus. 
Lemonade: 0194194194

19 April 2011

Skin Care Class Mary Kay

Morning!
Semangat bangun pagi sebab nak update blog. hihi Tipu je! Padahal sebab nak tadah air sebab jap lagi apartment aku ni ada gangguan bekalan air.Ok la, hari ni aku nak cerita pasal SKIN CARE CLASS MARY KAY yang pertama aku buat since aku jadi Beauty Consultant Mary Kay sebulan yang lepas. Skin Care Class ni FREE je ok. Korang tak payah susah-susah nak bayar. Aku cuma nak share kenapa produk Mary Kay ni bagus. So, u have to try it first.

Ahad lepas aku buat skin care class di Vista Angkasa. Seronok gila. Diorang pun happy sebab muka nampak cantik. Dan of course la ada perubahan pada tekstur kulit depa on that time. Tu yang depa sangat-sangat teruja tu! Btw, thanks pada korang sebab rasa happy dengan Mary Kay product. Mili, u'll be the hostess on the next class ok! 

Jom layannnnnnnnn...

 With Kak Zai. My independent sales director.


 Mili and me. Mili sangat teruja dengan Mary Kay. Mili had great experience with Mary Kay porduct.

Gambar ada lagi di FB. Malas nak upload banyak-banyak. And this is new me after 3 months using Virgin Coconut Oil (VCO) Catalyst n Collagen Catalyst. 


Kalau korang nak join skin care class percuma Mary Kay bagi area KL or Putrajaya juz tell me ok. Bukan senang nak dapat facial percuma ni. Kalau kau pergi buat facial tempat lain mesti kena bayar. Dengan aku, tak payah bayar pun. 


Dan juga pada korang-korang yang nak order Vco Catalyst atau lain-lain produk Catalyst boleh contact aku terus. Stok banyak lagi ni sebab baru amik semalam. Bcoz im Stockist Catalyst. Of course la kena simpan stok. hihi


Pada customer yang dah order Vco, hari ni saya pos. Tracking no akan diberi kemudian. Kalau ada lagi mana-mana customer yang nak order Vco Catalyst by post inform cepat before 11am hari ni. TQ!




Do contact me:
Lemonade  0194194194

15 April 2011

Kebaikan Vco Catalyst dan Collagen pada LEMONADE


Hye korang! Hari ni aku nak share kebaikan Vco Catalyst dan Collagen Catalyst yang telah aku amalkan selama tiga bulan. Aku mula amalkan Vco Catalyst sebulan sebelum aku kawen. Nak berseri di hari pernikahan la konon. kahkah! Bila aku rasakan Vco Catalyst ni mendatangkan perubahan pada aku dan hampir setiap hari pulak ada permintaan dari customer, aku ambil keputusan untuk terus jadi Stokist Catalyst sampai la ke hari ini. GadisMental sila baca testimonial aku ni. Kebaikan Vco Catalyst dan Collagen Catalyst yang aku nak ceritakan ni adalah kebaikan yang aku sendiri alami. Bukan orang lain punya testimonial ok!

1. Vco Catalyst membuatkan aku kurang rasa lapar! Yesss! Sumpah tak tipu! Memang ni salah satu fungsi Vco Catalyst. Sekarang ni nafsu makan aku boleh dikawal dengan baik. Biasanya waktu pagi aku cuma minum sekotak air susu dutch lady choc + sebiji epal hijau. Lepas tu tengah hari pergi sekolah. Lompat sana, lompat sini sebab aku cikgu PJ. Hari-hari ada PJ. Tak rasa lapar pun Kadang-kadang sampai ke malam aku x makan sebutir nasi or makanan berat yang lain. Cool je! Aku bukan nak diet pun  sebab badan aku memang dah maintain slim. HAHA berlagak gila! Paling gemok pun yang pernah naik sampai 49kg. Biasanya turun naik dalam ranking 45-49kg je. Tapi itu dulu. Sekarang even dah kawen pun berat aku maintain 45kg dengan ketinggian 159cm. Kalau ada anak nanti tak tahu la pulak kan. Kalau korang nak slim dan berseri di hari pernikahan, elokla amalkan Vco Catalyst ni. Barulah nampak comel sikit duk atas pelamin. Tapi kalau korang jenis yang pelahap even tak lapar pun kerja kau asyik nak mengunyah je susah la nyahh! Kau memang dalam kategori TAK BOLEH NAK SLIM la nampaknya. kihkih

2. Kalau kau mengikuti blog aku, mesti kau tahu yang aku ada mengalami masalah sendi sejak beberapa tahun lepas yang disyaki oleh doctor sebagai Rhumetoid Athritis factor. Tapi ada doctor lain cakap, masalah aku ni merupakan sakit sendi yang biasa dan boleh sembuh. Aku memang alami sakit-sakit sendi di bahagian bahu, jari-jemari, pergelangan tangan dan lutut. Apa yang aku perasan sejak aku amalkan Vco Catalyst ni rasa sakit pada sendi-sendi terutama pada jari, lengan dan pergelangan tangan dah hilang. Cuma pada lutut je masih rasa lagi. Itu pun kadang-kadang je. Alhamdulillah... keberkesanan Vco Catalyst dapat mengatasi masalah sakit sendi aku selama ni.

3. Period yang tak normal. Tapi itu dulu. Sekarang sejak 3 bulan ni period aku dah normal ok. Aku tak kisah kalau kaum lelaki nak baca testi aku ni. Sebab kau pun ada mak, ada adik-beradik perempuan, ada isteri atau bakal isteri dan mungkin ada anak perempuan. Jadi kau pun boleh tahu masalah perempuan. Sebenarnya period aku bukanlah tak normal yang tahap kritikal macam sesetengah orang yang sampai 6 bulan tak datang period atau lain-lain. Cuma masalah aku ni kadang-kadang dalam sebulan tu dua kali aku period, kadang-kadang dalam sebulan tu kejap je datang, kadang-kadang lama, dan pernah jugak dalam sebulan tu tak period pun. Tapi alhamdulillah, sejak 3 bulan lepas aku amalkan Vco Catalyst ni period aku datang dengan normal. Dalam hari ke 8 or 9 aku dah boleh solat dah. 

4. Kulit muka jadi lembut gila dan tegang. HAHA! Yang ni pun aku tak tipu. Tapi tak tahu la kot aku perasaan sendiri kan. Kalau tak pecaya kau boleh try sendiri. Kulit muka aku jadi tak kering sangat dan tak oily sangat. Normal je. Tak la macam sesetengah orang yang sampai berkilat-kilat tu. 

Ok, sekian saja testimonial aku setakat ni. Dan hingga kini aku masih lagi mengamalkan Vco Catalyst dan Collagen Catalyst. Takut cepat tua! HAHA Disamping suppliment yang bagus, skin care pun kena yang bagus jugak la. Of course la aku pengguna MARY KAY! 


Nak tanya apa-apa lagi boleh contact:
Lemonade 0194194194

14 April 2011

Kamu Kini Milik Orang

Semalam baru aku tahu yang kamu dah berkahwin bulan Mac yang lepas. Lepas sebulan majlis aku, majlis kamu pulak menyusul. Congrats untuk kamu. Aku tak tahu sama ada kalian pernah terserempak dengan blog aku atau tak. Tapi kalau pernah, memang ucapan tahniah ni aku tujukan buat kalian. Aku pun dah tengok video semasa majlis kamu berlangsung dalam youtube. Bukan aku sengaja meng'google' tapi memang terjumpa.

Apa pun, semoga kalian bahagia dengan hidup baru. 


p/s: Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, aku pernah buat sesuatu yang bodoh! 

12 April 2011

Kamus Besta MD856 Idaman Hati

 
Kelmarin lepas tamat latihan rumah sukan, lepak dengan Nadiah kat Mid sebelum masuk sekolah. Nadiah belanja Domino's  Pizza menu yang baru tu. Apa tah nama dia. Lupa dah. Sedap gila sebab banyak udang. HAHA 

Lepas tu merewang-rewang sambil bersembang. Tiba-tiba terjumpa booth BESTA. Alah aku tahu korang pun dah selalu ke Mid tu. Dah selalu nampak booth Besta ni kat merata-rata. Tak kurang juga mungkin korang dah ada kamus besta ni. Tapi ni aku nk cerita yang aku sekarang tengah plan nak beli Kamus Besta MD856. Latest model ni haaa. Tapi tak sempat nak sembang dengan dealer tu. Aku cuma sempat sambar brosur dia je. Dulu-dulu pun memang nak sangat ada kamus besta tapi selalu tak kesampaian sebab asyik sengkek, sengkek dan sengkek. Sekarang pun sengkek jugak tapi kalau asyik nak fikir tak ada duit, tak mampu nak beli benda yang berfaedah sampai bila pun takkan dapat. Betul tak? Beli Mary Kay sampai beribu boleh pulak kan? HAHA

Tapi kan ni buat aku bengkek gila. Brosur dah cantik-cantik patutnya state la price sekali. Ini tak. Suka buat kerja tak sistematik macam ni. Dah menyusahkan aku nak kena email customer care semata-mata nak tanya harga je pun. Dush! 

Dan akhirnya pertanyaan berbalas. Harga Kamus Besta MD856 latest model ni RM1298. Gulpp! Errkkkkk Mahalnya laa. Kena tunggu lagi 12 bulan gaji kot baru boleh beli. Sedihnya la bertangguh lagi :(

Mesti korang pun nak tahu apa yang best sangat dengan kamus besta idaman aku ni kan? Meh baca apa yang terkandung dalam Kamus besta MD856!

- Kamus Oxford Fajar Advanced Learner’s: Inggeris-Inggeris-Melayu
- Kamus Perdana: Melayu –Inggeris
- Kamus Arab-Melayu/ Melayu-Arab
- Kamus Dewan Edisi Keempat: Melayu-Melayu
- Kamus Inggeris-Melayu Dewan: Inggeris-Melayu
- Kamus Utusan Melayu-Melayu
- Ensiklopedia Britannica
- Kamus Animasi
- Kamus Sains & Matematik
- Kamus 14 Bahasa
- Kamus Cina-Melayu-Inggeris/ Melayu-Cina-Inggeris
- Kamus Bergambar
- Kamus Slanga
- Kamus ICT
- Glosari Undang-undang
- Glosari Perubatan
- LCD Berwarna/ Skrin Sentuh/ MP3/ MP4/ E-Book/ Permainan Minda/ Fungsi Muat Turun/ Fungsi SD Kad Slot
- Live Voice & Pronunciation Comparison

Percuma: MSD91- Kad belajar Bahasa Arab [Nota Bahasa Arab, Asas Bahasa Arab, Keindahan Islam (Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris), MISC dan Pembelajaran (bernilai RM398)

Ni aku copy paste apa yang dia email aku tadi. Best kan function dia? Siap ada gambar bewarna lagi. Boleh belajar bahasa cina sekali. Bila la nak dapat ni.....

11 April 2011

Hang out - Hana Tajima Simpson

Hye korang!

Semalam hang out dengan BFF. Pergi lunch kat Nasi Lemak Tanglin Bangsar. Alah depan Bangsar Village tu je. Haih. Ayat berlagak macam dh expert sangat dengan area KL ni. 

Setiap kali pergi area Bangsar Village mesti aku rasa macam nak bako je bangunan biar boleh buat car park. Tak pernahnya tak full. Benci gila. Makanya, kena cari parking kat  dalam Bangsar Village kalau tak nak kerete kena bako. Heh, tak de kaitan.

Ah, malas nak merepek membuang masa di sini. Apa yang penting aku nak bagitau yang semalam aku jumpa Hana Tajima Simpson. Korang kenal tak? Alahhhh, fashion designer mix Japan n British tuu. Walaupun dia mix tapi dia muslim. Pengasas Maysaa London tu beliaulah. Impossible la kalau korang tak kenal dia. Tapi aku bukanlah jumpa lalu bertegur sapa. Kebetulan je jumpa masa di Bangsar Village. Senyum je la. kihkih 

Ha, kalau korang tak pernah tengok, ni la HANA TAJIMA SIMPSON. 




p/s: Putus asa.

09 April 2011

Apa Ada Pada Nama.

Tadi, saya buat ni kat FB.


Hmm, betul la tu kot. Awak ada buat?
Try la buat sekadar suka-suka sebab saya bosan. Takde kawan kat sini. wuuuu


* Kepada customer saya yang dh buat payment Vco, saya akan pos pada hari Isnin 11 April 2011. Yang nak amik Vco or Collagen by hand bagi area Bangsar, Pantai Dalam, or mana-mana tempat area KL or Putrajaya confirmkan time cepat-cepat k. 

Yang Benar,
Cik Puan Lemonade Stokist Catalyst: 0194194194

08 April 2011

Penipu!


Kadang-kadang kita menipu supaya semua orang berasa senang.
Kadang-kadang kita berpura-pura supaya kita tidak disangka lemah.
Tapi kadang-kadang terasa bodohnya diri bila tiada yang mengerti.
Kerana dengan andaian,
Semua orang tahu apa yang tersirat disebalik hati.

Bcoz I'm Stokist Catalyst n Beauty Consultant Mary Kay

Link blog bizz saya: 

Untuk customer yang order VCO Softgel postage akan dibuat pada hari ini, esok dan Isnin.
Pasal VCO dan produk Catalyst yang lain serta Mary Kay saya akan update di blog baru selepas ni. http://lemonadecatalystandbizz.blogspot.com

Blog ni sebagai blog peribadi macam dulu-dulu lah. Tak best pulak bila campur adukkan personal blog dengan bisnes. Cewahhh! HAHA Tapi nak selit jugak kalau ada apa-apa yang best pasal produk kat sweetstoberi ni.

Template by:

Free Blog Templates