31 July 2011

A new life, a new beginning..

31 Julai 2011
Hari ni, hari terakhir aku berada di rumah pertama sejak berkhidmat di Kuala Lumpur. Semalam dah start masuk rumah baru. Basuh rumah, sental sana-sini buang habuk, angkut barang. Penat ok! So, hari ni akan pindah secara rasminya. Lagipun penyewa baru dah nak masuk bilik aku hari ni. Hosmet dua-dua pulak takde. Tak dapat nak bersalaman dengan dorang. :(

Esok 1 Ogos bersamaan 1 Ramadhan, aku akan mulakan hidup baru. Seperti yang aku pernah cakap dalam entry yang lepas, rumah baru, persekitaran baru, cara hidup baru dan 'hosmet' yang baru. Lepas ni aku tak dapat nak online seperti biasa. Tak tahu sampai bila sebab aku belum lagi register untuk Streamyx or Unifi untuk rumah baru nanti. 

So, kalau korang nak buat order Vco Catalyst ke Collagen ke Mary Kay ke contact me as usual ok 0194194194 sebab i tak dapat nk tengok shoutbox kat blog, tak dapat nak check email, tak dapat nak tengok FB dan segala yang berkaitan dengan dunia internet adalah terputus hubungan buat sementara waktu. 

Kepada Bloggers Bride Forever, jangan lupa inform me if korang nak buat gathering nanti ok. I tak dapat nak tengok apa yang korang discuss kat group BBF. Anything juz text me 0194194194. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk anda yang membaca blog aku. Semoga Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan terakhir untuk kita semua. Selalunya itulah yang aku harapkan bila menjelangnya 1 Ramadhan. Moga amalan kita diterima, urusan dipermudahkan, rezeki diperluaskan dan hidup dalam keredhaan. 

Sekian, jangan rindu-rindu. hihi perasan!

28 July 2011

Botanical Set Mary Kay RM50 only!!

Quick update.

Anyone yang nak cuba skincare Botanical Set F2 Mary Kat, i ada trial pack untuk anda. RM50 only!! Ada cleanser, freshener, mask, moisturizer n foundation. Do contact me as usual  0194194194. Limited stock. Siapa cepat dia dapat! I akan guide macam mana nak apply skin care menggunakan teknik yang betul.


26 July 2011

Kehidupan Selepas Berkahwin

Assalamualaikum.. hye korang!

Macam biasalah lambat sikit nak update. Ada saja kekangan. Now, aku dah join BBF kat FB. Best dapat jumpa bloggers bride yang pernah aku kenal sebelum my wedding dulu. 

Kepada yang mengenali dan tak tahu dan kepada yang ingin tahu, sebenarnya since aku kawen on February aku tak tinggal sebumbung dengan hubster sebab dia kerja kat Penang dan aku pulak kat KL. Aku tinggal kat KL ni dengan housemates yang bujang. So, aku pun turut sama merasakan diri ni macam single. hehe 

Aku dan hubster bukan selalu jumpa pun. Dalam sebulan tu ada la sekali dua je jumpa. Pernah sekali tu 3minggu tak jumpa. Dah la family jauh. Tercampak pulak hidup kat KL ni yang tak pernah terlintas langsung akan berkhidmat di sini. Hari-hari aku rasa sedih. Nak mengadu kat sape? Pada BFF dan Tuhan jela. 

But makin lama aku jadi makin kuat bila banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Tak perlulah aku ceritakan semua kot. 

Last two weeks, dapat tau yang hubster dapat transfer ke Bangi. Alhamdulillah. Lepas ni tak boleh meronggeng dengan BFF macam biasa lagi. Dan aku pulak akan tinggal dengan hubster di rumah sewa sendiri.

Seminggu aku mencari rumah sewa yang sesuai. Contact sana-sini. Merayau sana-sini. Sampaikan rumah staf UM pun aku redah. Alhamdulillah jumpa jugak. Allah ketemukan aku dengan pakcik yang budiman. Pakcik tulah yang bagi info ada rumah untuk disewa. 

Dan aku akan mulakan hidup baru sempena Ramadhan ni. Weekend ni insyaAllah akan mula masuk rumah baru. Persekitaran yang baru. Cara hidup yang baru. Dan aku agak happy sebab ada BFF aku yang menetap kat situ sekarang ni. 5 tahun setengah kami belajar sama-sama. Kelas yang sama. Pergi kuliah sama-sama. Housemate dan roomate masa di Ipoh dulu. Suka!   


p/s: Jemputla datang rumah saya nanti. hihi Dah ada rumah sendiri ni i akan concentrate dengan Mary Kay as a beauty consultant! huyeahhhhhh


14 July 2011

New LiFe.. :'D

Aku ada banyaaaaaakkkkk sangat benda nak cerita n share dengan korang tapi tak tahulah nak start dari mana. Dulu pernah cakap nak story pasal wedding lah apa lahhh. Tapi hampeh je kan aku ni. Now, dah semangat semula nak update blog laju-laju. Even taklah laju mana pun sebenarnya. kihkih



p/s: Aku baru tahu apa maksud 'xoxo'. haha

08 July 2011

i- City with Hubster

Weekend yang lepas tak plan pun nak pergi I-City. Bila dah sampai i-city tepat jam 12am alarm handphone berbunyi. Rupa-rupanya alarm tu berbunyi sebab nak bagitahu our 4th anniversary. tehee bukan wedding anniversary ya. Wedding tak sampai pun setahun lagi. Patut pun pelik, rasanya tak pernah pun set alarm pukul 12am.  

 Hubster yang suka makan!


Hubster said saya gedik. Tak kesah pon. :p

Hari ni nak balik Putrajaya after school till Sunday (10 Julai). Anyone yang nak amik Vco Catalyst, Collagen Catalyst and Mary Kay product by hand boleh contact saya macam biasa ok. Available di area Putrajaya dan Bandar Baru Bangi as usual. Lemonade: 0194194194

Template by:

Free Blog Templates