27 June 2011

Interview SPP


Doakan saya untuk hari esok! 


24 June 2011

Kian Hambar dan Kosong


Apa rasa anda jika 'hari-hari' yang anda lalui terasa semakin hambar dan kosong?




p/s: Sedih baca kisah hidup Jimmy Shanley. Ada isteri tapi macam tak ada. Lebih baik tak ada daripada ada. Susah nak cari lelaki atau suami setabah Jimmy Shanley.    

21 June 2011

Muslimah Couture Online Boutique!


Assalamualaikum.

Hari ni emosi dah stabil sikit. 


Ok kita teruskan dengan entry fashion pada kali ini even aku bukanlah fashionista! Pernah dengar tak Muslimah Couture Online Boutique. Kalau tak tahu, boleh klik SINI. Kat sini banyak fashion baju muslimah yang korang boleh intai-intai untuk pergi function ke dinner ke apa ke. Dan, kalau berkenan, boleh la beli. :'D

Meh aku nak sajikan sikit baju-baju yang ada di Muslimah Couture Online Boutique ni. 





Fatin Suhana pun pernah pakai baju dari butik Muslimah Couture. Jeng jeng jengggggg.. Ni sewaktu Majlis Persona Gadis Muslimah.  



Sekian, selamat malam dunia!


20 June 2011

B.U.N.T.U

Ke kiri ku buntu
Ke hutan ku hilang
Ke timur ku kosong
Aku terus bosan dan tertekan
Seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku
dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai

17 June 2011

Promo Botanical Set Mary Kay!

Assalamualaikum.

Hye korang! Bulan lepas kan aku dh terima Beauty Consultant Card Mary Kay since aku sign up as a Beauty Consultant bulan March hari tu. Dan aku pun dah beberapa kali mengadakan Skin Care Class PERCUMA for those yang interested ingin mencuba Mary Kay product. Aku mahu semua wanita kelihatan cantik dengan memiliki kulit yang sihat. Just for sharing. 



Aku juga telah menyertai kursus ESRS (Essential Step to Reach Success) selama dua hari di Mary Kay Office di Petaling Jaya. Banyak ilmu yang aku dapat selama dua hari menyertai ESRS ni. Lepas menyertai ESRS, rasa makin bersemangat nak berjaya dalam MARY KAY. 

Kepada anda yang inginkan facial percuma beserta make over jangan segan-segan untuk hubungi saya. Info tentang Botanical Set boleh klik sini

Good news untuk semua pengguna atau bakal pengguna skin care product Mary Kay! Bermula pada 15 June hingga 16 Julai Mary Kay mengadakan promo untuk setiap pembelian Botanical Set F1, F2 atau F3 akan mendapat Free Miniature Set F2. Kalau nak travel ke mana-mana korang tak perlu la bawak botanical set yang besar-besar tu kan. Bawak mini set je. :'D 


For those yang interested ingin membeli Skin Care product Mary Kay seperti Botanical Set, Timewise or Melacep, anda perlu memberitahu saya info tentang:

1. Umur anda

2. Jenis kulit (dry skin, normal skin, oily skin)

3. Produk skin care yang digunakan sebelum ini

Saya akan guide anda sebaik mungkin tentang cara penggunaan, teknik dan sebagainya kerana saya adalah Beauty Consultant Mary Kay. Lagi mudah kalau dapat berjumpa anda secara face to face. 

* Untuk barangan Make Up dan lain-lain hanya maklumkan nama produk sahaja ok. Do contact me anytime. Lemonade 0194194194

17 June - 19 June saya berada di Putrajaya. Kalau korang nak jumpa ke, nak buat facial percuma beserta make up atau nak beli secara by hand product Mary Kay n Catalyst boleh contact saya seperti biasa.


15 June 2011

Ada Dalam Tiada

Ya Allah lama betul tak update blog. 
Will update soon. :'D


03 June 2011

TIPS PERKAHWINAN ♥♥


WAHAI LELAKI, HORMATILAH ISTERI AWAK!


Assalamualaikum. 
Kali ni saya nak share lagi dengan korang even saya copy and paste je pun. Takpe la kan asalkan saya dapat sebarkan sedikit ilmu untuk korang. Jom baca!
Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.
Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat. Kenapa?
Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.
Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.
Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.
Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.
Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.
Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.
01.
Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.
Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.

Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
03.
Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.
Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.
Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam    maharaja.

06.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.

Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
07.
Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.

Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
09.
Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.
Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.
Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.
Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.
Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.
Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.

Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21.
Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22.
Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.Jangan buat apa yang isteri tak suka.

Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23.
Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.
Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.
Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.
Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.
Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.
Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.

Template by:

Free Blog Templates