20 June 2012

Mommy to be?

1230am
20 June 2012


The result is YES. So that, I think im pregnant. 


Ok bye! 

11 June 2012

Kain Cotton Corak Paisley

Hi. Calling all Paisley Lover out there. I brought to you high quality cotton Gred A from Vietnam. Tak perlu susah-susah lagi ke Vietnam untuk dapatkan Paisley design. First come first serve. SMS for order 0194194194


  


RM80 sehelai. Ada bidang 60 / 3.5 meter dan ada yang bidang 45 / 4 meter. Happy shopping with Lemonade! 


Cream: SOLD

Amalan Pemakanan Tambahan Lemonade


Ini adalah amalan pemakanan tambahan saya setiap pagi bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan diri.. Satu gelas Jus Minute Maid diminum bersama Catalyst Collagen. 3 capsules Vco Catalyst dan 1 sachet Collagene Plus.

Banyak khasiatnya untuk kita semua. Kenapa saya ambil sampai 2 sachet collagen per day? Sebabnya sekarang umur saya dah 26. Korang tahu tak penyusutan collagen berlaku dengan hebat bermula pada umur 25 tahun? Semakin usia meningkat penyusutan jumlah collagen akan menurun. Saya takut kulit cepat kedut dan nampak tua sebelum waktunya! Thats why la i amik 2 sachet per day. Hihihi

Kepada yang berminat untuk menjadi Ahli Catalyst, yang nak dapatkan Side Income dengan Catalyst atau nak tanya apa-apa tentang Catalyst, boleh SMS saya seperti biasa 0194194194 atau email sweetstoberi@gmail.com



10 June 2012

Punah

Dah pernah cakap. Dah seminggu. Bukan saja-saja nak ajak ke situ. Ada sebab. Dah cakap juga apa sebabnya. Masih tak boleh nak faham. Walau hakikatnya telinga tu mendengar. Oh, hidup saya bukan untuk difaham orang itu agaknya. 

Punah lagi. 

Good night people.


08 June 2012

Paisley Lover

Hi all. Moga masih mengenali saya sebagai Lemonade. Semangat menulis kini kembali. Dah lama tak berkongsi kisah hidup, suka duka di sini. Dulu, di sinilah tempat meluah segala rasa. Hihi Semua gara-gara kesibukan dengan beban tugas di sekolah dan business. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan betul-betul dapat menambahkan pendapatan disamping dapat mengekalkan kesihatan dan kecantikan diri. Cewah! 

Rasa macam banyaknya benda nak cerita. Jadi tak keruan bila jari mula memetik keyboard. Hihi Okaylah, kita cerita pasal minat terbaru saya sekarang. Im paisley lover. Saya dah ada beberapa helai square scarf paisley design yang dibeli secara online n paisley shirt. Secara tiba-tiba sukakan paisley design ni. Nampak macam HOT je. Sebab tu sekarang koleksi semakin bertambah. Agaknya la. :)


Jika dibandingkan muka pakai square scarf dengan tudung awning, nampak lagi muda bila pakai square scarf. ehehe Ni yang nak let go semua tudung awning ni. ahahaha! Anyone paisley lover macam saya kat sini? 


Im paisley lover,
Lemonade 9:20pm
8 June 2012

07 June 2012

Bibir Tersenyum Hati Menangis

Lebih kurang 3 minggu. Kesakitan itu kembali lagi. Ya Allah, beri aku kekuatan untuk menghadapi kesakitan ini. Mengingatkan kembali kejadian yang sama beberapa tahun dulu. Tiada yang dapat memahami rasa kesakitan ini.


Tahu, sesungguhnya penyakit adalah penghapus dosa. Ampuni aku Ya Allah. 

18 April 2012

Lelaki Berkacamata.

Assalamualaikum.

Dah lama sangat aku tinggalkan blog ni. Tapi aku tak pernah lupa untuk menjengah ke sini. Seperti biasa alasan aku ialah kekangan masa yang maha dasyat. Tapi FB memanjang boleh pulak kan? FB tu lain, simple. Tak macam blog, umpama diary. Bahan penulisan yang agak rumit supaya orang lain boleh faham apa yang kita nak sampaikan.

Aku nak tanya. Pernah tak korang mimpikan lelaki atau perempuan yang korang tak pernah kenal or jumpa di alam nyata tetapi muncul secara real dalam mimpi korang? 

Persoalannya, kenapa lelaki berkacamata tu muncul dalam mimpi aku malam tadi? Serious shit macam real uols. Kisahnya aku ni baru masuk U sebab nak sambung belajar (master la kot). Lelaki ni kira macam senior la. Aku dapat task untuk buat profile apa ntah then tetiba lelaki ni la yang pelawa aku hasil kerja dia. So, aku pun setuju je la nak amik hasil kerja dia tu. Lepas tu pada waktu yang dijanjikan aku pun tunggu la dia habis class sambil aku intai-intai dia di celah-celah pintu. kihkih.


Beberapa minit kemudian, dia pun keluar daripada classss..

Lelaki berkacamata: "Dah lama ke awak tunggu..?" 

Aku: "Err takdelah, baru je"

Lelaki berkacamata: "Sori lambat, saya edit sikit tadi" sambil dia tunjukkan gambar profile tu. (gambar apa pun aku dah tak ingat)

Aku: "Ooo takpe, thanks. Saya lapar la, nak pergi kantin jap, jom la pergi makan" (tetibe rasa macam kat sekolah la pulak kan)

Lelaki berkacamata: "Okay"

Aku: "Awak kenapa?" (aku tanya sebab dalam mimpi tu tetiba lelaki berkacamata tu macam merajuk) kihkih

Lepas tu aku terus terjaga. Dengan harapan malam ni ada sambungan kisah dengan lelaki berkacamata tu lagi. Agaknya la kan, lelaki berkacamata dalam mimpi aku tu memang wujud ke tak ek? Hmm..

Good night. 

17 February 2012

Pengedar Vitamin E Softgel Collagen (NOREFAL)

Assalamualaikum.

Since now saya dah jadi pengedar bagi Produk Vitamin E keluaran Norefal, so saya memerlukan agent atau pengedar untuk membantu saya menguruskan jualan. Anda pun boleh jadikan ini sebagai side income. Saya memerlukan pengedar di setiap negeri dan daerah. Ada beberapa orang yang sudah mendaftar sebagai agent saya. Alhamdulillah. Anda hanya perlu membeli sebotol Vitamin E untuk melayakkan anda menjadi agent saya. 

RM135 / bottle = 100 capsules

Vitamin E Softgel made from Swiss Switzerland. Produk ni juga mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijamin HALAL dan bahannya selamat untuk dipakai sebab bahan-bahan yang digunakan adalah dari bioteknologi research. Produk ini juga tidak memberi kesan-kesan negatif ke atas kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.



Jika korang rasa nak test dulu pun boleh. Belian minimum 20 capsule RM44 sahaja. Boleh COD or by pos. COD means  CASH ON DELIVERY. Maksudnya korang amik by hand daripada saya. Tak perlu bayar postage cos. Ramai yang bertanya pada saya sebab kurang faham maksud COD. Is it clear..?? 

Saya berada di Kuala Lumpur. So, kalau nak COD boleh la ya tapi di tempat-tempat tertentu sahaja. Anda boleh COD di sekitar Sg. Besi, Bandar Sri Permaisuri, Bangsar, Desa Petaling, Bangi, Putrajaya, Serdang, Kajang dan kawasan-kawasan yang berhampiran.

Pembelian borong dialu-alukan. Beli sikit untuk test pun boleh. Agent are required. Text me 0194194194 :)



10 February 2012

Home Deco. Luv it.

Assalamualaikum.

Kali ni nak share pasal hobi baru aku. Korang baca title pun dah boleh agak kot. Hobi baru aku ialah men'deco' rumah awan nano. Kenapa awan nano..? Sebab aku duduk atas awan. Bangun pagi siap boleh pegang-pegang awan ikut tingkap. hahaha =) tipu je! 

Walaupun sekadar rumah sewa, tapi aku nak deco jugak rumah ni sebab aku suka something yang sedap mata memandang. Dah 6 bulan aku duduk kat rumah ni tapi baru tahun ni aku rasa nak mendeco mengikut citarasa sendiri. Tema rumah aku berkonsepkan moden + english style. Aku and husband suka kaler putih. So that, mostly banyak harta benda dalam umah ni adalah bewarna putih. Pink pun ada coz itu juga my fav color. Aku tak beli semua barang sekaligus. Beli siki-sikit n survey dulu apa yang menarik. Satu lagi harga pun kena amik kira. Kadang-kadang kau akan dapat harga yang jauh lebih murah daripada kau beli barang kat tempat-tempat exclusive sedangkan kualitinya adalah sama. Aku banyak beli barang-barang rumah di IKEA tapi ada juga yang aku beli di tempat-tempat lain. Ok stop dulu.

Jom kita tengok apa yang aku dah deco setakat ni. 




Ada jam dinding RM8 je aku beli di Rose Garden. Frame RM50. Finally aku jumpa frame ni dengan harga yang murah. Dari tahun lepas aku survey frame macam ni. At last, jumpa jugak. Suka!! Next, ada tempat letak kunci RM15. Yang ni tak patut ada kat sudut makan tapi suka hati aku la kan? haha Meja makan beli di IKEA RM300. Alas meja makan RM70. Ada sulam-sulam timbul yang sangat cantik jahitannya dan kemas. Sebenarnya aku tiru macam yang mak aku beli alas meja ni untuk umah kat kampung. Hihi Tapi aku tak tahu mak aku beli kat mana dan alas meja dia lagi besar untuk 8 orang satu meja. 

Simple je kan rumah awan nano aku? =) Next time aku share pasal deco area lain pulak ok. Babai. 


p/s: Dalam perancangan nak beli rumah sendiri. Pasti akan deco lebih dasyat. ahahaha

03 February 2012

Promo Vco Catalyst, Collagen dan Mary Kay

Assalamualaikum.

Saya mengadakan promo lagi untuk kali ke berapa ntah, tak ingat pulak. hihi Promo price untuk Catalyst product sempena anniversary saya bermula pada 2 Februari sehingga 12 Februari 2012. Free postage untuk 4 item (kecuali agent). 

Boleh ambil secara by hand (Lembah Pantai, Putrajaya, Desa Petaling, Sg. Besi, Bangi dan kawasan berhampiran) atau secara by pos. Do contact me 0194194194. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Vco dan Collagen dengan harga yang murah.

Vco Catalyst RM38
Collagen Catalyst RM58
Femme Vita RM42
Hair Treatment RM38
Hair Revitalizer RM38

Kepada semua agent Lemonade Bizz, sempena anniversary saya, bermula daripada 2 Februari 2012, pembelian anda akan direkodkan. Agent yang membuat order tertinggi sepanjang bulan ini akan menerima hadiah misteri daripada saya yang bernilai $$$. Kepada anda yang ingin menambah pendapatan untuk menjadi agent Catalyst bolehla menghubungi saya seperti nombor yang tertera. =)

Mana-mana customer Mary Kay yang membuat order sepanjang bulan Februari juga akan menerima free gift Mary Kay product daripada saya.

Cepat order sebelum tamat tempoh promo. Text me 0194194194 @ sweetstoberi@gmail.com


14 January 2012

Pengedar Vitamin E Softgel Collagen

Assalamualaikum & Hi.

Alhamdulillah, dah dua minggu kita berada di tahun 2012. Saya semakin dibebani dengan tugas sebagai pendidik. Tapi saya tak kisah sebab itu adalah amanah dan tanggungjawab. Hadapi dengan senyuman supaya semuanya baik-baik saja. 

Selain tugas rasmi, saya masih lagi dengan tugas sampingan sebagai online seller. Catalyst, Mary Kay, Hanger Klip Tudung, dan yang terbaru saya kini merupakan pengedar Vitamin E Softgel Collagen. Saya mengambil keputusan  menjadi dealer untuk produk baru Vitamin E Soft Gel Collagen setelah membaca pelbagai positive feedback yang diterima daripada pengguna. 

Vitamin E-Softgel Collagen 20 capsules RM44
Pic credit to: zatul nani

Jom baca apa fungsi Vitamin E Softgel Collagen:

Glows your skin & Immediately smoothes skin, to keep your skin smooth supple, regains skin firmness, regenerates dermal tissues, reduce fine, wrinkles & scars recovery. Dengan erti kata lain produk ni akan repair skin yang sudah rosak, sesuai untuk liang roma terbuka lebih kepada menegangkan dan melicinkan kulit.

Vitamin E Softgel made from Swiss Switzerland. Produk ni juga mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijamin HALAL dan bahannya selamat untuk dipakai sebab bahan-bahan yang digunakan adalah dari bioteknologi research. Produk ini juga tidak memberi kesan-kesan negatif ke atas kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.

For those yang berminat untuk mencuba Vitamin E Softgel Collagen, boleh hubungi saya 0194194194. Boleh ambil secara by hand atau by pos. 


Belian secara borong digalakkan. Anda yang berminat untuk menjadi agent sila hubungi saya ya. Saya mencari agent vitamin e di seluruh negeri dan daerah.





10 January 2012

Promo Vco Catalyst CNY 2012

Assalamualaikum & Hi.


Berita baik kepada semua customer, pengguna dan anda yang ingin mencuba produk Catalyst especially Vco untuk mendapatkan dengan harga yang murah. Promo akan bermula pada 10 Januari sehingga 25 Januari 2012. 


Promo Catalyst Lemonade Catalyst:

1. EMERALD: 2 box Vco Softgel rm39.90 each + 1 collagen RM59.90 only RM140 including postage.

2. DIAMOND: 3 box Vco Softgel RM39.90 each only RM 120 including postage.

3. RUBY: 1 Hair Treatment + 1 Hair Revitalizer + 1 vco softgel only RM120 including postage.

4. SAPPHIRE: 2 Femme Vita + 1 vco softgel only RM130 including postage.

Do contact me: 0194194194


08 January 2012

Hanger Klip Tudung Murah


Hi all.

Hanger klip tudung 3rd batch now ready in stock. RM13 for 10 pcs. Promo price dilanjutkan sehingga CNY memandangkan permintaan yang menggalakkan daripada beloved cutomers. First come first serve. Cash on delivery (COD) boleh, by pos pun boleh. 

Contact me: 0194194194 / sweetstoberi@gmail.com

03 January 2012

Shopping di Johor Premium Outlets

Happy Tuesday peeps. 

Last week aku pergi Johor Premium Outlets atau ringkasnya JPO. JPO terletak di Indahpura, Kulaijaya. Kebetulan hubster ajak ke JB. Dalam kepala ada JPO, JPO, JPO je time tu. Awal-awal lagi dah memujuk hubster ajak ke JPO. Dia mesti bagi green light punya kalau ajak ke tempat shopping. Sebab tu i syg u lebih. wakaka! 

First impression aku nak cakap yang JPO sangat-sangat best sebab banyak branded outlets yang menawarkan item dengan harga yang murah gila. U know why? Sebab JPO punya konsep memang jual off season branded items untuk stock clearance. Tapi aku tak kisah, yang penting cantik, branded n original. Tapi ada jugak certain outlet yang jual latest items dengan harga yang sedikit murah dari boutique. So, jadilah pengguna yang bijak. Belilah di JPO yang menawarkan harga yang memang berbaloi-baloi untuk penuhi kehendak korang. 


Masa mula-mula sampai tu kan aku dah over excited sebab tengok ramai gila orang especially Singaporean kat situ. Car park memang padat dan sesak. Orang kata konsep dan reka bentuk bangunan JPO sama je dengan premium outlets di US n Japan. Aku tak sure sebab aku sendiri tak pernah ke sana. So far, masih banyak outlet yang belum dibuka. Baru ada lebih kurang 80 outlets yang fully operational. Tahun 2012 akan ada lebih banyak outlet untuk menjamu mata korang.  

Hasil tangkapan aku ketika di JPO hanyalah Fossil wallet yang harganya hanya RM100 daripada harga asal RM169. Menggigil ok nak pilih wallet sebab tengok harga menjunam macam tu. HAHAHA! 

front side

back side

Cantik tak wallet i? kihkih jangan jealousssss. RM100 je ok. Kalau nak yang lagi cun daripada ni silalah beli yang latest design dengan harga yang mahal di Pavi or KLCC. 

Akibat terlalu sesak dengan orang ramai, aku decide untuk pulang ke KL dengan kadar segera sebab kepala dah pening. Aku ni darah rendah, cepat pening kalau tengok orang ramai-ramai macam tu. Mulalah tekak loya, nak pitam la apa la. So, tak sempat nak tawaf ke semua outlets. Suku je kot. Dapat fossil wallet pun dah kira ok daripada tak beli apa-apa. Kira ada la jugak kenangan membeli-belah di JPO. Lagipun aku memang aim dah lama nak beli fossil wallet. Apa lagi dah jumpa yang murah, grab jela dulu as a gift untuk diri sendiri. 




I'll be there once again. Nak tawaf semua outlet one day. Kalau pergi dengan BFF lagi best ni. I miss my hosmets meklin, ayu, makcik n moksyok damn much!

Happy shopping at JPO. Bye!

02 January 2012

Tahun Kedukaan 2011

Assalamualaikum.

Entry pertama di tahun baru 2012. Selamat tinggal tahun kedukaan, tercatat di diari, tersemat di hati sampai mati. Itu adalah status penutup tirai 2011 di FB aku. 12 bulan yang berlalu lebih banyak meninggalkan duka dalam hidup aku. Permulaan hidup sebagai isteri, permulaan merencana hidup sendiri, permulaan dalam berbisnes, permulaan mengenali Tudung Fareeda. hah! Banyak permulaan yang berlaku di tahun 2011. Tapi itu tahun malang aku. 

Ni aku curi kat google.

Selamat Hari Lahir untuk diri aku sendiri. Semalam hari lahir aku, 1 Januari. Tak ada apa yang istimewa pun untuk pembukaan hidup aku di tahun 2012 ni. Tak ada hadiah, tak ada kek, tak ada cupcake. Tak ada apa-apa pun macam yang korang selalu dapat bila korang meraikan hari-hari penting dalam hidup korang. Yang ada cuma doa dari aku untuk diri aku sendiri. Sebab tu aku selalu reward untuk diri sendiri untuk mengembirakan hati. Banyak yang aku harapkan di tahun 2012 ni. Semoga Allah memberi kelapangan untuk setiap apa yang aku lakukan. 

Selamat Tahun Baru readers! 


Template by:

Free Blog Templates