10 March 2013

STATUS BARU

Assalamualaikum..

Rindunya nak kembali menulis macam dulu. Aku sekarang sedang berpantang hari yang ke-32, tiba-tiba rasa nak menulis kembali. Aku takkan tinggalkan blog ni macam tu je kerana di sinilah bermulanya erti kehidupan.. diari hidup, luahan, perkongsian dan impian. Oh ya, sebut pasal berpantang, untuk pengetahuan korang aku kini dah bergelar seorang ibu.. Alhamdulillah.. 7 Februari 2013 aku telah melahirkan seorang khalifah yang comel, Muhammad Iqbal Harraz.. Aku akan gunakan masa cuti yang ada untuk mengabadikan kenangan di sini. Siapa tahu, umur aku tak panjang.. nanti bila anak aku dah besar, dia boleh baca kisah hidup aku. Banyak yang aku nak coretkan, tapi tak pasti nak mulakan dari mana. Ada cadangan?

Template by:

Free Blog Templates