Showing posts with label Wedding preparation. Show all posts
Showing posts with label Wedding preparation. Show all posts

23 January 2011

Lantern Pink and Turquoise

Aku dah beli lantern with affordable price. Beli on9 lagi murah daripada beli di Living Cabin. Banyak size pulak tu. Tapi aku beli yang size 14" which is kedua terbesar. Maksud aku dia punya diameter. RM8.50 je seketul. Kalau di Living Cabin RM14.90 kalau tak silap.

Aku beli lima ketul je. Tiga pink colour dua lagi turquoise. Ikut tema waktu nikah dan bersandinglah kan.



Macam ni la lantern yang aku beli tu. Tak sure lagi nak gantung kat mana. 

09 January 2011

Kerusi Pengantin

Huwaaaaaaa!!! Aku confius sangat-sangat ni pasal kerusi bersanding nanti. Memanglah aku suka dengan kerusi Mawi. Kalau ikut trend sekarang kebanyakan pengantin guna kerusi yang gedabak ni. Tapi masalahnya bila dah kerusi tu terpacak atas pelamin, macam terlindung la pulak yang kat belakang tu sebab dia besar sangat. Kalau duduk memanglah selesa, tenggelam tido ternganga terus aku rasa. haha! 

Kerusi Mawi

Kak Gie bagi dua pilihan sama ada nak guna kerusi Mawi atau kerusi pengantin yang biasa-biasa ni. Ish. Tak reti betullah camni. Aku suka kerusi Mawi tu sebab nampak trendy, emak pulak suka kerusi pengantin yang klasik ni. Hadoi. hadoi.  


Mana satuuuuu ku jadi keliru, aku makin keliruuuuuu..Tetiba rasa nak nyanyi lagu nurul. Kahkahkah! 
Kerusi bersanding untuk bertandang aku tak kisah pun sebab u-shape. Takkan dua-dua pelamin nak guna kerusi Mawi kan. Biarlah lain-lain sikit. Tak de la sama je dalam gambar nanti.

* credit to google untuk gambar-gambar di atas.

03 December 2010

Reveal Pelamin Nikah & Sanding...

Assalamualaikum..

Hari ni nak reveal pelamin wedding i nanti. hihi Semalam menghabiskan masa berjam-jam lamanya berbincang dengan wedding planner. ewahhhh 

Pelamin aku nanti simple je kot. Aku tak suka pelamin yang terlalu banyak hiasan yang mengarut. Cukup ada bunga-bunga yang disusun kemas. Zaman sekarang gubahan bunga pada pelamin kebanyakannya berbentuk bulat-bulat. Aku suka begitu berbanding bunga yang digubah berbentuk tiga segi. Bulat-bulat yang aku maksudkan bukan pomander flower ball, tapi yang dalam pasu bunga tepi or depan pelamin tu.

Pelamin aku nanti lebih kurang macam ni. 3 boxes. Tapi dua cerut yang kiri dan kanan belakang tu diganti dengan kerawang putih. Yang tengah-tengah cerut biasa macam di atas. Dan bunga of course la mengikut tema pink kan.

Ni contoh pelamin 3 boxes macam yang aku nak. Lebih simple dan kemas tanpa kehadiran bunga-bunga telur di sekeliling pelamin berbanding gambar di atas.

Yang ni pun simple kan. Tapi tak suka kerusi dia. I suka kerusi Mawi yang tinggi tu. Tapi tak suka yang terlalu besar sangat. Suka yang sedang-sedang saja. hihi Latern tu cantik. Kalau sempat ke ECM hari tu memang dah rembat lantern banyak-banyak kat sana.

Ok, ini pulak i reveal pelamin nikah. Lebih kurang macam ni la nanti. Tapi bukan warna pink or merah. Warna putih dan turquoise kalau tak silap aku. Yang ni pun aku nak yang simple je tapi cantik bagi aku. hihihi

Lebih kurang macam ni la pelamin nikah aku nanti. Ada kain di belakang, ada pomander flower ball beberapa biji dan gubahan bunga bulat di tepi. Tak suka bunga tiga segi begini. kikiki

Dan emak nak ada bantal golek yang dua biji begini selain daripada tempat alas duduk petak tu. Ok, tak kisah.. duit emak kan. Aku ikut je..

Dan rasanya perlu ada penambahan hiasan bunga panjang di atas kain seperti ini. Nanti kena discuss dengan wedding planner kali kedua. 

Simple kan pelamin nikah dan pelamin sanding aku? Ok la tu, daripada tak de pelamin kan. Sebarang perubahan tertakluk kepada aku sendiri. hihi Oh ya, pelamin bertandang pun simple tapi aku suka sebab tak serabut. Harap-harap hasil kedua-dua pelamin nanti memuaskan hati aku yang cerewet ni. Sampai emak pun pening kepala dengan aku. hihi

Sekian.

26 November 2010

Wedding Theme Color


Assalamualaikum. 

Sekian lama tak mencatat apa-apa di sini. Streamyx baru masuk, so tak de masalah nk update blog hari-hari. hihi Itu pun, kalau ada idea untuk menulis. Ok, hari ni nak beritahu korang tarikh wedding yang InsyaAllah dengan izin akan berlangsung pada: 

2 Februari 2011(solemnization)
3 Februari 2011 (Reception)
4 Februari 2011 (Bertandang)

Save the date guys!! hihi

 
Theme for Solemnization : Turquoise (2 February 2011)


Reception : Pink + Cream (3 Februari 2011)




Majlis Bertandang (4 Februari 2011)



Sekian saja untuk hari ni. Hari ni dah start dengan D.I.Y project yang pertama. Busy. Busy. hoho!

07 August 2010

PINK Wedding Diary n ME!

My wedding diary.. =)

Assalamualaikum n hye all.

Hari ni aku nak cerita pasal sebuah diary. Diary pink yang korang tengok ni adalah pemberian seorang sahabat sewaktu hari lahir aku yang ke 22 tahun. Dia tahu aku suka Pink, sebab tu dia kasi diary kaler pink. hihi Sekarang dah dua tahun berlalu, tapi diary ni masih elok dalam jagaan. Kalau dapat kat anak buah aku ni haruslah suka sangat diorang! Menconteng tak hengat kot. Kalau dapat kat Yaya pulak mesti penuh dengan karangan. haih. Boleh jadi penulislah kakak nanti. Baru year 2 dah pandai mengarang macam-macam.

Setelah difikir-fikir selama dua tahun lamanya cara untuk memanfaatkan diary ni, maka aku mendapat satu idea untuk menggunakan diary ni sebagai wedding diary aku. Aku akan mula mencatat segala yang berkaitan wedding preparation, bajet dan lain-lain dalam diary pink ni bermula pada 1 Ramadhan 1431H. Bila mencatat dalam personal diary mungkin lebih detail berbanding menulis di blog yang satu dunia pun boleh baca apa yang aku tulis.


Kenapa 1 Ramadhan? Jawapannya.. saja-saja je..haha Mungkin ini Ramadhan yang terakhir sebelum aku menjadi milik orang. Cewwaahhhh!! hahaha sila sedia baldi untuk muntah.



* aku kat perodua service masa menaip entry ni. haish. macam-macam hal kembara ni.


17 July 2010

Intro Wedding Preparation ♥ ♥ ♥

Assalamualaikummmmm...... Ada orang tak? hihi

Rindu nak mencoret, membebel, meluah rasa hati kat blog sendiri. Busy tak terkata sejak terjebak dengan Internship. First batch IPG lah katakan. Lebih kurang macam bahan eksperimen juga lah kot aku dan kami-kami ni. Nak tengok apa hasilnya. Andai ada kurangnya program ni, boleh dibuat penambahbaikan. Kalau terbaik, tak perlu buat dah. hahaha suka-suka aku je kan.

Ok. Nak beritahu cerita kontroversi sikit. Jeng jeng jenggggg~!!!

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

Aku nak kawen...!!! ngahahahaha. Tapi belum set date lagi.. yang pasti tahun depan, dengan izin. Weh korang, terharu kejap ni ha bila ada blogger yang tak dikenali hantar email kat aku sebab nak mintak berkongsi kisah-kisah wedding preparation. Credit to Sis Amelyn!

Lepas ni mungkin blog aku banyak berkisar hal-hal wedding preparation kot. Biarpun aku tak tahu bila aku nak kawen, dengan siapa aku akan kawen (buat masa ni dengan Mr. Lemonade lah), sempat ke tak aku kawen (kot la ajal menjemput dulu)... apa yang penting, aku mesti mencoret sebab tak semua memori akan lekat dalam kepala otak. *wink*

Ada beberapa entry aku sebelum ni tentang tips perkahwinan. Itu pun kalau kau ada baca lah. Bakal-bakal bride and groom yang belum sempat baca, korang mesti baca entry tu. Nanti aku letak link tu kat tepi-tepi blog hitam aku ni.

Akibat ke'busy'an mak aku yang tak menentu, maka di hari kawan-kawan aku berlepas ke Bandung meninggalkan aku terkontang-kanting di Putrajaya, aku n mak telah menggagahkan diri membeli-belah membeli barang-barang kahwin di Nilai. Tapi mak bayar. hoho! Ada satu kedai tu kalau tak silap ZC nama dia. Kat sini aku banyak beli barang sebab barang-barang kat sini sangat cantik menarik tertarik macam di SSF. Kedai dia pun besarrrrrr.... tak macam kebanyakan kedai lain kat situ. Maka, aku dan mak berlama-lamaan lah di kedai tersebut dan hampir meroyan sebab banyak benda yang cantik-cantik. Untuk mendapat harga bagi certain barang yang jauh lebih murah melalui member price, maka on the spot aku buat member card kat situ *Sila pergi~

Kesudahannya, penuh la but Exora ayah aku. hihihi Aku rasa dalam 30% barang-barang dah beli kot. Ada orang-orang yang sengal cakap 'cepatnya beli barang kawen, kawen pun tak tahu bila' Heh! suka hati aku n mak aku la nak beli cepat ke lambat ke. Tak menyusahkan kau pun. Mak aku tu busy memanjang. Bila dia free kejap-kejap ni la dia nak kena cari barang, nak kena fikir, nak kena cari idea, nak kena itu nak kena ini segala benda dalam satu masa. Bila benda dah ada, senang. Anytime dia rasa nak buat, dia buatlah (maksud aku hantaran, majlis or anything lah)

Dah. Malas nak membebel panjang lebar nanti bertambah panjang pulak sampai aku tak tido malam pulak nak menaip entry ni. Lain kali kita cerita tentang tema dan lain-lain pulak ye.



p/s: Mak kata nak beli set bilik tidur color PUTIH. hoho! I like~


16 June 2009

IkaN CacaT...??

Dear diary,

15 Jun 2009 (Isnin)…tarikh yg harus diingati oleh saye smpai bile2. Kerana ape..?? kerana pd tarikh e2 buat pertama kalinya sepanjang hdp saya, saya telah menyiang ikan dan memasak ikan bakar. I repeat. MENYIANG IKAN & MEMASAK IKAN BAKAR!! iNi smua gara-gara ketiadaan Kak Ana di rumah kerana beliau telah dipos ke umah Kak Ngah untuk menjaga Kimi N Syasya sementara Kak Ngah berkursus dalam 3 hari ni. Oleh yg demikian, saya terpakse take part kerja-kerja umah dan dibantu oleh assistant saya yang kuat tido e2..sape lagi kalo bukan adik saya, anis. Hee

Pagi tadi saya kena jemur baju yg sempat dibasuh oleh Kak Ana petang kelmarin. (perlu ke bgtau..?) saje nk tunjuk rajin... pdhal tolong sidai je pun..huh! Then, lepas mak blk ngajar sy DIPAKSA olehnya menyiang 2 ekor ikan tanpa dipantau sesiapa! Hanya ada assistant saya yg ngokngek e2 saje..hee

Hurm, saya main cincang saje ikan-ikan e2 sambil tangan berbalut plastic..eee, yuck!! Hampir hancur saya kerjakan dgn mulut yg rebeh n cacat anggota bdn sana sini. Bile dh bakar lagi la cacat. Kah3 Tengok la hasilnye tuu… mcm x pecaye kan si gadis berusia 23 tahun yg masak smpai jd camtu. Abes smua kulit tercabut. Hahaha Tapi inilah hakikatnye dan inilah hasilnya bila pertama kali saya menyiang dan memasak ikan bakar… *peace*


*** pssst… mak sy dh bising2 sekarang ni suh sy belajar masak! adoyaiii..

Template by:

Free Blog Templates