Showing posts with label Craving for this. Show all posts
Showing posts with label Craving for this. Show all posts

16 November 2011

Blackberry Torch 9810, Canon EOS 600D Kit II

Yeaaahhhhhhh!! Lagi tiga hari je nak kerja, hadap beban tugas, hadap perangai murid-murid lepas ni boleh rilex tenang-tenangkan fikiran di kampung halaman. Dalam masa yang sama, masih ada banyak benda yang aku fikirkan. Kita tak boleh lari dari berfikir. Tak tahulah korang macam mana kan. Tapi bagi aku, setiap hari aku akan berfikir, berfikir dan terus berfikir. Macam-macam yang aku fikirkan. Soal hidup, soal masa depan, soal kehendak. Kali ni aku nak cerita tentang kehendak aku yang tengah membuak-buak sekarang ni.

Inilah dia kehendak yang pertama. Blackberry Torch 9810. Aku teringin nak ada smartphone macam orang lain. Boleh online tiap masa. Tak perlu la nak bawak broadband dengan netbook yang gedabak ni ke hulu-hilir kan. Handphone aku yang paling mahal setakat ni bernilai RM500 lebih. Tu pun beli sebab mak bagi duit separuh. Kalau tak jangan harap aku nak beli. Masa tu kat maktab, tahun 2006 tak silap. Bagi aku, cukup la ada handphone yang boleh call in, call out, sms. Itu dah kira cukup complete bagi aku. Tapi itu dulu, sekarang ni bila rasa semuanya di hujung jari, aku rasa perlu ada handphone yang canggih sikit. Bukan apa, untuk memudahkan urusan seharian je. Bukan sebab nak menunjuk yang kau ada banyak duit dan boleh pakai handphone mahal-mahal. Sekarang ni aku pakai cokia dengan motoghola je. Dua-dua ni  handphone free. kihkih

p/s: Sebenarnya aku confius nak beli Blackberry Torch ni ataupun Galaxy Tab.

Kehendak kedua yang dah berzaman ni adalah DSLR. Dekat wishlist tepi sidebar tu belum tulis DONE means belum memiliki lah. Dulu gilakan Nikon D90, lepas tu Canon EOS 60D, sekarang gilakan Canon EOS 600D Kit II pulak. Dapat Canon EOS 600D Kit II pun dah kira ok even tak dapat Canon EOS 60D kan. For new DSLR users eloklah amik EOS 600D ni dulu. Canon EOS 60D tu untuk semi-professional DSLR users. Aku bukan nak jadi pro macam photog yang ada sekarang ni. Tapi mungkin satu hari nanti, akan jadi. Who knows? 


p/s: Kadang-kadang kita berusaha mencari salah sendiri, di mana silapnya kita. Tapi terus-terusan dipersalahkan bukan atas kesalahan sendiri. Fikirlah, di mana silapnya anda.
  

12 April 2011

Kamus Besta MD856 Idaman Hati

 
Kelmarin lepas tamat latihan rumah sukan, lepak dengan Nadiah kat Mid sebelum masuk sekolah. Nadiah belanja Domino's  Pizza menu yang baru tu. Apa tah nama dia. Lupa dah. Sedap gila sebab banyak udang. HAHA 

Lepas tu merewang-rewang sambil bersembang. Tiba-tiba terjumpa booth BESTA. Alah aku tahu korang pun dah selalu ke Mid tu. Dah selalu nampak booth Besta ni kat merata-rata. Tak kurang juga mungkin korang dah ada kamus besta ni. Tapi ni aku nk cerita yang aku sekarang tengah plan nak beli Kamus Besta MD856. Latest model ni haaa. Tapi tak sempat nak sembang dengan dealer tu. Aku cuma sempat sambar brosur dia je. Dulu-dulu pun memang nak sangat ada kamus besta tapi selalu tak kesampaian sebab asyik sengkek, sengkek dan sengkek. Sekarang pun sengkek jugak tapi kalau asyik nak fikir tak ada duit, tak mampu nak beli benda yang berfaedah sampai bila pun takkan dapat. Betul tak? Beli Mary Kay sampai beribu boleh pulak kan? HAHA

Tapi kan ni buat aku bengkek gila. Brosur dah cantik-cantik patutnya state la price sekali. Ini tak. Suka buat kerja tak sistematik macam ni. Dah menyusahkan aku nak kena email customer care semata-mata nak tanya harga je pun. Dush! 

Dan akhirnya pertanyaan berbalas. Harga Kamus Besta MD856 latest model ni RM1298. Gulpp! Errkkkkk Mahalnya laa. Kena tunggu lagi 12 bulan gaji kot baru boleh beli. Sedihnya la bertangguh lagi :(

Mesti korang pun nak tahu apa yang best sangat dengan kamus besta idaman aku ni kan? Meh baca apa yang terkandung dalam Kamus besta MD856!

- Kamus Oxford Fajar Advanced Learner’s: Inggeris-Inggeris-Melayu
- Kamus Perdana: Melayu –Inggeris
- Kamus Arab-Melayu/ Melayu-Arab
- Kamus Dewan Edisi Keempat: Melayu-Melayu
- Kamus Inggeris-Melayu Dewan: Inggeris-Melayu
- Kamus Utusan Melayu-Melayu
- Ensiklopedia Britannica
- Kamus Animasi
- Kamus Sains & Matematik
- Kamus 14 Bahasa
- Kamus Cina-Melayu-Inggeris/ Melayu-Cina-Inggeris
- Kamus Bergambar
- Kamus Slanga
- Kamus ICT
- Glosari Undang-undang
- Glosari Perubatan
- LCD Berwarna/ Skrin Sentuh/ MP3/ MP4/ E-Book/ Permainan Minda/ Fungsi Muat Turun/ Fungsi SD Kad Slot
- Live Voice & Pronunciation Comparison

Percuma: MSD91- Kad belajar Bahasa Arab [Nota Bahasa Arab, Asas Bahasa Arab, Keindahan Islam (Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris), MISC dan Pembelajaran (bernilai RM398)

Ni aku copy paste apa yang dia email aku tadi. Best kan function dia? Siap ada gambar bewarna lagi. Boleh belajar bahasa cina sekali. Bila la nak dapat ni.....

02 January 2011

BUSY BETUL BILA NAK KAWEN

Fuhhhhh!! Happy new year bloggers. Happy 25th birthday to me. Saya anak kelahiran tahun baru. ehem ehem. Busy menguruskan kehidupan dan persiapan kawen sampaikan blog pun terabai. Tapi masih ada yang sudi menjengah ke sini. hihi Kesian, intai-intai entry lama. Intai lagi, entry lama. Nah, entry baru sempena tahun baru.

Oleh kerana aku tak dapat sebarang hadiah sempena hari lahir kali ni, maka aku menghadiahkan diri aku sendiri dengan buku-buku ilmiah ni. Baru beli semalam je ni, kat book shop Putrajaya. 

The more you read, the more you get. Even aku tengah sengkek pun, aku tetap nak beli buku sebab aku suka membaca. Beli dan baca. Bukan beli semata-mata.

Ohh ya, aku belum posting sampai saat ni. Sepatutnya, esok aku dah  start mengajar tapi malangnya nasib tak menyebelahi aku dan rakan-rakan yang lain. Ntah sampai bila, aku pun tak pasti. Tapi bagus jugak lewat sikit, boleh fokus untuk wedding dulu.

Tahun baru, mesti nak ada benda baru. Dah ada duit sendiri nanti boleh la nak mengidam over-over pun kan. Dah bertahun kot wishlists ni. Kira ni macam hadiah untuk diri sendiri la. Nak harapkan orang lain bagi muntah hijau pun jangan mimpi la..


1. DSLR Canon 60D. Dengar khabar konvo bulan Mac. Tak sempat la nak bergambar secara menggila dengan DSLR. Lebih kurang 5k woi nak kena kumpul. Menangis lah kau nak gambar lawa :(

2. DSC-TX9/R - 12.2 Mega Pixel T Series 4x Optical Zoom Cyber-shot kaler PINK. Lebih kurang 1k lebih. Yang ni confirm dapat bulan 2. InsyaAllah. ngeee :)


3. MelaCEP Whitening Set Mary Kay. Benda ni dah lama aku mengidam nak pakai. Tapi aku cuma mampu pakai Eyeliner dengan Eye revilalizer Mary Kay je setakat ni. Dah kerja nanti aku nak beli jugakkkkkkk!! 


4. Pastu nak iPhone 5. Nak ipad. Nak ipod touch. Gila punya tamak haloba. Tak makan setahun boleh la dapat semua ni.


Itu je harta dunia yang aku nak sangat tapi susah nak dapat, jadi aku mengidam secara over nak mati sebab dah nak start kerja. haha!

10 December 2010

Impian Tak Kesampaian

Korang ada DSLR tak? Aku kan dah bertahun-tahun teringin nak ada gadget yang satu ni. Tapi still tak kesampaian lagi. Kalau korang perasan sebelum ni wishlist aku yang first kat tepi tu  kan DSLR Nikon D90.  Tapi setelah mengadakan sesi soal jawab dengan teman blogger, aku secara rasminya telah menukar wishlist yang dah berkarat tu dengan DSLR Canon EOS 60D. EOS 60D ni latest dari Canon. Ni la dia DSLR pengganti D90 yang bakal aku rembat bila dah berduit tahun depan.

Punya la bertahun aku mengidamkan Nikon D90 tu. Sampaikan sekarang ni dah tak de stock pun dalam pasaran. Sebab Nikon D90 sudah di'upgrade' kepada Nikon D7000 yang latest.    Function Canon lebih mudah daripada Nikon bagi orang yang tak berapa mahir macam aku ni. Kalau hantaran nanti dapat DSLR Canon EOS 60D ni kan best. (beranganlah kau)



** Entry D.I.Y second project bakal menyusul tak lama lagi.. hihi

20 July 2010

Nekad untuk Sony Cybershot P!nk dan Nikon D90


Sejak digi cam Olympus aku jahanam, aku nekad nak ada dua benda ni. Digital camera Sony Cybershot dan DSLR Nikon D90.




Tahun depan benda ni mesti akan jadi hak milik aku. Tak dapat dua-dua dapat satu antara dua ni pun tak apa.




*kemaruk nak beli camera

07 July 2010

Myvi Limited Edition. Sesuai untuk GADIS macam saya!

Dazzling Red tapi macam PINK kan?

Myvi SE wajah baru yang ditunggu-tunggu keluar bulan June tak muncul-mucul. Akhirnya, hari ni muncul Myvi Limited Edition color Dazzling Red atau senang cakap PINK lah kan? Atau kau ada nampak macam purple ke? Apa pun, aku suka kaler ni. Suka gila! Kalau duit cukup, sekarang jugak aku pergi Perodua. Cash n carry. Kalau ada ready stock lah. kahkah bajet macam nak beli dress je. Err, actually aku tak sure bila Myvi ni keluar. Mak aku kata hari ni sebab ada dalam paper. Aku belum baca paper hari ni lah. kehkeh

Bila aku tengok je ads Myvi Limited Edition ni kat FB, terus aku klik. Wah! Memang teruja sebab color dia memang sesuai untuk gadis-gadis yang gedik sikit-sikit macam aku. Gedik bertempat ok! (>.<) Lepas tu, dan-dan je mesej mak bagitahu ada Myvi Limited Edition color Pink baru keluar. Harus tak tido kalau dapat ni. hoho! i loike!


Tapi seat dia aku macam tak berapa berkenan sebab ada kaler merah campu-campur macam tu. Kalau buat leather seat kaler hitam macam Myvi SE kan lagi smart.


Korang suka tak Myvi Limited Edition Dazzling Red ni....??


08 March 2010

Aku TERINGIN nak guna MelaCep Whitening System Mary Kay .

Kosmetik..? Memang sinonim dengan kaum wanita, perempuan dan gadis macam aku. Kau perempuan kan? Mustahil kau tak nak cantik kot. Mana-mana perempuan yang tak nak cantik, tak perlu baca entry aku ni. hoh! ganas perempuan ni. hahaha.. Mana-mana lelaki yang ada teman istimewa macam Meniti Senja patut baca ni. Famous kau disebut-sebut kat blog aku. hoho! Tapi tak pe, kau ada girlfriend kan? Takkan kau tak nak girlfriend kau nampak cantik kot. Hahahaha... Mari teruskan bacaan anda..

Actually, aku selalu google pasal produk kecantikan yang bagus untuk kulit gadis macam kita-kita ni which means kulit orang Asia. Aku terjumpa set MelaCep Whitening Mary Kay. Ramai orang kata bagus. Aku pun nak try jugak. Walaupun kita semua pasti menempuh hari tua tapi AKU TAK NAK TUA awal dari waktunya!! Buat masa ni, aku sekadar mampu pasang niat dan impian. Next year kalau masih bernyawa dan ada rezeki, aku MESTI beli set ni. Aku tak kire! Kalau aku cakap aku nak sesuatu, aku mesti dapatkan jugak one day. Dan salah satu wishlist aku di sidebar itu telah tercapai. A million thanx to my Kak Ngah kerana Si Pinky Sony Vaio itu. Kalau nak baca entry impian aku pasal Sony Vaio boleh klik sini. Dan di saat ini ,Si Pinky Sony Vaio itu telah menjadi milik aku. Nak tengok? Next week ok. Pasal aku pun belum tengok lagi harta kesayangan aku tu. Juz dpt tengok thru fon je.

Ok, berbalik kepada kosmetik di atas. Memang aku tak nafikan produk ni bagus sebab tak mengandungi hidrokuinon seperti kebanyakan local product yang boleh menyebabkan pelbagai implikasi pada kulit. MelaCep Whitening System menggunakan bahan alam semulajadi yang terbaik untuk kulit. Kalau nak info lebih lanjut boleh google sendiri atau klik sini.

Mari lihat apa yang ada dalam Set MelaCep Whitening System ni beserta harganya:
  • FOAMING CLEANSER RM120 (100g) - Formula berkrim ini bercampur dengan air untuk menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan secara lembut
  • FRESHENER/PELEMBAB RM120(100ml)- Melengkapkan proses membersih, menjadikan kulit berasa segar dan lembut
  • ESSENCE RM230(30ml) - Serum yg cepat menyerap ini membantu mengembalikan kejernihan kulit. Pembungkusan inovatif memastikan formula yg mengandungi askorbil glukosida berada dlm keadaan sifar udara bagi mengekalkan keberkesanannya.
  • DAY MOISTURIZER WITH SPF 15 RM170(30ml) - Melindungi kulit yg terdedah kepada UV pd siang hari dgn formula pelembapan. Potensi formula yg mengandungi askorbil glukosida utk faedah pemutihan dikekalkan dlm pam sifar udara
  • NIGHT CREAM RM170(30g) -Manjakan kulit anda dgn krim mewah ini ketika tidur. Formula yg mengandungi askorbil glukosida ini membekalkan ramuan pencerahan semasa kulit anda memerlukannya utk memulih dan membaharui diri
  • DARK SPOT SERUM RM170(10ml) - Pembungkusan dgn bebuli penggelek memudahkan pemakaian serum jernih secara langsung pd bintik hitam akan oudar jika di pakai berterusan. Formula yg amat berkesan ini mengandungi askorbil glukosida
  • MASK RM160(85g) - Masker kaya lembapan ini menjadikan kulit lebih cerah dan berasa lebih lembut dan licin
Total for one set = RM1140. Kau mampu? Aku belum keje lagi, tak mampulah. Memang produk ni mahal tapi kulit kita perlukan KUALITI. Tapi aku pernah terbaca, katanya cleanser produk ni boleh tahan sampai 6-7 bulan. Lama jugak. berbaloilah kalau harga macam tu tp depends on berapa kerap dan berapa banyak kau gunalah. Kalau setiap jam kerja kau asyik nak cuci muka dengan cleanser je, alamatnya sehari je boleh habis. =)


Mari-mari lihat pula apa faedahnya:
  • Untuk menampilkan kulit yang lebih cerah
  • Mengurangkan tompok hitam dan membalikkan penyahwarnaan kulit
  • Mengandungi penghalang matahari, antioksida , ramuan pemutihan, dan penganjalkan kulit.
  • Amat sesuai untuk mereka yang menginginkan kulit yang cantik, cerah dan berseri.

Sekian saje kisah impian aku kali ini. Berjumpa lagi di impian yang lain di hari dan waktu yang lain. Salam satu Malaysia. (~_*)



07 March 2010

Perodua MyVi 1.5 2011...!!! SE wajah baru Jun 2010..?? Aku Mahu!!


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Perodua bakal memperkenalkan model terbaru dari varian MyVi dengan enjin berkapasiti 1.5 liter menjelang suku pertama tahun depan.
Model itu mengambil model asas atau kerangka MyVi sedia ada dengan mengekalkan 'DNA' modelnya yang paling laris itu sambil membuat sedikit perubahan ke atas 'jelmaan baru' tersebut.

Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan tentang pelancaran model itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang spesifikasi serta maklumat terperinci.
"Memang benar Perodua akan melancarkan varian MyVi 1.5 tetapi ia akan dilakukan pada tahun 2011, kemungkinan bulan April dan untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun nanti," kata beliau.
Aminar yang tidak mahu mengulas lanjut tentang model itu, percaya MyVi terbaru itu akan menjadi taruhan Perodua untuk kekal sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

Dalam pada itu, Aminar Rashid juga berkata, Perodua tidak bercadang untuk memperkenalkan model kereta hibrid ke pasaran tempatan.
Ini kerana katanya, pelaburan untuk model seumpama itu amat tinggi, lagipun model-model Perodua ketika ini telah terbukti mampu menawarkan penjimatan penggunaan bahan api.

"Kebanyakan pengeluar kereta memperkenalkan hibrid untuk menjimatkan penggunaan bahan api supaya lebih efisien dan mesra alam tetapi apa yang kami keluarkan telah memenuhi kehendak pasaran selain enjin kami tidak berkapasiti besar," katanya.
Beliau berkata, model-model Perodua sememangnya cukup efisien dari segi penggunaan bahan api serta mesra alam dan pengenalan model hibrid tidak akan dilakukan pada masa depan.
Bagaimanapun, Aminar Rashid tidak menolak sebarang kemungkinan yang wujud pada masa depan kerana perkara sedemikian adalah di luar kawalannya selain berdasarkan permintaan pasaran atau faktor-faktor lain.


p/s: Tak dapat Lancer buat masa ni, dapat Myvi SE pun ok. MyVi 1.5 laju tu beb drpd MyVi 1.3! (",)

Template by:

Free Blog Templates