06 February 2010

Tak matured tapi ini je yang mampu.. (",)

Taraaaa.... ni la jam baru saya.. hehehee kalau aku bagi ni kat Yaya ngan Syasya sure lompat2 gembira. Tapi, ni bukan untuk korang. Ni Teh punya. Ohohooo, Teh itu adalah saya~ My nephew n niece panggil saya Teh or Mak Teh. (",)

Memanglah teringin dr dulu lagi nak ada jam. Dan aku pernah buat entry pasal jam tangan SWATCH yang aku berangan nk beli tuh. Mahal oh. Demand punya pasal langsung xde jam sampai sekarang.

Kali ni terpaksa jugak beli sebab susah kalau takde jam time lecturer datang observe. Terlebih atau terkurang masa ngajar naye kot aku nanti. Takkan nak tengok jam handphone masa tengah ngajar kan. RM5 je jam comel ni... =) Mc Lynn n Makcik suruh aku beli yang RM10 yang untuk org dewasa punya. Tak nak aku. Mahal. Bukan kedekut ok. Duit yang aku ada cukup2 untuk keperluan utama. Tiada bajet untuk itu dan ini. Balik umah tunjuk kat Haniza n Ayu, pun cakap aku macam budak-budak. Dah itu je yg mampu. At least ada daripada langsung xde kan? Swatch tu harapan la kalau dapat masa ni.;-(

Hmm, aku busy sangat lately.. sampai xde masa nak update, xde masa nk jenguk blog korang, xde masa nk klik2 sendiri punya. =) Sekolah mahukan sumbangan dari aku, lecturer mahukan yang terbaik, guru pembimbing je yang agak sempoi tiada tekanan. =)


Sekian.....~


p/s: Aku jadi macam blur nak mengajar. Kenapa hah?

31 January 2010

Hubungan aku dan dia semakin berakhir....



Assalamualaikum....

Harap kau baik-baik saja walaupun aku tahu kau dah x macam yang aku kenal beberapa tahun lalu. Dah bertahun kita bersama, aku tak sangka macam ni akhirnya perhubungan kita. Buat makluman semua, perhubungan aku dan dia bagai retak menanti belah. Kalau kau fikir hubungan yang macam telur di hujung tanduk pun boleh juga. Sama je maksudnya tu.

Aku pun tak jangka semua ni. Tuhan yang maha mengetahui. Aku fikir kau setia dengan aku. Boleh susah dan senang bersama aku. Sangkaanku meleset sama sekali. Bukan aku mahu mengungkit, tapi aku perlu cakap supaya kau sedar. Aku dah banyak berhabis wang ringgit hanya kerana kau. Setiap tahun, pasti aku korbankan sejumlah wang yang besar hanya untuk kau. Nampaknya, susah untuk kau hargai apa yang telah aku buat. Dah nasib aku agaknya....

Kau tidak selalu ada bila aku perlukan kau, terutama di saat-saat aku dalam kesusahan. Awal-awal dulu kau ok je. Bila dah lama bersama aku, kau dah semakin berubah. Aku fikir mungkin kau dah jemu dengan aku. Walau apa pun, aku harap sangat kau janganlah terlalu jemu sampaikan sikit-sikit nak cari pasal dengan aku. Tolonglah, setahun je lagi. Bagi aku peluang untuk terus bersama kau dalam masa setahun ni je. Lepas tu, kalau kau nak pergi sangat, pergilah.. Mungkin aku pun dah tak tahan nak layan kerenah kau yang ntah apa-apa tu. Aku harap kau tahu yang aku tetap hargai apa yang kau dah buat selama bersama aku walaupun kau taklah sehebat mana pun kalau nak dibandingkan dengan yang lain.

Sekali lagi aku mohon, beri aku peluang untuk bersama kau dalam setahun ni je. Jangan menyusahkan hidup aku dan orang yang terdekat dengan aku hanya kerana sikap kau yang kadangkala aku sendiri tak faham apa yang kau mahu daripada aku sebenarnya.



Sekian......~





p/s: Kau dalam cerita di atas adalah laptop dan printer aku. (~_*)



29 January 2010

Apa ada pada lukisan..?

Semalam masa class kaunseling....
Lecturer aku suruh lukis tiga benda sahaja pada sehelai kertas.
RUMAH, ORANG dan POKOK.
Aku lukislah apa yang dia nak.
Walaupun lukisan budak praskolah lagi cantik daripada lukisan aku,
Aku kira ape, lukis je apa yg dia suruh.
Macam stupid je kan kena lukis benda-benda camni.
Tapi sebenarnya TIDAK Stupid ok.
Kerana ini adalah satu ART Therapy.
How to interpret urself.
Melaui lukisan, kita akan tahu apa yang ada di dalam jiwa seorang kanak-kanak.
Kanak-kanak bukanlah seorang yang mampu meluahkan perasaan mereka.
Apa yang dirasai oleh mereka.
Melalui lakaran lukisan mereka, kita akan tahu apa yang tersirat disebaliknya.

Ok, sambung pada hasil lukisan aku.

Lecturer tengok dan renung2.
Dia buat tafsiran terhadap aku. Katanya, aku seorang yang..
Teliti
Kemas
Berstruktur
Sangat gembira (adakalanya tidak)
Dan yang terakhir...
Aku sangat pentingkan dan sayangkan keluarga
Yes, exactly.


Lecturer: Elis, kamu sekarang hidup yang macam mana? Biasa ke sederhana?

Aku: Biasa je.

Lecturer: Nampaknya kamu sangat pentingkan keluarga.
Kamu pentingkan yang macam mana tu?

Aku: Nak susah senang bersama.

Kesimpulannya..
Even kau lukis main ikut suka apa yang terlintas dalam kepala,
Even kau memang tangan macam kayu (macam aku),
Even kau lukis semua benda nampak keras kejong.
Semuanya boleh ditafsir....
Latih anak-anak anda melukis kerana di situ ada sesuatu yang dapat kita cungkil.
Yang tersirat di sebalik jiwa mereka.
Bukan sahaja untuk kanak-kanak.
Kau yang dewasa juga pasti ada tafsiran terhadap apa yang kau lukis.

27 January 2010

Tak tahu lah nak kata.


The journey of a thousand steps
begins with the first step.

Segalanya bermula.

...Era kesibukan.
(aku tak reti nak buat proposal. tajuk pun tak de lagi ni. KUSUT~!!) :p
...Era kesengketan.
(aku TAK NAK ah pegi Bandung camni~!)
...Era penjimatan.
(makan bubur ayam megi hari-hari pun xpe janji enak ditelan dan murah walaupun tak berkhasiat. T__T) tibe2 terasa rindu kat uitm, pg dewan makan tanpa bawa satu sen pun. makan free beb. hehe =)
...Era mood yang tidak menentu.
(Jangan cari pasal ngan aku sbb aku boleh benci kau tiba-tiba).




Sekian...~

23 January 2010

Saya akan ke BANDUNG... uyeahhh!!!


Baca ini dalam dialek Indonesia. hikhikhik (",)


Saya akan ke Bandung tidak lama lagi..
Kerana itu saya TERPAKSA cakap pada ibu saya yang saya butuh uang yang banyak untuk ke sana.
Saya ini kalau dikira tidak mahu nyusahkan sesiapa tapi saya masih belajar, tidak punya uang poket sendiri.
Kira-kira untuk tiket, makan, transport, hotel dan pasport kumpulan kami dikenakan bayaran RM1200. Ramai teman yang gak mahu pergi karena kebutuhan uang tika ini. Tapi TERPAKSA.

Kami ke sana untuk mengadakan kolaborasi bersama Universitas Keguruan Indonesia, Bandung.
Kami diminta untuk membuat persembahan di sana.

Planning mahu ke sana itu udah lama. Tapi saya fikir ia hanya omong-omong kosong.
Nyata semua ini akan menjadi realiti. weeeewiiitttt (",)

Tika saya hadir ke kuliah pd hari pertama, seorang pensyarah telah memaklumkan hal ini. Kami terkejut bangat donk! Kami gembira. Pada masa yang sama kami gak tahu di mana mahu cari uangnya. Praktikum itu udah hampir. Tentu saja perlu banyak uang yang harus diguna.

Perkiraan saya apabila elaun udah masuk nanti, bakinya NEGATIF.!!
Saya REpeaT, NEGATIF!!
MasyaAllah.... saya gak tahu apa yang harus saya lakukan. hikhik
Sedikit pun saya tidak spend untuk shopping di Malaysia mahu pun di Bandung.
Perkiraan saya itu untuk jangka waktu 4 bulan hanya untuk sewa rumah, bil-bil, makan, tiket, praktikum, minyak mobil serta bayaran untuk ke Bandung. G mana ini ya.

Elaun saya masih belum dapat, tapi pensyarah udah mintak separuh uang untuk ke sana.

Karena itu saya TERPAKSA cakap sama ibu saya yang saya kebutuhan uang tika ini.
Mahu cari sponsor dengan orang kenamaan tapi AJKnya belum gerak. =)
Kurang-kurang jika ada yang mahu sponsor boleh tampung tiketnya.

Kita semua tahu yang Bandung itu terkenal sebagai SHOPPING HEAVEN. Saya tidak sabar mahu ke sana, walaupun saya pasti tidak punya uang yang banyak untuk membeli-belah di sana.
Barangan di sana murah bangat kata mereka yang pernah ke sana. ZARA, MNG, Guess, Elle, Levi's original itu 2-3 kali ganda murah dari Malaysia. Saya mahu juga!!!




p/s: Bagusnya kalau ada orang-orang kenamaan yang baca ini dan bagi sponsor pada kami. =)

22 January 2010

Saya TAK mahu Tapi TERPAKSA..


Saya KESIAN nak beritahu.
Tapi.....
Saya TERPAKSA CAKAP.


Sekian.~

20 January 2010

Saya BUKAN Kaunselor, Tapi saya TAHULAH juga...

Saya baru je belajar pasal kaunseling.
Baru saya tahu macam mana nak handle masalah orang.
Tapi tak lah sehebat KAUNSELOR.
Saya baru je lagi dan tak perlu belajar mendalam pun.
Tahu sikit-sikit pun kira ok lah kan.
Daripada tak tahu langsung.

Tadi kan, pensyarah saya beritahu...
"Mustahil dalam sebuah keluarga tidak ada rasa pilih kasih."
Contohnya macam ni....
Seorang ibu atau ayah memberitahu pada anak-anaknya bahawa semua anak-anak mereka sama saja. Maksudnya, diberi kasih sayang yang sama. Tidak pilih kasih. Dan yang seumpama dengannya lah.
Statement ini IMPOSSIBLE kata pensyarah kaunseling saya.
Kerana, sebagai manusia pasti terselit juga rasa pilih kasih kita pada orang-orang tertentu.

Dalam situasi saya pula.
Saya akui sebelum ini adakalanya saya menjadi seorang guru yang pilih kasih ketika di dalam bilik darjah.
Saya harap itu tidak akan berlaku lagi.
Lebih banyak yang saya belajar tentang psikologi lebih bnyak ilmu baru yang saya dapat tentang kehidupan ini.
Dan saya akan cuba praktikkan.


p/s : Pensyarah saya itu adalah seorang Doktor Falsafah yang saya respect.


Sekian.....~

Template by:

Free Blog Templates