22 July 2010

Kau nak SLIM macam kami? Jom buat EROBIK tiap-tiap hari.

eewwww!! seksinya. haha

Esok aku ada aerobic dance perfomance sempena Bulan Kecergasan 2010.

Negeri Perak memang buat benda ni tiap-tiap tahun. Patut pun rakyat Perak sihat-sihat belaka. kehkeh

Sha la la - Just dance - Pop Yeye - Waka waka - Goyang - Poco-poco

Ini lagu yang aku dan tiga orang rakan dah praktis sejak seminggu lepas.

Side touch !!!!!!

Five, Six, Seven and eight. hahahaha

Cuak ni sebenarnya weh. Ingatkan nak buat sempoi-sempoi je. Tiba-tiba pagi tadi PK bagitahu kena buat macam program rasmi. urghhh!! huru-hara dunia mak kau. Esok kena bangun pagi-pagi sebelum azan Subuh berkumandang. Nak siap sedia mental dan fizikal sebelum terpacak atas stage. hikhikhik


Wish me luck~



21 July 2010

Kesian budak ni...

Siang tadi aku masuk ke kelas seperti biasa. Tiba-tiba aku tengok muka salah seorang anak murid aku yang paling nakal di abad ini ada kesan macam comot-comot hitam. Maksud aku, comot yang kalau basuh pun takkan hilang punya... pasal kesan tu macam kena sumthing. Bukan comot sebab makan coklat ke apa.

Aku pun tanya la budak tu...

Aku : Adam, kenapa muka kamu tu?

Adam : Saya bergaduh dengan kakak saya cikgu. (kakak dia tahun 5, Adam tahun 4)

Aku : Kamu gaduh sebab apa?

Adam : Ntah la cikgu. Dia dah ada adik baru, adik kandung sendiri pun dia lupa. Sampai tak mengaku saya adik dia.

Aku : Dia cakap macam mana?

Adam : Kakak saya kata 'kau bukan adik aku' lepas tu saya pun cakap 'aku pun bukan adik kau'

Aku : Haihh. Kesian cikgu tengok kamu ni. Akak dengan adik-adik tiri baik tak?

Adam : Baik. Kadang-kadang dia marah jugak.

Aku : Mak tiri baik ke?

Adam : Baik jugak tapi kadang-kadang kalau saya nakal kena pukul jugak.

Aku : Dah. Pergi duduk. (termenung sambil membayangkan kehidupan budak sorang ni)


* Adam (bukan nama sebenar) murid aku yang paling terkenal dengan kenakalan dan ke'murai'an mulutnya. Semua cikgu-cikgu tau 'kehebatan' budak ni. Serious, kau takkan dapat tengok dia diam tanpa sepatah kata dalam masa beberapa saat. Takkan. Becok nak mamposs. Tapi dia agak bijak walaupun tergolong dalam murid-murid yang lemah. Mak ayah dia dah bercerai. Sekarang dia tinggal dengan mak tiri. Mak kandung ada di KL. Ayah pulak berniaga. Jarang-jarang balik rumah. Adam pun tak tahu ayah dia berniaga apa. Kat sekolah adik tiri Adam sebaya dengan dia, satu kelas pulak tu. Awalnya aku fikir budak-budak ni kembar, rupa-rupanya saudara sebapa. Kesiannnn, kecik-kecik lagi mak ayah dah bercerai-berai. Anak-anak jugak jadi mangsa. Budak yang berpotensi tapi kurang kasih sayang ibu bapa macam ni perlu ada kekuatan dalam diri dia sendiri.. Moga dia tabah mengharungi hidup.~



* tak dapat attend wedding sis iza iziana. haihh.

20 July 2010

Nekad untuk Sony Cybershot P!nk dan Nikon D90


Sejak digi cam Olympus aku jahanam, aku nekad nak ada dua benda ni. Digital camera Sony Cybershot dan DSLR Nikon D90.




Tahun depan benda ni mesti akan jadi hak milik aku. Tak dapat dua-dua dapat satu antara dua ni pun tak apa.




*kemaruk nak beli camera

19 July 2010

Memang SERAM Tapi...

Malam tadi aku pergi tengok cerita MANTRA. Kau dah tengok? Macam seram tapi tak sangat sebab hantu keluar kejap-kejap je. Lagipun ni bukan cerita hantu yang biasa-biasa tu. Ni cerita tentang pengamal ilmu hitam. Maka, aku yang penakut ni jadi tak berapa nak takut. Gelak lagi ada la bila tengok cerita tu. Ada part-part yang serious tapi bagi aku lawak sampai aku rasa nak berguling dalam panggung wayang tu. hahaha

Tapi tapi tapi

Ada part bogel bak hang!! Hah! Dan-dan je kau nak book tiket wayang ye! Pantang dengar yang pelik-pelik sikit terus nak pergi tengok. hoh!

Sebenarnya aku pun tak tahu cerita Mantra ni ada part Zul Handy Black berbogel tu. Boleh lulus pulak kan. Nak hayati watak pengamal ilmu hitam katanya. Haih. Tapi apa pun, ada pengajaran daripada cerita ni. Boleh ambil iktibar.. Tak takot pun masa tengok cerita ni. Bila balik rumah, terbayang-bayang kot.





* tiada komitmen untuk itu lagi...~


17 July 2010

Intro Wedding Preparation ♥ ♥ ♥

Assalamualaikummmmm...... Ada orang tak? hihi

Rindu nak mencoret, membebel, meluah rasa hati kat blog sendiri. Busy tak terkata sejak terjebak dengan Internship. First batch IPG lah katakan. Lebih kurang macam bahan eksperimen juga lah kot aku dan kami-kami ni. Nak tengok apa hasilnya. Andai ada kurangnya program ni, boleh dibuat penambahbaikan. Kalau terbaik, tak perlu buat dah. hahaha suka-suka aku je kan.

Ok. Nak beritahu cerita kontroversi sikit. Jeng jeng jenggggg~!!!

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

Aku nak kawen...!!! ngahahahaha. Tapi belum set date lagi.. yang pasti tahun depan, dengan izin. Weh korang, terharu kejap ni ha bila ada blogger yang tak dikenali hantar email kat aku sebab nak mintak berkongsi kisah-kisah wedding preparation. Credit to Sis Amelyn!

Lepas ni mungkin blog aku banyak berkisar hal-hal wedding preparation kot. Biarpun aku tak tahu bila aku nak kawen, dengan siapa aku akan kawen (buat masa ni dengan Mr. Lemonade lah), sempat ke tak aku kawen (kot la ajal menjemput dulu)... apa yang penting, aku mesti mencoret sebab tak semua memori akan lekat dalam kepala otak. *wink*

Ada beberapa entry aku sebelum ni tentang tips perkahwinan. Itu pun kalau kau ada baca lah. Bakal-bakal bride and groom yang belum sempat baca, korang mesti baca entry tu. Nanti aku letak link tu kat tepi-tepi blog hitam aku ni.

Akibat ke'busy'an mak aku yang tak menentu, maka di hari kawan-kawan aku berlepas ke Bandung meninggalkan aku terkontang-kanting di Putrajaya, aku n mak telah menggagahkan diri membeli-belah membeli barang-barang kahwin di Nilai. Tapi mak bayar. hoho! Ada satu kedai tu kalau tak silap ZC nama dia. Kat sini aku banyak beli barang sebab barang-barang kat sini sangat cantik menarik tertarik macam di SSF. Kedai dia pun besarrrrrr.... tak macam kebanyakan kedai lain kat situ. Maka, aku dan mak berlama-lamaan lah di kedai tersebut dan hampir meroyan sebab banyak benda yang cantik-cantik. Untuk mendapat harga bagi certain barang yang jauh lebih murah melalui member price, maka on the spot aku buat member card kat situ *Sila pergi~

Kesudahannya, penuh la but Exora ayah aku. hihihi Aku rasa dalam 30% barang-barang dah beli kot. Ada orang-orang yang sengal cakap 'cepatnya beli barang kawen, kawen pun tak tahu bila' Heh! suka hati aku n mak aku la nak beli cepat ke lambat ke. Tak menyusahkan kau pun. Mak aku tu busy memanjang. Bila dia free kejap-kejap ni la dia nak kena cari barang, nak kena fikir, nak kena cari idea, nak kena itu nak kena ini segala benda dalam satu masa. Bila benda dah ada, senang. Anytime dia rasa nak buat, dia buatlah (maksud aku hantaran, majlis or anything lah)

Dah. Malas nak membebel panjang lebar nanti bertambah panjang pulak sampai aku tak tido malam pulak nak menaip entry ni. Lain kali kita cerita tentang tema dan lain-lain pulak ye.



p/s: Mak kata nak beli set bilik tidur color PUTIH. hoho! I like~


07 July 2010

Myvi Limited Edition. Sesuai untuk GADIS macam saya!

Dazzling Red tapi macam PINK kan?

Myvi SE wajah baru yang ditunggu-tunggu keluar bulan June tak muncul-mucul. Akhirnya, hari ni muncul Myvi Limited Edition color Dazzling Red atau senang cakap PINK lah kan? Atau kau ada nampak macam purple ke? Apa pun, aku suka kaler ni. Suka gila! Kalau duit cukup, sekarang jugak aku pergi Perodua. Cash n carry. Kalau ada ready stock lah. kahkah bajet macam nak beli dress je. Err, actually aku tak sure bila Myvi ni keluar. Mak aku kata hari ni sebab ada dalam paper. Aku belum baca paper hari ni lah. kehkeh

Bila aku tengok je ads Myvi Limited Edition ni kat FB, terus aku klik. Wah! Memang teruja sebab color dia memang sesuai untuk gadis-gadis yang gedik sikit-sikit macam aku. Gedik bertempat ok! (>.<) Lepas tu, dan-dan je mesej mak bagitahu ada Myvi Limited Edition color Pink baru keluar. Harus tak tido kalau dapat ni. hoho! i loike!


Tapi seat dia aku macam tak berapa berkenan sebab ada kaler merah campu-campur macam tu. Kalau buat leather seat kaler hitam macam Myvi SE kan lagi smart.


Korang suka tak Myvi Limited Edition Dazzling Red ni....??


02 July 2010

Berakhir sudah semuanya..~

Dah hampir sebulan tapi malam ni baru dapat buat tag. Nak kata busy, tak jugak. Nak lata internet connection macam vavoooonn mungkinlah. Tapi malas adalah jawapan yang tepat kot. hihihi

Ini tag dari Kak Nurul Fathiyah yang join Miss Gorgeous 2010 tu. Sila vote untuk beliau..~

Apa yang ada dalam tas tangan saya?


Pen (ini identiti guru tahu?)

Digi Cam (senang nak camwhore tepi jalan. haksss!)

Handphone (kalau tak ada at least dua handphone saya boleh jadi sewel. kehkeh)

Compact powder ZA (penting untuk si muka sememeh macam saya)

Lip Ice Sheer Color (sy tak boleh hidup tanpa lip ice)

Lip Balm Sebamed (sy tak bpleh hidup tanpa lip balm juga. Setiap jam saya perlu pakai lip balm)

Asam (wajib ada sebab selalu pening kepala dan mual tekak)

Wallet (mesti ada wang walaupun sedikit takut emergency di perjalanan)

Pendrive and card reader (kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada)

Tiger balm white or minyak Yu Yee Cap Limau (minyak angin ni wajib ada, tak boleh tiada)

Brooch (at least kena ada satu)

Hand sanitizer Dettol

Spectacle case

Card holder

Kunci rumah dan Kunci kereta (tiada dalam gambar)

Tissue (juga tiada dalam gambar)


Tersebut adalah antara barang-barang yang mesti, selalu, wajib ada. Yang selebihnya hanya sekadar di pinggiran kot. hikhik


Saya mahu tag:
Anda yang membaca entry saya kali ini. kehkeh


Sekian.

Template by:

Free Blog Templates