28 January 2011

Miracle!!


Tak pernah terlintas dalam fikiran nak posting kat KL.
Datanglah keajaiban secepat mungkin!!!

26 January 2011

VCO Soft Gel & VCO Collagen

Hye korang!! 
Kali ni tak nak cerita pasal wed preps. 7 days to go!! Dah nervous gila kot sekarang. Hari ni nak cerita pasal produk Catalyst. VCO Soft Gel dan VCO Collagen yang orang ramai duk sibuk-sibuk nak try. Ramai yang kata bagus dengan produk ni. Maka, aku pun dah terbeli satu. haha! Aku cuma beli VCO Soft Gel. Tapi teringin sangat nak guna VCO Collagen sebab aku tak nak nampak tua sebelum waktunya. Tapi takpe, slow-slow dulu. Bila-bila pun boleh beli kalau ada duit. 

VCO Soft Gel ni aku beli dengan Kak Eazy. Info yang aku bagi tentang kelebihan produk ni semua aku copy daripada blog beliau. *Credit untuk Kak Eazy* Korang pergi terjah sendiri blog dia. Banyak kot produk-produk Catalyst ni rupanya. Kak Eazy ada wat promo harga sekotak VCO Soft Gel RM39.90 without postage sampai 1 Februari 2011. weeeehuuuuuuuu.... Mujur aku sempat. Kalau tak, melayang RM5 untuk postage. Waktu-waktu sengkek camni memang kedekut + berkira sikit. HAHA!


Ni antara kelebihan produk VCO untuk mengatasi masalah-masalah seperti di bawah:
 jerawat dan kulit muka berminyak
kitaran haid yang tak teratur
selera makan yg terlalu tinggi
letih dan kurang energy
masalah kencing manis

stretchmarks & tona kulit yg kusam

Ha, yang ni pulak VCO Collagen. RM59.90 sekotak. Hah! Macam aku pulak yang menjual. hihi.. Alahhhh, nak bagi info untuk korang je pun..
 
Nak info lagi? Jom baca ni kejap.

APA ITU COLLAGEN?

Collagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai :
  • Perekat dalam badan. Ia memberikan struktur kepada badan,
  • Melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkan dengan tulang badan
  • Collagen dalam badan kita akan mengalami penyusutan apabila umur kita semakin meningkat kebiasaannya pada tahap 20-an dan ke atas
  • Pengambilan supplement collagen perlu diambil dari segi pengambilan makanan yang terdiri dari sumber collagen/supplemen tambahan(catalyst collagen)
KESAN-KESAN PENYUSUTAN KADAR COLLAGEN:
  • kulit mula hilang keanjalan semulajadi&tanda2 awal kedutan mula jelas kelihatan
  • menganggu bahagian badan lain terutamanya dalam penjanaan semula tisu2 lembut
  • kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa
  • menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi
KELEBIHAN dan KESAN Pengambilan Catalyst Collagen?
  • Mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan
  • Memastikan keanjalan dan kesegaran kulit
  • Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit
  • Mengatasi masalah kulit kusam,berminyak, kering dan berkedut
  • Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap&mudah patah
  • Menyubur dan menyihatkan rambut agar kelihatan hebat dan berkilau
  • Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima
  • Menghilangkan parut-parut lama dan kesan jerawat
  • Mengurangkan selulit dan memastikan kulit sentiasa cantik
  • Minda lebih cergas dan pergerakan tubuh menjadi lebih lancar
  • Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga 

23 January 2011

Lantern Pink and Turquoise

Aku dah beli lantern with affordable price. Beli on9 lagi murah daripada beli di Living Cabin. Banyak size pulak tu. Tapi aku beli yang size 14" which is kedua terbesar. Maksud aku dia punya diameter. RM8.50 je seketul. Kalau di Living Cabin RM14.90 kalau tak silap.

Aku beli lima ketul je. Tiga pink colour dua lagi turquoise. Ikut tema waktu nikah dan bersandinglah kan.



Macam ni la lantern yang aku beli tu. Tak sure lagi nak gantung kat mana. 

21 January 2011

Masa Depan yang Hambar..

Bulan Februari dan Mac bajet yang sangat banyak perlu diperuntukkan untuk meneruskan hidup. Posting kemungkinan besar pada 7 Februari 2010. Dah siap keluar paper The Star n paper cina pun. Takkan Timbalan Menteri Pendidikan nak cakap bohong kot. Di group FB pun hal ni yang sering dibincangkan oleh guru-guru pelatih batch aku satu Malaysia. Ramai yang kata next week akan dapat tahu penempatan. Ok, sekarang masa untuk BERSERAH.

Kalau dapat posting dekat-dekat umah, penempatan takde masalah. Cuma perlu peruntukkan untuk keperluan asas harian, makan minum, minyak kereta, dan segala kelengkapan untuk melangkah ke alam kerjaya. Termasuk baju baru, kasut baru, beg baru, dan kalau blh semuanya mesti baru. Nak wallet baru jugak.. Wallet ELLE dah koyak.. wuuuwuuuu.. :"( Dari segi psikologinya manusia macam aku akan lebih bersemangat + mood baik + berkeyakinan bila punya barang-barang baru. Tapi kalau tempat posting jauh dari rumah keluarga itu yang jadi masalah besar. Mana nak cari rumah. Nak tinggal dengan siapa. Selamat ke tinggal kat situ. Ada kemudahan asas ke. Maka, kena fikir semua tu mulai sekarang. Bukan masanya lagi untuk berpoya-poya.

Pertengahan Mac time cuti sekolah pulak konvo. Dengar kata di PICC. Sekali lagi bajet diperlukan untuk konvo pulak. Baju baru, kasut baru, mungkin perlu ke IPG ambil jubah macam kebiasaan graduan-graduan sebelum ni buat. Tapi tak pasti prosedur yang bagaimana kali ni memandangkan aku graduan ijazah pertama keluaran IPG. Errrr, saya nak topi graduan. Plissssss. Aku pun teringin nak lambung-lambung topi ke langit dengan kawan-kawan. 5tahun setengah kot takkan topi pun takde. Sedih gila. Lepas tu, aku nak bunga yang ada teddy bear banyak-banyak. Sebabnya, bunga akan layu lepas tu kita buang. Tapi teddy bear takkan layu dan dia akan terus hidup walaupun tak bernyawa. Itulah KENANGAN. Ohh, yang ni bukan pihak IPG yang sediakan. hahahahampehhh! 

Meneka Dalam Kesamaran.


Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta

Ku menyingkir tiap keindahan

Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguan mu
Kian berpanjangan tanpa persoalan

Keteguhan cintaku pada mu

Membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Padamu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan

Puas sudah mencari silapku

Puas sudah meneka hatimu
Tiada ku temui
Jawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri
 
 

20 January 2011

Kata Teman Lama

Semalam, aku berbual dengan seorang teman lama yang aku kenal 9 tahun dulu. Secara maya. Orang muda panggil 'chatting'. Sekarang berada nun jauh di seberang laut.

Katanya, "CINTA seorang lelaki itu akhirnya menuntut rasa tanggungjawab, jadi lelaki yang tdk punya rasa tanggungjawab itu lelaki  yang tidak mempunyai CINTA, tetapi cuma punya keinginan.."

Mungkin sebab dia lelaki. Maka dia  faham. 


19 January 2011

Lynn Muhamad @ Mclynn


Mclynn, aku dah jadi jahat semula macam yang kau tahu. haha! 


* Motif : kejam, dendam, kecewa, sakit hati n bla bla bla...akhir sekali memang aku jahat ponnnn.

Template by:

Free Blog Templates