17 January 2010

Tiada daLaM JaNgkaaN.

Dear diary...,
Kamu sedia maklum yang ini merupakan tahun akhir saya sebelum bergelar pendidik. Dengan harapan, tidak hanya terhenti di sini kerana saya juga mahu seperti apa yang sedang dilalui oleh Cinta Lea Ixora sekarang dan juga kamu-kamu yang lain. Makanya, saya sangat sibuk dengan action research yang belum dapat petunjuk nak buat tajuk apa, dengan praktikum yang akan dilalui seminggu lagi dimana dikatakan ada rakan sekuliah yang menjadi benchmark ketika berada di sekolah tersebut, dengan jadual kuliah yang padat, dengan aktiviti itu dan ini....
Awal-awal lagi dah rasa bosan dengan life yang semuanya perlu rushing. Dan mula terfikir-fikir apa yang nak dibuat bila weekend. Semua dah kata 'bosan, bosan dan bosan.' Turutkan kata hati, kami keluar juga menghilangkan kebosanan walaupun duit menjadi halangan bagi pelajar yang sentiasa menantikan kehadiran elaun macam kami. Bila nak masuk ni...~!!!
Hurmm, hari Sabtu adalah aktiviti mencari sekolah untuk praktikum yang telah menyesatkan kami hingga ke Greentown Mall. ahahhaha.. Dan semalam saya telah menghadiri sambutan hari jadi teman sekuliah di McD Ipoh. Selamat Hari Lahir yang ke 23 buat Ainy..
Selepas itu, saya dan teman serumah ke Jusco Ipoh untuk menonton sebuah filem komedi terbaru arahan Ahmad Idham iaitu 'ADNAN SEMPIT'. Gelak memanjang saya tengok cerita ni. Korang pergilah tengok jika berkesempatan. Memang best, gelak guling-guling. hikhik =)

Saya x pernah pn celebrate birthday dengan kek jenama ini. Ahahaa kek pun ada jenama. Teringat pd senior saya sewaktu saya mahu menempah tiket bas "Ko nak tiket bas jenama apa..?" =) Saya jawab "Transnasional".


Birthday girl with 'soulmate'. Sanggup datang dari jauh semata-mata mahu spend time bersama. Wah! Hari Isnin boleh tengok jam tangan baru Ainy pemberian soulmatenya. Moga berkekalan untuk kamu berdua. =)

Ini saja yang mampu saya jamah. Itu pun x habis kerana selain chocolate flavor itu bukanlah kegemaran saya. Terima kasih mengundang ke majlis hari jadi kamu.
Sekian...

12 January 2010

Allah permudahkan urusan saya..~!!

Lega.
Aku TAKKAN ke SK Chepor.
Aku akan berada di SK Wira Jaya.
Sekolah ni pun kecil.
Tak jauh dari rumah.
Boleh pergi lewat. Uyeah! Uyeah! =)
Kalau tak, seawal jam 5 pagi dh kena bersiap.
Walaupun panas je telinga aku ni dengar bebelan,
ada aku kisah??
Bukan salah aku.
Salah kamu.
Kamu yg pandai-pandai pilih sekolah tanpa mengikut opsyen aku.
Sape suruh? Kan dh kena buat 2 kali kerja.
Nasiblah. Lain kali work smart.
Barulah semuanya run smoothly.
Apa pun, syukur.
Allah permudahkan urusan aku setakat ini.

08 January 2010

Ada jalan berliku di situ.

SK Chepor tu jauh.
Atas lagi dari Air Terjun Ulu Chepor.
Tiga minggu lagi aku akan berada di SK Chepor.
Tiga bulan di SK Chepor.
SK Chepor tu kecik je.
SK Chepor tu adalah Sekolah Kurang Murid (SKM).
SK Chepor x de bangunan dua tingkat.
SK Chepor tu kat ceruk mana ntah.
Jalan nak ke SK Chepor tu sempit. Bahaya. Takde lampu jalan.
Keselamatan aku? Mereka kata pandai-pandailah survive.
Aku nak kata apa..? Terima sajalah.
Tapi kan.....
SK Chepor tu ada cikgu muda bawak motor kaler biru pakai baju hijau. hahaha

05 January 2010

Bukan Sepasang Kurung Biru.

Ouhh, penat. Tadi dh dapat schedule for this semester. Sangat pack dari pagi hingga ke petang. Masa makan pun dh x menentu. *sigh*
Tesis juga akan bermula. Segala kesusahan bakal menyusul. Tapi bertuah jadi aku kerana aku manusia yg simple dan x suka nk menghuru-harakan diri sendiri. Just think positive n take it easy. ouh! cool!

Eh, thnx pd smua kawan-kawan yg wish on my birthday hari tu ye. Aku dapat ini daripada sahabat-sahabat yg sengal. Apa pun, terima kasih atas pemberian ini.

Long sleeve shirt from Ayu a.k.a Nget. thnx! nnti aku bg ko sua sedap ek. hoho



Seekor patung binatang berbulu wane krim given by Lynn a.k.a Mclynn.

Given by Ros a.k.a Makcik. Cam perli jek bg aku cermin ni. hikhik Even ko bg aku cermin ni, aku tetap nk guna cermin bulat ko. wahaha!


Sekian.

04 January 2010

Pokai kerana Blackmores Joint Formula.


Dah 2 hari aku kembali ke Ipoh. Baru 2 hari di sini aku dh berjaya menghabiskan Rm200 ++ untuk brg keperluan. Sabun basuh, downy, syampu, ubat gigi bla bla bla... Semua ini keperluan utama bila dh jauh dari family. Kalau kat umah xde plak nk amik kesah kalo sabun basuh abes kan. Yang jadi lari bajetnya smpai beratus ni pasal mak aku suruh beli Blackmores Joint Formula kat atas ni ha. Itu pun mujur ada less. Makanya dptlah RM127.20 sebotol. Harga asalnya kau kirelah sendiri dgn less 20%. Kau paham-paham je lah, aku mmg kena amik benda-benda macam ni sekarang. Sendi-sendi dah x brape hebat. Aku ingat mls la nk beli lagi kan time2 sengkek camni. Tapi bila dh kena paksa dgn mak aku, nak x nak beli jugak la. Kebetulan pulak mmg tinggal sebotol ni je kat Guardian Tambun ms tu. Aku pun kebaslah. Kira ramai jugaklah orang beli benda ni kan smpai tinggal sebotol je. Stok lain pun xde. Kita tengok sejauh mana keberkesanan Blackmores Joint Formula ni nanti. Kalau aku berjaya, nnti aku akan war-warkan pada korang yang punya mak ayah atuk nenek sedara mara yang selalu sakit-sakit sendi untuk mencuba ini ok. =)
Baiklah, esok bermula rutin bangun pagi-pagi. Gosok gigi. Cuci muka. Mandi. Pergi sekolah jalan kaki. hoho Nak mampos ke pegi jalan kaki. Hari ni baru berjumpa teman-teman serumah yang lain. Bergosiplah, apa lagi kan. Lepas satu, satu isu panas yang dikupas. Dan sekarang mata dah mengantuk. Barang-barang untuk esok dah pun setel. Gile punya semangat nk gi maktb esok. haha
Chow~!!

01 January 2010

Sekilas kisah lalu..

1 Januari 2010 adalah hari ulangtahun aku yg ke 24. Esok petang dh nk berangkat pulang ke Ipoh, menjalani kehidupan seperti biasa..
Uyeahhh!! Uyeahhhh!!! One more year to go...
Ada dua semester saje lagi untuk ditamatkan sebelum makan gaji seperti kamu-kamu ini.
Aku akhiri tahun 2009 dengan detik-detik yang pasti akan kekal dlm ingatan. Tahun 2009 merupakan tahun yang penuh dugaan untuk aku.
Sorotan tahun 2009
1. Pertama kali aku menjalani latihan praktikum. Praktikum yg sungguh menduga emosi dan mental. Ini perlu kekuatan dari dalam diri sendiri. Tak de sape pn yang boleh tolong.
2. Laptop aku semakin menuju ke era kejahanaman yang amat dahsyat..~!!
3. Tahun ini adalah tahun yang paling sengkek bagi aku. Tapi syukur, ada lagi org yg lebih susah drpd aku.
4. Aku duduk umah sewa. Tak pernah terfikir tentang ini. Inilah antara penyebab aku menjadi sengkek. hoh!
5. Abang aku kawen. Dan aku akan mendapat sorang lagi anak buah pada thn 2010 ini.
6. Anis operation kepala 3 kali dalam tahun ni... Dan kini masih terlantar di hospital.. 'Beb, ko kena kuat hadapi semua ni.'
Cukuplah itu saja walaupun bnyak lagi yang aku mahu tuliskan di sini. Doakan aku selamat sepanjang perjalanan esok. Sekian.

Nah! Tengok ni..~!!

Dear diary....,

Ini rentetan daripada peristiwa yang lalu. Kalau kau betul2 mengikuti blog aku, kau akan tahu kisah ini. Aku tahu blog aku x best. Tak hot. Tapi masih ada yang sudi membaca bukan?




Saat disorong ke bilik bedah....

Dalam ICU. Ini saja yang sempat di'snap'. "No bone flap" itu sungguh mendatangkan kemusykilan dan kerisauan.

After operation. Bila kepala sudah dijahit even tanpa tempurung kepala.


After 1 week.....


*

*

*
*

*

*

*

*



Semalam, operation lagi untuk masukkan smula tempurung kepala yang dicabut.


Anak buah aku walaupun seko-seko nakal tahap kera makan cili tp terselit juga mulia di hati mereka... Ini doa mereka lepas solat Asar pada hari kedua operation.

" Ya Allah.. sembuhkanlah penyakit Maksu, sudah-sudahkanlah semua ini, habis-habisanlah penyakit Maksu, janganlah biar semua orang menangis lagi kerana Maksu.... by Dania Adrianna n Daniel Hakimi...


Walaupun agak tunggang langgang ayatnya, siapa tahu mungkin kerana doa si kecil ini segalanya akan dimakbulkan Tuhan....?


Inilah sebabnya aku dah lama x berblog n blogwalking. Sekian.

Template by:

Free Blog Templates