10 August 2010

Unexpected


Tiba-tiba je..
Aku tak jangka pun macam tu.

07 August 2010

PINK Wedding Diary n ME!

My wedding diary.. =)

Assalamualaikum n hye all.

Hari ni aku nak cerita pasal sebuah diary. Diary pink yang korang tengok ni adalah pemberian seorang sahabat sewaktu hari lahir aku yang ke 22 tahun. Dia tahu aku suka Pink, sebab tu dia kasi diary kaler pink. hihi Sekarang dah dua tahun berlalu, tapi diary ni masih elok dalam jagaan. Kalau dapat kat anak buah aku ni haruslah suka sangat diorang! Menconteng tak hengat kot. Kalau dapat kat Yaya pulak mesti penuh dengan karangan. haih. Boleh jadi penulislah kakak nanti. Baru year 2 dah pandai mengarang macam-macam.

Setelah difikir-fikir selama dua tahun lamanya cara untuk memanfaatkan diary ni, maka aku mendapat satu idea untuk menggunakan diary ni sebagai wedding diary aku. Aku akan mula mencatat segala yang berkaitan wedding preparation, bajet dan lain-lain dalam diary pink ni bermula pada 1 Ramadhan 1431H. Bila mencatat dalam personal diary mungkin lebih detail berbanding menulis di blog yang satu dunia pun boleh baca apa yang aku tulis.


Kenapa 1 Ramadhan? Jawapannya.. saja-saja je..haha Mungkin ini Ramadhan yang terakhir sebelum aku menjadi milik orang. Cewwaahhhh!! hahaha sila sedia baldi untuk muntah.



* aku kat perodua service masa menaip entry ni. haish. macam-macam hal kembara ni.


04 August 2010

Inilah HARTA DUNIA paling berharga pemberian MAK.


I'm happy to the MAX~!!! Nak tahu sebab apa? Sebabnya semalam 3 Ogos 2010 bersamaan 22 Syaaban, ada satu lagi harta dunia bewarna Pink yang aku terima. Jeng jeng jenggggggggg....~!!!


♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥


sengaja di'BLUR'kan pic ni.

Ha! Ni la harta aku yang paling berharga pemberian mak setakat ini. A million thanx to mak tercinta. Keluaran pertama di Mersing ni katanya. Haih. Suka! Makin bertambah la koleksi harta Pink aku nampaknya. Tak sabar nak balik jumpa harta dunia yang satu ni. Tak sabar nak tunggu cuti raya! Lebih kurang sebulan lagi baru boleh jumpa harta pink ni. Kalau nak baca rentetan macam mana mak aku boleh bagi harta pink ni, boleh klik sini.

Sengaja aku 'blur' kan gambar tu sebab aku pun belum dapat tengok yang betul-betul punya kat rumah tu. Nanti dah tengok depan mata, boleh la tunjuk pada korang. Dah ada plan untuk make over harta ni sebenarnya. Tapi tunggu la dulu, sikit-sikit boleh la. Banyak lagi perkara masa depan yang lebih penting. Jangan tamak ok. Nanti satu apa pun tak dapat. Step by step lah kan. Lebih selamat.




* boleh say gudbye to Perodua Kembara sebulan lagi. hikhik



02 August 2010

Kalau Kau jadi ARTIS mesti aku sanggup datang konsert kau walau berhujan berpanas!


Hye and assalamualaikum..


Sabtu lepas aku n Ayu pergi Hot FM Mini Jam di Padang Ipoh.Hah! Sia-sia duduk Ipoh lima tahun lebih, padang Ipoh pun aku tak tahu kat mana. Tahulah padang tu, tapi tak tahu pulak namanya Padang Ipoh. Mati-mati ingatkan kat Dataran depan Ipoh Parade tu. Sampai-sampai je mmg la ada kanopi, ada crew tengah setting stage tapi yang peliknya orang tak ramai langsung. Tanda-tanda yang menggambarkan tu adalah Hot FM Mini Jam pun tak ada. Maka, teruslah pergi ke padang satu lagi. Yess!! Memang itulah tempatnya. Mujur tak ke Padang Polo Ipoh je masa tu. haish!


Ayu n me!

Kak Fafau yang sporting~!!

mencapub sat sebelum balik.

Deejay Hot FM menyanyi pada pembukaan konsert.

Gagah aku dengan Ayu pergi tengok konsert ni ha. Berdiri depan sekali betul-betul depan speaker pulak tu. Rasa nak gugur jantung. Siap berlari-lari meredah hujan. Basah! haha! Mujur muka tak comot sebab dah tepek kryolan foundation stick tebal-tebal kan Nget kan? haha!

Owh satu lagi nak bagitahu. Gambar dengan FBI n Bro AG pun aku ada amik jugak. Ada kat Fb aku. Malas nak upload kat sini.
hihi tahu, tak ada kepentingan pun tapi saja nak bagitahu. haha


Nak pergi class dah. Babai.

29 July 2010

Siapa Tahu SHOPPING kat Vietnam BEST ke TAK...??


Sesibuk mana pun kita, jangan lupa meluangkan waktu untukNya kerana DIA akan selalu ada dan dekat dengan orang-orang yang sering mengingati dan meluangkan waktu untukNya...~ Tidak hairanlah jikalau kita sedang dalam kesulitan, segala urusan kita dipermudahkan tanpa diduga...~ Thanx God!! =) ~ (status fb aku hari ni)

Esok last day INTERNSHIP. Huyeaaahhhh!! Huyeaaahhhh!! Huarghhhhhhh!!!

Esok jugak mak and ayah aku berlepas ke Vietnam. Moga-moga mak and ayah sihat sepanjang perjalanan, selamat daripada segala bahaya, selamat pergi dan selamat pulang, selamat ber'shopping' sambil berpada-pada.... hehe

Ohh ya, gambar kat atas tu masa aku pergi Hi-Tea sempena persaraan GB baru-baru ni. Sebab Hi-Tea ni la aku tak dapat pergi wedding Sis Iza Iziana. Selamat Pengantin Baru sis..~


27 July 2010

Wedding Card gua dah jumpa!!

ni konon-konon je


Aku busy sekarang. Nak siapkan projek, portfolio, penyelidikan tindakan dan macam-macam hal dengan masa depan. Tapi sambil-sambil aku menyibukkan diri dengan tugas, aku jugak menyibukkan diri dengan men'survey' hal-hal berkaitan wedding preparation. Cewaahhh!! haha

Pendekkan cerita, survey punya survey... aku terjumpa satu wedding card yang tersangatlah smart wei. Cantik menarik tertarik kau memang da bomb lah kan! Itu bagi aku lah. Bagi kau aku tak heran pun kalau kau tak suka. Sebab aku yang nak kawen bukan kau. ngahahahaha (evil laugh)

Itu je nak cakap kali ni. Mr. Lemonade!! Take note oke. Saya nak kad tu jugak. Taknak kad lain. (6_9)


24 July 2010

Aerobic dance?? Done!! Shopping is the best therapy setelah berpenat lelah dengan tugas bukan?


Tajuk pun manglish tak agak..=) Fuhhhhh!! Fuhhhh!! Fuhhhhh!!! Legaaa... bila second project dah berjaya dilaksanakan. Tinggal lagi satu project je. Tak sabar nak langsaikan semuanya. Letih ohh nak kena siapkan 3 project dalam masa sebulan. Rushing ahh.

Seperti yang aku beritahu dalam previous entry, hari semalam kan aku ada aerobic dance kan kat sekolah. Ni la second project aku. Bersungguh kot practise dua minggu untuk project ni. Berakhir hari semalam, maka, selesai la sudah..

muka happy kot (^_^)

Selain daripada aerobic dance untuk warga sekolah, aku dan partner jugak melatih budak untuk pertandingan pada hari yang sama. Tak sangka wei, johan siot budak-budak aku. Tak sia-sia aku terpekik terlolong ngajar dorang menari. Bangga. Bangga. hikhikhik

Balik umah terus tido tak ingat. Letih tak terkata ohh. Dua minggu all out untuk project ni. Sooooooooo, sebagai hadiah kepada diri sendiri... maka, hari ni aku pergi shoppinggggg beli baju tiga belas helai~!!! ngahahahahaaa (=_=) (tipu je, tiga helai je laa..) hihi


Template by:

Free Blog Templates