15 December 2008

Finally...

Aku berjaya menamatkan kursus Inspirasi Kreatif bersama Aishah dengan jayanya…cheeewahh!! Aku lah peserta termuda kata YB Joe yang hadir merasmikan majlis penutup kursus ni. Hehe.. semalam seperti yang telah aku citekan sebelom ni, aku wat bunga telur emas dengan bekas bunga rampai. Sakit nak mati tangan aku memintal-mintal dawai. Tapi sebab nak tengok benda tu jadi hasil kerja tangan aku sendiri, aku buat jugak. Hasilnyee.…feewwwwiiiiittt cantik dowh bunga telur emas dengan bekas bunga rampai yang aku buat tu. hahahaaa bukan aku saje2 mengaku, orang lain pun cakap camtu. hehe bangga la pulak kan. Tp hari ni memang rasa sakit giler ar tangan aku.

Petang tadi aku kuar pi cari benang cross tich (betol ke eja camni..?) n benang DMC nak jahit tudung, tp x jumpe la pulak..dh habis la, ape la…tyme aku nak mesti camtu. Tyme kite x nak berlambak-lambak je jual. Bengang jek rasa.. Pastu, aku pi hantar 3 pasang baju kat umah kak nah. Sepasang baju masa merisik pastu 2 pasang lagi baju hantaran aku. Cam bese la, sekarang ni aku kan tengah kemaruk wat kurung moden, so tiga2 tu aku wat kurung moden lah. Nadia (my kezen) bertunang 25hb ni, x tau lagi nak pakai baju mana. Nak jahit manik dulu pada baju kasi mengerlip ckit. Hikhikhik

Hurm, setakat hari ni kawasan rompin tempat aku ni x de lagi yang jadi mangsa banjir walaupun hujan agak kerap sejak 3-4 hari lepas. Mudah-mudahan x banjir la tahun ni sebab tahun lepas dah banjir teruk. Semoga selamat semuanya…


causinci

13 December 2008

KURSUS INSPIRASI KREATIF

Halluuuu…..

Hari ni seharian aku mengahadiri KURSUS INSPIRASI KREATIF BERSAMA AISHAH di Rompin Beach Resort (RBR). Bukan jahit baju atau manik tapi creative embroidery anjuran Jabatan Pembangunan Wanita. Telah wanita kah aku?? Oh tidak..aku sekadar mengisi masa lapang dan mengambil sedikit ilmu dalam kehidupan. Cam geli jek kan dengar aku join benda2 camni, tp tak tau la camne tibe2 je minat dalam jahit-menjahit ni boleh timbul. Sejak blaja jahit manik dengan mak hari tu la agaknya n mungkin sebab bile dah tengok beberapa hasil jahitan manik yang aku buat pada baju agak mengagumkan. ahahaaa…kagum ker..?? ok la tu kan daripada aku yang bebal dalam jahit menjahit b4 dis tp sekarang ni boleh la jugak..kalo tak, nak simpul mati benang pun tak reti beb..kalo kat maktab mc lyn yang tolong simpulkan, kalo kat umah lak k.ana yang wat n k.ana jugak yang jahitkan, hehe sesape yang nak tempah jahit manik ngan aku pasni dipersilakan..hak3 poyo nak mati!

Huishh..letih giler hari ni, bayangkan la daripada pagi duk tercanguk smpai petang wat benda2 tu sume. Penat..penat..tp sronok, sape nak bagi ilmu free beb! bukan senang nak dapat ilmu daripada orang yang expert dalam embroidery nih. Aishah tu kire expert ar bagi aku, dia pun merantau sampai New Zealand blaja benda ni. Aku ni kire antara insan yang bertuah ar dapat curi ckit ilmu dia. Pagi tadi mule2 aku wat sulaman reben pada kusyen. Waarrghh..aku sangat suke wat bunga ros, bunga pansy and bunga carnation. Hari ni mungkin blom smapai tahap expert lagi tp boleh buat ar stakat bunga2 tu..very interesting. Rasanya kalo dah lama tinggal blh lupe jugak cara2 nak wat bende2 ni sume. Means, kene slalu buat la..so, aku nak wat bisnes jahitan manik n embroidery sumday. Who knows? Selain mendidik manusia aku juga bakal bergelar usahawan yang berjaya dalam bidang ni. Hahaaa brangan lebih. Memang aku suke brangan pon. Angan-angan itu sangat penting bagi aku.

After lunch, aku wat bracelet guna pearl n kristal. Ahaaa…pecaye tak aku boleh wat bende yang ramai orang gilekan ini..?? x payah pi cari bracelet kat sabah, aku pon dh bole wat sendiri. Hehe mule la nak bangga tak tentu pasal ni.

Esok sehari lagi aku akan habiskan kursus ni. Siap dapat certificate lagi tu. Kalo ikutkan perancangan, esok aku blaja wat bunga telur emas dengan bekas bunga rampai. Mak aku pun expert wat kerja2 tangan camni. Wat bracelet tu je yang die kurang minat. Ada ke patut ade orang tak pecaye mak aku sendiri yang wat hantaran aku masa bertunang hari tu. Mak aku busy kata mereka, mn ade masa nak buat benda2 camtu. Hey,, tolong ckit ye…mak saya tu dari mude lagi hantaran kawin dia pun dia yang wat sendiri tau. Along n angah aku dulu pun mak aku yang buat hantaran dorang. X payah nak tiru2 dalam magazine, dia boleh gubah sendiri ikut kreativiti dia. itulah mak aku.. btw, mostly kawan2 dia n sedara mara aku tau mak aku pandai buat benda2 camtu. kalo ade minat, seme boleh jadi kan? Adakah aku sedang mengikut jejak langkahnya..?? ahaaa…biar keadaan yang menentukan.

Chow.

10 December 2008

JAHIT MANIK....!!!

Tengok title tuh! Ahaaaa…I got new hobby since today.. JAHIT MANIK..!! ya, jahit manik…sangat teruja bile aku baru blaja dengan mak pagi tadi beberapa jenis jahitan menggunakan manik. And wut I sooooo bangga is aku dah berjaya menyiapkan 2 jenis jahitan pada lengan baju kurung mak aku n leher baju aku hari ini..eewwwweeehuuu sangat bangga dan teruja untuk melihat hasil yang seterusnya..hahaaa

Actually, mak aku blaja jahit manik ni masa dia pegi kursus jahitan manik hari tu. This Saturday, mak aku as a naib ketua wanita umno akan mengadakan satu kelas jahitan manik di rompin. Tempat adalah terhad untuk insan-insan yang terpilih sahaja. Kepada yang tidak terpilih sila menuntut ilmu di tempat lain lah ye. Hahaha n the jemputan khas untuk ajar jahitan manik n lain2 jahitan this Saturday ialah AISHAH..penyanyI yang nyanyi lagu Syurga di Telapak Kaki Ibu tu..Pagi tadi AISHAH ade call my mom tanya pasal kursus yang dia nak buat tu n jalan nak ke rompin. Aku nak join gak class dia nanti. Yeay yeay nak ikot mak pegi. Hahaa harap2 aku x bangun lewat. Excited ni blaja jahit-menjahit sejak menjadi tunangan orang nih. Kui kui kui

Hurm..dia dalam flight otw 2 balik tawau ni. raya kelmarin dia ada datang ngan apis. Semalam pun ada datang gak sebab mak suh dia lunch kat umah aku. Pon datang ngan apis gak (peneman setia tu..). haha aku x pegi pun umah dia lagi kali ni. next tyme lah..lagipun family dia busy dengan majlis pertunangan kezen dia. xpela xpela lain kali jer la kan. Banyak masa lagi..tp kan, “sempat ke?” hahaa insyaAllah sempat.. tadi aku bagitau dia aku blaja jahit manik pastu dia suh aku blaja masak jugak. Suh blaja masak apa lagi…ayam masak merah febret dia tu la..aku ni sebenarnya bukan tak tau masak, cuma kalo aku masak karang aku takot berebut lak orang nak makan masakan aku yang best tu. haha sbb 2 aku rilex jer skarang ni..nanti dah kawin aku tinggal berdua je ngan dia bleh ar aku masak slalu sebab xde orang nak rebutkan lauk masakan aku. Hak hak hak

Jap lagi dia smpai tawau, semoga selamat sampai dan dijauhkan daripada hasad manusia yang jahat. aku rindu dia..dapat jumpa kejap je kali ni..sob sob sob :(

Ok la, nak sambung jahit manik. Daaa…

08 December 2008

Aku Kini Tunangan Orang...

Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…

Mjalis pertunangan aku berjalan lancar semalam. i've been booked! Thanx 2 al my beloved fren yang sudi datang dalam majlis yang menjadi satu momen penting untuk diingati dalam hidup aku. Thanx a lot 2 sue yang sanggup balik daru KL semata-mata nak datang tengok aku, thanx 2 murni teman yang sering mengkhabarkan hot story pada aku, thanx 2 marz yang sanggup balik daripada JB, thanx 2 shida merangkap teman aku yang palingggg rendah, thanx 2 citah n faizah yang sudi datang dengan mak mereka…thanx 2 fairuz teman aku since primary skul n nazir yang baru balik sehari b4 majlis aku berlangsung. Thanx 4 coming. n thanx 2 al my fren yg wish sempena pertunangan aku.

A million thanx 2 kawan2 mak yang datang rewang, thanx 2 team berzanji yang hadir utk majlis darwisy, thanx to al my relatives yang datang, thanx 2 al VIP yang sudi hadir..Datuk Fuad’s wife (aku x tau ape nm dia), Datuk Lias (my uncle merangkap abg mak aku) n his wife Datin Norhayat, Dato' Seri Dr. Jamaludin Jarjis yang nak datang tp terpaksa berpatah balik coz heli dia ade problem, Yb Joe merangkap ADUN Rompin n his wife, n lain2 yang x brape aku prasan akan kehadiran mereka. Thanx a lot kerana memeriahkan majlis saya. Really appreciate it.

THANK YOU SO MUCH to my parents yang mengeluarkan belanja yang agak banyak seakan-akan majlis kawin kata kawan2 saya yang datang bagi menyempurnakan momen penting dalam hidup saya. Lastly, thanx to y'all yang ade sponser kek 4 da guest (xtau la sape)haha.

Since hari Jumaat dan semalam cuaca ok. Hari jumaat panas terik sampai petang, sabtu agak redup dan tenang. berkat doa agaknya. Hari ni dah start ujan smule. Hari jumaat yang lepas aku sangat busy dengan persiapan yang masih terbengkalai. Pagi tu cam biasa la kan, kemas umah n apa2 yang patut di kemas. Pastu tengah hari ckit aku p amik daun pandan kat blakang umah nak buat bunga rampai, then duk hadap ke daun pandan tuh ngan linda sampai krem tangan aku, tengah wat bunga rampai p tengok 2 eko kambing darwisy disembelih blakang umah jap. Cun giler kambing putih yang sekor tu. putih berseri. Haha pastu petang ckit kak gie datang pasang mini pelamin aku n renda pada kanopi. Patutnya 1hb dia datang kan tp sbb husband dia sakit, so kene tangguhkan la smpai jumaat. Mujur jugak jumaat tu dh ok ckit n dia datang pasang hari tu jgk. Kalo x…pelamin anganku musnah la jawanyee…kikikiki Pastu dah lewat petang ckit aku n beberapa orang kawan mak siapkan bunga telur darwisy..malam lak my relatives n me menyiapkan beberapa lagi cenderahati 4 guest.

Perjalanan majlis semalam…pagi tu sesudah subuh aku tolong kemas umah jap. Bentang karpet ngan along. Pastu bersiap2 menanti kehadiran kak gie. Dh agak lewat dia datang, terpaksa make up kan aku cepat2. Mujur x mcm badut jadi muka aku.haha tengah2 make up ni la kawan2 aku datang. Hehe pas dah siap seme aku dh bdebar giler tyme tu menunggu d panggil keluar. Warrggghhh sangat berpeluh tapak tangan aku yg bermasalah ni. pastu sempat la posing dulu dengan kawan2 n adik bradik sebelum sah menjadi tunangan orang kan.

Then, aku dibawa keluar oleh along ke menuju ke mini pelamin. Masa ni dah x berdebar ckit pun. Rasa cam artis pun ade tyme ni dengan pancaran flash camera dari banyak side. Ahahahaa..perasan! Aku pun steady je la kan duk berdepan ngan orang ramai. Hehe rasa cam best je ramai orang amik gambar aku. Haha pastu upacara menyarung cincin ke jariku yang cute ini. Alamak!! X muat!! my future mil said “eh, x muat pulak” aku dh nak suh tukar sarung jari belah kiri je tyme tu. tp aku cube menenangkan keadaan tyme tu.haha aku cakap “xpe..boleh masuk ni” hehe last2 boleh jugak masuk. Adoyaiii..malu jek kalo x leh masuk betul2 kan. Masa duk atas pelamin tu aku tengok ayah aku duk tenung je kat aku. Along pun prasan sbb along duk sebelah aku masa tu. Pas orang siap baca doa, ayah aku terus datang kat aku salam n cium. Situasi yang x dijangka ni. Sebak giler masa ni beb! dah bertakung air mata aku cuma x mengalir jer n aku tunduk agak lama takot orang nampak aku nanges. Tp x kisah la, kalo nmpak pun aku ckit pun xde rasa malu. Cuma takot terover teriak depan orang ramai je..hehe Mak pun sedih gak tyme ni. yela, ni 1st step nak melepaskan tanggungjawab mereka kan. Abah dia pun nangis jugak rupanye..hehe k.ngah yang cakap sbb dia nampak. Dia ade anak pompuan dia faham ar macam mana ayah aku rasa kan. E2 sbb la die pun sebak jugak masa tu.

Wang Hantaran?? Family aku n family dia dah sepakat xnak disebut pasal ni dalam majlis..orang2 cbuk bertanya brape ribu..jawapan family aku “lambat lagi…bia la dulu” padahal aku n dia je yang tau brape skrang ni..haha kalo aku cakap 20ribu ade yang cakap “bnyaknye…knp banyak sangat..macam artis la pulak kan..?” kalo cakap 2ribu karang ade yang cakap “ckitnye..knp ckit sangat…cam x mampu jer..?” haha itu la antara persepsi masyarakat kita yang cbuk je nak amik tau hal orang lain..nanti kamu akan tau jugak..sy blom nak kawin lagi lahhh…2 tahun lagi…masih punya masa untuk kamu berteka-teki..ahahahaaaa


Oppss…hantaran pertunangan 13 daripada pihak aku berbalas 11 daripada dia.. aku bagi sejadah, tafsir al-Quran, coklat, songket, baju melayu, bunga telur, sireh junjung, perfume, towel, bunga rampai, kek, buah dan sebentuk cincin suasa permata biru..dia lak bagi sejadah n telekung, sireh junjung, buah, kek, 2 pasang kain, pudding buah, coklat, perfume, towel dan sebentuk cincin…aku bertemakan gold n coklat n dia pepel mude. Hantaran kawin nanti perlulah lebih daripada ini. Biasanye camtu lah kan.

Esok hari raya haji..salam aidiladha untuk semua umat islam seantero dunia. Semoga bertambah keberkatan dan keredhaan dalam hidup. Tp kan aku x rasa pun cam nak raya..letih smalam tak hilang lagi..umah pun x habis kemas lagi. Kat halaman umah aku ni banyak lagi sampah (tisu2) yang di buang merata-rata oleh orang2 yang tiada kesedaran sivik! Haha amik kau! Tp xpe, hari raya tetap dirai even letih skali pun. Sbb raya haji cuma setahun sekali, tambahan pulak masakan aku akan bertemu dengan hari raya korban yang akan datang..?? semuanya belum pasti…



Setakat ini saja rentetan peristiwa detik2 majlis pertunangan aku. Kalo rajin nanTi mau story lagi sbagai kenang-kenangan hidup aku. Chow!


04 December 2008

Kamis, jumaat dan sabtu…..

Hari ni kamis, esok jumaat dan sabtu majlis pertunangan aku. Hehe

Aku maybe xkan update sampai hari raya haji kerana busy dengan persiapan majlis dan sambutan hari raya haji.. ya! Sangaaaattt busy!

After hari raya haji, aku nak anta laptop p format. Hidup segan mati tak mau je dah laptop aku ni. Nak upload pic pun dh x boleh. Aku lah penetrnak virus terhangat di pasaran sekarang! Ha ha haaa….

Apa yang berlaku semalam dan kelmarin ek..? Hurm..Mak ja dh smpai petang semalam. Kanopi dah pasang kelmarin. Mini pelamin x pasang2 pon lagi..ntah bila nak datang pon x tau la. Jangan x pasang smpai majlis aku tiba sudah..hari ni k.ngah balik..ye ye!! dapat jumpa syasya!!! Rindu giler ngan budak becok sorang tuh. Smalam dh start ujan yang agak lama ckit daripada biasa..hari ni x ujan pun lagi stakat jam 11.20am pagi ni. Mudah-mudahan dengan izinNya esok lusa cuaca ok. Semoga Allah permudahkan perjalanan majlis ku nanti. Jauhkan aku dan orang-orang yang aku sayang daripada hasad manusia yang jahat.

Amiiiinnn

02 December 2008

Kisah Baju

Tension! Tension! Tension!

Aku bengang tahap cipan dengan Tumblebugs!!! Dh 4 hari aku main kat level 8 je. Nak sampai level 9 susah nak mati! Geramnyeee!!!

Huh, cit pooraaahh. Hurm, petang smalam melepak ngan murni kat blakang umah. Slamber tenuk jek duk melepak atas jalan. Haha motor lalu lalang wat bodo je. Kete lalu of course la kene bangun kalo x nk penyek kan. Ahahaaa dia pun ade lalu gak. Bru blk dri market n tunas manja dgn my future sil beli barang katanya. X nmpak pun muke die sbb aku x pakai spec tyme tu.

Kak gie x datang pun smalam nk pasang mini pelamin. Orang pasang kanopi pun x datang gak. Bagus gak dorang x datang smalam pasal kalo dorang datang, awal sangat ar beb.. basi nnti seme tu. haha

Yeay! Yeay! Hari ni nak amik baju kat umah kak nah. Haha ada 3 pasang baju aku. 2 pasang aku wat kurung moden, sepasang lagi baju kebaya. Saje je anta baju kebaya tu, xde la best mana pon kain dia sbb aku yang beli sendiri masa pg kat Sarawak dulu. RM35 je..Ngee.. nyampah aku tengok kain yang x dbuat baju. So, anta je la kan kasi jadi baju. Boleh jugak dipakai. Haha yang kurung moden tu batik sutera dengan chiffon sulam tangan. Batik sutera tu mak aku yang beli kaler coklat. Dia beli kat Terengganu hari tu RM240. Kain chiffon tu pulak aku yang beli sendiri kat blog alin’s collection RM150. Haa…baju ni satu2nye baju yang nice aku beli. Hehe slalunye udoh kalo aku beli sendiri kain pasang. X reti ahh..mak aku jer terror bab kain ni. Cane la rupa baju aku ek.. X sabo btol nak tengok ni. Nak2 yg kurung moden tu. Jap2 lagi nak p amik lah.

Pas tunang ni plak aku nak anta lagi 2 pasang baju. Hehe mesti kak nah bengang bile tengok muka aku bertandang kat umah dia sbb banyak songeh ckit aku ni kalo dtg c2. Aku bukan ape, aku gerrrraaamm tahap cipan sbb sejak dua menjak ni baju kurung aku cam harrraamm je dia buat. Batik sutera aku dah 2 pasang besar melampau. Adoyai..bengang gile beb! padahal everytime aku datang aku akan explain kat dia buat camtu camni. Pastu dah pesan banyak kali kalo kain lembut tolong wat kecik ckit. Alahai… kak nah oiii tolong la paham aku ni x gemok pon.. Buat la betol2 ikut ukuran saiz aku kan. Hurm, harap2 kurung moden yang aku anta 2 pasang tu menjadi dengan jayanya. Ngeeee..

Pas tunang ni aku nak anta baju masa merisik dengan baju tunang lak. Baju mersik tu dia yang beli kat sabah RM70 kalo x silap. Kalo ikotkan x anta jahit lagi baju nih sbb xde lining tp aku kan rajin menggeledah barang2 kan, so terjumpalah lining kaler pepel yang mak aku beli dulu dalam beg baju yang nak wat baju tunang aku sebelom ni. Ahaaa…so, matching ar ngan baju tu kan. Satu lagi nak anta baju hantaran tunang aku. Batik sutera, ni pon mak aku beli kat Terengganu RM380. It’s look soooooo nice coz ade color campur2 ckit. Yang 2 pasang ni pun aku nak wat kurung moden gak.

------------------------------------------------------------------------------

updated!!!

Sangat hepi! Sangat hepi! Hepi sangaaaaaat!!!!!!!!!

Aku dh amik baju,..ahaaaa…sangat suke!!! Sangat cantik kurung moden saye! Wakaka perasaan. Gud bye baju kurung…aku nak wat kurung moden je pas ni smpai la aku rasa jemu nak pakai kurung moden. Hahaha thanx k.nah kerana berjaya menyiapkan baju idaman saya even nmpak simple sbb xde manik2 kat leher n lengan tp saaaaannnggaaaattt cantik jahitan dan potongannya. Aku lagi suke kalo ade manik kat leher yang panjang ke bawah ckit pastu kat lengan pun camtu. ala, yang cam model2 magazine gayakan sekarang ni. Tp dari tahun2 lepas lagi aku tengok dh glamer fesyen tu tp skarang ni still ade lagi kerana pereka2 fesyen skarang sedang ketandusan idea mencipta baju. Hahaha wut3eva laaahhhh, kurung moden aku dh menjadi pun aku dh sangat hepi tau sekarang.. ^_^ senyum sampai telinga.

Sekian saja catatan kehidupan aku hari ini. Chow.

01 December 2008

4 days more..

Smalam x de masa nak update sbb sangat busy mendecorate umah 4 da 2nd tyme. Waarrggghhh sangat penat. Ohh, really need a gud rest. Lap mengelap, buang membuang, angkat mengangkat, sedut menyedut seme aku buat smalam. Tp bukan aku sorang la..together gether. Hehe

Hari ni mak andam datang pasang mini pelamin. hari ni jugak orang dah pasang kanopi. Snap pichas! Snap, snap and snap again..ahaaaa moment penting dalam hidup aku nih. tp dorang x datang pun lagi. haha

Smalam aku dh start menginvite kawan2 datang majlis aku nanti. Tp x semua la..yang tertentu je. Kawan masa sekolah, masa kat kolej, kat uitm n kawan kat maktab..hanya sekadar jemputan, x dtg pun xpe.. nnti majlis korang aku lak x dtg. Hua hua hua jahat nak mati. Jus kidding.

Template by:

Free Blog Templates