22 September 2010

Doakan Aku.


Assalamualaikum.

Korang, esok kan antara hari yang paling mendebarkan bagi aku. Ish.
Harap-harap korang sudi mendoakan aku. Ini masa depan aku.
Doakan aku tak gagap menjawab pertanyaan penilai.
Doakan aku tak menggigil masa presentation esok.
Doakan aku menjawab segala soalan dengan baik dan lancar.
Doakan aku tak bercakap terlalu kuat dan laju. (aku tak reti nak cakap slow-slow)
Doakan aku agar sentiasa cool walaupun aku tak boleh jawab soalan.
Doakan aku...

Moga-moga aku berjaya present research aku dengan baik esok.
Hanya untuk segulung IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN yang selama lima tahun setengah aku berjuang untuk mendapatkannya. ewaaahhhhh.. skema la pulak. hihi


Sekian.

20 September 2010

It's hurt

No words can describe me.


I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they're right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together...


11 September 2010

Ramadhan DAN Syawal Terakhir...


Assalamualaikummm... Selamat Hari Raya Semua!!

Salam lebaran buat semua muslimin muslimat yang membaca blog aku. Raya ke-DUA baru berkesempatan nak bagi ucapan. Mohon maaf andai ada silap dan salah sepanjang aku menjadi penulis bebas dalam dunia maya ni. Blogger yang biasa-biasa macam aku ni kadang-kadang tulis main ikut sedap hati dan jari je. Lainlah kalau yang jenis bajet hartisss kan, entry kena sopan kaw-kaw bimbang kalau-kalau dikata orang. haha! Terserah anda.

Thanks kepada sesiapa yang jadi follower blog aku even aku tahu korang hanya sekadar memenuhi kotak-kotak yang ada je. Aku tak paksa. Jadi, jangan paksa aku follow balik ye. Itu bukan cara aku. Ohh ya, aku sangat suka bila jumpa ramai kawan-kawan blogger BRIDE TO BE daripada Pahang especially. hehe Boleh berkongsi kisah wed prep biarpun tak pernah bersua. Thanx to all B2B alam maya. =)) Keep in touch!

Korang, banyak yang terakhirnya tahun ni dalam hidup aku. =(( Kisah sebuah perjalanan hidup.


Tahun ni...
Tahun terakhir aku beraya dengan keluarga sebelum sah menjadi milik orang.
Tahun terakhir aku berbuka dan bersahur tak tentu arah.
Tahun terakhir aku bergelar pelajar sebelum bergelar pendidik.
Tahun terakhir aku bersama kawan-kawan. Lima tahun setengah bersama kot.
Tahun terkahir aku . . . . . . . . . . .


Kemudianlah. Tiba-tiba tak ada mood nak update blog.


02 September 2010

Ramadhan Terakhir

Hari ini.. 23 Ramadhan 1431bersamaan 2 September 2010.
Buat kali terakhir aku dan teman-teman rapat merangkap classmates juga berbuka puasa bersama-sama setelah lima tahun setengah kami bersama.
Esok masing-masing akan pulang ke kampung halaman.

Lepas ni...
Tak ada lagi puasa bersama.
Tak ada lagi sahur bersama.
Tak ada lagi riuh-rendah bila bersahur.
Tak ada lagi riuh-rendah bila berbuka.
Tak ada lagi tiupan wisel bila bersahur.
Yang tinggal hanyalah kenangan kita.

Tahun depan masing-masing dah bawa haluan sendiri.
Entahkan jumpa entahkan tidak.
Demi anak bangsa. =_=


Setakat ni dulu. Sekian.



** monolog hati lewat senja..



Template by:

Free Blog Templates