31 May 2011

Agent Vco Catalyst Lemonade

Sila hubungi agen saya yang terdekat di tempat anda untuk mendapatkan Vco Catalyst atau lain-lain produk Catalyst secara by hand / COD.


1. MARLIA - Kompleks Teruntum / Kuantan (0127564104)
2. YUHANIS - Bandar Baru Bangi (0173839373)
3. ROHANA - Kuala Rompin (0142244359)
4. ABD. HALIM - Georgetown / Pulau Pinang (0135452667)
5. MAISYARAH - Bentong / Kuala Lipis (0179720553)
6. KHAIRUNISA - Batu Pahat / Universiti Malaya ( 0127131957)
7. ANWAR - Kuala Lumpur (0193205920)
8. NADIA - Johor (0139664190)
9. HAFFIZAN - Bera (0195508054)
10. ZEATTY - Johor (0177965604)
11. NOORDIAH - Lahad Datu / Sabah (0132328983)
12. NADIAH - Batu Caves (0172927307)
13. SHAMSINA - Bukit Setongkol / Kuantan (0139991108)
14. ZARITH SOFEA - Menara Telekom / KL (0133276955)
15. HAFIZAH FADZILA - Endau-Rompin / Kuantan (0192673007)
16. JULIA - Putrajaya (0122742836)
17. HANIZA - Desa Petaling / Sik Kedah (0175983238)


p/s: Hari ni Selasa (31 Mei 2011) sampai hari Khamis saya ada di Putrajaya dan Bangi. Siapa nak amik Vco Catalyst secara by hand boleh hubungi saya macam biasa 0194194194.

22 May 2011

COD Vco Catalsyt n Skin Care Class Mary Kay

Hye korang!

Siapa nak COD (cash on delivery) Vco Catalyst or Collagen Catalyst di Bangi or Putrajaya boleh contact saya pagi ni 0194194194. Pagi ni saya nak ke Bangi sekejap then saya ada di Putrajaya. 

Saya ada skin care class Mary Kay di Presint 16. Siapa nak join jomlah! Skin care class PERCUMA ni terbuka kepada semua orang khususnya di Putrajaya dan yang berdekatan dengannya. Kalau korang free hari ni, jomla join! 



Ni adik aku yang sengal tu buat. HAHA! 

Babai.


19 May 2011

Perhatian Kepada Blogger!

Hye korang!

Aku nak tahu siapa yang link aku tapi aku tak link dia dalam blog buruk aku ni? Tolong beritahu ok. Sebab aku tengok ramai yang link aku tapi aku tak tepek pun link korang kat sini. Sorry. Aku tak perasan. Lagi pulak dah lama sangat aku tak renovate blog ni. Siapa yang nak exchange link pun boleh tinggalkan link kat comment ok. Aku tengah bersemangat nak renovate blog ni. 

Sekian, terima kasih n have a nice day! 

18 May 2011

Sewa Tudung Pengantin

Perhatian kepada awak-awak yang datang menjengah di entry ini. Tudung pengantin saya yang kaler dark purple ni telah disewakan kepada seorang pembaca blog untuk wedding beliau pada 28 Mei 2011. 


Awal Jun 2011 tudung ni akan dikembalikan kepada saya semula. Siapa-siapa antara awak yang nak sewa tudung pengantin ni boleh tunggu turn ok. Kalau awak nak sewa tudung nikah or tudung pengantin saya yang kaler turquoise n dark peach tu boleh, still available buat masa ni. Kalau nak tengok tudung pengantin kaler turquoise n dark peach boleh klik sini. 
http://sweetstoberi.blogspot.com/2011/05/tudung-pengantin-lemonade.html

Sebarang pertanyaan boleh contact saya terus 0194194194. 


Ready Stock Vco Catalyst n Collagen Catalyst


Update laju-laju.

Ni semua ready stock Vco Catalyst dan Collagen Catalyst. Bukan pre-order. Siapa nak boleh terus contact saya. Tq!

Lemonade: 0194194194

12 May 2011

Butik My Couture Komen Saya!


Tak sangka. Admin Butik My Couture komen entry aku. Segan pulak rasa. Dari mana dia tahu aku buat entry tentang page Butik My Couture? Mungkin dia google kot. hihi Aku buat entry tu bukan apa, sebab aku suka dengan design dress yang ada kat butik ni. Itu saje. :'D

p/s: Weekend ni aku berada di Putrajaya. Kepada orang-orang Putrajaya or Bangi yang nak COD (cash on delivery) produk Vco Catalyst n Collagen Catalyst boleh inform saya cepat. Sebab stok Vco Catalyst batch 5 pada saya dah tak banyak. Siapa cepat dia dapat, sebelum batch 6 masuk. 

Hati Tisu


Terasa hati.
Sungguh!

11 May 2011

Kosong Tiada Beerti..

Just for sharing sebuah lagu lama yang saya suka dengar lately. Cinta Embunan Pagi nyanyian Azean Mazwan. 




Berseri indahnya bagai pelangi
Berkembang mekarlah bunga-bunga di hati
Namun ku tiada juga begini
Hujan turun melanda dan bunga gugur ke bumi


Cintamu sesegar embunan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar, mengeringkan
segala keindahan yang penuh kepalsuan


Engkau yang aku sayangi
Siakan hidupku ini
Lautan madu ku beri
Engkau racuni


Ku sedari hina diri ini
Kosong tiada bererti
Biarlah diriku pergi
Ku ubati lukaku sendiri

Ku cuba gagahi bahu sendiri
Biarpun sayapku telah tiada lagi
Namun ku tak berdaya menghadapi
Di dalam kegelapan bimbang tersungkur lagi

Oh Tuhan kau teguhkanlah keimanan
Untukku tempuhi suratan kehidupan
Walaupun di hati rasa terkilan
Tapi apakan daya semua takdir Tuhan..

* Lirik lagu seringkali menggambarkan kehidupan...

09 May 2011

Butik Muslimah My Couture (Rozita Che Wan)

Hye korang! Tadi aku baca dalam paper Metro yang Rozita Che Wan dah mula berjinak-jinak dengan perniagaan fesyen. Butik pakaian muslimah My Couture ni usahasama antara Rozita Che Wan dengan Hanim Sahrom as a Creative Director of My Couture. Kalau korang nak baca boleh klik sini.

Aku bukanlah nak buat review sangat pasal Butik Muslimah Couture Rozita Che Wan ni cuma aku sangat-sangat tertarik dengan baju-baju yang ada dekat My Couture ni. Cantik gila kot!  Harap-harap korang pun suka. Kalau taste kita sama lah kan. 


Cantik kan? kan? Nak beli satuuuuuuuuu!!

Banyak lagi design-design lain yang ada kat butik pakaian muslimah My Couture Sdn Bhd ni. Ada Long Dress, Jubah Caftan, Casual Tops and comfortable loose pants. Korang boleh tengok kat website My Couture ok.     

Nah link dia,

06 May 2011

Bukan Tak Nak Anak, Tapi...


Seorang guru lelaki yang berjawatan bertanya pada aku secara tiba-tiba.

Cikgu X : Awak memang tak nak anak ke atau  awak rancang?
Aku : *blur + blushing* err.. bukan saya tak nak tapi susah saya kat sini sorang-sorang, husband jauh.

*Segan sebab cikgu ni tak pernah bersembang kencang dengan aku pun sejak aku mengajar dekat sekolah ni. Tiba-tiba dia tanya macam tu. hikhik 

Tudung Pengantin Lemonade

Hye korang! Kali ni nak war-warkan pada anda semua yang saya nak menyewakan tudung pengantin saya. hikhikhik Mahal tahu aku tempah tiga helai tudung pengantin ni. Beratus-ratus kot untuk tiga helai tudung ni saje. Tapi aku nak buat sewa dengan kadar yang berpatutan je. Tudung-tudung pengantin ni aku pakai sekali je pun masa wedding bulan Februari lepas, then terus tak pakai dah. Yelah tak ke pelik nak pakai tudung yang ber'lace' bagai bila pergi sekolah ke hape kan. Tidak la jawabnya. So, untuk memanfaatkan tudung-tudung pengantin aku ni, aku plan nak sewakan aje tudung-tudung ni pada anda-anda yang mahu. 


Color : Turquoise

Ok, ni tudung yang aku pakai masa nikah. Tudung ni paling aku suka sebab lace dia sangat cantik dan warna turquoise yang memang sangat-sangat disukai oleh aku. Sayang gila kot kat tudung ni tapi tu la, kalau nak pakai macam tak kena dengan tempat dan keadaan. 


Color : Dark purple

Ni pulak tudung pengantin yang aku pakai sewaktu majlis bertandang ataupun menyambut menantu. Warna dark purple tapi dalam gambar ni nampak macam gelap sangat kan? Actually the real bukanlah gelap sangat macam ni. Yang ni pun aku suka sebab lace dia sangat cantik. 

Color : Dark peach

 Tudung ni aku tak pernah pakai sebab tak masuk dengan wedding dress aku :( So, memang barulah kan sebab tak ada siapa-siapa pun pernah pakai lagi. 

Siapa-siapa yang berminat nak sewa tudung-tudung pengantin saya ni boleh ambil by hand bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Lain-lain negeri saya pos je kalau kamu berminat. 

Syarat-syarat sewaan nanti saya maklumankan pada sesiapa yang berkenaan  dan kepada yang berminat sahaja. Clear semua? 
 
Kalau berminat boleh contact saya terus:
0194194194 


Sekian, terima kasih n have a nice day! 

05 May 2011

TIPS PERKAHWINAN ♥♥

Hye! Assalamualaikum. 




Masuk bulan ni dah 3 bulan aku kawen. Rasa macam belum kawen pun ada. hikhik. Kali ni aku nak share tips perkahwinan dengan korang yang bakal mendirikan rumahtangga mahupun yang sudah berumahtangga. Aku copy je kat FB ni haaa. Agak-agak bermanfaat aku tepek la kat sini untuk korang. 


TIPS PERKAHWINAN

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

By: Ustaz Azhar Idrus

p/s: Selamat berkahwin untuk korang... :))


Template by:

Free Blog Templates