31 May 2010

Israel kejam!!! Moga Allah melindungi Gaza Aid Ship.


GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA.

Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Semua peringkat masyarakat dimohon dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

18 May 2010

TIPS UNTUK BAKAL PENGANTIN... (>_<)

credit to RNWedding

Hye...

Tak lama lagi cuti sekolah kan? Bila cuti mesti ramai yang nak kawen. Pada siapa-siapa yang nak kawen tu, hari ni aku nak bagi tips lagi. Tips kali ni berkisar tentang hak dan tanggungjawab. Aku kecilkan skop lagi supaya korang senang nak faham. Maksud aku di sini ialah tentang NAFKAH. Kau kalau tak tahu tentang nafkah tak boleh kahwin tahu? =p

Ok, mari teruskan bacaan. Mana-mana orang beragama Islam sebelum berkahwin MESTI kena tahu tentang nafkah. Kau jangan duk fikir nafkah batin je. Apa yang aku nak sampaikan kali ni hanya berkaitan nafkah zahir. Sebenarnya kan, aku baru habis baca buku Nikah Kahwin yang aku beli hari tu. So, ada ilmu sikit ni aku share la dengan korang. Kalau aku sorang je yang dapat ilmu macam tak baguslah kan. (*-*)

Ok berbalik kepada cerita asal. Kalau kau rasa diri kau LELAKI sila take note ok. Perempuan pun sama. Kena ambil tahu juga. Semua orang pun tahu kan yang kewajipan suami adalah menyediakan keperluan asas untuk isteri sama ada tempat tinggal, pakaian dan makanan. Kosmetik?? Perlulah kot. Habis nanti kalau muka bini macam pompuan mati laki kau jugak tak selera nak memandang. =p Hah, melalut pulak dah! hehehehe Jom, baca lagi...zzzzaaasssss!

LELAKI, Ingat ni.
Walaupun gaji bini kau lebih besar daripada gaji kau contohnya gaji kau RM1500, gaji bini RM2000 sebulan. Semua kelengkapan rumah macam sewa rumah or rumah beli, nursery, bil-bil, perbelanjaan anak semua di bawah tanggungan kau. Ha! Jangan ingat mudah ya. Pakaian dalam bini pun tanggungjawab kau tahu?

LELAKI, Ingat ni.
Haram hukumnya kau guna duit isteri walau satu sen pun. Sebab kau tak ada hak. Isteri ada hak sepenuhnya atas duit dia. Kalau kau abaikan tanggungjawab kau atas segala keperluan isteri, kelengkapan rumah dan segala apa yang sepatutnya, isteri boleh ambil duit kau tanpa pengetahuan kau. Tapi ambil setakat yang perlu je la. Jangan berlebih. HARUS bagi isteri "mencuri" wang suami untuk keperluan rumah. hehe (>_<)

LELAKI, Ingat ni.
Prinsip yang kau kena pegang ialah "My money is your money" dan prinsip isteri pula "My money is my money, you punya i ada saham..." (>_<)


p/s: Perempuan mesti lega kan bila dapat tahu macam ni. Tapi ingat, bukan senang-senang je kau nak dapat nafkah tahu? Ada syarat-syaratnya jugak. Kalau nak tahu apa syarat-syaratnya next entry pulak ok. ngaaaaa~

17 May 2010

Kau orang tak boleh tolong aku melainkan Carl Rogers dan kawan-kawannya


Esok EXAM Education (Kaunseling)....~!!!!

Carl Rogers!! Sigmund Freud!! Albert Ellis!! TOLONG aku esok ya!!



16 May 2010

Wah!! Meriahnya entry kali ni.. !!



Ni aku curi status abang aku kat Muka Buku dia.

~...Jadilah seorang guru yg hadirnya diTUNGGU, hilangnya diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, tingkahlakunya diTIRU kerana... guru biasa MEMBERITAHU, guru yg baik MENGAJAR, guru yg cemerlang MENDIDIK, guru yg unggul MEMBERI INSPIRASI...~ InsyaAllah. Selamat Hari Guru!!

Jutaan terima kasih kepada mak n ayah yang mendidik sejak kecil, cikgu-cikgu semasa aku di prasekolah, cikgu-cikgu di SKTG, di SMKTG, ustaz dan ustazah di Sekolah Agama Bandar Endau, para pensyarah di International Islamic College (IIC), para pensyarah di UiTM Sri Iskandar, para pensyarah di IPG Kampus Ipoh, rakan-rakan seangkatan, teman blogger warga pendidik Cikgu Rashid, En. Alierostam, MaCy dan lain-lain..


Selamat Hari Guru semua!

14 May 2010

Melawat Kilang B** (Caely Holding)

Hye.. Salam satu Malaysia.

Sebelum tu aku nak ingatkan korang, ini bukan entry lucah ya! BUKAN entry LUCAH! Ini sekadar ilmu pengetahuan untuk kaum perempuan, dan kau juga si lelaki perlu tahu ini. Perlu ke lelaki tahu pasal bra dan pakaian dalam wanita yang lain? Yes!! Perlu. Sebab satu hari kau akan berkahwin dengan perempuan. Kalau kau berkahwin dengan lelaki... Nauzubillah~ Kau punya isteri, emak, kakak, adik dan mungkin anak perempuan juga. Maka, kau juga perlu tahu perihal perempuan yang satu ini.

Baiklah, terus kepada kisah kali ini. Last week, aku dan rakan-rakan serta sebilangan pensyarah telah mengadakan satu lawatan 'khas' di Caely Holding. Tau ke Caely tu apa? Ha! Kalau nak tahu, Caely adalah sebuah kilang membuat bra. Ya, bra yang kaum wanita pakai tu. Kaulah! Siapa lagi. Bukan setakat bra saja, panties pun ada. Dan sekarang Caely semakin berkembang dengan produk-produk lain seperti makanan kesihatan dan lain-lain.

Sebenarnya bukan nak cerita tentang produk Caely yang lain-lain tu. Tapi nak cerita tentang bra yang Caely hasilkan. Kamu tahu tak jika bra tidak dipakai dengan betul dan mengikut saiz yang betul boleh mendatangkan breast cancer? Kamu tahu tak bra tak boleh dipakai lama-lama dalam satu masa? Kamu tahu tak bra yang dipakai hari-hari tidak sesuai untuk dipakai ketika bermain futsal, netball, badminton dan lain-lain jenis sukan? Sebab tu la wujudnya sports bra.

Bra-bra yang dihasilkan di Caely akan dieksport ke luar negara.. kemudian, akan muncullah bra berjenama Giorgio Amani dan lain-lain bra yang branded di luar negara, padahal dibuat oleh Caely, Teluk Intan. Patut pun masa mula-mula aku masuk dalam kilang dia aku macam pelik kenapa bapak besarrrr bra-bra yang mat-mat bangla ni buat. Rupanya untuk dieksport... Orang-orang luar negara kan badan besar-besar.

Seterusnya, kami diberi penerangan tentang bra oleh seorang yang berpengaruh di Caely dan beliau adalah LELAKI. Katanya kalau nak tahu betul atau tak cara pemakaian bra, begini caranya.. Lepas pakai bra, angkat kedua-dua tangan ke atas. Seandainya bra tersebut beralih dari kedudukan asal bermakna bra yang anda pakai tidak sesuai atau tidak mengikut saiz atau tidak mengikut cara pemakaian yang betul. Kalau tak percaya, kau boleh try sekarang. Itulah serba sedikit info yang aku dapat semasa di sana untuk dikongsi dengan korang semua.


Ha! Kau tengok. Kau nampak tak bra kau siapa yang buat? Majoriti lelaki kan?? Mat bangla pulak tu yang buat. So, tak payah nak buat-buat heran or malu-malu kambing lah. Diaorang kat sini dah lali dah. Bak kata pengurus di Caely, "sekali pandang diaorang dah tau kau pakai saiz apa" hahaha


Moga tips dan sedikit ilmu yang aku beri ni dapat kau gunakan untuk kebaikan diri kau si gadis, dan kau juga si lelaki untuk isteri kau dan anak-anak gadis kau. Sekian.... Assalamualaikum..

07 May 2010

Siapa Pemilik Cintaku...??


Sewaktu assembly pagi tadi seorang sahabat di belakang saya sedang asyik membaca buku ini. Lalu saya bertanya buku apa yang dibaca. Dihulurkan buku itu kepada saya. Lantas saya membelek-belek isi kandungan buku tersebut. Menarik! Getus hati saya.

Saya membaca sedikit kandungan di dalamnya. Ternyata buku kecil ini memang meruntun hati sesiapa sahaja yang membacanya. Saya menghulurkan kembali kepada si sahabat. Bila tiba waktu kuliah, saya langsung tidak beri tumpuan pada lecture kerana asyik membaca buku ini. Sehinggalah tamat lecture. Namun saya tidak sempat habiskan membaca buku ini. Saya pasti akan dapatkan buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul ini di luar sana. Kisah yang disampaikan adalah kisah benar. Indahnya hidup andai berlandaskan syariat yang sebenar.

Saya mula nak menyalahkan diri sendiri dalam banyak hal tentang hidup saya. Kenapa saya begini? Kenapa saya begitu? Kenapa saya tidak begitu? Kenapa saya tidak begini? Memang saya manusia yang sering menyalahkan diri sendiri kerana tidak menggunakan akal yang waras untuk perkara yang sebetulnya. Bodoh betul saya! Pasti kamu akan menilai saya melalui penulisan saya. Mana yang mengenali saya, kamu takkan mengerti juga akan diri saya sebenarnya walaupun kamu telah mengenali saya bertahun-tahun lamanya. Kamu takkan mengerti apa yang tersirat di lubuk hati saya. Yang hampir setiap masa saya sering memikirkan tentang hidup saya. Kehidupan sekarang, kehidupan hari esok dan kehidupan sesudah mati! Ya! Kehidupan sesudah mati. Saya bimbang andai tidak sempat.

Jauh bezanya saya dengan wanita yang diceritakan dalam buku ini. Saya kagum dengan beliau dan juga lelaki yang tidak dikenalinya itu yang kini adalah suaminya. Mulianya lelaki itu dapat saya gambarkan melalui penceritaan. Saya kira beliau adalah lelaki yang sempurna. Saya kagum dengan kedua-duanya. Banyak iktibar dan pengajaran sebagai pedoman dalam kisah yang disampaikan. Moga kalian juga akan tertarik dengan kisah perjalanan sebuah kehidupan dalam buku ini. Saya mahu memiliki buku ini. Harapnya kalian juga begitu.


Sekian....

03 May 2010

Photoshoot sekitar Bandar Raya Ipoh

Aku dah pencen!! Dah pencen daripada praktikum. Tak kan ada lagi istilah praktikum sesudah ini. Yang ada cuma posting!! Yezzzzzaaa Posting!! Tadi baru je isi posting form buat kali kedua sebab yang sebelum ni tersalah form. Ada ke patut diberinya posting form KPLI. Hellooooo... kami first batch degree IPG tahu. Bukan KPLI. *Tetibe* hikhikhik beriya jek. Haish, kat mana la aku dan En. Alierostam dicampaknya nanti. Sekarang nak struggle untuk exam pulak. Dah all out untuk praktikum dengan segala kudrat, tenaga, masa, wang ratusan ringgit hanya dihabiskan untuk praktikum. Berbaloi-baloilah kalau dapat CEMERLANG nanti kan. Tak nak lah setakat KEPUJIAN je. Macam tak ada usaha kot. Apa pun InsyaAllah. Hanya Dia yang tahu menilai keikhlasan yang tersirat di hati.

Untuk meraikan hari pencen kami, aku, Mclynn, Fendi n Azam merayau-rayau di sekitar bandar raya Ipoh mencari ketenangan kononnya. Padahal sengaja mahu menghabiskan ruang waktu untuk bersiar-siar merehatkan otak yang kian tepu. Dua minggu lagi nak exam. Lepas tu cuti dua minggu. Lepas tu pergi BANDUNG lima hari!!! Yeayyyy!! Aku asyik menghitung hari nak ke sana. Menghitung duit tak pulak sebab hujung-hujung sem ni biasalah kan. Fokai kembali. So, tak ada apa yang nak dihitungkan. Bubur ayam Maggie jadi peneman sejati kembali. *wink*

Mari layan gambar gedik santai pulak. Photoshoot berlangsung di fitting room, Ipoh Parade, Kopitiam Greentown Mall n Dataran Ipoh. Tapi hanya tiga keping diupload di sini sebab aku tak kuasa nak meng'upload' secara pukal. Lagipun bukanlah shoot guna DSLR macam BudakPensel kan. Pakai camera cikai jek. heuheuheu Layannnnn...


Gedik santai di fitting room itu biasalah! Hahaha

Gedik santai di Dataran Ipoh ada macam-macam tapi di FB.

Album di FB "Aku, Kau, Kenanganku" =p


Sekian. Salam satu Malaysia.

01 May 2010

Bila Cikgu Lemonade jadi Mak Andam...


Praktikum saya dah berakhir semalam. Legaaaa...! Lepas ni jadi pelajar macam biasa. Pergi kuliah bawak beg yang cuma ada sebatang pen, sebatang pensel, buku nota kecil, purse, handphone dan botol air. Balik kuliah mesti rumah jadi sunyi sepi sebab lima-lima jenis kuat mendugong (tido). Kalau waktu praktikum kadang-kadang balik sekolah terus prepare untuk pengajaran hari esok sampai lah ke tengah malam ataupun menjelang pagi. Hebat! Nak cemerlang punya pasal kenalah berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit. Biarpun mata aku dah serupa panda dah ni haa.. Hari-hari tepek eye gel Bio -Essence pun tak jalan. Sampai dah habis sebotol. Tepek eye gel Nano White pun tiga puluh enam kali lapan!

Berbalik kepada tajuk. Beberapa hari sebelum tamat praktikum, aku iring murid untuk Action Song Competition di sekolah berdekatan. Sebelum tu aku diminta make up kan diorang dulu. Meh tengok aku jadi mak andam buat kali kedua selepas Sarah. heuheuheu =)

Budak ni sangat cute! Boleh jadi artisss bila besar nanti.


Hai.. Nama saya DELIMA.. Saya mix Malay-Pakistan.


Anak Singh pun kena pakai scarf kepala. hehe



Line up! Excited budak-budak ni nak kena tenyeh muka ngan aku.


Dalam hati asyik ada taman je. =p


Ok. Itu saja. Ohh ya, semalam anak-anak murid buat surprise party untuk aku. Terharu tapi tetap cool. Garang-garang aku pun, murid-murid tetap respect sebab aku garang kena pada tempat dan ketikanya. Murid yang jadi perancang party siap suruh mak dia buatkan kek coklat lagi. Bila aku buka je pintu kelas belon2 berterbangan. Meja makanan tersusun rapi. Cawan-cawan kertas disusun kemas. Siap hidang makanan untuk aku. Bagus juga budak-budak ni. Biarpun lemah dalam pelajaran, biarpun masih kecil, ada pandainya dari sudut yang lain.

Itu la, bila jadi cikgu jangan suka pilih kasih. Murid-murid pun boleh menilai kita. Lagi satu, unsur kecindan jangan lupa. Murid-murid ramai yang kata aku garang tapi ramai juga yang kata aku pelawak. Sebenarnya bukan aku saja nak selitkan unsur kecindan tapi aku memang sengal. Suka buat lawak bodoh. hahaha



Sekian saja laporan kehidupan hari ini. Assalamualaikum.



Template by:

Free Blog Templates