21 November 2011

Vitamin E Softgel Collagen


Assalamualaikum.

Korang pernah tahu tak or pernah dengar tak pasal supplement Vitamin E Softgel Collagen? Aku baru first time tahu pasal supplement yang satu ni melalui Kak Lynna, pengedar utama. Aku rasa macam nak try jugak bila tengok banyak consumer dapat positive feedback setelah menggunakan supplement ni. Kalau bab-bab kecantikan dan kesihatan ni aku memang suka sangat-sangatlah kan. Ada di antara readers blog i ni yang dah try guna Vitamin E Softgel ni tak? Cite la sikit apa perubahan yang korang alami. Aku nak jugak tahu sebelum aku sendiri yang try supplement ni pulak. hihi Babai. 

Latest: Now, i dah jadi dealer Vitamin E Softgel Collagen. Hubungi saya untuk sebarang tempahan dan sekiranya anda berminat menjadi agent. Belian secara borong digalakkan. By pos boleh, by hand pun boleh. 0194194194

18 November 2011

Hanger Klip Tudung Fareeda

Hi all. Hari ni last day kerja sebab esok dah start school holiday. Yipppiiiiii. Next week nak ke Indonesia. Holiday!! Holiday!! Yevaaa yevaaaaa. haha!

Ok, update before holiday pasal hanger klip tudung awning or Tudung Fareeda. Yes, aku rasa perlu ada hanger ni sebab bagi menjamin kualiti semua koleksi tudung Fareeda aku supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Skema ok ayat! 




Aku beli hanger ni thru online dekat FB. Beli dua set ada 20 hanger RM30. So, terjaga la tudung-tudung kesayangan aku ni kan. 



Ni antara koleksi Tudung Fareeda yang aku paling suka. :))

Jumpa lagi, babai.


16 November 2011

Blackberry Torch 9810, Canon EOS 600D Kit II

Yeaaahhhhhhh!! Lagi tiga hari je nak kerja, hadap beban tugas, hadap perangai murid-murid lepas ni boleh rilex tenang-tenangkan fikiran di kampung halaman. Dalam masa yang sama, masih ada banyak benda yang aku fikirkan. Kita tak boleh lari dari berfikir. Tak tahulah korang macam mana kan. Tapi bagi aku, setiap hari aku akan berfikir, berfikir dan terus berfikir. Macam-macam yang aku fikirkan. Soal hidup, soal masa depan, soal kehendak. Kali ni aku nak cerita tentang kehendak aku yang tengah membuak-buak sekarang ni.

Inilah dia kehendak yang pertama. Blackberry Torch 9810. Aku teringin nak ada smartphone macam orang lain. Boleh online tiap masa. Tak perlu la nak bawak broadband dengan netbook yang gedabak ni ke hulu-hilir kan. Handphone aku yang paling mahal setakat ni bernilai RM500 lebih. Tu pun beli sebab mak bagi duit separuh. Kalau tak jangan harap aku nak beli. Masa tu kat maktab, tahun 2006 tak silap. Bagi aku, cukup la ada handphone yang boleh call in, call out, sms. Itu dah kira cukup complete bagi aku. Tapi itu dulu, sekarang ni bila rasa semuanya di hujung jari, aku rasa perlu ada handphone yang canggih sikit. Bukan apa, untuk memudahkan urusan seharian je. Bukan sebab nak menunjuk yang kau ada banyak duit dan boleh pakai handphone mahal-mahal. Sekarang ni aku pakai cokia dengan motoghola je. Dua-dua ni  handphone free. kihkih

p/s: Sebenarnya aku confius nak beli Blackberry Torch ni ataupun Galaxy Tab.

Kehendak kedua yang dah berzaman ni adalah DSLR. Dekat wishlist tepi sidebar tu belum tulis DONE means belum memiliki lah. Dulu gilakan Nikon D90, lepas tu Canon EOS 60D, sekarang gilakan Canon EOS 600D Kit II pulak. Dapat Canon EOS 600D Kit II pun dah kira ok even tak dapat Canon EOS 60D kan. For new DSLR users eloklah amik EOS 600D ni dulu. Canon EOS 60D tu untuk semi-professional DSLR users. Aku bukan nak jadi pro macam photog yang ada sekarang ni. Tapi mungkin satu hari nanti, akan jadi. Who knows? 


p/s: Kadang-kadang kita berusaha mencari salah sendiri, di mana silapnya kita. Tapi terus-terusan dipersalahkan bukan atas kesalahan sendiri. Fikirlah, di mana silapnya anda.
  

14 November 2011

Let go Tudung Mawar Fareeda


Assalamualaikum.

Mungkin ramai dah tahu yang aku sekarang fanatic dengan Tudung Fareeda. Tak tau nak cakap macam mana, tapi memang kalau korang pakai je tudung ni keyakinan diri korang akan bertambah dan rasa macam tak selekeh. Kihkih Senang cakap Tudung Fareeda memang selesa dipakai lah. 

Koleksi Tudung Fareeda aku makin hari makin bertambah. Sampai husband aku pun dah pening tengok tudung banyak sangat. Dah la kena teman aku kat butik berjam-jam sebab nak pilih tudung kan. hikhik Nasib la kannn..

Ok, berbalik kepada tajuk, aku sebenarnya nak let go sehelai Tudung Mawar Fareeda yang macam Kak Azalia, Model Fareeda ni pakai. Warna dan design yang sama. Aku pernah pakai SEKALI je ok tudung ni. 

Sebab apa nak let go..?? Sebab aku rasa warna dia tak berapa sesuai dengan jiwa aku. Jiwa aku jiwa Pink, Purple, Hitam. Bukan jiwa Hijau. hehe Kenapa beli..?? Aku terbeli sebab kalau boleh aku nak ada semua warna koleksi Tudung Fareeda. Tetiba aku rasa macam 'kalau tak nak guna, buat apa simpan'. Sooooo, sebab tu la aku nak let go. 

Siapa nak text me k 0194194194. Jangan risau. Aku bagi harga murah je daripada harga asal yang aku beli masa promo raya hari tu. 


05 November 2011

KEPUTUSAN PHOTOSHOOT SESI PERTAMA PERTANDINGAN MODEL FAREEDA 2012

Alhamdulillah. Hari ni ada satu berita gembira buat semua calon-calon Model Fareeda 2012 sesi pertama yang dah join photoshoot di Bangi. Semua calon melepasi tahap pertama dan layak ke peringkat yang seterusnya iaitu melalui undian Facebook dan sebahagiannya dipilih sendiri oleh pihak Fareeda. Aku siap online dalam kereta sepanjang perjalanan balik kampung hari ni semata-mata nak tengok info dari Fareeda. Hadiah sempena Aidiladha tahun ni kot. Tak sia-sia promote tudung kat FB, keluarga, kawan-kawan dan pada orang yang dikenali. Thanx pada team Fareeda.  Disebabkan ni jugak aku dapat ramai kawan-kawan baru yang mempunyai minat yang sama terhadap tudung Fareeda. Dorang pun mostly adalah calon-calon Model Fareeda 2012 same like me. :)) Even tak pernah bersua muka tapi rasa macam dah lama kenal je. 

Do support me guys untuk melayakkan diri ke semi final..! ehehee


p/s: Selama 3 hari i ada kat Endau-Rompin, Pahang sampai Isnin 7 November. Anyone yang nak COD Vco Catalyst boleh contact i ok 0194194194.  

Template by:

Free Blog Templates