28 February 2010

Aku suka lagu ni. Kamu??

SUARA RINDU

Suatu yang indah
Ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya

Tetapi ku takut tidak mungkin dapat kumiliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi

Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri

Apa yang tinggal hanyalah
doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya KAMU yang menentukan

Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri

Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku

Semoga suatu hari nanti
Dapat ku temui
Penawar dukaku yang berdarah duka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya...



Lagu ni ada kaitan dengan life korang tak?
Best lagu Azad Jazmin ni.
Kalau nak download sila google ya.=)
Have a nice day...~

24 February 2010

Kau takkan mengerti apa rasa ini.


Salam Maulidur Rasul buat pembaca yang beragama Islam.
Maaf, dh jarang komen pada entry teman-teman blogger.
Aku busy.
Cuma sempat baca entry n komen pada post2 yang pendek saja.
Sangat penat.
Sangat letih.
Sangat sakit

.....bila x cukup tidur.
.....bila tension dengan tugas.
.....bila kena fikir macam-macam perkara dalam satu masa.
.....bila terpaksa berkejar ke sana-sini.

Maka, terpaksa ambil benda-benda di atas ni setiap hari.
Dah bosan tahu nak telan benda-benda ni?
Ohh! Kamu tak rasa apa yang aku rasa.
Aku tidur sesuka hati even Rancangan Mengajar tak siap.
Aku cincai buat Rancangan Mengajar bila lecturer nak datang observe.
Sebab kesakitan itu bukan kau yang rasa.
Tapi aku. Aku bukan robot.
Ada kau kisah pasal aku?

Ok. STOP.
Hari ni aku akan ke Putrajaya.
Family semua datang berkumpul.
Kesimpulannya, aku kena turun juga.
Dengan hati yang tak berapa nak tenang.
Hari Isnin lecturer nak datang observe.
Dan aku langsung x prepare apa-apa lagi untuk itu.
Moga ada kekuatan untuk aku.

Eh, korang tahu tak semakin ramai guru yang mengalami tekanan mental..?
Kat sekolah aku ni pun ada jugak.
Semalam classmate aku beritahu
kat sekolah dorang pun ada 2 orang guru yang sakit mental.
Boleh jadi kerana beban tugas.
Tekanan perasaan.
Konflik keluarga.
Itu semua penyumbang.
Kesian bukan...?
Nampak mereka normal macam kita.
Tapi hakikatnya tidak.

Oklah, aku nak berkemas.
Habis sekolah karang terus gerak ke Putrajaya.
Doakan aku selamat sampai.



Sekian...~

Mari menyanyi untuk hiburkan hati.

Abaikan entry pasal ombak tu.
Lumrah hidup.
Tak perlu nak susahkan kepala otak berfikir macam-macam.
Just let it be.

Guys, korang tahu apa jadi kat aku semalam...?
Sejam dua lepas aku publish entry pasal nuffnang yang tak HOT tu kan,
terus ads aku muncul. Hahahahahahaaaa.....

Aku rasa kan, orang-orang nuffnang baca entry aku kot.

Lepas tu dia kesiannnnnnnnn sangat dekat aku.
Sebab tu dia buat ads kuar semula.
Kan comel tu bila ada ads.
Kalau tak, kelam je blog aku ni tanpa ads. hahaha
Hari ni pun ads ada muncul. wahwahwahahaha

Di sini senang, di sana senang,
Di mana-mana hatiku senang.... ahahaha


Korang tahu ke lagu ni?
Tadi aku ajar budak nyanyi lagu ni.
Seronok sangat budak-budak tu. (",)
Macam akulah, tengah seronok sekarang ni. ehehehe =)


23 February 2010

Ombak tu ganas. Jangan cuba-cuba nak cabar ombak.


KaLau Takut
diLambuNg Ombak
JaNgan berUmah di tepi paNtai...!!


~ Jangan salah sangka pada ombak.
Nampak tenang. Tapi hakikatnya,
ombak boleh mengganas tanpa kau sangka.
Siapa pun kau, takkan diambil peduli. Tahu..??

Nuffnang dah Tak HOT...?? Aku sorang ke yang kena..??

Kenapa nuffnang aku dh TAK HOT macam dulu..? hahahaha
Since aku delete nuffnang untuk header n between content terus jadi macam ni.
Semalam baru aku tepek semula.
Gatal tangan pergi delete buat apa kan.
Mengaku pun salah sendiri. hoh!

Last two weeks aku format laptop.
Lagilah langsung aku tak pernah jumpa ads sampai la hari ni.
Apa masalah nuffnang aku ni sebenarnya?
Aku bukanlah kemaruk sangat nak income daripada nuffnang tu.
Lagi pulak aku TAKLAH HOT macam kau. haha
Tapi aku geramlah.
Dulu ok je, sekarang ni langsung ads x muncul.
Korang ada problem yang sama macam aku jugak ke...?
Siapa-siapa yang HEBAT pasal nuffnang boleh explain kat aku tak..?

20 February 2010

PaNasss...!! Air mata jantan mengalir berjurai-jurai membasahi baju..


Aku ni garang tahu..?

Hari-hari darah aku naik bila mengajar satu kelas ni.
Budak-budak sekarang mulut macam apa ntah.
Ada je benda dia nak MENJAWAB. MENGOMEL. MENG'COMPLAIN'.
Tapi aku ni baik hati.
Satu hari aku bagi gula-gula sebiji sorang kat sekumpulan budak kelas ni.
Bukan aku saja-saja bagi.
Tapi sebagai penghargaan kerana berjaya menyiapkan kerja yang aku bagi.
Kau tahu apa budak-budak lain yang x dapat gula-gula tu jawab...?

'Alah cikgu, setakat gula-gula macam ni saya boleh beli sendiri'
'Gula-gula ni bukan sedap pun'

Menyirap darah aku dengar.
Punyalah mulut tak berlapik cakap dengan aku.
Tak hormat langsung. Rasa nak sepak je budak yang cakap tu. * sabar... sabar...

Serious wei, kalau macam ni lah situasinya, memang naik darah sokmo aku ni.

" Kalau kamu tak nak belajar, kamu boleh keluar dari kelas saya!"

" Cikgu pantang betul kalau cikgu bagi kerja korang tak buat!"

" Apa kamu ingat kamu dah besar? Dah pandai sangat!??"

" Lain kali dengar apa cikgu cakap. Jangan nak berangan je lebih!"

" Hah! Dah tak tau nak sambung ayat mana. Kawan baca dia main. Mulalah tak tau!"

" Pegi mana lambat masuk kelas ni? Terhegeh-hegeh jalan mengalahkan perempuan!"

Itulah antara kata-kata yang sering aku hentam budak-budak ni. Nak pukul tak boleh. Lagipun pukul-pukul ni bukan cara aku. Tapi pernahlah praktikum lepas aku cubit budak sebab budak tu memang tak boleh dikawal langsung. Masa tu pulak lecturer tengah observe. Hah! Kan dah mendapat dengan aku.

Cuma kali ni, akibat kata-kata aku berjurai-jurai air mata 2 orang murid lelaki kelas ni.
Pedas jugak kata-kata aku rupanya hingga berjaya menjatuhkan kemachoan lelaki.
Tak lama lepas tu, aku pujuk semula budak tu.
Aku ni bukan jahat sangat. Garang bertempat je.
Sampai ke hari ni, aku nampak perubahan yang ketara pd budak 2 org ni. Tak pernah main lagi dah bila belajar.

Aku bukan apa. Aku marah sebab nak diorang ni bagi tumpuan je bila belajar.

Bukan aku marah kalau aku soal mereka tak dapat jawab.
Tapi aku marah sebab masa belajar diorang main. Bising.

Macam mana aku nak ngajar kalo dah itu gayanya...?

Apa input yang diorang dapat kalau pergi sekolah dengan tujuan nak berseronok jumpa kawan-kawan. Nak main itu ini..? Hah! Tiba-tiba terasa diri ni matured x pasal-pasal. =p

Baru kau tahu betapa susahnya cikgu nak membentuk budak-budak alaf baru ni.

Siapa cakap jadi cikgu tu senang, kerja mudah, memanglah nak kena pelempang! *wargghhh! garang lagi.

17 February 2010

Jom Terjah Entry Laju-laju...~!!!

Ini adalah entry laju-laju. hohoho... Sempat update even esok nak kena observe. Guys, please pray me. Esok first time obeservation untuk praktikum kali ni. See, atas tilam aku penuh dengan buku-buku. Semangat~!! Hahahaha

Saje nak tunjuk gambar makanan dan muka aku bersama anak buah terHEBAT. Rindu kat budak-budak ni. Dah la CNY tak dapat jumpa. Bila jumpa keje nak bergaduh je, bila x jumpa asyik teringat pulak....ehehee (",) Weekend yang lalu sekali lagi aku pegi mencekik kat Black Canyon. Tuuu... kat atas tuuu... mabeles!!



Sekian...~

15 February 2010

Orang gila yang bengong macam bangang...!!!


Semalam, aku ke kedai makan.

Trauma.
Fobia dah nak pergi situ.
Ada orang gila nak baling kerusi kat aku.
Serious shit takot gile masa tu.
Macam bangang.
Kurang ajar punya orang gila.
Nampak normal, tapi mental rupanya.
Dah tau gila tu pergilah pusat sakit jiwa.
Berlagak plak macam orang normal.
Eeee, geram betul aku!
Bodoh punya orang gila.
Bongok!
Bongok!
Bongok!

Amik kau!!





p/s: Orang gila tu ada di kawasan Medan Gopeng, Ipoh.

06 February 2010

Tak matured tapi ini je yang mampu.. (",)

Taraaaa.... ni la jam baru saya.. hehehee kalau aku bagi ni kat Yaya ngan Syasya sure lompat2 gembira. Tapi, ni bukan untuk korang. Ni Teh punya. Ohohooo, Teh itu adalah saya~ My nephew n niece panggil saya Teh or Mak Teh. (",)

Memanglah teringin dr dulu lagi nak ada jam. Dan aku pernah buat entry pasal jam tangan SWATCH yang aku berangan nk beli tuh. Mahal oh. Demand punya pasal langsung xde jam sampai sekarang.

Kali ni terpaksa jugak beli sebab susah kalau takde jam time lecturer datang observe. Terlebih atau terkurang masa ngajar naye kot aku nanti. Takkan nak tengok jam handphone masa tengah ngajar kan. RM5 je jam comel ni... =) Mc Lynn n Makcik suruh aku beli yang RM10 yang untuk org dewasa punya. Tak nak aku. Mahal. Bukan kedekut ok. Duit yang aku ada cukup2 untuk keperluan utama. Tiada bajet untuk itu dan ini. Balik umah tunjuk kat Haniza n Ayu, pun cakap aku macam budak-budak. Dah itu je yg mampu. At least ada daripada langsung xde kan? Swatch tu harapan la kalau dapat masa ni.;-(

Hmm, aku busy sangat lately.. sampai xde masa nak update, xde masa nk jenguk blog korang, xde masa nk klik2 sendiri punya. =) Sekolah mahukan sumbangan dari aku, lecturer mahukan yang terbaik, guru pembimbing je yang agak sempoi tiada tekanan. =)


Sekian.....~


p/s: Aku jadi macam blur nak mengajar. Kenapa hah?

Template by:

Free Blog Templates