28 February 2009

PERIHAL KFC

ni info yang baru saya terima daripada seorang teman. Sejauh mana kebenarannya dan kesahihannya aku pun x pasti kerana masih ade suara2 yg menidakkan berita ni. Nak percaye ke tak terpulang kepada individu yg mentafsir dan menilainye.


salam semua...

tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC.banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata"baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dahbanyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dansegenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M)Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidaktahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M)Bhd adalah milik malaysia . tiada sebarang keuntungan yang diberikankepada US mahupun Israel . KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation,pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US . ini adalah usahayang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memangmempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings(M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.olehitu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepadaorang islam malaysia ?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini.diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapasahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakanJihad Bisnes.

sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443



27 February 2009

Soket oh soket..



tadi mak aku call, dia otw 2 putrajaya ziarah anak my kezen (burger) masuk wad.

x tanye la plak sakit ape. baby lagi, demam kot.. (agaknye la)

tyme tu aku tengah kire duit tabung..~ hee


dan2 je mak aku pesan suh berjimat la, jangan beli baju la, ekonomi tengah gawat la, bla bla bla...


aku dengar je la... hakikatnye aku memang x membeli sakan mcm dulu dh. Membeli kemahuan diri pun agak berkira kerana aku tak mau mempergunakan wang sewenang-wenangnya lagi.



" Duhai hati, tetaplah dengan pendirian diri."


Hishh!! Tensen ar camni, tyme aku nak menarah bukit-bukit assigment yang menggunung ni la problem datang bertimpa-timpa. Soket rosak la ape la. BENGANGNYE!! Dah la aku ni jenis yg lambat siapkan assignment, ditambahnye lagi kelambatan aku nak siapkan bende2 ni seme. Aku rase macam nk MENJERIT je tapi takot x pasal2 kene histeria plak aku karang.



~~ sabo je la..

26 February 2009

HaRi PerTuNanGaN aBaNG saye...







cenderahati..







perutusan daripada pihak saye..










BisNes Baru saya & bla bla bla...

saye dh kat blik.. connection masih di tahap kiok lagi..
tapi dh blh sign in
‘diary kesayangan’..



korang, aku ade join satu bisnes baru 2 hari lepas.
Kalo nak information pasal bisnes tu tengok kat
www.mobiz2u.com/sweetstoberi
Saya dh ade 2 orang downline n dh dapat rm30 free top up. ~hee..

Aku memang suke berbicara pasal bisnes or investment ni. Suke2 gak tapi adakalanya berduka itu pasti.. haha biase la kan. Yang penting jiwe harus kental (kalo tengah banyak duet ar). Setakat ni aku dah invest kat Public Mutual, last year.. ASB dh lama ckit dr PM, 3 tahun lepas.. semalam plak, aku ngan chot pi wat SSP (Sijil Simpanan Premium). Hari Sabtu ni ade cabutan no SSP. Harap-harap no aku naek. Hehe masuk x seberapa nak hadiah harapan tinggi menggunung. Every month mule dari sekarang aku dah plan ngan chot nak beli SSP. Sampai satu tahap aku dh fed up atau ketandusan wang ya amat baru aku tebus. Mana la tau, kot salah satu cabutan yang dibuat tiap2 bulan tu terkena no aku. Mesti ar seronok giler nak mati kan.

Aku jugak suke menabung sekarang ni. Ala, menabung cam budak2 tu.. hari2 masuk duet dalam tabung pas abes sekolah. Tapi aku masuk coin je dlm tabung duet kertas x t’masuk. Sekarang aku bukan lagi PEMBAZIR tersohor dikalangan gegedix tapi aku adalah PENJIMAT yang patut untuk kamu contohi. Series tak tipu. Sebab aku sedar, kita takkan selalu berada di atas. Ada kalanya kita akan berada di bawah. Dan aku sekarang lebih banyak memikirkan tentang masa depan. Masa depan yang belum tentu menjanjikan KESENANGAN. Zaman sekarang, PEMBOHONG BESAR ar kalo sape2 yang cakap duet tu x penting. Memang penipu. Aku terkadang agak materialistic dlm hal ni. Tapi aku punya pandangan yang tersendiri dari perspektif yang mungkin berbeza dengan kamu.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Ni gambar masa abg aku bertunang bulan lepas. Sis Ena, saya dh tunaikan permintaan kamu. Tp ini je yang dapat sy upload memandangkan connection berada ditahap kronik ya amat. Esok pagi jika diberi kesempatan saya upload lagi ok.





dh abes majlis





mak saya sarungkan cincin



Ni gambar sesat. " MENABUNG AMALAN MULIA"... (ni bukan tabung sy)

GeRaM!!!


internet connection kat room saye sangat lembab.

saye x boleh nak sign in blog n mel!

saye online jap kat library ni. xbest nak update blog kat sini.

nanti seme orang intai2 ape yang saye tulis. (sangat x suke!)

chow dulu, saye ade clas ni.


~~ doakan connection di blik saye lancar seperti biase..









24 February 2009

Di paGi hari...


Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh,
jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda
kau menjelma kembali
Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan





hye..~~ m0rnin' to all blogger.. saye bangun awal hari ni sebab nak sahur..~~ p0se ganTi.. :-) kat atas ni intro untuk hari ni..
aku nak bersiap, nak ke kuliah. ~~ chow



----------------------------------------------------------------------------------


~~ SaKiT DaDa...~~

x tau la nape, sejak 2-3 hari ni rasa sakit plak dada ni. sebab kerap mandi malam ke erk. hurm...










23 February 2009

Kronologi keTika kehilangaN SweeTstoberi


Aku rasa cam dh tak mau berblogging sejak aku kehilangan sweetstoberi.
Bukanlah hilang sebenarnya, cuma silap aku... tersalah setting kat cookies.. ~hehee..

Kronologi peristiwa yang berlaku sehingga diary kesayangan aku dijumpai semula...


1. Ayu (gegedix members) kehilangan ayahanda tersayang...

Saya turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa rakan saya pd 3/2/09; Ayu yang baru sahaja kehilangan ayahanda tersayang.. berita yg mengejutkan itu saya terima sendiri daripada ayu dalam esak tangis yang saya sendiri menjadi kelu untuk berbuat apa2 seketika. Saya terus ke biliknya, cuba untuk menenangkan sekeping hati yang sedang rawan. Saya sekadar mampu membantu apa yang patut pada saat itu. Saya sedekahkan bacaan Yaasin pada malam itu untuk kesejahteraan arwah ayahanda Ayu. Semoga beliau bersemadi dengan aman di sana….

... soal KEMATIAN…

Barangkali hampir setiap saat aku pasti memikirkan soal kematian… Ya! Kematian itu pasti akan aku alami..kamu juga akan merasainya. Soalnya, mampukah aku dan kamu berhadapan dengan semua itu? Lebih tepat kiranya aku katakan, bersediakah aku untuk ke satu alam yang kekal abadi itu sedangkan aku sering merasakan ketandusan amalan sebagai bekalan. Aku terlau naif dalam soal ini. Aku bukan USTAZAH untuk berbicara tentang persoalan ini secara mendalam. Aku sekadar khalifah yang dituntut untuk mengenali segala-galanya tentang kehidupan sementara ini. Aku sentiasa memikirkan macam mana azabnya di saat nyawa aku diambil, macam mana cara kematian itu berlaku dan di mana aku dan kamu semua akan di tempatkan sesudah itu. Ya Allah, terasa kerdilnya diri ini bila memikirkan kekuasaanMu.

~ tp tu la.. bila nak tobat nasuha pun tak tau la... Moga SemPat sebeLum ajaL menjemPut.



2. Elaun masuk!!!

Elaun aku dh masuk beberapa minggu sudah. Tak rasa seronok pun seperti tahun-tahun sudah. Sebabnye aku punya misi tahun ini tak mau membazir lagi..

Dua minggu yang lepas saya ke MSN, Bukit Jalil bagi menyempurnakan tugasan projek untuk sem ni. saya jumpe dgn sazali samad.. haha saya n my gegedix team sempat snap pic dgn dia. rendah jer orangnye..hehe

Malam Ahad yang berikutnya, kami bertiga telah menghadiri satu seminar percuma di Hill City Hotel. Tetapi berbayar kemudiannya kerana mind set kami awal2 lagi hadir ke seminar tersebut adalah untuk menceburkan diri dalam program yang dianjurkan. Hua3 ayat gile serius nk terlibat aktif. Program apa? Hurm..tu secret la, tengah meletooop di akhbar dan internet sekarang. kalo nak tao kene terus mengenali saya dan kehidupan saya. Hak3 poyo nak mati!! Saya mungkin angan-angan isteri mat jenin je sekarang nih..sob3

Sesuai dengan sub-kronolgi, hari isnin plak kami masih lagi bertiga menggedix di Jusco. Saya tak beli benda yang mengarut pun kali ni. Juz beli buku dan keperluan diri sahaja! Saya dh nekad nak berjimat tahun ni. Sebenarnye saya teringin banyak benda masa kat JJ hari tu. Tapi saya mampu menahan nafsu membeli saya akhirnya ditambah lagi saya mendapat tentangan hebat daripada rumet saya yang mengong itu. Saya kempunan nk beli jam tangan swatch design sempena valentine's day. Memang cantik giler nak mati!! tapi saya mampu tengok je... saya xde jam tangan pun sekarang ni (gune jam hp je).. dulu2 ade la.. tapi disebabkan saya memikirkan banyak benda lain, saya blah meninggalkan jam tu dengan hati yang hampa..:-(

pastu kami masuk kat kedai pompuan gedix, saya nak beli cincin. Cantik giler tp murah je.. RM 15 kalo x silap saya, tp yang ni pun rumet saya x bagi beli... sy banyak duduk sendirian je masa kat jusco hari tu..rumet sibuk membeli belah beli kasut la.. tengok itu dan ini.. saya cuma duduk sambil melihat gelagat orang bershopping di situ. Bestnyee kalo tetibe ada sorang mamat ensem datang tegur saya pastu belikan apa saje yang saya nak masa tu (pergh..berangan lebih).. tapi malangnya, 3 orang budak junior yang x brape nak ensem dtg tegur saya masa sy tengah berangan sensorang tu. :-) kesimpulannya...memang duit saya x habes sangat ar masa kuar hari tu.. kesian saya kan..? nak benda seme x dapat.. hurm..


3. Projek n assignment dh start bertimbun-timbun

Amik kau! sekali datang 6 assignment beserta beberapa tugasan projek yang harus disetelkan sebelum skul oliday tak lama lagi. arrgghhh!!! tensen! tensen! naik cuti, praktikum plak.. ini first tyme saya berpraktikum sepanjang bergelar guru pelatih. Debaran semakin terasa..chewwaahhh!


4. Join pertandingan memancing

Semalam saya melibatkan diri dalam pertandingan memancing peringkat IPIP. Tak menang pun, saje suke2 nak join.. "Pelangi Timur" nama group saya sebabnye...kami dianggotai oleh 3 gadis pantai timur yang selebet (xcept me ok) iaitu saya, mc lyn n makcik.. abes burn muke n kaki aku berjemur tengah panas. amik kau! dh berbelang-belang cam kuda belang. Gedix sangat nak masuk sape suruh kan.


5. Amik lesen motor!

Ha, ni satu hal. Hari ni aku g class nak amik lesen motor. Ape kejadahnye tah aku nak amik lesen motor ni. Asalkan pandai bawak motor dh la kan. yang penting ade lesen kete. Dah la 60% kematian kat malaysia ni datangnye daripada penunggang dan pembonceng motosikal. Eee... gerunnyeee... pssstt, mak aku tak tau pun yang aku amik lesen motor ni! Kalo mak tau mesti dia marah. Dia memang tak bagi aku amik lesen motor. Bahaye katanye. Tp mak aku ade plak lesen motor. Tapi sekarang dia dh tak menunggang lagi. Setahun sekali mungkin, itupun kat halaman umah je. Aku pun tak tau la apa sebenarnye kepentingan aku pg amik lesen motor tu! ~~~ amik lesen moto ni sebenranye lepas saye dh jumpe sweetstoberi..~~

Ada yang kata penting utk tyme kecemasan. Mungkin jugak la.. tp, bagi alasan yg konkrit ckit bole x..? Ni cam simple answer lor... kah3 (ikut apa kata hati)

Mule la nyesal tak sudah masa buat L tadi. Jadi menggigil tak tentu arah je masa bawak motor. Sampai kene tegur ngan cikgu. Tapi gigil2 aku pun boleh gak bawak motor. Ade budak yang datang nak amik lesen tadi langsung tak reti. Aku pun tak tau ar asal aku jadi menggigil camtu tadi. Tak penah hayat aku bawak motor camtu tau! Ni mungkin akibat daripada melanggar pantang larang MAK yang tak bagi aku amik lesen motor. Mak!!! ampun!!! Balik dari belajar motor terus rasa nak demam. ~kiookk~



Aku tawakal je la..kamu doa la moga2 aku pass di hari PERHITUNGAN nanti.



~~~ letih sangat-sangat-sangat~~~~



21 February 2009

RiNdu SaMa KaMu..!!!

Yeeehaaaa...!!! gue udah ketemu sama sweetstoberi.. rindu gile tahap cipan ok!
finally, saya masih dengan sweetstoberi.. saya sangat sayang dengan blog ni. banyak kisah-kisah pada tahun 2008 saya coretkan di sini. saya hepi sangat2 hari ni.. xtau nak cakap ape, hakikatnya terlalu banyak perkara yang ingin saya coretkan di sini. tunggu satu masa pabila jiwa saya kemaruk untuk menceritakan segala macam hal sejak saya
"kehilangan" sweetstoberi..



------------------------------------------------------------------------

b0nG0K! b0Ng0k! b0ng0k!
benci aKu dgN maNusia yg b0Ng0k nak maTi nih.

Template by:

Free Blog Templates