Assalamualaikum.. hye korang!
Macam biasalah lambat sikit nak update. Ada saja kekangan. Now, aku dah join BBF kat FB. Best dapat jumpa bloggers bride yang pernah aku kenal sebelum my wedding dulu.
Kepada yang mengenali dan tak tahu dan kepada yang ingin tahu, sebenarnya since aku kawen on February aku tak tinggal sebumbung dengan hubster sebab dia kerja kat Penang dan aku pulak kat KL. Aku tinggal kat KL ni dengan housemates yang bujang. So, aku pun turut sama merasakan diri ni macam single. hehe
Aku dan hubster bukan selalu jumpa pun. Dalam sebulan tu ada la sekali dua je jumpa. Pernah sekali tu 3minggu tak jumpa. Dah la family jauh. Tercampak pulak hidup kat KL ni yang tak pernah terlintas langsung akan berkhidmat di sini. Hari-hari aku rasa sedih. Nak mengadu kat sape? Pada BFF dan Tuhan jela.
But makin lama aku jadi makin kuat bila banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Tak perlulah aku ceritakan semua kot.
Last two weeks, dapat tau yang hubster dapat transfer ke Bangi. Alhamdulillah. Lepas ni tak boleh meronggeng dengan BFF macam biasa lagi. Dan aku pulak akan tinggal dengan hubster di rumah sewa sendiri.
Seminggu aku mencari rumah sewa yang sesuai. Contact sana-sini. Merayau sana-sini. Sampaikan rumah staf UM pun aku redah. Alhamdulillah jumpa jugak. Allah ketemukan aku dengan pakcik yang budiman. Pakcik tulah yang bagi info ada rumah untuk disewa.
Dan aku akan mulakan hidup baru sempena Ramadhan ni. Weekend ni insyaAllah akan mula masuk rumah baru. Persekitaran yang baru. Cara hidup yang baru. Dan aku agak happy sebab ada BFF aku yang menetap kat situ sekarang ni. 5 tahun setengah kami belajar sama-sama. Kelas yang sama. Pergi kuliah sama-sama. Housemate dan roomate masa di Ipoh dulu. Suka!
p/s: Jemputla datang rumah saya nanti. hihi Dah ada rumah sendiri ni i akan concentrate dengan Mary Kay as a beauty consultant! huyeahhhhhh
13 comments:
Tercampak kat KL dah kira ok tu.. Kalau tercampak kat Sarawak macm saya... huhu, lagi lah sedih kot.... Ape nak buat, redha je lah... Tak sabar nak tunggu thn depan, harap2 lah dapat transfer.. ^_^
aww dapat sesama ngan hubster balik. hehe live happily ever after. Selamat berpuasa :D
Alhamdulillah dah dapat duduk sebumbung dengan husband. Rezeki bulan Ramadhan kot tu ehehe.. Saya jugak yang kena duduk jauh lagi sobsob..
baguslah dapat duduk serumah dh
waaa,,bgus elis,,,dpt rase umah baru,suasana baru,ramadhan (bbuka & sahur) baru,,sume baru,,amoy tgu berita baru gak dr elis,,hihih,,dapat peyot baru,,hihihi..
Miss sunshine : bertabahlah ye..
akak kopi: thanx.
amal: mungkin next time rezeki awak pulak. :)
kapten atok: begitulah nampaknye bro.
amoy: ayat awak yg last tu tolong hold dulu ye. im not ready yet.
oyeah! akhirnye... best lah dpt pose same2 ngn hubby tercinta... pastu leh la cpt2 dpt bby! :P
lea: yg satu tu lambat skit kot..
hehe.. ok la tu.. bg biar btl2 ready... lgpn br lg kn.. haneymun puas2 dl :p
Post a Comment