31 Julai 2011
Hari ni, hari terakhir aku berada di rumah pertama sejak berkhidmat di Kuala Lumpur. Semalam dah start masuk rumah baru. Basuh rumah, sental sana-sini buang habuk, angkut barang. Penat ok! So, hari ni akan pindah secara rasminya. Lagipun penyewa baru dah nak masuk bilik aku hari ni. Hosmet dua-dua pulak takde. Tak dapat nak bersalaman dengan dorang. :(
Esok 1 Ogos bersamaan 1 Ramadhan, aku akan mulakan hidup baru. Seperti yang aku pernah cakap dalam entry yang lepas, rumah baru, persekitaran baru, cara hidup baru dan 'hosmet' yang baru. Lepas ni aku tak dapat nak online seperti biasa. Tak tahu sampai bila sebab aku belum lagi register untuk Streamyx or Unifi untuk rumah baru nanti.
So, kalau korang nak buat order Vco Catalyst ke Collagen ke Mary Kay ke contact me as usual ok 0194194194 sebab i tak dapat nk tengok shoutbox kat blog, tak dapat nak check email, tak dapat nak tengok FB dan segala yang berkaitan dengan dunia internet adalah terputus hubungan buat sementara waktu.
Kepada Bloggers Bride Forever, jangan lupa inform me if korang nak buat gathering nanti ok. I tak dapat nak tengok apa yang korang discuss kat group BBF. Anything juz text me 0194194194.
Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk anda yang membaca blog aku. Semoga Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan terakhir untuk kita semua. Selalunya itulah yang aku harapkan bila menjelangnya 1 Ramadhan. Moga amalan kita diterima, urusan dipermudahkan, rezeki diperluaskan dan hidup dalam keredhaan.
Sekian, jangan rindu-rindu. hihi perasan!
3 comments:
Salam Ramadhan juga elis :)
Salam Ramadhan Elis
salam ramadhan dear :)
Post a Comment