07 October 2011

Putihkan Gigi dengan Pola Night

Hye korang!

Kali ni aku nak share something yang sangat berguna untuk korang especially buat  BBF dan bakal-bakal pengantin. Aku tahu, korang mesti nak nampak cantik dengan gigi yang putih bersih dan senyuman yang berseri pada majlis perkahwinan korang kan? Mungkin ada di antara korang yang memiliki gigi yang tak berapa nak puteh sejak sekian lama. Soooo, aku akan bagi penyelesaian untuk masalah korang tu.

Nak cerita sikit. Sebelum aku kawen, aku dah plan nak putihkan gigi aku. PUTIH dengan CUCI lain ye. Jangan salah faham. Putihkan gigi ialah satu proses memutihkan gigi manakala cuci gigi pulak lebih kurang macam bersihkan gigi daripada kekotoran yang korang sendiri cipta. Hihi 

Survey punya survey akhirnya aku jumpa satu klinik gigi masa aku study kat Ipoh dulu. Klinik Pergigian Siti dekat Tambun. Kos putihkan gigi kat klinik ni RM500 menggunakan Pola Night. Setahun dua before kawen aku dah survey harga untuk putihkan gigi sebabnya apa yang aku tahu kos untuk putihkan gigi memang mahal ok. Tahap riban cipan. Sebab tu aku survey awal-awal, senang nak bajet uwangnya. Aku dah la tak beruwang sebab tengah study lagi time tu, sanggup kumpul duit elaun semata-mata nak putihkan gigi. 

Ni la dia Pola Night yang aku guna untuk putihkan gigi.

Kalau tak silap aku, ada banyak cara untuk putihkan gigi ni. Tapi yang aku guna ni DIY tapi sebelum tu korang kena pergi klinik gigi dulu, dentist akan buat ukuran gigi guna benda macam plastesin sebab nanti korang akan pakai benda tu semasa sesi rawatan pemutihan. Cewah! Gel Pola Night ni ada 10 tiub. Ape tah nak cakap, aku tak tahu benda panjang-panjang macam jarum tu orang panggil apa. Aku maksudkan tiub je, korang faham kot. Tengok gambar k.

Satu tiub ni boleh guna sampai dua minggu kalau tak silap aku. Depend pada kekerapan penggunaan dan kuantiti yang korang nak letak pada acuan gigi tu.


Ha, benda ni la yang korang kena buat untuk dapatkan ukuran gigi tu. Seminggu selepas korang buat ukuran gigi, baru benda ni siap. Kira macam acuan bentuk gigi atas n bawah korang la. 

Nantikan korang akan sapukan gel pola night tu pada sekeliling benda ni then korang pakai kat gigi selama 45minit before tido. Kira benda ni akan menyarung gigi korang. Gel tu tak boleh letak banyak-banyak, letak sikit je pada acuan ni. Kang tertelan gel tu naya weh! Aku pernah tertido masa pakai benda ni. kihkih

Satu lagi, jangan pulak korang sapu gel tu sampai ke acuan gigi belakang, agak-agak la sampai gigi tepi je paras senyuman korang. Gigi belakang takde sape nak tengok, membazir je nanti.  Since korang dalam proses pemutihan gigi ni kan, korang tak boleh minum tea, coffee dan segala macam makanan or minuman bewarna bagi mengelakkan korang tak dapat lihat hasilnya. Tapi aku tibai je kadang-kadang, hasilnya tetap nampak. Dalam seminggu korang dah boleh nampak perubahan pada gigi korang. Kalau tak percaya, try la.

Hasil di hari yang bersejarah..... Jeng jeng jengggggggg.... 




Alamak gambar tak clear pulak. Actually nak tunjuk gambar gigi je. kahkah

p/s: Aku rasa aku belum pernah buat review pasal wedding sehingga ke hari ni even aku pernah tulis banyak kali yang aku akan buat review. Perlu ke?? 


20 comments:

Unknown said...

kalau p klinik gg kite just cakap nak buat plastesin untuk gigi ke???kos nak beli injection punyer set n semua bende alah 2 500 eh babe???

LEMONADE said...

damiya: jgn cakap patesin gigi. tanya dlu apa yg klinik tu sediakan utk proses pemutihan gigi. then tanya la psl pola night dia ada sediakan x. yup2, semua ni RM500

erin moshimoshi said...

wah bape 500 ?

Unknown said...

serius best gg u.dari jauh dah nampak putih okkkkk.ni terasa nak g klinik gg tanya harga.zaaassss

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

perlu la...
aku nak tgk...

LEMONADE said...

erin: bape ape erin?

LEMONADE said...

zimie: kahkah iye2 je kan.

LEMONADE said...

meniti senja: nnti aku akan usahakan ok.

zh-ena said...

alahai bila dah anak anak2 nie mcm tak terpikir pun nak putihkan gigi..ada nak cabut gg adalah

LEMONADE said...

sis ena: haha keyakinan diri bertambah bila gigi putih. ngeee :p

aindzaya said...

tp ain cam kene pakai braces je dulu nie before pkai nie...gigi cam gigi arnab

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

500? mahal jgk ea. tp memang putih gigi tu. =)

LEMONADE said...

ain: pakai la braces dulu. then baru pakai pola nite.

khumaera: kihkih ok la murah drpd lain2.

Rashid said...

eee takutnya nak pakai .. nanti lain jadinya pula.. hehe

Anonymous said...

Xda side effect ke guna produk tu? I mean bhn pemutih yang digunakan tu selamat?

honey hiyoko said...

nk beli camne ek?

Anonymous said...

bpe lme bleh tahan?

Anonymous said...

arini pagi td buat putihkan gigi kos RM1300... sakit nak mampus smpai skrg rasa nya.... hasil..? tidak seperti yang diharapkan. kalo sakit dan mahal menjadi tak per...ni tidak...!!! rugiiiiiiiii.......

Unknown said...

awk beli kat mn? sy ade tanya kat klinik 890 adoiiii

Unknown said...

awk beli kat mn? sy ade tanya kat klinik 890 adoiiii

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates