03 January 2012

Shopping di Johor Premium Outlets

Happy Tuesday peeps. 

Last week aku pergi Johor Premium Outlets atau ringkasnya JPO. JPO terletak di Indahpura, Kulaijaya. Kebetulan hubster ajak ke JB. Dalam kepala ada JPO, JPO, JPO je time tu. Awal-awal lagi dah memujuk hubster ajak ke JPO. Dia mesti bagi green light punya kalau ajak ke tempat shopping. Sebab tu i syg u lebih. wakaka! 

First impression aku nak cakap yang JPO sangat-sangat best sebab banyak branded outlets yang menawarkan item dengan harga yang murah gila. U know why? Sebab JPO punya konsep memang jual off season branded items untuk stock clearance. Tapi aku tak kisah, yang penting cantik, branded n original. Tapi ada jugak certain outlet yang jual latest items dengan harga yang sedikit murah dari boutique. So, jadilah pengguna yang bijak. Belilah di JPO yang menawarkan harga yang memang berbaloi-baloi untuk penuhi kehendak korang. 


Masa mula-mula sampai tu kan aku dah over excited sebab tengok ramai gila orang especially Singaporean kat situ. Car park memang padat dan sesak. Orang kata konsep dan reka bentuk bangunan JPO sama je dengan premium outlets di US n Japan. Aku tak sure sebab aku sendiri tak pernah ke sana. So far, masih banyak outlet yang belum dibuka. Baru ada lebih kurang 80 outlets yang fully operational. Tahun 2012 akan ada lebih banyak outlet untuk menjamu mata korang.  

Hasil tangkapan aku ketika di JPO hanyalah Fossil wallet yang harganya hanya RM100 daripada harga asal RM169. Menggigil ok nak pilih wallet sebab tengok harga menjunam macam tu. HAHAHA! 

front side

back side

Cantik tak wallet i? kihkih jangan jealousssss. RM100 je ok. Kalau nak yang lagi cun daripada ni silalah beli yang latest design dengan harga yang mahal di Pavi or KLCC. 

Akibat terlalu sesak dengan orang ramai, aku decide untuk pulang ke KL dengan kadar segera sebab kepala dah pening. Aku ni darah rendah, cepat pening kalau tengok orang ramai-ramai macam tu. Mulalah tekak loya, nak pitam la apa la. So, tak sempat nak tawaf ke semua outlets. Suku je kot. Dapat fossil wallet pun dah kira ok daripada tak beli apa-apa. Kira ada la jugak kenangan membeli-belah di JPO. Lagipun aku memang aim dah lama nak beli fossil wallet. Apa lagi dah jumpa yang murah, grab jela dulu as a gift untuk diri sendiri. 




I'll be there once again. Nak tawaf semua outlet one day. Kalau pergi dengan BFF lagi best ni. I miss my hosmets meklin, ayu, makcik n moksyok damn much!

Happy shopping at JPO. Bye!

3 comments:

aisah hanafi said...

kelakar eca masuk sini hanya untuk bayo parking je!!!

LEMONADE said...

eca: ehehe nk bayo parking pun que panjang gila kot. huhu

Anonymous said...

hii.. sori ganggu, nk tanye la lagu ape ek awk pki backgrnd blog awk nie..? :)

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates