Rumah sewa dah masuk streamyx. Lepas ni boleh update blog dengan maju jaya. Boleh blogwalking blog-blog kalian seperti satu ketika dulu. Tapi mungkin tidak terlalu kerap kerana aku sudah punya komitmen yang lain.
Dah sebulan lebih aku hidup sebagai orang kota. Tapi sungguh, tak bangga pun jadi orang kota. Enaknya cuma kalau kau punya wang yang banyak.
Sebulan yang lalu memang hidup aku penuh tekanan. Apa yang aku hadapi di sini sorang-sorang bukan semuanya aku cerita pada orang. Mungkin banyak yang aku cerita, tapi lebih banyak yang kau tak tahu. Aku biarkan kau menilai kehidupan aku dari persepsi kau sendiri.
Kini, aku cuba untuk pasrah dengan apa sahaja ketentuan. Give up. Memang itulah yang aku rasakan sekarang. Maka, aku lebih suka berdiam.
2 comments:
wujud lagi...
:)
pelan2 elis...byk bersabar k..
Post a Comment