25 November 2008

AKU TERIMA NIKAHNYA...

Hallooooo….

Bangun awal hari ni sakit perut ah..

Mak, ayah, anis n wal blk kampung pagi ni jemput relatives sempena majlis pertunangan aku nnti. Xtau nak buat ape, aku p geledah beg abg aku.kikiki terjumpa satu buku yg penah aku tengok sebelum ni..

AKU TERIMA NIKAHNYA hasil karya Hasrizal Abdul Jamil (Abu Saif). Tengok pada tajuknya dh seakan attract aku utk membacanya. AKU TERIMA NIKAHNYA adalah rakaman pengalaman penulis dalam membina damai pada sebuah kehidupan berumahtangga. Segalanya bermula dengan menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

Diolah dengan gaya santai dan pendekatan bercerita, dan dialog-dialog biasa yang merencahi kehidupan dunia rumah tangga, buku ini menjanjikan pengalaman membaca yang mengasyikkan. Suami mahupun isteri dibawa menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, lalu belajar untuk saling memahami…demi menyempurnakan perjalanan sebuah rumah tangga berbekalkan syariat Allah dan sunnatullah…

Wawawaaaa baru nak bertunang dah gatal masuk hal rumah tangga. Bukan apa, benda2 realiti camni memang kita perlu tahu. Normal la tu kan. Satu hari nanti kita akan berdepan dengan semua tu. so, lebih baik persiapkan diri yang dungu mendapatkan serba sedikit input utk masa akan datang. Hurm, sedang aku type entry ni sambil2 tu aku baca buku ni… tersentak jap aku bila baca satu part dalam buku ni..s.t: Rahsia Pertunangan. Ahaaaa…mungkin menarik utk dibaca sbb aku bakal bertunang..itu yang dtg gedix+excited nak baca.hehe Apa yang aku baca tentang tajuk ni mengatakan bahawa pertunangan tu tidak perlu dihebahkan. “Rahsiakan pertunagan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.” (Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair Radiyallahhu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil. Pertunangan ialah satu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama menjelaskan bahawa antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-‘Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Ni la apa yang aku baca pd satu part dalam buku ni..memang ada kebenarannya tapi masyarakat sekarang xde yang diamkan pertunangan paling sengkek pun ahli keluarga terdekat yang tahu. Sebab apa aku cakap camtu?? Sebab bila ikatan tu dah ada dan tiba2 ada yang bertanya dah berpunya ke belum kita akan jawab “ya” dan lama2 tersebar la jugak kan…so, aku rasa agak sukar bagi umat zaman sekarang nak merahsiakan pertunangan even kita tahu baik buruk hebahan tu. hoho ala ala ilmiah gitu entry aku kali ni..hehe ni jus pendapat aku la kan. Nak hebah pada semua orang or orang tertentu saja tu terpulang la..lu pk la sendiri..hahaha

Mau makan, laparrrr…..

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates