29 January 2009

My Bro Engagement n SAHABAT..

Dear diary,

Dah 5 hari x update blog. Banyak perkara yang berlaku sepanjang 5 hari ni.

Hari Sabtu;
Seperti yang telah aku khabarkan dlm entry sebelum ni, hari ni aku bertolak balik ke kampung dari Ipoh. Perjalanan lancar pada awalnya n sesudah melepasi tol Gombak perjalanan agak kurang lancar memandangkan smua orang berpusu-pusu mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti umum CNY pada hari Isnin dan Selasa. Keje aku dalam bas, makan tido makan tido… macam2 aku makan sepanjang perjalanan tu. Duk sensorang jek dlm bas kat belakang sekali lak tu. Makan tido je la… puas2 tengok keindahan alam. Lepas tol Gombak tu along potong bas aku. Aku nampak tp xleh nk lambai2 sbb aku x duk side driver. Then, bas aku plak yg potong kete along. Masa ni baru la excited aku melambai-lambai.haha Cine kat seat sebelah duk tengok2 je. Aku wat dunno je la.. Pas pada tu jap2 along potong bas aku pastu aku potg kete dia. Last2 aku yang sampai Kuantan dulu. Ngeh3 Sampai terminal tunggu pulak abg aku dtg amik dekat 15mnt aku tunggu dia. Hampeh btol. Pastu aku gi amik mak n ayah kat East Coast Mall. Sampai je umah k.ngah along pun sampai.. hehee kirenye same2 sampai la akhirnye.. Malam tu x wat ape2 persiapan pun sebab masing keletihan.

Hari Ahad;
Hari ni awal gak aku bangun tp xde la awal sangat dlm kul 9.00am camtu la.. pasal mak kejut ajak pegi umah bakal tunang abang aku sebab hari ni akak pada bakal tunang abg aku tu bertunang. So, pegi je la temankan mak aku. Mujur gak aku bawak bekal sepasang baju kurung dari maktab. Boleh la gi majlis tu. Majlisnye agak simple untuk saudara mara terdekat dan jiran2 terdekat saje. Tema kedua-dua belah pihak kaler pink. X menarik la. Dorang kata masing2 xtau tema kaler ape. Mustahil la! Dah abes majlis kitorang pun blah. Pegi Giant beli buah2an untuk hantaran abg aku n beli cenderahati untuk saudara mara n kawan2 mak aku yang sudi hadir. Beli cookies je dlm 40 kotak even nampak simple tp itu la sebagai tanda penghargaan dan ingatan untuk mereka yang sanggup datang dari jauh. Huhu.. Pastu aku n mak pg Pasar Besar Kuantan plak pasal nak beli bunga untuk buat sirih junjung. Fuh, nasib baek ade bunge kaler biru.. tak la lari daripada tema kan. Sampai2 je kat umah aku trus siapkan kad untuk di tampal pada kotak2 cookies tadi. Aku edit n letak gambar abang aku n tunang dia dengan sedikit kata2. Pastu aku, anis n abg aku ke Terminal Makmur p CC jap pasal nak print out kad2 yang sempoi tu. Settle. Pastu aku ke Alamoda kononnya nak cari tudung Ekin pasal tengok dlm paper cawangan Butik Ariani ade kat Alamoda Kuantan tp hampeh xde pun. Beli butang baju Melayu abang aku je kat situ. Pastu aku ke Malay Town, pun takde yang berkenan di hati. Abg aku bg cadangan cari kat kedai India Muslim kat area benteng. Pelik gak, sejak nak bertunang ni abg aku jadi amik kesah plak hal2 pompuan ni. Sampai2 je tengok kedai tu tutup. Sibuk nak sambut CNY jugak agaknya. Panas2! Last choice abg aku ajak p cari kat Kuantan Parade. Fuh! Sangat bagus ar abg aku. Semata-mata nk cari tudung untuk aku pakai masa majlis dia sanggup round satu bandar Kuantan tuh! Hehee cari punye cari jumpe gak tudung Ekin yg match ngan baju untuk aku pakai masa majlis nanti. Tapi aku kurang minat ngan tudung tu sebab terbelah kat tengah. Tapi aku dh xde choice, beli je la drpd langsung xde tdung kan. Malam tu kerahan tenaga berlaku. Hik3 last check untuk semua hantaran n aku siapkan cenderahati utk tetamu sebelah pihak keluarga aku. Pastu klik2 la… wat kenangan.

Hari Isnin;
Hari yang dinanti telah pun tiba. Cheeewaahh ayat cam harraammm jek. Hahaa.. Majlis berlangsung pada jam 11.00am dirumah Ustaz Mansor di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Mak aku pkul 10.00am dh trun pasal nak tunggu rombongan kawan2 dia dari Rompin n sedara mara aku kat Masjid Batu 6 Kuantan. Kitorang yang lain2 ni gerak dlm kul 1030am n tunggu yang lain kat Bank Rakyat simpang nak masuk umah tunang abg aku. Tunggu punye tunggu sempat gak klik2 3-4 keping gambar. Masa ni my future MIL n FIL pun ade sama tp dorang dgn mak aku berkumpul kat Masjid Batu 6. Eheee.. Kalo x silap aku berbelas buah keta gak dari pihak aku yang escort. Huhu… Alhamdulillah majlis akhirnya berjalan lancar dengan pihak aku membawa 11 hantaran dan berbalas 13 daripada pihak perempuan. Daripada pihak abg aku ktorang bg sirih junjung, senaskhah Tafsiran Al-Quran dan tasbih, telekung, sepasang baju, coklat, bunga telur, kek, buah-buahan, bunga rampai, perfume dan sebentuk cincin beserta sejumlah wang bernilai RM100. Ade yang tertanya2 kenapa ade wang bernilai RM100 tu..? Ini maksudnya jumlah hantaran untuk majlis perkahwinan abg aku nanti ialah RM10,000.00. Tema hantaran di sebelah pihak perempuan kaler hijau pucuk pisang. Dorang bagi kain songket, baju melayu, songkok, potpouri, perfume, sirih junjung, al-Quran, sejadah, nasi manis, coklat, buah-buahan, kain pelikat n one more thing aku kurang ingat ape dia… Disamping hantaran2 tu, kedua-dua belah pihak menyediakan ape tah orang panggil benda ni tp cam buku yang orang amik Dip or Ijazah tu… Ha! Bile dh abes majlis wakil daripada pihak abg aku n tunang dia bertukar2 benda alah tu. Dalam tu ada nama abg aku n tunang dia pastu nama parents n wakil kedua-dua belah pihak n ade senarai hantaran barang pertunangan…. Lebih kurang kul 1 lebih baru la beransur-ansur tetamu kedua-dua belah pihak pulang.... Letih nak matii occay! Balik umah trus aku membute! Petang ckit aku bangun n ajak abg aku pg ECM lagi. Saje jalan2 cuci mata…

Hari Selasa;
Hari baru aku bertolak balik ke umah sendiri. Otw dlm area Rompin dh masa tu mak aku call gtau my best friend ms skolah dulu dh nk ke Aussie sambung blaja wat Medic 3tahun. Mak aku dpt tau sbb selisih ngan kete kawan dia (merangkap pakcik kawan aku tu) nk anta dia kat airport. Mak aku suh call dia cakap selamat jalan. Aku tengah blur2 tyme tu sbb baru bgn tido. Sampai umah aku msej dia. Dia fly malam ni. Aku ngan dia hakikatnya dh x serapat zaman sekolah dulu. Tapi aku sangat menghargai insan yang bergelar sahabat macam dia. Seme orang boleh jadi KAWAN tapi x smua orang boleh jadi SAHABAT. Dan aku tak pernah melupakan kawan dan sahabat yang pernah mengalami suka duka bersama aku. Last msej sebelum dia berlepas ke sana ialah take care n thanx stil remember me! Masakan aku boleh lupa pada sahabat macam dia even aku dan dia jarang berhubung, cuma sesekali saje tatkala teringat. Semoga dia berjaya menggapai cita-cita yang dia idam2kan selama ni.


Aku dh mantuk…zzzzzz


1 comments:

zh-ena said...

tahniah pd abg awak..byk gak aktiviti yg awk buat erk..

jgn lupa tepek pic..nak tgk suasana acara pertunangan abg awk

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates