Dear diary,
Aku kembali lagi setelah berminggu menyepi.
Banyak yang nak dicoretkan tapi bimbang pada connection yang tak menentu sekarang ni membantutkan keinginan untuk mengupdate.
Awal kedatangan, seperti yang aku jangkakan, aku dan rumet tidak lagi berada di B-0-4. Pasrah dan harus redha kerana mungkin dengan izin aku akan kembali semula di B-0-4 tahun hadapan. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.
Kehidupan berjalan seperti biasa, ade suka duka dan gelak tawa. Kesempitan akibat kewangan yang semakin menyusut itu perkara biasa bagi guru-guru pelatih macam aku. Aku kini sedang berjinak-jinak pula dengan jahitan sulaman pada tudung. Tudung bawal yang aku jahiT sulamannya sudah hampir siap. Masih lagi meneruskan jahitan manik cuma agak jarang dan minat itu tetap ada dan semakin mendalam terhadap jahitan manik cuma aku punya waktu yang sangat sedikit untuk menghasilkan design manik yang pelbagai.
Semalam, classmate celebrate bufday aku yang dh brape minggu berlalu sebenarnya. Thanx y’all. Thanx 4 da chocolate cake especially, thanx pada korang yang plan surprise yang aku sendiri pun x dapat nak agak langsung. Hahaa poyo jek. Tak lupa juga pada my gegedix team yang bagi bufday present kat aku; mc lyn, chot, mak cik and ayu. Thanx 2 my sista also.
Seperti biasa, setiap tahun akan berlaku pertukaran tempat duduk dlm kelas aku dikalangan bebudak pompuan. Tahun di turn line aku, mc lyn and k.chid duk belakang sekali. Hahaaa oleh sebab itu aku dan mc lyn setiap hari kene tegur ngan lec sebab buat bising n selalu main2 tyme dorang ngaja. Hik3 Kitorang bukan ape, boring tahap gaban ar kalo dah ngadap muka lec lama2 sangat. Heheee.
Hurm, hari Sabtu ni balik kampong. Yeye cuti seminggu! Aku balik kunatan terus sebab 26hb ni abang aku bertunang. X saba nak pegi majlis dia. Mak aku sekarang kata kak ana dah siap buat hantaran untuk abg aku. Themenya, turquoise. Dah agak dah…melepas aku nak kawin nanti dengan theme tu. Huh! Alhamdulillah, my bro posting kat sekolah depan umah. Aku rasa dia la guru yang paling bertuah di abad ini!!
Chow
TOP5 rzeczy, które mogą się przydać w kuchni
5 years ago
0 comments:
Post a Comment