29 January 2009

My Bro Engagement n SAHABAT..

Dear diary,

Dah 5 hari x update blog. Banyak perkara yang berlaku sepanjang 5 hari ni.

Hari Sabtu;
Seperti yang telah aku khabarkan dlm entry sebelum ni, hari ni aku bertolak balik ke kampung dari Ipoh. Perjalanan lancar pada awalnya n sesudah melepasi tol Gombak perjalanan agak kurang lancar memandangkan smua orang berpusu-pusu mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti umum CNY pada hari Isnin dan Selasa. Keje aku dalam bas, makan tido makan tido… macam2 aku makan sepanjang perjalanan tu. Duk sensorang jek dlm bas kat belakang sekali lak tu. Makan tido je la… puas2 tengok keindahan alam. Lepas tol Gombak tu along potong bas aku. Aku nampak tp xleh nk lambai2 sbb aku x duk side driver. Then, bas aku plak yg potong kete along. Masa ni baru la excited aku melambai-lambai.haha Cine kat seat sebelah duk tengok2 je. Aku wat dunno je la.. Pas pada tu jap2 along potong bas aku pastu aku potg kete dia. Last2 aku yang sampai Kuantan dulu. Ngeh3 Sampai terminal tunggu pulak abg aku dtg amik dekat 15mnt aku tunggu dia. Hampeh btol. Pastu aku gi amik mak n ayah kat East Coast Mall. Sampai je umah k.ngah along pun sampai.. hehee kirenye same2 sampai la akhirnye.. Malam tu x wat ape2 persiapan pun sebab masing keletihan.

Hari Ahad;
Hari ni awal gak aku bangun tp xde la awal sangat dlm kul 9.00am camtu la.. pasal mak kejut ajak pegi umah bakal tunang abang aku sebab hari ni akak pada bakal tunang abg aku tu bertunang. So, pegi je la temankan mak aku. Mujur gak aku bawak bekal sepasang baju kurung dari maktab. Boleh la gi majlis tu. Majlisnye agak simple untuk saudara mara terdekat dan jiran2 terdekat saje. Tema kedua-dua belah pihak kaler pink. X menarik la. Dorang kata masing2 xtau tema kaler ape. Mustahil la! Dah abes majlis kitorang pun blah. Pegi Giant beli buah2an untuk hantaran abg aku n beli cenderahati untuk saudara mara n kawan2 mak aku yang sudi hadir. Beli cookies je dlm 40 kotak even nampak simple tp itu la sebagai tanda penghargaan dan ingatan untuk mereka yang sanggup datang dari jauh. Huhu.. Pastu aku n mak pg Pasar Besar Kuantan plak pasal nak beli bunga untuk buat sirih junjung. Fuh, nasib baek ade bunge kaler biru.. tak la lari daripada tema kan. Sampai2 je kat umah aku trus siapkan kad untuk di tampal pada kotak2 cookies tadi. Aku edit n letak gambar abang aku n tunang dia dengan sedikit kata2. Pastu aku, anis n abg aku ke Terminal Makmur p CC jap pasal nak print out kad2 yang sempoi tu. Settle. Pastu aku ke Alamoda kononnya nak cari tudung Ekin pasal tengok dlm paper cawangan Butik Ariani ade kat Alamoda Kuantan tp hampeh xde pun. Beli butang baju Melayu abang aku je kat situ. Pastu aku ke Malay Town, pun takde yang berkenan di hati. Abg aku bg cadangan cari kat kedai India Muslim kat area benteng. Pelik gak, sejak nak bertunang ni abg aku jadi amik kesah plak hal2 pompuan ni. Sampai2 je tengok kedai tu tutup. Sibuk nak sambut CNY jugak agaknya. Panas2! Last choice abg aku ajak p cari kat Kuantan Parade. Fuh! Sangat bagus ar abg aku. Semata-mata nk cari tudung untuk aku pakai masa majlis dia sanggup round satu bandar Kuantan tuh! Hehee cari punye cari jumpe gak tudung Ekin yg match ngan baju untuk aku pakai masa majlis nanti. Tapi aku kurang minat ngan tudung tu sebab terbelah kat tengah. Tapi aku dh xde choice, beli je la drpd langsung xde tdung kan. Malam tu kerahan tenaga berlaku. Hik3 last check untuk semua hantaran n aku siapkan cenderahati utk tetamu sebelah pihak keluarga aku. Pastu klik2 la… wat kenangan.

Hari Isnin;
Hari yang dinanti telah pun tiba. Cheeewaahh ayat cam harraammm jek. Hahaa.. Majlis berlangsung pada jam 11.00am dirumah Ustaz Mansor di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Mak aku pkul 10.00am dh trun pasal nak tunggu rombongan kawan2 dia dari Rompin n sedara mara aku kat Masjid Batu 6 Kuantan. Kitorang yang lain2 ni gerak dlm kul 1030am n tunggu yang lain kat Bank Rakyat simpang nak masuk umah tunang abg aku. Tunggu punye tunggu sempat gak klik2 3-4 keping gambar. Masa ni my future MIL n FIL pun ade sama tp dorang dgn mak aku berkumpul kat Masjid Batu 6. Eheee.. Kalo x silap aku berbelas buah keta gak dari pihak aku yang escort. Huhu… Alhamdulillah majlis akhirnya berjalan lancar dengan pihak aku membawa 11 hantaran dan berbalas 13 daripada pihak perempuan. Daripada pihak abg aku ktorang bg sirih junjung, senaskhah Tafsiran Al-Quran dan tasbih, telekung, sepasang baju, coklat, bunga telur, kek, buah-buahan, bunga rampai, perfume dan sebentuk cincin beserta sejumlah wang bernilai RM100. Ade yang tertanya2 kenapa ade wang bernilai RM100 tu..? Ini maksudnya jumlah hantaran untuk majlis perkahwinan abg aku nanti ialah RM10,000.00. Tema hantaran di sebelah pihak perempuan kaler hijau pucuk pisang. Dorang bagi kain songket, baju melayu, songkok, potpouri, perfume, sirih junjung, al-Quran, sejadah, nasi manis, coklat, buah-buahan, kain pelikat n one more thing aku kurang ingat ape dia… Disamping hantaran2 tu, kedua-dua belah pihak menyediakan ape tah orang panggil benda ni tp cam buku yang orang amik Dip or Ijazah tu… Ha! Bile dh abes majlis wakil daripada pihak abg aku n tunang dia bertukar2 benda alah tu. Dalam tu ada nama abg aku n tunang dia pastu nama parents n wakil kedua-dua belah pihak n ade senarai hantaran barang pertunangan…. Lebih kurang kul 1 lebih baru la beransur-ansur tetamu kedua-dua belah pihak pulang.... Letih nak matii occay! Balik umah trus aku membute! Petang ckit aku bangun n ajak abg aku pg ECM lagi. Saje jalan2 cuci mata…

Hari Selasa;
Hari baru aku bertolak balik ke umah sendiri. Otw dlm area Rompin dh masa tu mak aku call gtau my best friend ms skolah dulu dh nk ke Aussie sambung blaja wat Medic 3tahun. Mak aku dpt tau sbb selisih ngan kete kawan dia (merangkap pakcik kawan aku tu) nk anta dia kat airport. Mak aku suh call dia cakap selamat jalan. Aku tengah blur2 tyme tu sbb baru bgn tido. Sampai umah aku msej dia. Dia fly malam ni. Aku ngan dia hakikatnya dh x serapat zaman sekolah dulu. Tapi aku sangat menghargai insan yang bergelar sahabat macam dia. Seme orang boleh jadi KAWAN tapi x smua orang boleh jadi SAHABAT. Dan aku tak pernah melupakan kawan dan sahabat yang pernah mengalami suka duka bersama aku. Last msej sebelum dia berlepas ke sana ialah take care n thanx stil remember me! Masakan aku boleh lupa pada sahabat macam dia even aku dan dia jarang berhubung, cuma sesekali saje tatkala teringat. Semoga dia berjaya menggapai cita-cita yang dia idam2kan selama ni.


Aku dh mantuk…zzzzzz


23 January 2009

Sunyi sepi...

Aku masih punye kesempatan dan ruang untuk mengupdate malam ni. Sunyi dh kawasan maktab hr ni. Pas hbs class tadi ramai dah yang blk kg. Tp ade gak yang x blk. Menghabiskan sisa-sisa cuti raya cina di maktab tercinta. Cam bese, pas isyak di port yang sama tatkala m0stly students dh ade kat kg halaman masing-masing tapi aku masih di sini.. Maktabku! Duniaku! ahahaa geli jek dengar. Cam skema maut je ayat tuh. Huh!

Aiyaaa.. kaco ar dak junior 4 orang ni! btl2 mengganggu kelancaran connection mlm ni. Aku baru nak berpoye2 secara menggile. haiihh.. tp xpe gak, xde la takot sangat rase bile dorang ade. Kalo aku ngan lyn je mmg meremang gak ar. hehee..

Esok pagi balik kg! Kene bangun awal sok coz aku n lyn ke medan gopeng naek bas maktab. Nak jimat duet. Kalo naek cab rm15/2=?. Tengah2 gawat ni malas ar nak demand lebih2 kan, so naek je la bas maktab tu rm2 je pun. Lagipun, memang azam baru xnak membazir dh thn ni. Harap2 azam tu tercapai la dan blh kekalkan sampai bile2 attitude tu.

Tadi along call. Dia cite pasal abang aku yang nak benti keje! Dia x mo jadi cikgu! Ape kene ntah ngan abg aku nih! Baru seminggu posting dh wat hal. Ni gara2 x blh nak terima kenyataan la ni. Dia nak jugak jd engineer. Haihh.. udah2 la tu.. kalo dh itu takdirnye ko kene terima wei. Ade hikmahnye seme ni. Tuhan tak buat sesuatu tanpa ade maksud disebalik kehendaknya tu. Tak tau la aku nak cakap cane dh. Sejak dia dapat masuk DPLI lagi jadi camtu. Terima la kenyataan wei yang ko dilahirkan sebagai pendidik!

hurm, yaya plak kene tendang ngan classmate die hr ni. Ape nak jadi la anak buah aku yg sorang ni. Kalo kat umah dia la yang hebatnye. Kat sekolah lemah semacam je bile orang lain pukul dia. Tak reti langsung nak melawan balik. Geram btol aku! Mujur gak ade along (mama dia) kat sekolah tu. Kalo along xde tak tau la aku cane.

Ok la, di satu entry yang lain nanti aku akan ceritakan perihal setiap individu dlm family aku. Mereka punye kisah yang tersendiri. Begitu jugak aku.



*Dengan harapan agar aku selamat sampai dan selamat kembali ke IPIP..~

22 January 2009

GuD News...!!

Taraaa... pagi tadi aku dapat tau yang ade bayaran untuk elaun perjalanan budak2 maktab. n azam as a responsible KU telah mengedarkan borang tuntutan perjalanan untuk aku dan classmate. Yippiii!!! Sangat hepi tp tuntutan tu hanya bermula pada perjalanan dari tarikh 16/11/2008 til 4/1/09... ckit je la kitorng dpt kalo ikutkan tarikh tu. asal la pihak yg berkenaan x buat tunggakan perjalanan since pre deg dulu ke.. kan ke bagus. banyak la ckit dapat kan. Tp tak pe lah, ni pun kire bersyukur sangat2 dh bile ade yang nak bagi duet di saat kewangan aku tahap nyawe2 ikan camni. Hehee.. esok last day pg clas b4 balik kg 4 chinese nu yer. Dapat cuTi seminggu! Yeye!! dapat peluk bantal busuk! waaa... rindu giler nak mati..!!! hak3




*Miz him alsooo...hehe*

21 January 2009

mAsiH di poRt baru...

Finally, have my own space & time to update my mr bloggie n read others. But, da connection is toooooo sloww n kejap2 xde. So, malas cakap banyak n i'll update next week coz aku akan on9 dengan tenang di rumah tanpa gangguan connection yang tersekat cam ni. eheheee

20 January 2009

Yeeehaaa...

Aku n mclyn baru terjumpe port baru ‘baek punye port’ wa cakap lu..! Dan sekarang kitorang sedang berpoye2 dengan laptop masing-masing dengan bangganye! Kerana aku yang control connection malam ni. hahaaaa perangai jahat kembali lagi.

Weeehuuu… 3 hari lagi nak balik kampong beb! Yeye! X sabar! X sabar nak pegi majlis abang aku brtunang . x sabar jugak nak tengok hasil kerja tangan mak aku dalam gubahan hantaran untuk abg aku kali ni. Hehee tp kene control gedix ar nanti takot my future MIL ade datang jugak. Keh3 rilex ar, wa slumber.. *peace*

Baru-baru ni my gegedix team n me pegi giant jap coz ayu nak p amik duet. Sesambil tu kitorang berpoye2 melawat kat proton jap. Aku test naek seme kete yang ade kat dalam tu. Hak3 poyo nak mati! Cam ade duet jek nak beli padahal hapah pun tarak. Hik3 Saga, Persona, Gen 2, seme aku try naek even kete x gerak pon. Saje suke2 buang mase berpoye2. Dah keje nanti la baru dapat beli kete sendiri. Sekarang ni mimpi ar kalo ade manusia berjiwe murni nak bagi aku kete sebijik! Huh!

Esok dia ke KK, outstation lagi.. maTila aku kalo dah kawin nanTi.. mesti asyik kene tinggal sensorang jer kat umah. Huk3 harus steady! Aku ade planning baru!! Hahaa.. mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Aku coretkan later tentang planning tu, itupun kalo aku rase nak cite.

Sekiranya ni last entry aku sebelum pulang ke kampung Sabtu ni, aku harap kamu doakan keselamatan aku sepanjang perjalanan nanti. Jauhkan aku dan orang-orang yang aku sayang daripada sesuatu yang buruk dan tidak diingini.



Causinci..

19 January 2009

Rindu blog

Dear diary,

Aku kembali lagi setelah berminggu menyepi.
Banyak yang nak dicoretkan tapi bimbang pada connection yang tak menentu sekarang ni membantutkan keinginan untuk mengupdate.

Awal kedatangan, seperti yang aku jangkakan, aku dan rumet tidak lagi berada di B-0-4. Pasrah dan harus redha kerana mungkin dengan izin aku akan kembali semula di B-0-4 tahun hadapan. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.

Kehidupan berjalan seperti biasa, ade suka duka dan gelak tawa. Kesempitan akibat kewangan yang semakin menyusut itu perkara biasa bagi guru-guru pelatih macam aku. Aku kini sedang berjinak-jinak pula dengan jahitan sulaman pada tudung. Tudung bawal yang aku jahiT sulamannya sudah hampir siap. Masih lagi meneruskan jahitan manik cuma agak jarang dan minat itu tetap ada dan semakin mendalam terhadap jahitan manik cuma aku punya waktu yang sangat sedikit untuk menghasilkan design manik yang pelbagai.

Semalam, classmate celebrate bufday aku yang dh brape minggu berlalu sebenarnya. Thanx y’all. Thanx 4 da chocolate cake especially, thanx pada korang yang plan surprise yang aku sendiri pun x dapat nak agak langsung. Hahaa poyo jek. Tak lupa juga pada my gegedix team yang bagi bufday present kat aku; mc lyn, chot, mak cik and ayu. Thanx 2 my sista also.

Seperti biasa, setiap tahun akan berlaku pertukaran tempat duduk dlm kelas aku dikalangan bebudak pompuan. Tahun di turn line aku, mc lyn and k.chid duk belakang sekali. Hahaaa oleh sebab itu aku dan mc lyn setiap hari kene tegur ngan lec sebab buat bising n selalu main2 tyme dorang ngaja. Hik3 Kitorang bukan ape, boring tahap gaban ar kalo dah ngadap muka lec lama2 sangat. Heheee.

Hurm, hari Sabtu ni balik kampong. Yeye cuti seminggu! Aku balik kunatan terus sebab 26hb ni abang aku bertunang. X saba nak pegi majlis dia. Mak aku sekarang kata kak ana dah siap buat hantaran untuk abg aku. Themenya, turquoise. Dah agak dah…melepas aku nak kawin nanti dengan theme tu. Huh! Alhamdulillah, my bro posting kat sekolah depan umah. Aku rasa dia la guru yang paling bertuah di abad ini!!

Chow

01 January 2009

Helloo hellooo hollaaa..

Hepi New Year to all n hepi bufday to me..

dis is my first entry 4 dis year ‘2009’..

thanx to aida.. She’s da first person wish me on my bufday. Thanx to al frens yang give me wishes baru jap tadi..

AZAM tahun baru…?? Banyak sangat ar..

1. >> Nak improve skill jahit manik n buat macam2 design.

2. >> Nak kumpul duet.

3. >> Nak beli handphone baru yang murah tp punya function yang bagus!

4. >> Nak beli hadiah untuk diri sendiri bila dapat elaun. Semestinya!

5. >> Nak jual top up. (ehehee dari dulu lagi nak jual tp tak tau cara)

6. >> Nak blaja buat baju kurung (boleh ker…??) ermm..

7. >> Nak ganti pose awal2.

8. >> Nak menggedix seperti biasa. Haha

9. >> Nak jadi manusia berjiwa kental.

10. >> Buat ape yang aku suke la…

Banyak lagi x larat ar nak tulis. Mata pun dah mantuk.

Esok kena bangun pagi… x leh dah bangun kul 11.. rutin budak maktab dah nak bermula beberapa hari lagi.. rasa cam malas giler dah nak balik maktab. Malas sebab nak kena berdepan dengan banyak masalah. Sekarang ni aku asyik duk pikir dapat bilik mana, floor brape, blok ape… pastu result last sem dapat brape, praktikum nak pegi naek ape, elaun dapat bile, macam2 la.. adoyaiii.. ni la hidup.. kadang2 kita bersenang-lenang tanpa masalah, kadang2 secara tiba2 bertimbun-timbun masalah datang.. kadang2 kita sendiri yang cari masalah dan kadang2 orang lain yang sengaja buat kita dapat masalah.

Pasni tak tau la bila plak aku dapat update blog ni lagi.. wireless kat hostel tu mintak2 la dah siap pasang n hopefully everything ok. So, boleh ar aku on9 sepanjang masa dalam bilik je n of course la aku akan jadi semakin rajin mengupdate blog ni. Bukan apa, biasanya bila kat maktab jadi malas nak update sebab connection jap ade jap xde.. nak kena naek atas bukit lak tu. Menyusahkan btol ar kalo nak update. Tu la yang jarang2 aku update blog kalo ada kat maktab. Ahaaa.. duk umah hari2 bleh update, xde orang kacau, connection pun ok, cuma tinggal lagi antara nak dengan x nak je.

Dapat panggilan maxis free sepanjang hari ni tp cam x bermakna je.. celcom pun dapat gak. 7 hari dapat call n sms free.. pun cam x bermakna.. x de mood dh nak tulis.. chow!


>>> sakit hati…!!!

Template by:

Free Blog Templates