27 June 2010

Hari iTu Hari MaLang Aku.

21 Jun 2010
Ini tarikh malang aku. Sampai bila-bila pun aku akan ingat. Kepada teman-teman blogger especially Ceroi, sorry sebab tak dapat tunaikan janji aku pada kau yang aku dah janji nak belikan kau birthday present dari sana.. Budak Pensel, sorry untuk keychain yang kamu mintak tu, Syukri yang dah siap-siap bagi adress sebab nak souvenir... dan sorry untuk classmates yang 4 orang tu sbb aku memang dah niat nak bagi kat korang souvenir even korang tak tahu pun niat aku ni tapi malangnya penantian selama 6 bulan tu sia-sia belaka... Aku nak cerita rentetan kisah yang berlaku. Aku kecewa dengan agensi dan pensyarah berkenaan. Seriously, aku nak hak aku semula. Aku bayar seribu lebih hanya untuk trip ni tapi jadi macam ni akhirnya. Aku bukan nak menyalahkan takdir, tapi aku kecewa dengan sikap manusia seperti itu. Jangan kata nak minta maaf, nak tenangkan aku pun tidak. Pensyarah lain pulak yang bersusah payah. Benda dah berlaku, tapi aku akan ingat sentiasa. Duit aku tu, jangan buat tak endah pulak. Kalau rasa nak rugi banyak, buatlah tak tahu.

1.00am
Pukul 1.45am nak bertolak dari rumah tapi pukul 1.00am baru aku tergopoh-gapah nak mandi, solat isyak bagai.

2.20am
Bertolak dari IPG, masa dalam bas lecturer tu beri taklimat. Katanya flight bertukar dari AirAsia (LCCT) ke Garuda (KLIA) sebab nak jalan-jalan dulu sepanjang perjalanan dari Jakarta-Bandung. Actually, trip asal memang tidak menyentuh langsung tentang Jakarta. Memang takkan ke Jakarta. Waktu bertolak tu dapat tau macam ni. Tak kisahlah kan. Yang penting selamat dan enjoy.

5.40am
Tiba di KLIA lepas tu terus Solat Subuh.

6.30
Dapat tau visa ada problem, kerajaan Indonesia tak terima visa kumpulan. Setiap individu mesti kena ada passport antarabangsa. That time students dan beberapa orang lecturer terus bergegas ke Kedutaan Indonesia nak dapatkan kelulusan. Flight memang dah delay ke 1230pm masa ni. Letih kot dalam bas lama-lama dengan jalan jam lagi. Perot dah menyanyi-nyanyi sambil bergendang bagai. Masa dalam bas tu, lec cakap kalau tak lulus jugak nampaknya kena buat passport individu. OhhMyGod!!! Passport aku kat rumah dowh!! Kat Pahang sana nu. Masa ni rilex lagi tapi dalam hati dah rasa lain macam sebenarnya.

9.00am
Lepas selesai urusan di Kedutaan Indonesia, lec yang uruskan kitorang cakap aku kena tinggal sebab passport tak ada. Lec tu dah nanges-nanges masa dalam bas. Masa ni dah dapat rasa yang mesti aku tak dapat pergi. Call mak, along berjuta-juta kali. Mak dah bengang time ni. Aku lagilah bengang tahap cipan. Then, terus bertolak ke imigresen sebab nak buat passport kawan-kawan.

1.30
Ada di KLIA semula untuk ambil luggage. Kawan-kawan delay ke sana keesokan harinya. So, empat hari je mereka di sana. Rugi satu hari.

3.30
Sampai rumah along di Putrajaya. Selesai semuanya.

Bila aku fikir-fikir balik, mungkin ini tanda-tanda yang berlaku yang menyebabkan aku takkan ke sana agaknya.

Voir
Masa kat Megamall hari tu aku sempat la shopping kejap. Konon-konon shopping untuk ke Bandunglah. Aku nak satu wedges kat Voir tu! 2-3 kali aku duk ulang alik ke Voir tu sebab nak tengok wedges tu. At last bila aku nak beli je rupa-rupanya dah tak ada size. Kecewa ok! Aku jenis manusia yang sangat amat mudah kecewa kalau benda yang aku nak tapi tak dapat. eee! Ada lagi satu, white shirt tu aku nak sangat-sangat! Konon nak pakai waktu first day bertolak ke Bandung tapi tak ada saiz jugak. WTH!!

Duit hilang
Ha, yang ni memang aku confius sampai sekarang. Aku ada tukar duit sebelum berangkat tapi malangnya duit aku hilang 50,000. Walhal aku baru je kira duit tu. Banyak kali kot aku kira tiba-tiba je hilang terus tak jumpa-jumpa sampai sekarang. pelik.

Baju
Bila aku nak berjalan kan mesti aku kena basuh segala baju-baju yang aku nak packing. Tapi, sebelum pergi tu aku ada beli baju baru tau dan aku memang tak basuh baju baru tu sebab memang tak ingat langsung. ish! Dan banyak halangan waktu aku nak ambil pakaian dari sorang teman, sejak dari pagi sudahnya sampai ke malam sebelum bertolak baru aku pergi ambil baju-baju tu.

Solat
Mak aku ada pesan suruh buat Solat Sunat Musafir bila ke sana tapi aku tak sempat nak baca tentang Solat Sunat Musafir tu. Aku ingat tapi kejap-kejap lupa. Sudahnya, aku tak baca pun tentang tu. Dan lagi satu, aku ingatkan nak buat solat hajat sebelum berangkat tapi tak sempat sebab aku bersiap lambat.

Tak ada perasaan. Tak ready!
Sebenarnya aku kejap-kejap rasa excited nak pergi. Kejap-kejap tak rasa apa-apa langsung. Dengan kuku aku tak sempat potong. haha! Aku bila nak berjalan kuku mesti kena potong kasi kemas tahu. Dan lagi satu perkara yang menunjukkan aku ni tak ready sangat nak pergi bila akulah last person yang packing barang malam tu.

Passport aku!
Pernah terdetik sekali je masa cuti nak bawak passport aku yang lemau tu balik Ipoh lepas tu memang tak ingat-ingat dah sampai la kejadian tu berlaku. haish.


:: Itulah kisah malang aku. Bila kawan-kawan dah balik dari sana, macam-macam hal yang tak elok aku dengar berlaku di sana rupanya. Aku ingat kata driver bas maktab aku masa kejadian tu, "Apa la punya malang korang ni ek..?" Tapi, kawan-kawan aku tak semalang aku kot.

6 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sabar...
;)

ryn said...

sabar eik?

Fathiyah said...

takpe la elis
next time pegi dgn akak lah.hehehe.kte rongeng kat indon.jmpa ariel peterporn.hahaha.ish.tak kuasa dong.

lemonade said...

meniti senja: iye.

lemonade said...

ryn: sabar2 jugak tapi duit sy nak semula.

lemonade said...

kak fathiyah: x naklah jumpa ariel. nk jumpa dimas dgn aditya. hehe

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates