28 June 2010

Bukan lagi retak menanti belah tapi sudah lama terbelah-belah.

Aku rasa kita akan dihargai orang bila kelibat kita sudah tidak ada di muka bumi. Biasanya begitulah kan. Bila kita masih ada, kebaikan yang kita buat kadang-kadang sebelah mata pun tidak dipandang orang. Bila dah tiada barulah akan dikenang-kenang.

Aku makin tak faham dengan dunia sekarang. Susah nak terangkan macam mana. Terlalu complicated. Aku fikir dunia internet sekarang boleh memporak-perandakan perhubungan sesama manusia. Facebook. Yahoo Messenger. Senang cakap social networklah yang banyak merosakkan. Meretakkan. Memecah-belahkan. Memutuskan. Mencerai-beraikan. Bila aku dan rakan-rakan serumah berbicara hal begini ada yang kata mahu cari suami yang tak tahu apa-apa tentang social network especially Facebook. Aku setuju. Tapi unfair kalau lelaki tu beriya-iya mahu terlibat dengan social network untuk menjaga silaturrahim dengan sahabat handai bukan? Tapi aku kira, biarlah berpada.

Masa aku di sekolah hari tu pun ada cikgu yang cakap dengan aku macam tu. Facebook kalau tidak bijak dimanfaatkan boleh mendatangkan macam-macam masalah rumahtangga. Sebab beliau sendiri pernah alami masalah rumahtangga semuanya kerana FACEBOOK. Dahsyat kan facebook ni. Memang itu pun tujuan Yahudi buat Facebook kan. Semua berlaku tanpa kita sedar.

Sewaktu aku mula terlibat dengan social network yang satu ni memang aku agak layan membalas comment-comment yang ada. Tapi manusia macam aku yang mudah JEMU ni susah nak kekal lama dengan sesuatu. Even hari-hari aku on FB pun tapi sudah tiada hati mahu membalas komen-komen yang agak nonsense barangkali. Pendek kata dah tak serancak dulu. Jemu. Bosan. Rasa buang masa pun ada. Korang ada tak rasa macam apa yang aku rasa?

Apa yang aku nak beritahu kat sini sebenarnya aku simpati dengan seorang sahabat aku yang terpaksa putuskan hubungan hanya kerana Yahoo Messenger. Jahat betul dunia internet ni. Memang jahat!! Tapi ada hikmahnya jugak. Kalau tak, sampai bila-bila pun sahabat saya tu tak tahu yang si lelaki tu banyak dikaitkan dengan perempuan lain. Lelaki pun agak-agaklah. Kalau dah tahu hubungan dah tegang macam tu sengaja disimbah minyak lagi pada api buat apa. Jangan mudah anggap remeh dengan semua perkara. Bagi kau mungkin tak ada apa-apa. Tapi bagi perempuan itu memang bullshit kot. Dan satu lagi aku rasa kita kena belajar untuk minta maaf kalau dah tahu kita yang salah dan dah melukakan orang lain. Bukan sedaya upaya menegakkan benang yang basah. Nak juga rasa diri tu betul. Memang tak patut.

Aku tak faham perkaitan dalam setiap perenggan entry aku kali ni. Tapi kau baca jelah. Aku tulis apa yang ada dalam kepala otak aku. Ikut suka jari akulah.


Sekian saja entry emo kali ini.

4 comments:

arboqskii said...

atas diri masing2.....gunakan dengan sebaik mungkin....salah guna merana sendiri..mengigit jari....~~

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ermmmmmm~

maCy said...

manusia bijak cari kesalahan orang, kebaikan yg sepenuh baldi pun tak nampak kalau ada keburukan sekecil semut.

fesbuk. tempat orang cari pasal dah sekarang ni. porak perandakan hdp orang..

n hum.. me too.. da takde nafsu kat fesbuk tu..

Sarah Zulkefli said...

kesian kawan awak tu..huhu

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates