16 November 2011

Blackberry Torch 9810, Canon EOS 600D Kit II

Yeaaahhhhhhh!! Lagi tiga hari je nak kerja, hadap beban tugas, hadap perangai murid-murid lepas ni boleh rilex tenang-tenangkan fikiran di kampung halaman. Dalam masa yang sama, masih ada banyak benda yang aku fikirkan. Kita tak boleh lari dari berfikir. Tak tahulah korang macam mana kan. Tapi bagi aku, setiap hari aku akan berfikir, berfikir dan terus berfikir. Macam-macam yang aku fikirkan. Soal hidup, soal masa depan, soal kehendak. Kali ni aku nak cerita tentang kehendak aku yang tengah membuak-buak sekarang ni.

Inilah dia kehendak yang pertama. Blackberry Torch 9810. Aku teringin nak ada smartphone macam orang lain. Boleh online tiap masa. Tak perlu la nak bawak broadband dengan netbook yang gedabak ni ke hulu-hilir kan. Handphone aku yang paling mahal setakat ni bernilai RM500 lebih. Tu pun beli sebab mak bagi duit separuh. Kalau tak jangan harap aku nak beli. Masa tu kat maktab, tahun 2006 tak silap. Bagi aku, cukup la ada handphone yang boleh call in, call out, sms. Itu dah kira cukup complete bagi aku. Tapi itu dulu, sekarang ni bila rasa semuanya di hujung jari, aku rasa perlu ada handphone yang canggih sikit. Bukan apa, untuk memudahkan urusan seharian je. Bukan sebab nak menunjuk yang kau ada banyak duit dan boleh pakai handphone mahal-mahal. Sekarang ni aku pakai cokia dengan motoghola je. Dua-dua ni  handphone free. kihkih

p/s: Sebenarnya aku confius nak beli Blackberry Torch ni ataupun Galaxy Tab.

Kehendak kedua yang dah berzaman ni adalah DSLR. Dekat wishlist tepi sidebar tu belum tulis DONE means belum memiliki lah. Dulu gilakan Nikon D90, lepas tu Canon EOS 60D, sekarang gilakan Canon EOS 600D Kit II pulak. Dapat Canon EOS 600D Kit II pun dah kira ok even tak dapat Canon EOS 60D kan. For new DSLR users eloklah amik EOS 600D ni dulu. Canon EOS 60D tu untuk semi-professional DSLR users. Aku bukan nak jadi pro macam photog yang ada sekarang ni. Tapi mungkin satu hari nanti, akan jadi. Who knows? 


p/s: Kadang-kadang kita berusaha mencari salah sendiri, di mana silapnya kita. Tapi terus-terusan dipersalahkan bukan atas kesalahan sendiri. Fikirlah, di mana silapnya anda.
  

2 comments:

Cik Puan Tqah said...

gud luck dear.. so far my wishlist da fullfill untuk diri sendiri.. berkat usaha selama bekerja.. alhamdulillah.. cuma dslr tu je xde.. sebab bukan xminat...tkt xreti guna.. i beli compact but function lbh kurang dlsr jugak..senang nk dibawa kemana2

LEMONADE said...

Cik Tqah: i cuma ada sony cybershot je so far. itu pun hantaran kawen. kihkih ape pun syukur, at least ada jugak kan.

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates