07 May 2010

Siapa Pemilik Cintaku...??


Sewaktu assembly pagi tadi seorang sahabat di belakang saya sedang asyik membaca buku ini. Lalu saya bertanya buku apa yang dibaca. Dihulurkan buku itu kepada saya. Lantas saya membelek-belek isi kandungan buku tersebut. Menarik! Getus hati saya.

Saya membaca sedikit kandungan di dalamnya. Ternyata buku kecil ini memang meruntun hati sesiapa sahaja yang membacanya. Saya menghulurkan kembali kepada si sahabat. Bila tiba waktu kuliah, saya langsung tidak beri tumpuan pada lecture kerana asyik membaca buku ini. Sehinggalah tamat lecture. Namun saya tidak sempat habiskan membaca buku ini. Saya pasti akan dapatkan buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul ini di luar sana. Kisah yang disampaikan adalah kisah benar. Indahnya hidup andai berlandaskan syariat yang sebenar.

Saya mula nak menyalahkan diri sendiri dalam banyak hal tentang hidup saya. Kenapa saya begini? Kenapa saya begitu? Kenapa saya tidak begitu? Kenapa saya tidak begini? Memang saya manusia yang sering menyalahkan diri sendiri kerana tidak menggunakan akal yang waras untuk perkara yang sebetulnya. Bodoh betul saya! Pasti kamu akan menilai saya melalui penulisan saya. Mana yang mengenali saya, kamu takkan mengerti juga akan diri saya sebenarnya walaupun kamu telah mengenali saya bertahun-tahun lamanya. Kamu takkan mengerti apa yang tersirat di lubuk hati saya. Yang hampir setiap masa saya sering memikirkan tentang hidup saya. Kehidupan sekarang, kehidupan hari esok dan kehidupan sesudah mati! Ya! Kehidupan sesudah mati. Saya bimbang andai tidak sempat.

Jauh bezanya saya dengan wanita yang diceritakan dalam buku ini. Saya kagum dengan beliau dan juga lelaki yang tidak dikenalinya itu yang kini adalah suaminya. Mulianya lelaki itu dapat saya gambarkan melalui penceritaan. Saya kira beliau adalah lelaki yang sempurna. Saya kagum dengan kedua-duanya. Banyak iktibar dan pengajaran sebagai pedoman dalam kisah yang disampaikan. Moga kalian juga akan tertarik dengan kisah perjalanan sebuah kehidupan dalam buku ini. Saya mahu memiliki buku ini. Harapnya kalian juga begitu.


Sekian....

21 comments:

Anonymous said...

nana nak cari laa buku ni.. =)

AiSyAh HuMaIrAh said...

bagus2, sesuai baca, jadi pedoman utk insan2 yg sudah berumahtangga, yg bakal dan juga yang ingin terjebak dalam percintaan

Anna R. said...

mahukan juga! thanks for sharing :)

Budak Pensel Yazid said...

beli la dua, bagi saya satu..

arboqskii said...

hmm....mcm menarik....

Sarah Zulkefli said...

nk beli gakkk

LEMONADE said...

all: memang menarik. korang pun mesti beli n baca ok. x rugi pun setakat RM12.00 untuk buku ni.

budakpensel: saya belum cari lagi, tp ada jual kat MPH buku ni.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

aku nak pinjam...
tak kire...

LEMONADE said...

meniti senja; gi la pinjam kat library negara. hoho!

Asfan Ash said...

library negara ade ehh buku tu...haha terase nak buat entry pasal library sini

lemonade said...

ARC: adeeeeeeeeeee KOT. hahaha

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

dekut ngan aku...
ko jaga kete kembara tue lok2...
hahahaha...
=.=

LEMONADE said...

meniti senja: nape ngan kete aku? ko berminat nak naek ke?? =p

ciek niena said...

anda di tag.. sila jawab yea.. =D

lemonade said...

ciek niena: i will.=)

Fathiyah said...

macam menarik.

HARIS INDERA said...

tiru la.....asyik tiru saya aja.....

lemonade said...

kak fathi: akak pun kena beli buku ni.

bro haris: mana ada. saya baca dulu!

HARIS INDERA said...

orang dah baca dulu dulu!...jgn jelezzzz.....

lemonade said...

bro haris: tak kesah pn. ala, dia dah baca tapi tak nak share. =p

HARIS INDERA said...

mana nak pi tau....awat cik x habaq awai awai...

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates