Jumaat dan Sabtu lepas Mr. Lemonade datang Ipoh. Nak beli baju raya katanya. Bukan setakat baju raya, baldi, bakul, botol air, berus semua dia beli kat Ipoh. Kat Penang tade ke benda-benda ni yek? ngahaha
Entry ni untuk Mr. Lemonade! heee
Thanks sebab banyak berhabis untuk saya. Hari tu lupa nak ucap terima kasih. Awak baca kat sini lah ye. Eh, saya pun banyak berhabis untuk awak apa. Tapi saya banyak berhabis masa je. hahaha Dua hari saya buang masa sebab teman awak shopping. haish. Sampai tesis saya pun tak siap-siap lagi ni haa. Tapi takpe, bukan selalu pun awak datang tempat saya. Belanja saya macam-macam pulak tu. Lain kali belanja lah lagi. hehe
First sekali awak support tinted mYvi Pink saya. Nasib baik tak buat kat Cooltintz. Kalau tak gores dan menang lagi la awak.. (>.<) Tocey. Tocey.


Thanks jugak untuk barang-barang lain especially for Canmake blusher yang ada glitter-glitter tu. Wohaaaa suka gilaaaaAAAA. Gila pun tak suka macam saya. Baru la semangat nak makeup pergi kuliah. Kalau tak, macam perempuan mati laki je muka saya. hekhek tipu lagi. Tak makeup pun saya maintain cool je. :D
Pesanan terakhir untuk awak, jangan lupa melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Thanks for everything. weeeehuuuuUUUUUUUU...
Eh ada satu lagi pesanan! Nak DSLR Nikon D90 n MelaCEP Whitening Mary Kay boleh? ngahahahahaha kejam gila aku.
Sekian entry membodek kali ini. Hehe