21 January 2011

Masa Depan yang Hambar..

Bulan Februari dan Mac bajet yang sangat banyak perlu diperuntukkan untuk meneruskan hidup. Posting kemungkinan besar pada 7 Februari 2010. Dah siap keluar paper The Star n paper cina pun. Takkan Timbalan Menteri Pendidikan nak cakap bohong kot. Di group FB pun hal ni yang sering dibincangkan oleh guru-guru pelatih batch aku satu Malaysia. Ramai yang kata next week akan dapat tahu penempatan. Ok, sekarang masa untuk BERSERAH.

Kalau dapat posting dekat-dekat umah, penempatan takde masalah. Cuma perlu peruntukkan untuk keperluan asas harian, makan minum, minyak kereta, dan segala kelengkapan untuk melangkah ke alam kerjaya. Termasuk baju baru, kasut baru, beg baru, dan kalau blh semuanya mesti baru. Nak wallet baru jugak.. Wallet ELLE dah koyak.. wuuuwuuuu.. :"( Dari segi psikologinya manusia macam aku akan lebih bersemangat + mood baik + berkeyakinan bila punya barang-barang baru. Tapi kalau tempat posting jauh dari rumah keluarga itu yang jadi masalah besar. Mana nak cari rumah. Nak tinggal dengan siapa. Selamat ke tinggal kat situ. Ada kemudahan asas ke. Maka, kena fikir semua tu mulai sekarang. Bukan masanya lagi untuk berpoya-poya.

Pertengahan Mac time cuti sekolah pulak konvo. Dengar kata di PICC. Sekali lagi bajet diperlukan untuk konvo pulak. Baju baru, kasut baru, mungkin perlu ke IPG ambil jubah macam kebiasaan graduan-graduan sebelum ni buat. Tapi tak pasti prosedur yang bagaimana kali ni memandangkan aku graduan ijazah pertama keluaran IPG. Errrr, saya nak topi graduan. Plissssss. Aku pun teringin nak lambung-lambung topi ke langit dengan kawan-kawan. 5tahun setengah kot takkan topi pun takde. Sedih gila. Lepas tu, aku nak bunga yang ada teddy bear banyak-banyak. Sebabnya, bunga akan layu lepas tu kita buang. Tapi teddy bear takkan layu dan dia akan terus hidup walaupun tak bernyawa. Itulah KENANGAN. Ohh, yang ni bukan pihak IPG yang sediakan. hahahahampehhh! 

5 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nanti aku beli kan topi nike...
ok?
hehehe...

~CiK TiNieY~ said...

so cmne?dpt IPG dkt ngn umah ke?

maCy said...

i wonder jugak. hope ada topi. sangat kesian kalau depa buat hambar je. kita study macam nak gila kan?

and hope dapat pergi tgk konvo. keh2 tak memasal cakap la kat kak pjah macy nak ikut. hahahaha

lemonade said...

meniti senja: kalo ko x beli aku sumpah ko jadi gemok semula.

cik tiniey: result blm tau la.. kalau dh tau xkan la buat entry mcm ni..

macy: study mcm nk gila. result pun power gila. hahahaha gila takbur. astaghfirullah.

jomla ikut nnti. ckp ngn k.pijah,

Rina Sharif said...

salam lawat,

and i love your lantern color. macam color macaron.. heheheh

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates