Aku ni garang tahu..?
Hari-hari darah aku naik bila mengajar satu kelas ni.
Budak-budak sekarang mulut macam apa ntah.
Ada je benda dia nak MENJAWAB. MENGOMEL. MENG'COMPLAIN'.
Tapi aku ni baik hati.
Satu hari aku bagi gula-gula sebiji sorang kat sekumpulan budak kelas ni.
Bukan aku saja-saja bagi.
Tapi sebagai penghargaan kerana berjaya menyiapkan kerja yang aku bagi.
Kau tahu apa budak-budak lain yang x dapat gula-gula tu jawab...?
'Alah cikgu, setakat gula-gula macam ni saya boleh beli sendiri'
'Gula-gula ni bukan sedap pun'
Menyirap darah aku dengar.
Punyalah mulut tak berlapik cakap dengan aku.
Tak hormat langsung. Rasa nak sepak je budak yang cakap tu. * sabar... sabar...
Serious wei, kalau macam ni lah situasinya, memang naik darah sokmo aku ni.
" Kalau kamu tak nak belajar, kamu boleh keluar dari kelas saya!"
" Cikgu pantang betul kalau cikgu bagi kerja korang tak buat!"
" Apa kamu ingat kamu dah besar? Dah pandai sangat!??"
" Lain kali dengar apa cikgu cakap. Jangan nak berangan je lebih!"
" Hah! Dah tak tau nak sambung ayat mana. Kawan baca dia main. Mulalah tak tau!"
" Pegi mana lambat masuk kelas ni? Terhegeh-hegeh jalan mengalahkan perempuan!"
Cuma kali ni, akibat kata-kata aku berjurai-jurai air mata 2 orang murid lelaki kelas ni.
Pedas jugak kata-kata aku rupanya hingga berjaya menjatuhkan kemachoan lelaki.
Tak lama lepas tu, aku pujuk semula budak tu.
Aku ni bukan jahat sangat. Garang bertempat je.
Sampai ke hari ni, aku nampak perubahan yang ketara pd budak 2 org ni. Tak pernah main lagi dah bila belajar.
Aku bukan apa. Aku marah sebab nak diorang ni bagi tumpuan je bila belajar.
Bukan aku marah kalau aku soal mereka tak dapat jawab.
Tapi aku marah sebab masa belajar diorang main. Bising.
Macam mana aku nak ngajar kalo dah itu gayanya...?
Apa input yang diorang dapat kalau pergi sekolah dengan tujuan nak berseronok jumpa kawan-kawan. Nak main itu ini..? Hah! Tiba-tiba terasa diri ni matured x pasal-pasal. =p
Baru kau tahu betapa susahnya cikgu nak membentuk budak-budak alaf baru ni.
Siapa cakap jadi cikgu tu senang, kerja mudah, memanglah nak kena pelempang! *wargghhh! garang lagi.
26 comments:
takotnyer ngan cikgu....
nana nerra: xyah takot. garang bertempat je ni. =)
itu la kene ade jiwa seorg pendidik...
tapi pendidik2 gak..
mahu yg sabar angkat kaki g muka...
hahahaha...
meniti senja: itu bg yg ilang sabar. bg yg sabar macam aku ni ha.. kahkah
sabo chekgu,sabo.
moga2 chekgu berjaya menjadi pendidik yang disegani :)
Oreo: thanx Oreo.=)
congrats dpt wat dak tu berubah tanpa penderaan.. kekeke..
best cabaran jd cikgu ni..
asada: tp sy baru guru practical je. hehehe
skrg baru guru practical.. nti jd cikgu jugak.. hehe..
praktikum setiap sem.. huhu.. kira dh jd cikgu la tu..
cikgu..jgn la garang2..sy takut..hehe...kdg2 kt x perlu garang dgn murid2...kena pndai guna psikology...takut nnt klo garang sgt, x di suka oleh murid...murid zaman skrg x sama dgn zaman kt dl..hormat kan guru...
semoga jadi cikgu yg berdedikasi ye...
asada: lebih kurang la tu. ahaks! next year baru jd guru betul2. hihi
ein: bukan setiap ms perlu garang. ada masanya garang tu perlu.
berat tanggung jawap jd pendidik ni..
tp tak sangka elis segarang itu sampai menitik air mata lelaki :)
tp x pe...da nama pon tugas
sis iza: tu la sis. sy x boleh la dengar bising2 dalam kelas. x suka kalau budak menjawab apa yg sy ckp. mmg tanggungjwb sgt berat tapi diri sndiri kena pndai handle.
mak sy pernah cakap, kalo sy jd chegu, memang ade anak orang yang cedera parah...mmg naseb tol dak2 camtu sy x jd cekgu..hihihi
syafiq: hahaha lawak2. mujur awk x jd chekgu. kalau x mesti nm awk dh famous sbb dh mencederaparahkan budak. haha
kite marah bukan sbb benci mereka
tp kite sygkn dieorg
kita mahu mereka jadi org berguna
walaupun x pandai.......
selamat berjaya.....
en.alierostam: yes! kamu memahami saya sbb kamu juga cikgu mcm sy. org lain x kan faham situasi sebenar murid sekarang.
salam cekgu..
ahaha lawaknya kisah cekgu nih..
suka suka.
cekgu ajar subjek apa??
aimanjafre: ehehehe ajar bm-moral-pj.. bru cikgu praktikal je.. next year bru jd cikgu btol. =)
ko nak kate ko penyabar la nie...
hehehehehe...
meniti senja: lebih kurang la..hahaha kalo aku x sabar dh lama aku sepak budak2 tu. kahkah
Sabor la ya, dah nama cgu, bgitu la adatnya. Cuma sebagaimana manusia biasa, kesabaran ada hadnya. dan memang kita takut pada hari kita melampaui tahap kesabaran berlakulah sesuatu yang kita kesali.
garang nye chekgu.hehe
akak mmg tak blh jd cikgu.kurang kesabaran.huhu
brglusuh: thanx atas nasihat. harap2 sy x hilang sabarlah. =)
kak fathiyah: kdg2 je garang. hehehe
Post a Comment