22 March 2009

KeJaDiaN nGeRi di EAST COAST MALL

Jumaat lepas aku, anis, abg aku n Kak Ijah ke East Coast Mall. Sebelum tu, kitorang ke indera mahkota pg amik kak ijah. Sempat la dengar ayah dia bg ceramah free jap kat kitorang bakal-bakal guru ni. Hehe x pasal2 datang2 kene dengar ceramah.

Jam hampir menginjak ke pukul 4.00 petang. Then, kami trus ke ECM. Sampai kat sana, kami berpecah. Aku dengan adik aku. Abang aku dengan kak ijah. (kaco daun je aku ngan anis ikut abg aku dating hehe..)

Dah beli barang2 yang berkenan baru la perut terasa lapar nk mati. Aku tanya adik aku nk makan x. Dia kata x payah la sebab mlm nanti nk makan lagi. Malam tu sebenarnya kitorang nk pegi majlis Nadia (kezen aku) nikah. So, ktorang pun terus jalan2. Abang aku call bitau kul 6.30 nk balik. Masa tu dh pukul 6.10 pm. Then, aku ajak adik aku trus ke groundfloor. Jalan2 lagi sementara nk tunggu 6.30 petang. Aku masuk dalam NIKE.
Tiba2 adik aku cakap dia ‘rasa lain’. Aku senyap je. Nampak dia telan2 air liur. Aku selamber lagi. Pastu aku ajak dia tunggu abg aku kat kete. Aku kuar dari NIKE tiba2 adik aku pegang aku. Aku tengok dia. Ko kenapa? Aku nmpak dia mcam nk menguap tapi trus mulut dia herot. Tangan dia mcm nk mengerekot. Kaki dia serta-merta jadi lembik. Kaki n tangan dia menggelupur. Aku pegang dia. Then, dia jatuh. Kuar air liur, hidung pun kuar darah. Aku dh panic giler masa tu. Barang yang aku beli dh bersepah-sepah. Dengan purse aku pun tercampak sekali. Aku call abang aku, x berjawab. Call lagi, bru berjawab. Dia baru pas semayang kat tingkat atas masa tu. Dia n k.ijah berlari dari tingkat atas (dorang cite la) sampai seme orang tengok. Nak nangis pun ade bile tengok adik aku jadi macam tu. Aku menjerit mintak tolong. 3-4 kali aku jerit baru ramai orang datang kerumun. Ade sorang guard suh aku letak kunci or sumthing keras pada gigi adik aku. Aku mana la ade bawak ape2 kunci masa tu! Aku bukak purse amik coin 20sen. Aku letak coin tu kat gigi anis suh dia gigit. Pastu aku dengar ade suara yg kata jangan letak coin, aku pun kuarkan coin tu. Ade lelaki hulur sikat. Aku sumbat plak sikat tu kat mulut anis. Then, ade sorang amoi ni kata jangan gigit benda keras, bagi dia gigit kain. Aku baru nk sumbat tudung anis kat mulut dia, sorang manusia ni plak suh angkat dia bawak ke tempat lain. Ade sorang makcik ni suh aku col 999. Dua kali aku call 999. Tapi aku senyap. Blur tak tau nk cakap apa, nk tengok adik aku lagi. At last, makcik tu yang call.

Kebetulan kat depan tempat anis terbaring tu ade pameran Etiqa Insurance. Ade seat kat situ. Dua tiga orang tolong angkat dia ke situ. Masa orang ramai nk angkat tu baru abg aku sampai. Sape yg tolong kutip barang2 aku yang bersepah atas lantai tu pun aku tak tau. Masa ni baru aku call mak aku bitau dia. Mak aku terus meraung. Sepuluh minit pas tu ambulan sampai. Mak aku pun sampai. Adik aku dh sedar masa tu. Tapi mengong2 lagi (separa sedar). Dia tak hengat benda yang berlaku. Kitorang nk bawak dia ke KMC (Kuantan Medical Centre). Pas bincang2 dengan orang ambulan tu dia kata baik pg HTAA dulu. Kami trus ke HTAA. Adik n mak aku naek ambulan. Kitorang yang lain follow belakang.

Aku masuk jumpa doc ngan adik aku. Oleh sebab adik aku memang ada Epilepsi, n masa tu dia dah sedar doc kata taka de apa2 dia suh terus makan ubat Epilin yang dia makan sebelum ni je. Aku mintak doc scan kepala dia wat ujian electroencephalogram (EEG) yang mengukur denyutan elektrik dalam otak. Sebab sebelum ni doc kat Pusat Rawatan Islam Az-Zahra Bangi suh buat benda tu kat hospital mana tah kat KL tapi x berkesempatan lagi nak buat. Doc kata complicated kalo nk buat. Dia kena tanya Az-Zahra dulu, investigate dari mula.

Kitorang x puas hati ar doc suh balik camtu je. Pastu kitorang ke KMC plak. Dengan harapan EEG boleh buat kat situ. Doc kat situ kata sepatutnya adik aku kene masuk wad tapi wad penuh hari tu. Aku xplain pada doc kejadian yg berlaku sebelum2 ni. Aku mintak doc wat EEG, tapi xde jugak kat cni. Doc suh pegi KSH (Kuantan Specialist Hospital) buat kat situ.

Kami terus ke KSH pulak. Aku jumpa ngan doc pakar, xplain kat dia itu ini. Dia kata sepatutnya kena masuk wad tapi kenapa HTAA suh balik camtu je. Dipendekkan cerita, adik aku kena tahan WAD ICU. Tiga2 hospital yang kami pegi semenya aku yang b'interaksi dengan doc. Rase cam dah matured plak aku tyme 2. Sedara mara pun ade yang datang masa tu. Oleh sebab adik aku ditahan kat ICU, sorang je yang boleh masuk jumpa dia. Mak aku masuk anta barang keperluan dia. Pastu aku main redah je masuk wad tu sebab aku dh nk balik ipoh esoknya, x jumpa dia dh. Nak nangis masa salam ngan dia tapi aku tahan je. Bila dh kuar dri bilik tu baru aku nangis.

Tepat jam 12.12am baru kitorang melangkah kuar dari KSH. Takde sape teman adik aku malam tu. Sebab ICU x dibenarkan sape2 teman. Nurse ade jaga. Aku smpai ke hari ni terbayang-bayang lagi kejadian tu. Terganggu jugak la fikiran aku ni. Seriesly, aku ingat adik aku dh cacat dh masa tu. Mujurlah semuanya kemabli normal. Semalam pun dia dh pindah ke wad biasa. 3hb 4 ni baru boleh scan kepala dia (EEG). So, lama lagi la adik aku cuti x balik maktab.

Aku memang x boleh lupa ar kejadian ngeri ni. Masa aku menjerit mintak tolong tu aku rasa macam berlakon pun ade, macam mimpi pun ade. Mujurlah sore kuat (almklumla bakal cikgu) sampai orang ramai datang kerumun. Hehe

Thanx to sape2 yang datang membantu masa kejadian tu berlaku. Kepada lelaki si pemberi sikat berwarna putih, maaf ya saya terbawak balik sikat kamu. Sikat tu ade dalam beg barangan yang saya beli. Tak tau la cane blh termasuk dlm tu. Halalkan sikat kamu itu.

12 comments:

cikNiarun said...

huu..gile..takutnye..huaaa..

tapi heran la..apsal org x pegi terus, sdangkan ade pameran dkt ctu..

adoyai~

p/s: harapannaya dia cepat sembuh k.

angah iza said...

suspen sungguh..
kalo perkara ni jd kat i ..
i dah menggigil 1 bdn..
x leh wat pe agak nye =)

LEMONADE said...

nurain : tu la pasal, nk kena jerit kuat2 baru nak dtg tolong. kalo tak, duk tengok dr jauh je..

LEMONADE said...

sis ziana : sangat2 suspen. mmg blur giler tyme tu. tengah elok2 shopping tibe2 jadi camtu.

jiji najiy said...

masya ALLAH
takutnye.. dolu tym kecik2 penah gak kene kancing gigi
my mom panic then letak sudu.. sudu tu bengkok 90degree
hopefully xdepape... amin

LEMONADE said...

jiji najiy : ms kecik x penah pun die kena epilepsi. baru dapat kesan 2 thn lepas. harap2 cam tu la..

Rashid said...

salam lemonade..
ermm moga adik cepat sembuh. Utk lemonade..tabah hati k..

LEMONADE said...

rashid : makan tahun la nk boleh sembuh. EEG blum buat, so x leh nk jangka apa2 lagi.

Anonymous said...

penyakit camtu boleh sembuh tak ?
rara pernah tengok kawan kena macamni kat sekolah dulu
terkejut and menggigil tau
kesian kan orang yang ada penyakit ni
kena sentiasa berjaga jaga je

Miss Hirose said...

waaaaaa~
syabas lemonade~
kamo bleh menyandang heroin terbaik~hehehe
btw, hopefully adik kamu xde pape kn~
kamo jgn risau k~
everything will be ok~

LEMONADE said...

rara : boleh sembuh at least 2 thn tp kena makan ubt iku aturan yg betul. x blh mis sehari pun. kalo wat EEG dh dapat tau punca, lagi mudah nak dapatkan rawatan rsnya.

LEMONADE said...

suzana : harap2 camtu la.. heroin terbaik? uyooo.. mungkin boleh kot kalo yasmin ahmad tengok reaksi i masa tu. keh3

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates