15 April 2009

aku pasrah...


anis dah kuar dr blik bedah lebih kurang jam 8.00 mlm tadi... tapi, doc x dapat buang smua darah beku yang ada sebab drh beku tu dh banyak.. dia sepatutnya akan koma dalam masa 3 hari ni.. tapi esok doc akan sedarkan dia sebab nk scan kepala dia buat kali ke 3.. nk pastikan ke mana aliran drh tu pergi.. knp la benda ni semua jadi kat adik aku...??? untuk pengetahuan korang, adik aku x sakit sebelum dibedah. sihat walafiat. ayah aku pegi amik dia kat IPTB lepas result EEG kuar. semalam along bgtau aku after operation, half rambut dia dh dibotakkan. muka, bibir sume bengkak.. mata x tertutup rapat n air mata mengalir.. sakitkah dia?? terasakah dia dengan hirisan pisau dan jolokan segala mak nenek besi pada kepala dia...?? Ya Allah, aku dapat bayangkan macam mana keadaan dia sekarang. aku sendiri dah x tenang lagi di sini... aku x siapkan RPH, x buat refleksi, x buat maklumat portfolio.. sedangkan last observation aku hari jumaat ni dh, apa yang aku nk persembahkan pada lecturer dan guru pembimbing nanti pun aku x fikir lagi.. :-( fikiran aku kacau mengenangkan adik aku.. aku pasrah kiranya praktikum yang pertama ni sekadar lulus cukup2 makan. aku buntu. sekelip mata je adik aku boleh jadi macam tu...
** Moga ko kuat melawan kesakitan itu. aku x henti berdoa untuk ko... if xde aral melintang, aku balik weekend ni tengok ko. sedang menaip n3 ni tanpa disedari air mata aku mengalir....

15 comments:

cikNiarun said...

huu..sabarlaa teman. hanya doa je leh bantu dia skang. kuasa tuhan, sape boleh lawan kan. insyaallah anis akan sembuh mcm sediakala

~ iza ~ said...

banyak2kan bersabar ye..
didoakan moga anis kuat semangat & tabah..
lemonade pun sama..kena tunjukkan lemonade kuat bila dah jmpa anis nnti..

p/s:hope observation nnti berjalan lancar.

LEMONADE said...

nurain : thanx banyak bg semangat kat aku.

LEMONADE said...

hariza akmar: ya, saya akan cuba sembunyikan kesedihan dan kerisauan sy pd dia..

Anonymous said...

rumet,
aku tak sangka anis akan jadi setruk ni.
aku ingat juz minor operation..

ehem..
aku tak reti nak comfort orang
tapi fokus kat prktikum.
last dah ni.
kita dah susah payah
tinggal satu ni je lagi..
do the best

-akuBUKANpelangikelam_

LEMONADE said...

rumet: aku dh try nk focus tp x blh. terserah je la ape pun nanti...aku terima seadanya..

Anonymous said...

awak..
apa pun yang jadi..
awk mesti tabah..
jangan sedih2..
IsyaAllah..

p/s ~ Praktikum jangan abaikan..
walau apa pun..
malam nie try siapkan keja k..
weekend nie habiskan masa dengan dia..

LEMONADE said...

raz : iye, sy tabah la ni... sy try la wat ckit preparation mlm ni utk jumaat nanti. thanx

zh-ena said...

terus berdoa utk keselamatan adk..

Rashid said...

ermm.. kuatkan diri lemonade. Saya doakan semuanya akan kembali baik..

Ujian dariNya tanda sayang dariNya..

LEMONADE said...

sis ena : insyaAllah..

LEMONADE said...

cikgu rashid: terima kasih atas doa kamu.

jane said...

salam lemonade,
masuk sini kut2 ada news pasal anis! belum ada ya!

Anonymous said...

sabar eh.. :)

Anonymous said...

sabar eh...

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates