31 March 2009

8 JaM LaGi...



dh 2 malam aku x tido. berdebar giler nih nk tunggu hari esok.
duk pulun porfolio n rancangan mengajar. penat x yah ckp ar.
kepala otak aku ni rase cam dh bengkak je. lambatnye nk abes praktikum!!
x sabar nk tido macam biase n hidup tanpa tekanan yang melampau camni. *dush*

29 March 2009

Aku DaH nak kene Observe!!!





hari ke 5 di sekolah. portfolio n bku rancangan mengajar perlu dikemaskini. bz sangat2 sekarang ni. hari selasa ni lecturer datang nak observe! doakan aku cemerlang dalam proses P&P nanti ya. sory ya kawan2 blogger, nanti sy jenguk blog kamu sume bile waktu mengizinkan.

24 March 2009

haTi aKu TerBakaR!!!

aksi gedix di bilik guru ~hehe


Hari ni 1st day aku praktikum. ‘Selamat Menjadi GURU buat seketika ya Cikgu Elis’

Hari pertama start praktikum hati aku dh terbakar berapi-api!! Aku agak lewat tiba di sekolah hari ni. Sebab ade manusia yg suka berjanji macam taik. Tatkala semua rakan-rakan dh bertolak ke sekolah masing-masing, ada yang seawal jam 630 pagi tapi aku masih lagi menunggu kelibat kereta putih sehingga jarum jam hampir menginjak ke pukul 7.15pagi. Pagi2 dh buat jiwa aku sasau! Dan aku pulang dari sekolah pun lewat setengah jam kerana janji manusia itu. Panas2, akhirnya aku sampai hostel lebih kurang jam 3.43 petang. Harus pasrah kerana aku tak punya kenderaan lain lagi untuk ke sekolah.
Ini takdir aku…

------------------------------------------------------------------------------------

Lepas balik dari sekolah terus pg jumpa lecturer yang akan meng‘observe’ aku untuk praktikum kali ni. Hwaaa… takot!!!
Takot x boleh nk control class! Aku dapat class year 4. Satu kelas budak pandai satu lagi kelas budak kurang pandai.


Guru pembimbing, aku pggl dia Kak Shimah. Dia dah warning aku siap2 bila masuk kelas budak pandai tu nanti sebab mereka tesangat la x dapat dikawal kebisingannya dalam kelas. Non stop talking. Awal2 masuk kelas tu nanti mesti terus kena tunjukkan ketegasan kata Kak Shimah supaya budak2 tu ada rasa takot ckit ngan aku. Jangan bagi muka ngan dorang! Wah, boleh tak aku nk buat cam tu ek..?? hurm.. budak2 kelas yg kurang pandai plak senang dikawal katanya. Apa2 je la… Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan olehNya untuk aku sepanjang praktikum yang pertama ni. Cabaran je semua tu.. Dalam hidup ni kalo xde cabaran, kesusahan, kepayahan dan dugaan susah nk berjaya. Semoga kekal tabah ya wahai jiwa.

22 March 2009

KeJaDiaN nGeRi di EAST COAST MALL

Jumaat lepas aku, anis, abg aku n Kak Ijah ke East Coast Mall. Sebelum tu, kitorang ke indera mahkota pg amik kak ijah. Sempat la dengar ayah dia bg ceramah free jap kat kitorang bakal-bakal guru ni. Hehe x pasal2 datang2 kene dengar ceramah.

Jam hampir menginjak ke pukul 4.00 petang. Then, kami trus ke ECM. Sampai kat sana, kami berpecah. Aku dengan adik aku. Abang aku dengan kak ijah. (kaco daun je aku ngan anis ikut abg aku dating hehe..)

Dah beli barang2 yang berkenan baru la perut terasa lapar nk mati. Aku tanya adik aku nk makan x. Dia kata x payah la sebab mlm nanti nk makan lagi. Malam tu sebenarnya kitorang nk pegi majlis Nadia (kezen aku) nikah. So, ktorang pun terus jalan2. Abang aku call bitau kul 6.30 nk balik. Masa tu dh pukul 6.10 pm. Then, aku ajak adik aku trus ke groundfloor. Jalan2 lagi sementara nk tunggu 6.30 petang. Aku masuk dalam NIKE.
Tiba2 adik aku cakap dia ‘rasa lain’. Aku senyap je. Nampak dia telan2 air liur. Aku selamber lagi. Pastu aku ajak dia tunggu abg aku kat kete. Aku kuar dari NIKE tiba2 adik aku pegang aku. Aku tengok dia. Ko kenapa? Aku nmpak dia mcam nk menguap tapi trus mulut dia herot. Tangan dia mcm nk mengerekot. Kaki dia serta-merta jadi lembik. Kaki n tangan dia menggelupur. Aku pegang dia. Then, dia jatuh. Kuar air liur, hidung pun kuar darah. Aku dh panic giler masa tu. Barang yang aku beli dh bersepah-sepah. Dengan purse aku pun tercampak sekali. Aku call abang aku, x berjawab. Call lagi, bru berjawab. Dia baru pas semayang kat tingkat atas masa tu. Dia n k.ijah berlari dari tingkat atas (dorang cite la) sampai seme orang tengok. Nak nangis pun ade bile tengok adik aku jadi macam tu. Aku menjerit mintak tolong. 3-4 kali aku jerit baru ramai orang datang kerumun. Ade sorang guard suh aku letak kunci or sumthing keras pada gigi adik aku. Aku mana la ade bawak ape2 kunci masa tu! Aku bukak purse amik coin 20sen. Aku letak coin tu kat gigi anis suh dia gigit. Pastu aku dengar ade suara yg kata jangan letak coin, aku pun kuarkan coin tu. Ade lelaki hulur sikat. Aku sumbat plak sikat tu kat mulut anis. Then, ade sorang amoi ni kata jangan gigit benda keras, bagi dia gigit kain. Aku baru nk sumbat tudung anis kat mulut dia, sorang manusia ni plak suh angkat dia bawak ke tempat lain. Ade sorang makcik ni suh aku col 999. Dua kali aku call 999. Tapi aku senyap. Blur tak tau nk cakap apa, nk tengok adik aku lagi. At last, makcik tu yang call.

Kebetulan kat depan tempat anis terbaring tu ade pameran Etiqa Insurance. Ade seat kat situ. Dua tiga orang tolong angkat dia ke situ. Masa orang ramai nk angkat tu baru abg aku sampai. Sape yg tolong kutip barang2 aku yang bersepah atas lantai tu pun aku tak tau. Masa ni baru aku call mak aku bitau dia. Mak aku terus meraung. Sepuluh minit pas tu ambulan sampai. Mak aku pun sampai. Adik aku dh sedar masa tu. Tapi mengong2 lagi (separa sedar). Dia tak hengat benda yang berlaku. Kitorang nk bawak dia ke KMC (Kuantan Medical Centre). Pas bincang2 dengan orang ambulan tu dia kata baik pg HTAA dulu. Kami trus ke HTAA. Adik n mak aku naek ambulan. Kitorang yang lain follow belakang.

Aku masuk jumpa doc ngan adik aku. Oleh sebab adik aku memang ada Epilepsi, n masa tu dia dah sedar doc kata taka de apa2 dia suh terus makan ubat Epilin yang dia makan sebelum ni je. Aku mintak doc scan kepala dia wat ujian electroencephalogram (EEG) yang mengukur denyutan elektrik dalam otak. Sebab sebelum ni doc kat Pusat Rawatan Islam Az-Zahra Bangi suh buat benda tu kat hospital mana tah kat KL tapi x berkesempatan lagi nak buat. Doc kata complicated kalo nk buat. Dia kena tanya Az-Zahra dulu, investigate dari mula.

Kitorang x puas hati ar doc suh balik camtu je. Pastu kitorang ke KMC plak. Dengan harapan EEG boleh buat kat situ. Doc kat situ kata sepatutnya adik aku kene masuk wad tapi wad penuh hari tu. Aku xplain pada doc kejadian yg berlaku sebelum2 ni. Aku mintak doc wat EEG, tapi xde jugak kat cni. Doc suh pegi KSH (Kuantan Specialist Hospital) buat kat situ.

Kami terus ke KSH pulak. Aku jumpa ngan doc pakar, xplain kat dia itu ini. Dia kata sepatutnya kena masuk wad tapi kenapa HTAA suh balik camtu je. Dipendekkan cerita, adik aku kena tahan WAD ICU. Tiga2 hospital yang kami pegi semenya aku yang b'interaksi dengan doc. Rase cam dah matured plak aku tyme 2. Sedara mara pun ade yang datang masa tu. Oleh sebab adik aku ditahan kat ICU, sorang je yang boleh masuk jumpa dia. Mak aku masuk anta barang keperluan dia. Pastu aku main redah je masuk wad tu sebab aku dh nk balik ipoh esoknya, x jumpa dia dh. Nak nangis masa salam ngan dia tapi aku tahan je. Bila dh kuar dri bilik tu baru aku nangis.

Tepat jam 12.12am baru kitorang melangkah kuar dari KSH. Takde sape teman adik aku malam tu. Sebab ICU x dibenarkan sape2 teman. Nurse ade jaga. Aku smpai ke hari ni terbayang-bayang lagi kejadian tu. Terganggu jugak la fikiran aku ni. Seriesly, aku ingat adik aku dh cacat dh masa tu. Mujurlah semuanya kemabli normal. Semalam pun dia dh pindah ke wad biasa. 3hb 4 ni baru boleh scan kepala dia (EEG). So, lama lagi la adik aku cuti x balik maktab.

Aku memang x boleh lupa ar kejadian ngeri ni. Masa aku menjerit mintak tolong tu aku rasa macam berlakon pun ade, macam mimpi pun ade. Mujurlah sore kuat (almklumla bakal cikgu) sampai orang ramai datang kerumun. Hehe

Thanx to sape2 yang datang membantu masa kejadian tu berlaku. Kepada lelaki si pemberi sikat berwarna putih, maaf ya saya terbawak balik sikat kamu. Sikat tu ade dalam beg barangan yang saya beli. Tak tau la cane blh termasuk dlm tu. Halalkan sikat kamu itu.

19 March 2009

** m00dy **

aku moody hr ni. bukan sebab bulan mengambang! hanya sbb benda kecik tapi aku tetap hangin! aku dh cakap bnyak kali, jgn usik barang2 aku. JANGAN USIK!! aku x suka orang usik itu ini. bila dh lupa letak, aku ngamuk, mule ar terasa hati. aku seriously mmg cakap lepas. ha, hamik. kan dah kena. tu la, saje je cari pasal ngan aku sape suruh. Ish, geram btol aku!!! nk berblogging pun xde mood ah.. sori ya kawan2 kat chatbox, aku reply msg2 korang bila aku dah balik ipoh semula nnti.


Chow!

SuKaNeka E1..

Ni gambar sukaneka minggu lepas...








tengok, fendi pun kalah merangkak ngan aku. hihi


mata kene tutup tu...








aku penjaga masa 'BELON TERBANG'


group aku menang yg ini 'CRAZY CANDLE'

14 March 2009

aNaK seorang PenSyaRaH..

Home sweet home.. (abaikan 2 eko toyol yg sdg bermain bunga api)

Aku dh slmat smpai lebih kurang jam 11 lebih mlm tadi. dari ipoh ke umah mmg bijik mata aku tak leh nk bukak langsung. ibarat mcm ade gam gajah melekat kat kelopak mata. series tak tipu, pasal mlm kelmarin kan aku stay up smpai pg utk siapkn task. Huh, penat giler nk mati oke! Mengantuk tahap cipan daa..so, hari ni kat umah aku bangun tido kul 10 lebih sbb nak back up balik tdo yang lepas2 tu. kui3


Korang kenal mamat nih? Haa... ni la SIDI yang dapat masuk AF 7 kali ni. Dia ni anak lecturer aku. Tapi bapak dia blum penah ngaja aku lagi stakat ni. ~ngee.. itu je nk bitau..
petang ni nk drive pg anta baju mak. ee, suke! suke! dh lm x drive since balik mktab hr tu. ^_^




13 March 2009

BaLik kaMpuNg, yeay!!


Usai sudah 2 xment yang menghantui hidup sy sejak 2-3 hari lepas. sy tamatkan smuanya tepat jam 4.44am. huh! pasrah gilerr tak tido nih. Sekarang sy sudah mampu tersenyum seperti budak ini.. tp masih belum tamat di situ kerana masih ade lagi bukit yang perlu sy tarah naik cuTi nanTi..

rindu gilerr kat budak ni..


Hari ni blk kampung. ~ngeee.. bas saya dr sini pada jam 1.00pm. lepas selesaikan segala urusan berkaitan tugasan, sy nak trus cabut blk bilik. Nak rehat seketika sebelum menempuh perjalanan yg boleh membuatkan badan sy sakit2 segala.

Doakan saya selamat sampai di rumah. Nanti sy upload pic masa sukaneka baru2 ni. tatatititutu.....



~ assalamualaikum...

12 March 2009

KuSuT...!!!


SAYA BUZZZZZZYYYYYYYYY............!!!!!!!!!!!! *dush*

10 March 2009

assignment oh assignment..

Saya bosannn!! keje banyak!! saye nk pg bercuti lagi.. mcm dlm gmbar kat atas ni! Ade sape2 mau temankan saya ke Sabah pulak tak? (^_~)

Esok ade sukaneka! Yeay! Xcited gile nk main ni. Actly sukaneka ni sebagai projek PJ utk sem ni. WAJIB la buat kan. Buat sesame classmate n lecturer PJ yg ngaja je. Group aku organize acara belon terbang! Uyyooo.. best ooo main ni. Nampak simple tp happening bangat bile dh start membaling belon yg berisi air tuh. Tapi even best cane pun, group aku x masuk la dlm acara ni sbb kitorang yg organize. Group lain punya acara ktorang masuk.

Pagi tadi ade rehearsal utk sukaneka ni. Just setting tempat n try main sikit2 je. Setiap group kene sediakan satu hamper. Maksudnya, setiap kumpulan yg kalah or menang akan dapat hamper tu. Fair ryte? Ha, ni hamper group aku. Nampak gedix gitu ade kepala toyol seketul dengan rambut berjurai ala2 rock uuu.. wakaka aku punye idea la ni suh mclynn n makcik letak kepala toyol ni kat atas tu. Group mana la yg dapat hamper kepala toyol ktorang ni esok. Hihi



Sonot-sonot juga asement blambak lagi tak buat ni oii.. lagi 4 hari je nk submit. Adoyaii… mujur jugak ade lec yg berhati murni bagi submit after skul oliday ni. Sintaksis oh sintaksis… kamu tersangat lah rumit bagiku. PJ, Moral n Morfologi... kamu pon sama lahhhhhh!!! Buat jiwaku KUSUT MASAI seperti gmbar ini..


09 March 2009

tagged by :: ika ::

Do u think you' are hot?
Sumtymes lorr...

Upload a favourite picture of you:

Gives three reason why u like that picture:
1. Sebab aku nampak mcm pejuang muslimah yg menentang Israel di Palestin.
2. Ni pic plg x sememeh bile aku pakai uniform KRS. Pic lain sume muke sengal.3. Nampak cam platun yg dabooomm. haha

When was the last time u ate pizza?

tak hengat ar bile.. kalo pizza roti yang singgit tu last week aku telan. haha

The last song u listen?
Akon (Right Now) Na na na

What are u doing right now besides this?
Thinkin' of my ASSIGNMENT *dush*

What name you prefer besides yours?
Dania Adrianna (mencapub tol)

People to tag:
1. Qe-runk
2. gadismental
3. Ijechan
4. Wawa
5. Suzana


Who is number one?
My new blogger frenz..

Number three is having relationship with?
sila tanya yg bernama oke.

Say something about nombor five?
she's a nice person

How about number four?
kawan baru jugak...

Who is number two?
teman sekampung baru kenal di alam maya. ececeh.

08 March 2009

SaLaM MauLidur RaSuL..

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
~ Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah. ~ Jabatan Mufti Melaka ~

07 March 2009

BuFday & FuTsaL...

xde kene mengena.. ni utk asz







wiF Bufday girl, ayu..






06 March 2009

Ditag oleh ::asz::

2nd tyme kene tag nih. 1st tyme oleh lynn tp x buat pon lagi. haha mujur x kene pelempang.

TANDA
1.Tanda2 kamu badmood?

Naik angin dgn tunang aku. x boleh slh ckap ckit pasti aku melenting (kesian dia)


2.Tanda2 kamu marah?
Mmbebel dan adakalanya diam buat beberapa ketika (muhasabah diri)


3.Tanda2 kamu sinting?
SINTING? x phm lorr.. nnt aku check Kamus Dewan maksud die.


4.Tanda2 kamu malu?
Aku akan nyorok sambil tutup muke.


5. Tanda2 kamu sedang cemburu?
Aku akan bercakap dlm nada yg sinis + berdiam.


6. Tanda2 kamu sedang sedih?
Muke sememeh, menangis n saye xkan pedulikan sesape disekeliling.


7. Tanda2 kamu tengah gumbira?
Baik dgn sume orang..

APA
1.Apa warna baju yg kamu pakai sekarang?
PEPEL.


2.Apa kah kamu termasuk orang yang suka shoping?
Ya, ya itu sifat semulajadi saye.


3.Apakah kamu percaya love at first sight?
Mungkin ya mungkin tidak...


4.Apa yg ingin kamu lakukan skrg?
Nak teruskan on9 then ready 4 futsal


5. Apa rasa di hati kamu saat ini?
X sabar nak tunggu jam 8mlm (nk main futsal)


BILA
1. Bila pertama kali kamu dilahirkan ke dunia?

1 Januari 1986.. tepat jam 1.00pagi pada hari Sabtu.

2. Bila saat terindah dlm hidupmu?
Banyak sangat2..


3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa ?
X ingat.. jarang kene marah kene tegur secara berhemah selalu la.


4. Bila kamu akan married?
Next year kot pas abes study.


BAGAIMANA
1. Bagaimana jika ada org yg buat kamu sakit hati?

Saya pasti melawan, adakalanya saya buat x tau je.. lantak ko la!

2. Bagaimana kalau ada org cakap kamu lawa/hensem?
Saya mesti cakap "merepekla kamu ni" (dlm hati sy je yg tau) hik3


3. Bagaimana jika ada teman kamu, meninggalkan kamu?
Saye percaye pada stiap pertemuan yg pasti ade perpisahan.. sy relakan. kui3


4. Bagaimana jika ada org yg tidak suka sama kamu?
Terpulang pd mereka.. saye x kisah.


5. Bagaimana kalau ketika kamu bgun, kamu dikelilingi api?
Ofcoss la ingat Tuhan + berdoa then saye akan MENJERIT sekuat hati...


6. Bagaimana jika kamu keseorangan?
saye suke! sbb saye lebih suke bersendirian ke mana saje..

SIAPA
Siapa aku nak tag?

Miy
Sis Ena
Sis Ziana
Cikgu Rashid


05 March 2009

La la la la la la....

Saye dh abes clas.. jap lagi kul 230pm me n chot nak g wat savings lagi..


Saye buat ini....



Moga2 saye dpt jadi seperti ini... hehe



Malam nanti aku n classmate sume nak g celebrate bufday Ayu, Azam and Bazlin kat Western Food Restaurant Tambun. Hepi belated bufday utk kamu bertiga!!!

^_^ Tak sabar nak main futsal mlm esok!!! Yippiii!! ^_^

04 March 2009

Aku Juara 100m!!


semalam ade sukantara kat maktab utk pasukan HELANG (umah sukan aku, umh merah). HELANG SEDIA GEMPUR!! yeah! haha aku ingatkan aku sekadar datang utk menyumbang mata pd umah sukan nyata sangkaan aku meleset bile aku masuk lari 100 meter. Aku dapat no.1!! hebat x hebat aku punye larian. kah3 tp no.1 dari BELAKANG! aku belakang sekali n baru sampai half trek aku dh benti bile wisel bunyi (kene 16 second je). org lain seme dh hmpir sampai garisan penamat aku sorg je yg tercicir kat blakang sambil ketawa sensorg. Nm je cikgu PJ tp hampeh, lari pun cam jogging jek dibuatnye. haha sebelum larian tu aku wat lompat jauh. Ni satu hal lagi, sejak sekolah dulu mmg aku x pandai lompat jauh ni. Tapi aku saje suke2 nk mlompat utk dapatkan mata. Mungkin disebabkan aku yg sekadar dtg menggedix dlm semua acara umah aku dpt jadi johan. sape tau kan? disebabkan satu mata je kite blh kalah dgn org lain.So, kedatangan aku smlam x la sia-sia. Adoyaiii... nk pecah perut aku tengok gelagat budak2 ni wat lompat jauh semalam. Ade sorang akak KPLI ni gaya lompat mcm nk pg jauh sgt dh, sekali je belepikkk jatuh terduduk terus dgn kaki melunjur ke depan. Hak3 yg ni plg lawak aku tengok sampai ketawa xleh nk stop. Xpe kak, chaiyok2! Next year akak dh posting blh ajar ank murid lompat camtu eh, senang je style tu saya jamin seme student blh wat (jahat nk mati). haha
HELANG SEDIA GEMPUR!!!!

03 March 2009

Aku Nak Kete...!!!!

Nak kete!! nak kete!! jeles bile ramai teman2 dh ade kete sendiri! 2 hr lepas ade sorg teman kat maktb ni cite kat aku yg die baru settlekan agreement bli VIVA sebijik. Maybe hari ni dia dapat kete tu. Downpayment RM 20,000 ok! budak maktab yg belum ade income dh boleh byr dwnpyment sebanyak tu. teruja kejap aku dengar! mudahnye la hidup korang... aku jgk yg berangan semata tentang itu ini. Kalo nk harapkan duit parents aku, bayar cash pun aku blh dapat kete sebijik tapi tu la... aku x sebertuah kamu. xde sape yang nak menawarkan aku utk dapatkan sebiji kete! ~huh bukan nak berlagak nkkan transport ms tengah blaja ni tp itu satu keperluan. korang tau x aku n rumet je yg xde transport sendiri utk pg praktikum bulan 3 ni?! orng lain seme pegi skolah dengan transport sendiri. Awal2 lagi aku dh book sorang pkcik ni yg selalu anta kitorng ke Medan Gopeng bile tyme nk balik kg. Aku mintak dia hantar dan amik bile praktikum nanti. Dia dah JANJI ngan aku tp dia MUNGKIR! Minggu lepas dia call aku bgtau yg dia tak dapat nak anta aku nanti sebab nak kene p anta cikgu lain. Aku bengang gile masa tu! Aku cakap kat dia pakcik nak saye bayar bape pun saye boleh bayar asalkan pakcik sanggup anta n amik saye nanti. Tapi dia cam berat ati je nak anta aku sbb dia kene anta cikgu tu jugak pada masa yg sama. (ade aku kisah?) Ni la orang Melayu, sering berjanji tp x pandai nak tepati janji.. So, terpakse la aku cari pakcik lain (tukang kebun maktb) yg blh antakan aku nanti.. Mujur jgk pakcik tu blh anta kalo x makin mengong rase kpale otak aku nk pk pasal transport ni seme (xde sape yg kisah).. sem2 depan tak tau ar camne.. dengn serentak praktikum dgn KPLI n OUM PISMK lagi. kene rebut skolah n kene cari transport lagi! Lambatnye keje!! Kalo dh keje blh beli kete sndiri x harapkan satu sen pun duet orang lain (kalo ade org nak bg bgs jgk).

01 March 2009

Education ~ beres!

yes! yes! usai sudah assignment EDUCATION untuk sem ni. Saya berjaya menyiapkan task tersebut sebelum jam 1100mlm. HARUS berbangga dgn usaha saya ini kerana kebiasaannye saya akan menyudahkan assignment di waktu subuh tanpa melelapkan mata semalaman.
weehuuuu... saya sudah blh merehatkan otak yang letih buat seketika sementara meneruskan kerja-kerja tarahan bukit yg lain. Dalam masa 2 mggu ini semuanya akan saya tarah menjadi rata.
Dan, sesudah itu saya akan bercuti dengan tenang di rumah tanpa gangguan "BUKIT2" itu lagi..

im tired! tired! tired!
dari jam 5.00 am tadi saye ngadap laptop. OMG!
saya akan selesaikan assignment yg perlu disubmit esok a.s.a.p
sebelum mentari melabuhkan sinarnya..
sempatkah itu?
ya, ya saya cuba! andai tidak punya waktu,
saya HARUS sacrifice mlm saya
untuk itu..


MorNinG...

masih busy dengan assignment lately.

sedang cuba utk menarah bukit-bukit itu satu persatu.

Ni gambar di majlis pertunangan saya pada 6 Disember yang lalu.

Saje2 nk upload.. So, enjoy da pichas kay.






abg saye..

sista-sista


gedix santai..








Template by:

Free Blog Templates