17 July 2010

Intro Wedding Preparation ♥ ♥ ♥

Assalamualaikummmmm...... Ada orang tak? hihi

Rindu nak mencoret, membebel, meluah rasa hati kat blog sendiri. Busy tak terkata sejak terjebak dengan Internship. First batch IPG lah katakan. Lebih kurang macam bahan eksperimen juga lah kot aku dan kami-kami ni. Nak tengok apa hasilnya. Andai ada kurangnya program ni, boleh dibuat penambahbaikan. Kalau terbaik, tak perlu buat dah. hahaha suka-suka aku je kan.

Ok. Nak beritahu cerita kontroversi sikit. Jeng jeng jenggggg~!!!

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥

Aku nak kawen...!!! ngahahahaha. Tapi belum set date lagi.. yang pasti tahun depan, dengan izin. Weh korang, terharu kejap ni ha bila ada blogger yang tak dikenali hantar email kat aku sebab nak mintak berkongsi kisah-kisah wedding preparation. Credit to Sis Amelyn!

Lepas ni mungkin blog aku banyak berkisar hal-hal wedding preparation kot. Biarpun aku tak tahu bila aku nak kawen, dengan siapa aku akan kawen (buat masa ni dengan Mr. Lemonade lah), sempat ke tak aku kawen (kot la ajal menjemput dulu)... apa yang penting, aku mesti mencoret sebab tak semua memori akan lekat dalam kepala otak. *wink*

Ada beberapa entry aku sebelum ni tentang tips perkahwinan. Itu pun kalau kau ada baca lah. Bakal-bakal bride and groom yang belum sempat baca, korang mesti baca entry tu. Nanti aku letak link tu kat tepi-tepi blog hitam aku ni.

Akibat ke'busy'an mak aku yang tak menentu, maka di hari kawan-kawan aku berlepas ke Bandung meninggalkan aku terkontang-kanting di Putrajaya, aku n mak telah menggagahkan diri membeli-belah membeli barang-barang kahwin di Nilai. Tapi mak bayar. hoho! Ada satu kedai tu kalau tak silap ZC nama dia. Kat sini aku banyak beli barang sebab barang-barang kat sini sangat cantik menarik tertarik macam di SSF. Kedai dia pun besarrrrrr.... tak macam kebanyakan kedai lain kat situ. Maka, aku dan mak berlama-lamaan lah di kedai tersebut dan hampir meroyan sebab banyak benda yang cantik-cantik. Untuk mendapat harga bagi certain barang yang jauh lebih murah melalui member price, maka on the spot aku buat member card kat situ *Sila pergi~

Kesudahannya, penuh la but Exora ayah aku. hihihi Aku rasa dalam 30% barang-barang dah beli kot. Ada orang-orang yang sengal cakap 'cepatnya beli barang kawen, kawen pun tak tahu bila' Heh! suka hati aku n mak aku la nak beli cepat ke lambat ke. Tak menyusahkan kau pun. Mak aku tu busy memanjang. Bila dia free kejap-kejap ni la dia nak kena cari barang, nak kena fikir, nak kena cari idea, nak kena itu nak kena ini segala benda dalam satu masa. Bila benda dah ada, senang. Anytime dia rasa nak buat, dia buatlah (maksud aku hantaran, majlis or anything lah)

Dah. Malas nak membebel panjang lebar nanti bertambah panjang pulak sampai aku tak tido malam pulak nak menaip entry ni. Lain kali kita cerita tentang tema dan lain-lain pulak ye.



p/s: Mak kata nak beli set bilik tidur color PUTIH. hoho! I like~


12 comments:

angah iza said...

seronok......berita gembira ni.
jgn lupa jemput ek.
insyaAllah cuba sedaya upaya jejak kan kaki ke pahang tu =)

LEMONADE said...

sis iza: mesti jemput punya. sis kan antara blogger yg plg kamceng dgn sy.

Zura Tahir said...

wah..tahniah elis..lg sorang blogger nk kawin...

LEMONADE said...

sis zura: tp lambat lagi kak. beberapa bulan lagi..~

arboqskii said...

cm ne intership . . . best x?...patut la bau nasi minyak je,.,,,hahahaha

Anonymous said...

berani la ta jempuT! hehe

LEMONADE said...

arboqskii: internship? ok je... skrg tngah pulun projek. cewwahhh! hmm, lmbat lagi la...~

LEMONADE said...

macy: berani la tak datang nanti! kehkeh

Fathiyah said...

akak bau nasi minyak nih.hehehe

kedai ZC tu mmg murah tau. berbaloi baloi
beli langsir kat nilai,cantik =)

enjoy ur wed prep!

LEMONADE said...

kak fathiyah: lambat lagi kak.. thn depan. prep je awal ckit takut busy kalau buat last minute.

ZC mmg bestlah. kalau semua brg ada tag member price lagi best! hihi

fara said...

congrats elis!
epi 4 u dear!

:)

lemonade said...

farah: lambat lagi farah. prep je awal ckit. takot kelam kabut nnti.

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates